Sedar tidak sedar, malam ini kita akan bertemu dengan Juzuk 12, sebuah juzuk yang sentiasa membuatkan saya termenung panjang.

Juzuk yang akan menemukan kita dengan 2 Nabi, Nabi Nuh dan Nabi Yusuf as.

Dalam buku Cuma Aku, Lukaku dan Tuhanku (Refleksi 30 Juzuk), saya ketengahkan mesej besar yang memayungi juzuk ini, iaitu ekspektasi.

Kita belajar tentang ekspektasi dari kisah Nabi Nuh.

Di waktu-waktu terakhir, ketika Tuhan telah pun memberitahu Nabi Nuh yang anaknya tidak akan selamat

Baginda masih berharap agar anaknya diberi peluang.
Itulah ekspektasi. Bukan tak tahu realiti. Tapi lumrah kita manusia, kita tetap berharap lebih.

Dalam buku terbaru saya pula, Tuhan, Seindah Apa di Hujung Sana?, saya lampirkan catatan tentang Surah Yusuf.

Sebuah refleksi yang dapat kita seluk di awal babak cerita Yusuf.

Kita belajar bahawa akhirnya, orang-orang yang mengkhianati kita, orang-orang yang membenci bahkan sanggup buat macam-macam dekat kita, kadang-kadang bukan orang jauh.

Tapi orang yang paling dekat dengan kita, yang duduk serumah dengan kita.

Adik-beradik kita. Adik-beradik Yusuf sendiri.

Begitulah bagaimana dua buku ini merakam perjalanan belajar saya. Tahun lepas, saya tak nampak sudut pandang adik-beradik Yusuf ini.

Tahun ini, baru perasan.

Kepada yang sudah memiliki dua buah buku ini, terima kasih saya ucapkan.

Selamat memanfaatkan kedua-duanya di bulan yang mulia ini. Insya-Allah!

Sumber FB : Hafizul Faiz