2022 SEMAKIN MELABUHKAN TIRAI…TAHUN YANG LEBIH MENCABAR KINI MENDATANG 2023.

Hari ini, jumaat terakhir 2022, panjatkan doa dipenghujung asar, moga-moga 2023 akan memberikan sirna yang lebih baik dan menjadikan kita insan yang matang dan bertaqwa.

Jika kita muhasabah dengan masuknya tahun baru ini, hakikatnya ia telah mendekatkan diri kita setahun dengan kematian. Umur kita semakin meningkat dan semakin rapat masa kita untuk mendekati tarikh kematian yang telah ditetapkan tanpa dianjakkan walau sesaat. Tarikh kematian itulah yang perlu dipersiapkan dan difikirkan serta dirancang untuk keselamatan selepasnya. Tidak dinafikan manusia mesti ada buat silap, namun sampai bila kita nak hentikan kesilapan itu sedangkan peluang hidup pada usia yang berbaki ini dituntut untuk melakukan amal soleh serta berbuat kebaikan.

Selagi kita masih bernafas dimuka bumi yg sementara ini ia merupakan peluang untuk kita kembali kepada taqwa. Tanpa taqwa maka sia2 kita menjadi seorang muslim.

Azam bagi seorang muslim itu bukan sempena tahun baru tetapi “sekiranya esok aku akan mati” , justeru jika kita masih belum tersedar dari lamunan ayuh bersegera menyeru kepada taqwa kerana untuk mencapai sesuatu itu kita mesti kena ada usaha. Untuk dapatkan Syurga maka kita perlu usaha untuk kesana. Kita tidak dijadikan untuk semata hidup dan mengikut kehendak diri tatkala kita perlu sedar bahawa kita ada lah hamba yg dituntut untuk beribadah dan berbuat kebaikan.

Belajarlah Quran, amal zikir pagi petang,usahakan sikit2 dahulu utk dhuha, rawatib, tahjud, mesti kena usahakan utk bersedekah tiap2 bulan, perbaiki hubungan dengan suami@isteri serta mak ayah, berbuat baiklah sesama muslim.

Berazamlah, jangan menyakiti hati muslim yang lain, jangan upload gambar tak tutup aurat kat fb, jangan banyak berselfie, jangan jadikan media sosial sebagai punca bertambahnya dosa kering disebabkan hujung jari yg lembut. Jangan banyak bercerita hal peribadi di fb, jangan print screen posting orang lain dan kutuk berjamaah kerana pada akhir zaman ini terjadi terlalu banyak fitnah dan ghibah sedangkan kedua2 dosa ini adalah dosa berat yang tidak dirasakan dosa oleh kebanyakkan orang. Berlepas dirilah dari akhlak buruk yg amat berbahaya ini.

Sedarilah kita dikejutkan dengan pelbagai musibah seperti tanah runtuh, bencana banjir, banyak kematian mengejut dan macam2. Kita tidak tahu apakah yang akan berlaku pada 2023 yg bakal menjelang.

Berada diakhir zaman yang penuh dengan fitnah ini kita perlu kuat menjaga diri. Sekiranya kita tidak memikirkan bahawa diri kita adalah sementara, sihat sementara, kaya sementara, cinta/sayang juga sementara dan atas apa yg kita miliki itu sementarà maka kita tidak akan mengharungi kehidupan ini dengan porak peranda. Bersedialah untuk menghadapi kematian dan bukan mengharap lambatnya kematian.

Semoga Allah SWT mengampuni dosa kita yang lalu dan menjadikan pengakhiran hidup kita di dalam Husnul Khotimah.

ISTIQOMAH ZIKIR PETANG.

Sumber Dari FB:

~MRJ