Sedangkan kita yang gajinya 1 ribu seminggu sering beralasan tiada masa untuk al-Quran.
Akhirnya kita miskin dunia dan miskin akhirat, sedangkan Muhammad Salah kaya dunia dan kaya akhirat.
Ini bukan soal banyak atau sedikit harta,
tetapi soal keutamaan dan keberkatan hidup.
Masa yang sama Allah berikan kepada semua, namun hati yang terikat kepada al-Quran itulah yang memuliakan manusia.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh.”
(HR Tirmizi)
Al-Quran mengandungi kira-kira 340,740 huruf. Bayangkan jika dibaca keseluruhannya: 340,740 × 10 pahala = 3,407,400 pahala untuk sekali khatam.
Itu belum termasuk:
pahala membaca dengan tartil,
pahala memahami,
pahala mengamalkan,
dan pahala menyampaikan kepada orang lain.
Maka jangan kita sangka sibuk mencari dunia adalah alasan meninggalkan al-Quran.
Kerana al-Quran tidak pernah menghalang rezeki, bahkan ia yang membuka pintu rezeki, ketenangan dan keselamatan akhirat.
Jika orang yang sudah kaya masih mengejar al-Quran, mengapa kita yang serba kekurangan ini pula menjauhinya?
Takutlah kita menjadi orang yang miskin segalanya, kerana lalai dengan kalam Tuhan sendiri.
Sumber DB : Mohd Salleh
