Harapkan solat ja, terkadang dalam solat pun kita fikir dunia. Harapkan sedekah ja, hati rasa gelisah jika orang tidak tahu kita bersedekah. Harapkan puasa ja, bulan ramadhan ja la kita puasa.
Tambah lagi dengan amalan-amalan lain untuk tutup kekurangan amalan kita yang lain. Kita bukan selamanya hidup di dunia. Sikit masa lagi, kita akan pulang.
Apa bekal kita bawa pulang?
Tangan banyak membuat dosa.
Mata banyak melihat dosa.
Kaki banyak melangkah ke tempat dosa.
Kalau cukup sekadar solat 5 waktu membawa kita ke syurga, para sahabat yang dijanjikan syurga tidak akan berkorban bangun malam untuk bertahajjud.
Mereka tidak akan banyak bersedekah. Mereka tidak akan banyak membuat kebaikan-kebaikan yang lain.
Kita bukan sahabat Nabi, syurga pun belum ada nama kita. Maka perbanyakkan amalan kita. Baca Al-Quran. Zikir. Istighfar. Selawat. Tahajjud. Taubat. Puasa sunat. Infak. Zakat. Sedekah.
Buat sikit-sikit, lama-lama kita akan rasa rugi bila tidak buat.
Hidup di dunia ni biarlah merasa cukup dengan rezeki yang Allah beri. Tapi jangan pernah rasa cukup dengan amalan akhirat yang kita lakukan. Rezeki kita Allah sudah jamin ada untuk kita, syurga kita yang belum dijamin.
Susun baik-baik urusan dunia dan akhirat kita. Jangan terlalu sibuk dengan kerja sehingga lupa solat. Jangan terlalu sibuk mengumpul harta sehingga lupa sedekah juga zakat.
Kita semua ada dosa. Tapi di hati setiap pendosa itu masih ada hasrat ingin ke syurga. Berusahalah.
Sedar tidak sedar, Allah sentiasa melihat kita. Malaikat juga tidak berhenti mencatit amalan kita. Semoga kita tersenyum melihat catitan buku amalan kita di akhirat kelak. Aamiin. ?Sumber Telegram: Ustaz &Ustazah