Kadang-kadang, Allah tunjuk realiti dengan cara yang kita tidak jangka.

Dalam salah satu siri lawatan ke sekolah KAFA di sebuah kampung terpencil jauh di pinggir bandar, kami disambut oleh sesuatu yang tidak dijangka; seekor ular.

Saya yang mula-mula menyedari kehadirannya cuba menghalau, namun segera ditegur oleh Pengerusi Surau yang menyambut kami,

“Berbisa ni YB, jangan”.

Saya akur. Mana mungkin saya mengenali ular berbisa atau tidak.

Saya ambil handphone, zoom.. Dan rakam dari jauh..

Dalam hati saya..

“sampai ada ular berbisa. Bukan kecil-kecil punya masalah ni” 🥺

Pihak KAFA dan masjid kemudiannya berusaha menghalau ular tersebut, dalam keadaan agak panik. Mungkin tidak menyangka ‘sambutan’ sebegitu rupa.

Di situ hati saya mula sebak.

Bagaimana anak-anak ini menuntut ilmu dalam keadaan serba dhaif, malah terdedah kepada risiko haiwan berbisa akibat keadaan premis yang uzur dan kurang selamat?

Dalam keterbatasan masa dan kemampuan ini, saya azamkan satu perkara:

membantu sedaya mungkin sekolah-sekolah agama yang dhaif.

Saya ingatkan diri saya sampai sekarang, pendidikan agama bukan sekadar soal subjek, tetapi soal pembentukan insan.
Ia membentuk akhlak, nilai, disiplin dan tanggungjawab.

Kita mahukan generasi yang berilmu, berintegriti dan berprinsip; generasi yang mampu mengurus kehidupan dan negara dengan hikmah, keadilan dan rasa amanah.

Nilai-nilai ini bersifat sejagat dan menjadi kekuatan kepada mana-mana masyarakat yang ingin membina masa depan yang baik.

Sebagai peringatan untuk diri sendiri:
Tiada makna segala jawatan, kalau kita hanya selesa di ruang atasan.

Pemimpin perlu seimbang:
.. Turun ke lapangan supaya rakyat merasa dihargai,
.. dan di ruang pentadbiran supaya institusi terus dihormati.

Kerja membaiki negara bermula dengan mendengar, melihat dan menyantuni,
bukan dari jauh, tetapi dari dekat.

Saya berdoa agar Allah mengizinkan saya melihat realiti sebenar,
bukan sekadar laporan yang kelihatan indah di atas meja pejabat. 🤲

Kerana selalunya, yang indah-indah itu hanya menutup masalah yang wujud di lapangan.

Mudah-mudahan lebih ramai berani menyuarakan kebenaran kepada pemimpin,
di peringkat mana sekalipun.

Dan mudah-mudahan para pemimpin, termasuk saya,
berani berhadapan dengan realiti masyarakat,
serta jujur bertanya kepada diri sendiri:

“Apa yang sedang aku lakukan dengan jawatan ini?”

Mohon doa dan sokongan,
agar saya dapat bekerja sehabis upaya
dalam waktu yang singkat ini,
yang Allah pinjamkan sebagai amanah. 🤲

Fokus kerja,
Marhamah Rosli
11/01/2026

===
Jemput follow FB page rasmi marhamah.rosli untuk mengikuti gerak kerja dan aktiviti rasmi saya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dari semasa ke semasa.

Kami sangat mengalu-alukan cadangan, pandangan dan libat urus yang membina daripada masyarakat, agar setiap amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memberi manfaat bersama.

Sumber FB : Marhamah Rosli

UTM Open Day