LA TAHZAN SIRI 2: Yang Lalu, Biarlah Berlalu

https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=555145592344776

(Secara live Disampaikan oleh Ustazah Muzayyanah Abdullah)

Meningati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedudukan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan meghalangi orang untuk menjalani kehidupan yang seadanya.

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya didalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar dan melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian, tidak akan ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.

Janganlah anda hidup didalam mimpi-mimpi buruk di masa lalu, atau dibawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut. Apakaha anda menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali? Apakah anda mengharapkan mahatari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payu dara si ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda?

Dengan kembai ke masa lalu, bererti anda akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya api yang akan terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakan suasana yang ada dan menyia-nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah Subahanau wa Ta’ala telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat:

Itulah umat yang telah lalu……(Al-Baqarah: 134)

Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubahnya seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek-moyang kita dahulu yang patut direnungkan oleh orang yang menangisi masa lalu: “Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya”.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang-orang tersebut bertanya kepada keldai: “Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu? “Keldai itu menjawab: “Kerana aku tidak suka kebohongan”.

Bencana yang menimpa bila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal, seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya,kerana pada dasarnya semuanya itu mustahil.

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnnya ke belakang kerana angin akan terus berhembus ke depan; air akan mengalir ke depan; setiap kafilah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

(Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *