Kadang kita terlalu sibuk kejar dunia
Sampai lupa letak Allah di tempat yang utama
Kita bangun pagi terus buka phone, tengok WhatsApp, email kerja
Kita keluar rumah tanpa sempat angkat tangan minta perlindungan
Kita urus hidup seolah-olah kita pemilik rezeki dan takdir
Lalu bila hidup mula berserabut
Duit tak cukup
Hati tak tenang
Anak makin susah dengar cakap
Baru kita tanya, “Apa yang kurang?”
Jawapannya jelas.
Kita dah terbalikkan susunan hidup.
Sebab itu dalam Surah At-Talaq ayat 2-3, Allah beri janji luar biasa:
“Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan jadikan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya.”
Ayat ini turun untuk orang yang hidupnya sempit
Tapi Allah janji: letak Dia di tempat pertama, Dia akan buka jalan rezeki dan jalan keluar
Apa maksud letak Allah No. 1?
Bukan semata-mata solat
Tapi solat diawal waktu, dengan hati yang hadir
Bukan hanya doa bila susah
Tapi doa walaupun tengah senang
Bukan hanya sebut “Ya Allah” bila tersepit
Tapi sebut “Alhamdulillah” bila diberi nikmat kecil yang orang lain tak nampak
Bila Allah jadi keutamaan, yang lain akan ikut susun sendiri
Hati jadi lapang
Kerja lebih teratur
Keluarga jadi lebih tenang
Rezeki datang tanpa kita kejar
Ulama seperti Imam Ibn Qayyim menyebut:
“Siapa yang sibukkan dirinya dengan Allah, Allah akan cukupkan semua keperluannya tanpa dia minta.”
Kalau hari ini hidup kita terasa tak teratur
Mungkin Allah sedang panggil kita untuk susun semula prioriti
Mulakan dengan perkara asas.
Doa. Zikir. Istighfar. Solat tepat waktu
Amalan-amalan kecil yang besar nilainya di sisi Allah
Dan kalau anda perlukan panduan ringkas untuk bantu istiqamah
Ada satu ebook yang boleh bantu anda mula hari ini
📘 EBOOK RM1 – PANDUAN DOA, ZIKIR & AMALAN MURAH REZEKI
Termasuk 25 ebook lain: solat sunat, taubat, umrah, Ramadhan dan banyak lagi
RM1 untuk 1 ebook. Boleh pilih ikut tajuk yang anda perlukan
https://wa.me/60134588163?text=ebookCeramah
📢 Join Telegram Channel Ceramah Ustaz & Ustazah
https://t.me/ceramahustazdanustazah