Lantak kau la, aku dah terlalu tua nak melawan hihiBelajar menerima, bukan mengalah.

Tadi seorang kawan cikgu berkongsi cerita, dia baru diuji dengan pertukaran dalaman di jabatan dia. Tiba² dapat surat jadi dia sedih, terkejut dan terlintas untuk melawan, membantah dan merayu. Cikgu tuliskan nasihat untuk dia di sini semoga bermanfaat untuk orang lain juga. Penulisan ini berdasarkan pengalaman cikgu.

Tak payah melawan, membantah dan merayu, jalan terus dan terima. Bukan sebab kita lemah, tapi sebab kita faham bagaimana hidup bekerja.

Apabila terjadi sesuatu yang kita tak nak, reaksi pertama biasanya nak melawan. Kita mula merungut, kita bantah dan kita pertahankan ego.

Hakikatnya, saat itulah sisi buruk kita mula terlihat dan terpamer bukan pada orang lain sahaja, malah pada diri sendiri. Hati jadi sempit, jiwa jadi letih, fikiran melayang dan akhirnya sakit. Tenaga tu habis untuk marah, bukan untuk membina.

Cikgu tak nafikan redha itu bukan mudah. Ia bukan datang dengan satu lafaz sahaja, tapi datang dengan latihan.

Belajar menerima, walau perit. Percayalah, bila kita berhenti melawan takdir, satu persatu kebaikan mula mendatang. kadang kecil, kadang besar, tapi cukup untuk menenangkan.

Cikgu tulis ni dari pengalaman cikgu. Pernah suatu ketika dahulu, cikgu melawan, membantah perkara yang cikgu tak nak. Lagi dilawan, lagi dibantah akhirnya bukan masalah yang selesai, tapi nama jadi buruk dan persepsi orang akan berubah.

Bila keadaan tu berlaku bukan kerana kita salah sepenuhnya, tetapi kerana cara kita memilih untuk melawan. Dari situ cikgu belajar, ada masa kita perlu bersuara, ada masa kita perlu berlapang dada.

Kalau benar orang itu ada niat tak baik, ingin menyusahkan, sengaja ingin membuli atau menzalimi orang bawahan itu urusan dia dengan Allah. Dosa itu tanggungan dia.

Tapi jangan kita tambah dosa sendiri dengan kebencian, dendam dan rungutan yang tak bertepi. Jaga bahagian kita, adab, akhlak, dan reaksi. Di situlah maruah kita.

Terima bukan bererti kita setuju. Redha bukan tanda kita kalah. Ia tanda kita matang. Kita terus melangkah, bekerja dengan baik, berbuat dengan ikhlas dan menyerahkan selebihnya kepada Allah. Bila hati tenang, jalan jadi lapang.

Pegang satu perkara ini ye, apa yang Allah alihkan, bukan untuk menjatuhkan kita, tetapi untuk menyelamatkan kita daripada sesuatu yang kita tak nampak.
Jalanlah. Terimalah. In sya Allah, kebaikan akan menyusul.

@norhaizatmokhtarrudin

Jumpa semua orang, kita nak cerita.

“Kau tahu tak? Akulah yang paling teruk diuji. Aku je yang jaga mak aku, sedangkan adik beradik aku ramai.”

Jumpa orang tu, kita cerita.
Jumpa orang ni, kita cerita.
Kat media sosial pun kita cerita.
Nak bagi semua orang tahu yang kita tengah sedih.

Tapi kita tak pernah betul-betul bersujud kepada ALLAH di waktu orang lain tidur berdengkur di malam hari yang senyap sunyi.

Saat orang lain sedang nyenyak tidur, mengapa kita tidak meletakkan dahi di tempat yang paling rendah, iaitu lantai?

Hanya berbisik kepada ALLAH.
Hingga tak sedar sejadah basah.

“Saat semua orang tak tahu, Ya ALLAH. 30 tahun dah aku bersabar. Suami yang itulah. Sekarang anak-anak yang memutuskan satu urat, yang menyebabkan darah terpancut dan parutnya hingga kini. Berani pulak dia menderhakai aku, Ya ALLAH. Aku nak cerita kat orang, itu anak aku, Ya ALLAH. Dia tumpang duduk dalam rahim aku. Dia itu amanah KAU, Ya ALLAH. Rasulullah suruh aku didik dia ikut agama yang Rasulullah ajar pada aku. Aku nak cerita kepada siapa lagi, Ya ALLAH? Silap haribulan aku cerita pada adik beradik, mereka ketawakan aku sebab silap aku dulu aku sangat berbangga masa dia sekolah rendah deret nombor satu. Rupanya sekarang dia nombor satu menderhakai aku, Ya ALLAH. Aku malu nak cerita kat adik beradik. Aku takut jiran tepuk tangan dengar cerita ni. Aku hanya ada KAU untuk bercerita, Ya ALLAH.”

Orang lain tak tahu saat kita menangis.
Tapi ALLAH sangat tahu.

Jadi sebelum kita keluarkan di lisan,

“Aku tak mampu, Ya ALLAH.”

Ingatlah bahawa ujian ini, ALLAH yang bagi. Sebelum ALLAH bagi pada kita, ALLAH sudah pun tahu kita mampu menanggungnya. Sebab itu ALLAH bagi ujian itu kepada kita.

Iya kita berhak berkeluh kesah.

Tapi bila kita kenal ALLAH, kenapa kita nak mengeluh?


