Taktau nak cakap.
Allah al-Khaliq dah panggil banyak kali secara lembut, tetapi nama manusia ini selalunya berbantah-bantah.
Selalunya, kita ni yang meninggalkan Allah al-Wadud. Allah ar-Rahman ar-Rahim, tetap berada bersama hamba-nya setiap detik dan ketika.
Ketika saya menaip status ini, benar saya menjaga exam Masters students, ada CCTV dalam bilik ni, tapi CCTV Allah lebih besar melihat apa yang saya buat di sini dan apa yang pelajar saya buat di sini.
Bukan itu saja, Allah al-Khaliq al-Musawwir, merakamkan apa jua lintasan di hati kami di sini.
Jangan ingat kita akan terlepas dari kewaspadaan dan penglihatan Ilahi.
Sudah pastinya, tidak sama sekali.
Hidup ini ada jalur yang panjang dan setiap orang kena lalui dengan hati dan ketaatan kepada Ilahi.
In life, one has to struggle and pass the exam.
Bukan mudah.
Bagi pelajar masters ini mereka kena study untuk membolehkan mereka menjawab soalan final ini. Mereka kena berusaha. Mereka kena belajar. Mereka kena menghafal fakta. Mereka kena melakukan latih tubi untuk berjaya menjawab dengan cemerlang.
Pelajar kena taat dan bersabar dalam menuntut ilmu. Sebab jalan menuntut ilmu ini tak mudah. Memang payah. Kena lalui banyak duri dan juga melalui fasa pengorbanan yang tinggi tanpa kompromi.
Dalam hidup ini tiada yang mudah….
Semua payah.
Nak mati pun payah.
Tapi, sebagai hamba, kita kena buat dan cuba lakukan yang terbaik sebagai hamba abdi dan khalifah Ilahi.
Saya terfikir, dulu, masa saya buat masters pun struggle juga. Tapi, life memang begitu. Kena struggle….
Cuma yang paling penting semua kena tahu main core thing…
Rezeki hang tak akan jadi rezeki aku.
Rezeki aku tak akan jadi rezeki hang.
Rezeki hang, rezeki hang.
Rezeki aku, rezeki aku.
Jadi…
Jangan membiak rasa iri, hasad dan dengki dalam apa jua urusan yang melibatkan kejayaan atau kegagalan.
Semua kejayaan atau kegagalan = rezeki.
Laluilah setiap perjalanan,
Dengan apa jua laluan,
Tapi paling utama kena ingat…
Buatlah sedaya upaya mana pun, at last kena tawakal kepada Allah al-Qadir al-Muqtaddir.
Kena juga redha atas apa jua rezeki yang Allah al-razzaq kurniakan kepada kita semua.
Oleh itu…
Pesan saya jika nak lalui kehidupan,
- Kena pegang erat-erat urusan rezeki.
- Jangan sesekali membiakkan hasad dengki dan iri, kerana ia akan membawa kepada dendam kesumat yang mendalam dan membakar semua amalan kebaikan sehingga menjadi debu.
Zikir banyak-banyak:
Ya Quddus Ya Jalil ya Mumit Ya Baqi’
Agar Allah hancurkan, leburka dan matikan segala perasaan dan sifat mazmumah yang ada di dalam hati.
Jangan biarkan hati dikawal oleh iblis dan syaitan.
Jangan menternak sifat iri, hasad dan dengki.
Kalau ini dibiarkan..
Kita adalah hamba-Nya yang awal-awal lagi muflis di dunia ini dan sehingga ke akhirat nanti.
Bersihkan hati,
Lenyapkan iri,
Agar hati dapat bersatu dan,
Berkasih dengan Ilahi.
Kan?
::
