Nilai diri yang baik diukur melalui akhlak, dan akhlak yang baik memberikan gambaran hati kita yang baik. Seperti kata pepatah Melayu, “Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, lidah orang yang cerdik di belakang hatinya”. Orang yang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang yang pandai berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Oleh itu jagalah hati kita, apabila hati terjaga mulut pun terjaga.
Sumber :
Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani