Syeikh Ramadhan al-Buti pernah berkata:

Sumber FB: Ustaz Hanafi“Jika anda sentiasa mengingati kematian dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya setiap masa, maka tatkala kematian itu datang, anda akan menyambut kedatangannya dengan penuh ketenangan sambil berkata:

‘Selamat datang wahai pertemuan dengan Allah S.W.T.’”

[Siri Fi Sabil al-Tazkiyyah, no. 6]

Ustaz teringat kisah kawan-kawan yang dah kembali kepada Allah dengan khusnul khotimah.

Satu hari ustaz ceramah di Muar.
Biasanya akan sampai awal ronda-ronda kawasan tu dulu.

Sampai satu masjid, azan Asar berkumandang.
Ustaz dengan kawan-kawan bikers pun pergi ke masjid tu.

Tengah parking terjumpa seorang penggali kubur naik basikal tua. Kami panggil dia Wak.

“Wak! Cantik basikal. Rare.”

“Rare? Rare tu apa?” Wak tanya semula.

“Oh, rare tu nampak luar biasa canggih.”

Lepas tu kami pun terus naik masjid dan solat.

Wak tadi solat saf terakhir.

Rakaat ketiga, dia sujud tak bangun. Kami solat satu saf. Wak sebelah kawan ustaz.

Habis sahaja solat, ustaz pun siku kawan sebelah. Kawan tu sentuh dan gerakkan Wak perlahan sahaja. Wak jatuh.

MasyaAllah, Wak meninggal semasa solat.
Wajahnya senyum tenang, nampak puas.

Allahuakbar.

Dia mungkin tak ada status dalam masyarakat.
Tapi Allah bentangkan karpet merah untuk dia ke syurga Allah.

Miskin tidak bererti hina. Apa yang penting bagaimana Allah memuliakan dia, bukan kerana harta tapi kerana hatinya.

MasyaAllah.

Ramai sangat kawan-kawan ustaz meninggal dunia dalam keadaan semasa solat berjemaah.

Peringatan kepada ustaz dan sahabat-sahabat semua, sama-sama kita jaga solat berjemaah. Kalau nak tidur malam, solat Isyak awal. Solat sebelum tidur.

Ganjaran solat Isyak berjemaah umpama mendirikan sebahagian malam dengan ibadah.

Umur 40 tahun, jadikan rumah kita dengan keluarga tu rumah kedua.

Jadikan rumah Allah iaitu masjid itu rumah pertama.
Kita renovation kubur kita daripada sibuk renovation rumah kita.

Di masjid ada solat jemaah.
Meninggal semasa solat, mulianya kematian.

Di masjid ada majlis selawat
Meninggal dalam majlis yang ingat kepada Rasulullah S.A.W
mudah-mudahan dia dapat syafaat daripada Nabi.

Begitulah.

Kita usahakan setiap hari, rutin harian hidup kita dengan sebanyak-banyak amalan kebaikan dengan Allah dan sekalian makhluk.

Supaya di saat helaan nafas terakhir, Allah redha dan jemput kita dengan sebaik-baik pengakhiran.

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة.

Maksudnya: “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik) dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.”

Silakan share supaya lebih ramai dapat inspirasi dari kisah-kisah kematian yang menghidupkan hati-hati ini.

UstazHanafiMalek