Yang pertama, untuk menjadikan kehidupan kita berkah,
- Jangan tinggal untuk mendoakan untuk kedua-dua ibu bapa kita SETIAP HARI. Samada mereka masih hidup atau yang telah meninggal dunia, maka kita baca doa yang sama iaitu:-
اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا
Allohummaghfirli Waliwaalidayya War Hamhumaa Kama Robbayaanii Shaghiira
Ertinya, “Wahai Tuhanku, ampunilah daku dan kedua orang tuaku dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku diwaktu aku kecil.”
Yang kedua, bagi yang masih ada mak/ayah maka selalunya minta redha dari mereka, minta maaf jika tak dapat balik bertanya khabar jika jauh serta minta mereka doakan kita. Doa orang tua ni Masyaa Allah sangat makbul.
Yang ketiga, bagi yang masih ada mak/ayah jangan sampai seumur hidup, kamu tak salam, tak peluk, tak cium mereka. Kamulah anak yang paling teruk jika kamu tidak berbuat demikian. Tetaplah sayangi mereka walaupun pada anggapan kita dia tidak seperti mak/ayah yang lain. Tidak kira siapa pun mak/ayah kita tugas kita adalah menyantuni mereka. Hatta jika mak/ayah kafir sekalipun kita sebagai anak wajib berbuat baik pada mereka.
Yang keempat, bila dapat gaji, jangan tamak untuk sedekah pada mak/ayah kita. Berkah rezeki kita nanti.
Yang kelima, jika kita terasa hati pada mereka, maka tahanlah hati kita, sabar dan cepat-cepat untuk tackle semula hati mereka. Jangan biar berlarutan, jangan pulau mereka dan jangan pula kita yang merajuk. Ini sangat tidak betul. Jika kita kata AH! sahaja pada mereka, Allah SWT haramkan Syurga untuk kita. Maka berhati dengan tone/nada kita bila bercakap dengan mak/ayah kita.
Ingatlah, Allah meletakkan redha-NYA atas redha kedua ibu/bapa kita sebagai salah satu syarat untuk kita ke Syurga. Jika ibadah kita baik, hubungan kita dengan mak/ayah tak baik, maka kita tetap akan binasa.
Sumber Facebook:
Muhamad Rizal Johari
~MRJ
November 2023