Jangan kita ingat penulisan kita tidak dihitung, kerana jari jemari kita akan bercakap sebagai saksi ketika kita berada dihari perhitungan kelak.
Maka kerana itu jangan kita ingat bahawa media sosial tidak boleh memufliskan amalan kita. Saban hari kita lihat betapa ramai netizen yang amat gemar berkomen pada apa jua issue. Terkadang ada kata-kata yang berbentuk makian, sindiran, kata-kata yang menyakitkan hati serta tersebarnya FITNAH. Masalah peribadi nak semua orang tahu. Nak buat ibadah pun nak semua orang tahu. Buat konten yang pelik-pelik dan melampui batas kerana nak perhatian ramai. Inilah masalah kejahilan apabila media sosial tidak digunakan untuk mengambil ilmu Agama yang serta nasihat.
Pada akhir zaman ini sesama islam saling tidak mengenali namun mereka berbalah disebabkan fahaman yang berbeza di dalam memilih pandangan Agama, mereka berbalah dan memaki hamun disebabkan politik malah ustaz sesama ustaz juga turut kutuk mengutuk dan nak menang hujah. Orang Islam bukan musuh kita. Jagalah ukhwah sesama Islam.
Ini baru fitnah media sosial, belum lagi kehadiran fitnah dajjal yang lebih dahsyat pengaruhnya.
Oleh yang demikian itu, nasihat saya, berpada di dalam berkomen, berpadalah di dalam membuat posting, dan berpada di dalam menggunakan masa untuk media sosial. Ambil manfaat dari nasihat Nabi ﷺ iaitu “berkata yang baik-baik aja atau diam.”
ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.
~MRJ
