Kenapa Rembayung tutup hari Jumaat?

Bila ditanya, ada 2 sebab KA pilih untuk tutup hari ini.

  1. Jika buka hari Jumaat, siapa nak ganti tugas staf lelaki waktu mereka pergi solat Jumaat. Jenuh menggelabah staf perempuan nak uruskan restoren sendiri.
  2. Sebagai restoren baru, perlu tutup satu hari dalam seminggu untuk kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan.

Jadi KA putuskan untuk tutup restoren pada hari Jumaat.

Keprihatinan dengan kewajipan solat Jumaat ini wajar dicontohi oleh majikan lain terutamanya muslim.

Tak semestinya kena tutup sepanjang hari bagi negeri yang bekerja hari Jumaat.

Tapi pastikan ada mekanisma memastikan staf dan bos dapat laksanakan kewajipan sebagai lelaki Muslim.

Satu lagi info menarik, Rembayung sediakan 2 kali waktu senggang (tidak terima pelanggan baru). Jam 1-2 tengahari dan 7-8 malam.

KA kongsi dalam LIVE, waktu ini untuk staf cukupkan keperluan di dapur yang kurang dan dalam masa yang sama tunaikan solat Zohor dan Maghrib.

Dua waktu solat ini memang waktu puncak di restoren. Bila disusun dengan baik, hak sebagai muslim masih dapat ditunaikan sebaiknya.

Tentunya KA bukan orang yang alim untuk kita belajar agama darinya. Tapi secara praktikal, apa yang beliau usahakan boleh menjadi contoh tauladan kepada peniaga kita.

Berapa ramai peniaga yang masih abaikan solat sewaktu berniaga. Dan berapa ramai majikan yang cakna dengan keperluan staf untuk solat dalam tempoh bekerja bersama mereka.

Semoga usaha begini terus subur dalam masyarakat Malaysia, sebuah negara Islam yang majoritinya muslim dan dipimpin oleh pemimpin muslim.

Tidak wajar wujud isu kita nak tegakkan solat di semua premis dalam negara kita. Wallahualam.

UTM Open Day