Rakan-rakan facebook ku sekalian, di dalam kita mengamati intipati Ramadhan iaitu untuk kita meraih keampunan yang besar, maka selain kita memperbanyakkan amal soleh dengan kita bersedekah, kita bertawikh, kita banyak baca Al Quran, ambil lah sekurang-kurang sehari di dalam Ramadhan untuk kita mengalirkan air mata ketika tahjud. Kerana, air mata yang dialirkan oleh seseorang di dalam mengenang akan dosa-dosanya, ia akan menyebabkan Neraka tidak berhajat untuk menjilati tubuhnya.
Hatta, ada insan-insan beruntung yang mendapat perlindungan di dalam naungan Allah SWT diyaumul mahsyar kelak, disebabkan dia pernah menangis kerana mengenangkan akan dosa–dosanya dan takut kepada siksaan Allah.
Justeru, selepas tahjud, angkatlah kedua-dua tangan kita dan ucapkanlah “Ya Allah sesungguhnya aku telah byk menzalimi diri ini dengan dosa-dosa yang banyak yang telah aku lakukan, aku sedar akan kesalahanku maka Engkau ampunilah segala dosa-dosaku, kerana tanpa keampunanMu , nescaya termasuklah aku dikalangan insan-insan yang rugi”
Ambilah sekali ruang di dalam Ramadhan untuk kita menangis mengenangkan dosa, moga2 kita menjadi insan beruntung yang mendapat keampunan serta naugan Allah SWT diyaumul mahsyar. Insyaa Allah.
Sumber : 7/5/2020, 5.16 am
~MRJ