Dalam Islam, hutang ialah amanah dan kezaliman jika dilengahkan tanpa sebab. Nabi ﷺ mengingatkan bahawa roh seorang mukmin boleh tergantung kerana hutangnya, walaupun dia mati syahid. Ini menunjukkan betapa seriusnya urusan hutang di sisi Allah.
Apabila orang itu berhenti menagih, sebenarnya dia menyerahkan urusannya kepada Allah di mana Allah sendiri akan menjadi penuntut bagi pihaknya.
Pada saat itu, urusan tersebut bukan lagi antara dua manusia, tetapi antara hamba dan Tuhannya. Allah Maha Adil. Dia tidak lupa, tidak lalai, dan tidak terlepas walau satu sen pun hak hamba-Nya.
Lebih menakutkan, orang yang dizalimi tidak perlu berdoa panjang. Cukup dengan diam yang disertai luka dan sabar, kerana doa orang yang dizalimi tiada hijab dengan Allah, walaupun dia tidak mengangkat tangan.
Maka, jika kita masih diberi peluang:
Lunaskan hutang walau sedikit demi sedikit
Minta maaf dengan rendah hati
Jangan tunggu hingga orang berhenti menagih
Kerana bila manusia sudah berhenti menuntut, itu bukan kelegaan — itu amaran.
Dan bila urusan sudah sampai kepada Allah, tiada lagi ruang tawar-menawar.
Sumber FB : Mohd Salleh
