https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=1233612043821536
Orang-orang yang banyak menganggur dalam hidup ini, biasanya akan menjadi bahan gossip dan desus-desus yang tidak bermanfaat. Itu kerana akal fikiran mereka selalu melayang-layang tidak tahu arah. Dan…
mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang ditinggalkan (kerana uzur)…. (At-Taubah: 87)
Saat paling berbahaya bagi akal adalah manakala pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa-apa. Orang seperti itu, ibarat kereta yang berjalan dengan kecepatan tinggi tanpa pemandu, akan mudah terhuyu-hayang ke kanan dan ke kiri.
Bila pada suatu hari anda mendapatkan diri anda menganggur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih, gundah dan cemas! sebab dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang ke mana-mana dari mengingat kegelapan masa lalu, menyesali kesialan masa kini, hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang belum tentu anda alami. Dan itu, membuat akal fikiran anda tidak terkendali dan mudah terlepas dari kawalan. Maka dari itu,saya nasihatkan kepada anda dan diriku sendiri bahawa mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat adalah lebih baik daripada terlarut dalam kekosongan yang membinasakan. Kesimpulannya: Membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan bunuh diri dan merosak tubuh dengan dadah.
Waktu kosong itu tidak ubahnya dengan seksaan halus ala penjara Cina, meletakkan si tahanan itu di bawah paip air yang hanya dapat menitiksan air satu titis setiap minit selama bertahun-tahun. Dan dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya seorang akan menjadi stress dan gila.
Menganggur dapat melalaikan diri dan sunyi dari kegiatan merupakan pencurian profesional, sedangkan aqal anda adalah perwira yang dapat melawan dan mengoyak pertempuran khayalan ini.
Kerana itu, bangkitlah sekarang juga, kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, mengemaskini meja kerja, mengemaskan bilik tidur atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu!. Ini kerana aku ingin mengingatkan anda agar tidak berhenti sejenak pun dari melakukan sesuatu yang bermanfaat.
Bunuhlah setiap waktu kosong dengan “pisau” kesibukan!. Dengan cara ini, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan. Lihatlah para petani, nelayan dan para buruh kasar, mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas! Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas katil empuk, tetapi selalu gelisah dan mengalirkan air mata kesedihan.