LA TAHZAN SIRI 7: Berbuat Baik Kepada Orang Lain Akan Melapangkan Dada

https://www.facebook.com/ustazahmuzayyanah/videos/848782902403219

Kebajikan itu sebaik namanya, keramahan seramah wujudnya, dan kebaikan sebaik rasanya. Dan orang-orang yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dari semua itu adalah kerana mereka yang melakukannya. Mereka ini, akan merasakan “buah” nya ketika itu juga dalam jiwa, akhlaq dan nurani mereka. Sehingga, mereka pun selalu lapang dada, tenang, tenteram dan damai.

Ketika diri anda diliputi kesedihan dan kegundahan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia nescaya anda akan mendapatkan kenteteraman dan kedamaian hati!. Sedekahilah orang yang papa, tolonglah orang-orang yang kena zalimi, ringankan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit dan bantulah orang yang terkena musibah, nescaya anda akan merasakan kebahagian dalam semua sisi kehidupan anda!.

Perbuatan baik itu laksana wewangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi juga orang-orang yang berada di sekitarnya. Dan manfaat psikologi dari kebajikan itu terasa seperti ubat-ubat mujarab yang dapat diperolehi di dalam hati orang-orang yang berhati baik dan bersih.

Menebat senyum manis kepada orang-orang ang “miskin akhlaq” merupakan sedekah jariyah. Ini tersirat dalam tuntunan akhlaq yang berbunyi:

Sekalipun engkau bertemu dengan saudaramu dengan wajah ceria. (Al-Hadith)

Sesungguhnya kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit terhadap orang lain, yang hanya diketahui terjadinya oleh Sang Maha Ghaib.

Seteguk air yang diberikan seorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat membuahkan syurga yang luasanya seluas langit dan bumi. Ini merupakan bukti bahawa Sang Pemberi pahala adalah Dzat Yang Maha Pemaaf, Maha Baik dan sangat mencintai kebajikan, serta Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Wahai orang-orang yang merasa terancam oleh himpitan kesengsaraan, kecemasan dan kegundahan hidup, kunjungilah taman-taman kebajikan, sibukkan diri kalian dengan memberi, mengunjungi, membantu, menolong dan meringankan beban sesama! Dengan semua itu, nescaya kalian akan mendapatkan kebahagiaan dalam semua sisnya, rasa, warna dan juga hakikatnya.

Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas, hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi, dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat dengan mendapat segala yang diharapkannya). (Al-Lail: 19-21)

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).
  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *