Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Nabi ﷺ mengkhatam Al-Quran bersama jibrilbdi bulan Ramadhan. (HR al-Bukhori)

Imam Asy Syafie mengkhatam al-Quran sebanyak 60kali dalam sebulan.

Para salaf menghentikan pelbagai aktiviti duniawi dan aktiviti dakwah buat seketika dibulan Ramadhan kerana fokus dengan membaca al-Quran.

Justeru perbanyakkan masa kita dengan al-Quran. Kita tidak disuruh untuk kejar Khatam banyak kali. Tetapi ruangkan masa kita sebanyakkannya dengan al-Quran samada dengan cara bertadarus, bertadabbur atau mempelajari al-Quran. Yang penting isi masa kita dengan al-Quran.

Bagi yang tidak mahir baca Quran, atau yang langsung tidak boleh baca al-Quran maka sertailah kelas-kelas al-Quran samada di online, banyak kelas al-Quran semasa Ramadhan nanti, duduk di dalam majlis tadabbur, kalau tak boleh baca memadai semak bacaan. Di media sosial , di youtube juga banyak perkongsian yang mengajarkan bacaan iqra’ dan sebagainya. Maka bukalah dan ikutilah.

Zaman sekarang telah ada teknologi al-Quran Voice (pen Quran) yang mudah untuk di dapati di kedai-kedai buku Agama atau di shopee, maka gunakan teknologi untuk bantu anda mempelajari al-Quran.

Paling tidak sekalipun, buka mp3 juzz amma (surah-surah lazim), atau di youtube, sambil kalian buka Quran, semak dan ikuti dan ulangi.

Lagilah pada masa sekarang ni apps belajar baca Quran pun dah ada.

Hakikatnya tidak ada alasan untuk menjadikan kita terkecuali dari membaca al-Quran. Hanya sahaja adalah kemahuan diri kita sendiri. Manusia akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu sekiranya ia perkara itu penting baginya atau yang ia minati. Justeru, jadikan al-Quran sebagai salah satu perkara penting di dalam hidup kita.

Ada yang berkata “bukan tak nak baca Quran tapi takut salah baca nanti dosa” ini alasan yang tidak boleh dipakai kerana mana mungkin orang yang mahir baca Quran secara tiba-tiba tanpa melalui process kesusahan dan kesalahan diperingkat awal.

Kata Nabi ﷺ, “orang yang susah untuk membaca al-Quran, Allah tanbah DUA PAHALA”. Bagi yang tersalah membaca al-Quran diperingkat awal, maka ia adalah keadaan yang dimaafkan dan tidak menjadi dosa baginya.

Justeru, bacalah al-Quran dan pelajarilah al-Quran. Tidak boleh baca al-Quran bukanlah alasan untuk kita terus meninggalkan al-Quran tetapi ia menuntut untuk kita berusaha untuk mempelajarinya kerana al-Quran adalah kitab untuk semua orang Islam, kita sebagai orang Islam mesti kena baca Quran kerana membaca al-Quran menghasilkan pahala yang sangat lumayan. Satu huruf yang disebut dicatit baginya 10 pahala. Rugi sangat kalau tak nak nak usaha untuk baca Quran.

Selamat beramal…

Sumber Facebook: MRJ

10/3/2023

~MRJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *