HUKUM TABUR TUAI

Ungkapan ini berat, tetapi inilah hakikatnya…
Kebenaran Yang Tersingkap Payah dan Kesabaran Perlu Dalam Ujian

Dalam lipatan zaman yang tidak terhitung, berdirilah suatu hukum alam dan ketuhanan yang azali: hukum tabur tuai. Setiap benih, sama ada diracun hasad dengki atau disiram tulus ikhlas, pasti akan menemui musim kematangannya.

Kebenaran, walau sekelip atau tersorok di balik tujuh lapis tabir kelam, sudah atau bakal tersingkap dengan sendirinya.

Tiada satu pun rahsia yang mampu kekal terpelihara dalam gua gelita; cahaya hakikat pada masanya akan menyerkap setiap sudut, mendedahkan apa yang sebenarnya terpendam.

Proses penyingkapan ini menguji jiwa. Ia memerlukan kesabaran yang teguh, laksana akar pohon tua yang merentasi batu karang mencari sumber air.

Ujian dan kepayahan yang dilalui ketika hakikat belum sepenuhnya zahir adalah sebahagian daripada sunnatullah.

Kepahitan itu sendiri adalah baja kepada pohon keinsafan dan pengertian.

Justeru, berteguh hatilah. Jangan gopoh gapah mendahului ketentuan Ilahi, kerana setiap detik penantian itu menyucikan niat dan mengukur ketahanan iman.

Percayalah dengan sepenuh keyakinan, suatu hari nanti, hukum tabur tuai akan berbalik semula kepada orangnya.

Setiap lekuk dan jeram perjalanan hidup akan ditimbang dengan neraca keadilan yang Maha Halus.

Kebaikan yang ditabur, walau disangka tiada, akan berbuah kesejahteraan. Kejahatan yang disemai, walau dinikmati buat sementara, akan menuai penyesalan yang pahit.

Inilah janji yang pasti, di mana segala yang tersembunyi akan terdedah dengan penuh kebenaran, dan setiap jiwa akan menghadapi cermin sebenar perbuatannya sendiri.

Maka, bersiaplah, dan taburlah dengan penuh kesedaran. Kerana tuaian masa depan adalah cerminan benih yang kita tebar hari ini.

Kebenaran tidak pernah mati;
ia hanya menanti detiknya untuk bersinar,
menyinari jalan yang lurus buat mereka yang sabar dan,
sentiasa berpegang pada yang hak yang hakiki.

::

nmaawarrior

nmaaasifaqir

nmaaberlari

nmaasharing

Sumber FaB : Norazita Marina

3 AMALAN YANG TIDAK TERPUTUS PAHALANYA DI AKHIRAT KELAK

Ingatlah wahai diri, saat kematian pasti akan tiba.

Di dunia ini kita akan diuji.
Di dunia ini juga diuji perasaan dan emosi.
Syaitan berbisik dan menggoda hati, supaya kita sombong, takabbur dan membangga diri.
Hidupkan tazkiyatun nafs..pembersihan hati..
Bacalah Al Quran setiap hari.

Akan tiba satu hari yang kita nantikan, tarikhnya cukup dirahsiakan..itulah HARI KEMATIAN!

Maka akan terputuslah semuanya..kecuali 3 perkara.

🌹Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda (maksudnya) :

“Apabila mati seorang manusia,
terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga
perkara : Sedekah jariah atau ilmu
yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
[Riwayat Muslim]

Jaga 3 perkara ini :

  1. Sedekah jariah
  2. Ilmu yang dimanfaatkan.
  3. Doa dari anak-anak yang soleh solehah.

Setiap hari adalah peluang untuk menggandakan ketaatan kepada Allah.

tahsinmadinah

UTM Open Day