KUSYUK DAN LALAI

KUSYUK & LALAI

Kehidupan harian – sebenarnya – dipenuhi dengan perasaan kusyuk.

Namun kusyuk boleh bertukar menjadi lalai, Perhatikan,

— Seorang guru masuk mengajar, selalunya mereka kusyuk dengan pekerjaan tersebut.

Sering ungkapan berikut terkeluar, “eh… sudah habis 40 minit!”.

Itu namanya kusyuk.

— seorang pemain tenis akan kusyuk dengan permainannya.

Bagaimanapun jika azan kedengaran, beliau masih kusyuk dengan kemahirannya itu, maka kusyuk tersebut menjadi lalai.

— Seorang penyarah sedang menganalisakan data-data penyelidikan dengan kusyuk sekali.

Tiba-tiba beliau tersedar yang beliau terlepas waktu solat berjemaah di masjid, maka kusyuk tersebut juga menjadi satu kelalaian.

— Seorang ketua yang mempengerusikan mesyuarat dengan tekun – penuh kusyuk – sehinggakan tidak mempedulikan waktu solat berjemaah juga menjadi seorang yang lalai.

Begitulah analogi mudah kaitan di antara kusyuk dan lalai.

Dan saya fikir, beratus ribu orang kusyuk mengadu, bermunajat dan mencari Allah SWT apabila ditimpa pelbagai bencana.

Bukankah acap manusia ditimpa bencana seperti banjir, tsunami, puting beliung, tanah runtuh dan sebagainya.

Susulannya, masjid-masjid penuh melimpah ruah.

Benarkah begitu?

Jika tidak, agaknya apa lagi yang perlu ditunjuk Allah SWT supaya manusia jadi manusia yang khusyuk bila bersolat?

Mereka tetap lalai dengan perintah dan laranganNya.

Lalu termasuklah kita dalam golongan yang rugi.

Kami mohon keampunanMu ya Allah.

#Beri2Minit

Sumber : Prof Muhd Kamil Ibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *