“Kau tahu tak? Akulah yang paling teruk diuji. Aku je yang jaga mak aku, sedangkan adik beradik aku ramai.”
Jumpa orang tu, kita cerita.
Jumpa orang ni, kita cerita.
Kat media sosial pun kita cerita.
Nak bagi semua orang tahu yang kita tengah sedih.
Tapi kita tak pernah betul-betul bersujud kepada ALLAH di waktu orang lain tidur berdengkur di malam hari yang senyap sunyi.
Saat orang lain sedang nyenyak tidur, mengapa kita tidak meletakkan dahi di tempat yang paling rendah, iaitu lantai?
Hanya berbisik kepada ALLAH.
Hingga tak sedar sejadah basah.
“Saat semua orang tak tahu, Ya ALLAH. 30 tahun dah aku bersabar. Suami yang itulah. Sekarang anak-anak yang memutuskan satu urat, yang menyebabkan darah terpancut dan parutnya hingga kini. Berani pulak dia menderhakai aku, Ya ALLAH. Aku nak cerita kat orang, itu anak aku, Ya ALLAH. Dia tumpang duduk dalam rahim aku. Dia itu amanah KAU, Ya ALLAH. Rasulullah suruh aku didik dia ikut agama yang Rasulullah ajar pada aku. Aku nak cerita kepada siapa lagi, Ya ALLAH? Silap haribulan aku cerita pada adik beradik, mereka ketawakan aku sebab silap aku dulu aku sangat berbangga masa dia sekolah rendah deret nombor satu. Rupanya sekarang dia nombor satu menderhakai aku, Ya ALLAH. Aku malu nak cerita kat adik beradik. Aku takut jiran tepuk tangan dengar cerita ni. Aku hanya ada KAU untuk bercerita, Ya ALLAH.”
Orang lain tak tahu saat kita menangis.
Tapi ALLAH sangat tahu.
Jadi sebelum kita keluarkan di lisan,
“Aku tak mampu, Ya ALLAH.”
Ingatlah bahawa ujian ini, ALLAH yang bagi. Sebelum ALLAH bagi pada kita, ALLAH sudah pun tahu kita mampu menanggungnya. Sebab itu ALLAH bagi ujian itu kepada kita.
Iya kita berhak berkeluh kesah.
Tapi bila kita kenal ALLAH, kenapa kita nak mengeluh?
[Tazkirah dari Ustazah Muzayyanah ]
Muhasabah.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
yusnizayaziz
bertahanlahkeranakitabertuhan
21 Rejab 1447H
11 Januari 2025
