Ilmu Dan Pengalaman Baru Buat Kami.

Pertama Kali berdepan dengan jemaah offload. Kebelakangan ni kalau pergi airport kerap dengar ramai yang offload dekat bawah.

Dengan izin Allah, semalam terjadi pada jemaah kami sendiri. Cuma jemaah ini telah menyemak status halangan keluar negara beliau sebelum berlepas, dan statusnya hijau tiada halangan. Semua urusan telah beliau selesaikan sebulan yang lepas.

Dipendekkan cerita, pegawai imegresen memang tak nak lepaskan jemaah walaupun telah tunjukkan dengan bukti pembayaran segala macam, masih nakkan hitam putih surat daripada kastam.

Lebih bermasalah bila pegawai kastam di bawah tidak memberi sebarang guideline apa yang jemaah perlu buat. Jadi, jemaah hanya tunggu di bawah sambil menunggu update dari team kami.

Masa terus berjalan, gate dah nak close dah sampai masa boarding, semalam pula hari Ahad pejabat kastam tutup.

Terus ke kaunter, bertanya kepada mereka penyelesaian yang boleh dibuat. Sampaikan orang kaunter pun pelik kenapa tak lepas, jemaah ni tiada halangan untuk imegresen. Terus berusaha dan berharap yang baik untuk jemaah ini walaupun tengok jam memang tahu dah tak sempat. Tiket pun dah tak boleh nak reschedule.

Team berusaha berhubung dengan kenalan pegawai kastam yang kenal dan terus diajukan ke Pegawai HQ kastam.

Lima minit selepas pegawai HQ kastam hubungi jemaah terus dihantar surat kastam yang diperlukan. Alhamdulillah. Subuh dahulu di KLIA, dan terus hubungi ticketing minta untuk membeli ticket baru pada hari yang sama.

Jemaah nampak tenang tapi di dalam hati siapa yang tahu kan, pertama kali pula beliau nak menunaikan umrah.

Kami tanya tuan Hafidzie. Macam mana perasaan tuan?

“Jujur saya memang takda rasa apa-apa masa pergi airport tadi. Tapi bila nak terbang pukul 1 petang ni, rasa nervous pula”

InsyaAllah tuan ujian sedikit di sini untuk Allah bagi lebih di sana. Aamiin. Itu belum lagi perasaan ahli keluarga beliau seramai 6 orang yang terpaksa berangkat dahulu tanpa beliau. Resah dan sedih mungkin di atas kapal terbang tanpa suami dan anak di sisi.

Alhamdulillah jemaah pun sudah selamat berangkat 6 jam kemudian. Beliau lepas imegresen tanpa ada apa-apa halangan. Surat daripada Kastam yang diminta bagai nak rak tadi tidak diperlukan pun.

Allahu, kami speechless bila dapat tahu perkara tu. Jemaah sudah lah terlepas flight dan kena beli tiket baru. Tak apalah, ada hikmahnya. Asalkan jemaah dapat ke pangkuan keluarga semula di Tanah Suci.

Bila Allah nak jemput, Allah akan jemput juga walau macam mana pun caranya.

Alhamdulillah, jemaah telahpun selamat sampai di airport Jeddah dan disambut oleh CEO kami sendiri, Tuan Haji Rosli Talib. Terima kasih Haji Rosli dan team Saudi yang menguruskan urusan jemaah di sana.

Semoga Allah ganti yang lebih baik untuk tuan Hafidzie. Ilmu dan pelajaran baru untuk kami semalam. Dah selesai baru terasa penat semalaman tak tidur, dari pukul 12 tengah malam dah ke Airport sampai pukul 7 pagi lebih.

Sekali lagi, terima kasih ya Allah atas segala ujian dan pembelajaran buat kami.

“Kembara Penuh Ibrah, Ibadah Selari Sunnah”

Sumber Facebook: PDC Travel Sdn Bhd 18/12/2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *