Solat itu indah.
Ia tidak memilih siapa yang mengangkat takbir.
Bukan hanya untuk si kaya yang berharta,
bukan juga hanya untuk mereka yang berkuasa.
Jika zakat hanya wajib untuk yang mampu,
maka solat pula adalah untuk semua..
tanpa syarat, kepada yang baligh
dan cukup akal.
Di sejadah yang sama,
si miskin dan si hartawan berdiri sederet.
Tiada kelebihan pada pangkat,
tiada kemuliaan pada harta.
Dalam solat, semua ego runtuh,
semua darjat hilang.
Yang membezakan mereka hanyalah takwa..
bukan status dunia.
Solat itu mudah,
tak perlu duit, tak perlu bekal.
Bumi ini cukup luas,
untuk kita sujud tanpa bayaran.
Bukan semua mampu ke Mekah,
tapi semua mampu menunaikan solat.
Inilah ibadah tanpa modal,
tapi keuntungannya,
hanya Allah yang tahu.
Solat bukan sekadar ibadah harian
ia adalah kunci pertama ke syurga.
Di akhirat kelak, ia akan menjadi amalan pertama yang Allah hisab.
Jika baik solatnya,
maka baiklah segala amal yang lain.
Jika rosak solatnya,
maka rosaklah amal-amal selepasnya.
Solatlah tiket utama menuju keredhaan Ilahi.
Maka, sesiapa pun boleh memiliki kunci ini
asalkan dia menjaga solatnya.
Bersolatlah.
Kerana di situlah bermulanya jalan pulang.
Pulang ke jalan yang betul
Pulang ke dakapan Tuhan
Pulang ke kampung abadi
Dengan tenang dan bahagia hakiki.
Love,
Ciktun ❤️
..dah jadi pebret spot dia 🫠
Sumber FB : Yaya Mohamad