[Tazkirah dari Ustazah Muzayyanah ]

Muhasabah.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

yusnizayaziz

bertahanlahkeranakitabertuhan

21 Rejab 1447H
11 Januari 2025

Bagaimana Melemahkan Sel Kanser Secara Semula Jadi

Sel kanser ialah sel yang membiak dengan cepat dan memerlukan tenaga yang sangat tinggi untuk terus hidup. Sumber tenaga utama mereka datang daripada gula, karbohidrat yang diproses, serta persekitaran badan yang penuh keradangan. Apabila persekitaran tubuh tidak lagi sesuai untuk mereka, sel kanser akan membesar dengan lebih perlahan dan menjadi lebih mudah dikawal bersama rawatan perubatan dan sokongan herba.

Salah satu langkah paling penting ialah mengurangkan “makanan kegemaran” sel kanser. Sel kanser sangat bergantung kepada glukosa, iaitu gula dalam darah. Apabila kita kerap mengambil gula pasir, sirap, minuman manis, tepung putih, roti putih, mi segera dan makanan ultra-proses, kita sebenarnya sedang menyediakan bahan bakar utama untuk pertumbuhan sel tidak normal.

Sebaliknya, tubuh perlu dibekalkan dengan makanan yang menstabilkan gula darah seperti sayur-sayuran hijau, lemak sihat daripada avokado dan minyak zaitun, santan segar dalam jumlah sederhana serta karbohidrat kompleks seperti ubi-ubian dan beras perang atau merah. Makanan jenis ini membantu mengenyangkan lebih lama, mengurangkan lonjakan gula, dan menyokong sel yang sihat.

Selain apa yang dimakan, cara dan masa makan juga sangat penting. Tubuh manusia mempunyai mekanisme pembersihan semula jadi yang dipanggil autophagy, di mana sel rosak dan tidak sihat dibersihkan. Proses ini berlaku dengan lebih baik apabila tubuh diberi tempoh rehat daripada makan. Kaedah yang lebih selamat ialah pemakanan terhad masa, iaitu makan dalam jangka masa sekitar lapan hingga sepuluh jam sehari. Ini memberi ruang kepada tubuh untuk memulihkan diri tanpa perlu berlapar secara melampau, yang boleh melemahkan badan. Sel sihat mampu menyesuaikan diri dengan keadaan ini, tetapi sel kanser lebih sukar untuk bertahan.

Keradangan kronik dalam badan juga memainkan peranan besar dalam perkembangan kanser. Keradangan bertindak seperti baja yang menyuburkan pertumbuhan sel abnormal. Oleh itu, mengurangkan keradangan sangat penting. Beberapa bahan semula jadi seperti kunyit yang mengandungi kurkumin, bawang putih, teh hijau dan halia telah lama digunakan untuk membantu menenangkan keradangan dan menyekat isyarat pertumbuhan sel yang tidak normal. Apabila keradangan berkurang, persekitaran badan menjadi kurang sesuai untuk sel kanser berkembang.

Pergerakan fizikal juga tidak boleh diabaikan. Aktiviti ringan hingga sederhana seperti berjalan kaki, regangan atau berbasikal santai membantu menurunkan paras insulin, mengurangkan gula dalam darah dan meningkatkan fungsi sistem imun. Semua ini mengurangkan bekalan “bahan bakar” kepada sel kanser sambil menguatkan pertahanan badan sendiri.

Tidur yang mencukupi dan pengurusan tekanan pula sangat berkait dengan kesihatan sel. Kurang tidur dan tekanan emosi yang berpanjangan boleh meningkatkan gula dalam darah dan merangsang keradangan. Dalam keadaan tertekan, tubuh menghasilkan hormon yang menjadikan persekitaran lebih sesuai untuk sel kanser. Sebaliknya, tidur yang berkualiti dan minda yang tenang membantu menstabilkan hormon serta menyokong sistem imun.

Kesimpulannya, pendekatan ini bukan tentang membiarkan badan kebuluran, tetapi tentang membentuk persekitaran dalaman yang tidak mesra kepada sel kanser. Dengan mengawal pemakanan, masa makan, keradangan, pergerakan dan rehat, kita sedang memberi kelebihan kepada sel yang sihat dan sistem pertahanan tubuh untuk berfungsi dengan lebih baik.

Semoga bermanfaat

Sumber FB : Pertanian Satu Perniagaan

Apabila seseorang memberi pinjaman, lalu dia berhenti menuntut bukan kerana reda, tetapi kerana letih, malu, atau putus asa melihat keengganan kita membayar, itu bukan tanda hutang sudah selesai. Itu tandanya dia sudah menyerahkan urusannya kepada Allah.

Dalam Islam, hutang ialah amanah dan kezaliman jika dilengahkan tanpa sebab. Nabi ﷺ mengingatkan bahawa roh seorang mukmin boleh tergantung kerana hutangnya, walaupun dia mati syahid. Ini menunjukkan betapa seriusnya urusan hutang di sisi Allah.

Apabila orang itu berhenti menagih, sebenarnya dia menyerahkan urusannya kepada Allah di mana Allah sendiri akan menjadi penuntut bagi pihaknya.

Pada saat itu, urusan tersebut bukan lagi antara dua manusia, tetapi antara hamba dan Tuhannya. Allah Maha Adil. Dia tidak lupa, tidak lalai, dan tidak terlepas walau satu sen pun hak hamba-Nya.

Lebih menakutkan, orang yang dizalimi tidak perlu berdoa panjang. Cukup dengan diam yang disertai luka dan sabar, kerana doa orang yang dizalimi tiada hijab dengan Allah, walaupun dia tidak mengangkat tangan.

Maka, jika kita masih diberi peluang:

Lunaskan hutang walau sedikit demi sedikit

Minta maaf dengan rendah hati

Jangan tunggu hingga orang berhenti menagih

Kerana bila manusia sudah berhenti menuntut, itu bukan kelegaan — itu amaran.
Dan bila urusan sudah sampai kepada Allah, tiada lagi ruang tawar-menawar.

Sumber FB : Mohd Salleh

UTM Open Day