Ada orang, ada duit, belum ada anak.

Ada orang, ada anak ramai, cabaran dari segi kewangan pula.

Ada orang, suami bergaji biasa, tapi sungguh setia dan soleh mendidik.

Ada orang, suami sangat kaya, tak pernah susah apa bab duit, diuji kesetiaannya, terjatuh cinta dengan yang kedua dan ketiga.

Ada orang, ada beberapa buah rumah, diberi cabaran masa yang kurang. Banyak kerja. Kurang masa berkualiti dengan keluarga.

Ada orang, terlebih masa tak tahu nak buat apa, namun tiada harta dan duit banyak.

Ada orang ada kesihatan yang superb, namun sangat penat mencari sesuap nasi dan rezeki untuk keluarga.

Ada orang, duit sangat banyak, dapat pusaka dari orang tua, namun diuji dengan sakit di usia muda.

Ada orang, ibu bapa tinggalkan tanah, hanya perlu usaha buat rumah, duit ada sedikit sahaja, buat rumah kecil kecilan sahaja, tanpa hutang.

Ada orang, dia kerja lebih awal, 10 tahun dulu buat rumah murah sahaja untuk sekian luas, sekarang, walau lebih mahal, kecil sahaja rumah yang diperoleh.

Ada orang, tiada pusaka tanah ataupun rumah, namun kerja penjawat awam, mudah nak buat pinjaman beli tanah dan buat rumah, namun ujian pula perlu bayar harga berganda dari harga pinjaman, hidup dalam keadaan berhutang 35 Tahun. Rumah besar dan selesa, namun terikat pula.

Ada orang, gaji sangat banyak,

Namun ujian kesihatan untuk anak, ujian ada kenderaan rosak dan sebagainya, habis juga duit ke sekian tempat. Akhirnya makan sama banyak dan kenyang dengan orang yang gaji kelihatan biasa sahaja.

Begitulah kita.

Kita ada lebih di bahagian ini, kurang di bahagian itu.

Dipermudahkan bahagian sini,
Disukarkan bahagian situ..

Ada rezeki sini, mereka ada rezeki di situ.

Nikmat kita berbeza.
Ujian kita juga berbeza.

Andai kita cemburu dan tak puas hati dengan rezeki dan nikmat yang orang lain dapat, kita perlu ‘tak puas’ hati juga dengan ujian dan kesakitan yang mereka rasai.
Syukuri apa yang Allah bagi untuk kita.

Kerana kelebihan yang orang lain dapat, ada terselit bahagian lain yang kita tak tahu.

Allah Ya Adl.
Allah Maha Adil.
Allah tak bagi kita semua sama,

Namun sesuai dan selayaknya untuk kita, mengikut yang terbaik menurut pengetahuan-Nya….

Allah berfirman dalam Surah Ibrahim,

ayat 7

Jika kamu bersyukur. Allah tambah nikmat.

Mafhum Hadis : Sungguh magik seorang mukmin. Apabila diuji dia bersabar, apabila diberi nikmat dia bersyukur. Ajaib!

Sumber Facebook: llham Media -Amalina Nudin

Jika kita asyik mengeluh tanpa kita sedar, kita sudah berburuk sangka kepada ALLAH.

“Ishhhh… kenapa jadi macam ni? Aku tak sukalah benda macam ni. Kenapalah orang tu tak jadi benda macam ni?”

Bila kita suka mengeluh, sebenarnya kita sudah berburuk sangka kepada ALLAH.

Kita tidak pernah tahu apa yang ALLAH sedang rancang kerana DIA hanya akan menjelaskannya apabila kita betul-betul mampu memahami, mahu menerima semua takdir yang berlaku.


Percayalah takdir ALLAH SWT tidak pernah silap.

Takdir ALLAH SWT tidak pernah silap!

Takdir ALLAH SWT tidak pernah silap!

Hanya ALLAH yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

ALLAH tidak hanya memberikan perkara yang kita harapkan tetapi memberikan yang terbaik untuk kita.

Contohnya keputusan SPM yang keluar baru ni.

Yang terbaik bagi kita adalah dapat keputusan cemerlang. Sebab otak kita ini telah diajar, kalau tak lulus SPM macam mana nak sambung belajar? Macam mana nak kerja?

Seolah-olah otak kita telah disetting begitu.

Sebenarnya jika kita nampak anak kita telah berusaha tapi belum membuahkan hasil, maka kita bersangka baiklah kepada ALLAH. Mungkin bukan hari ini.

Kita yang sudah matang ni cuba patah balik 10 tahun, 20 tahun ke belakang.

Adakah semua bos-bos besar yang ada sekarang ni adalah orang yang cemerlang SPM?

Tak semua.

Malah ada yang tak ambil SPM pun tapi hari ini jadi bos besar dan ada ramai staff.

Bukan bermaksud SPM tu tak penting tapi jangan berkeluh-kesah dulu dan jangan marah-marah dulu pada anak.

Ketika melihat keputusan SPM itu, kita yang tahu kita dah usaha ke tidak?

Ia tergantung kepada usaha.

Bagaimanapun ada orang yang sudah berusaha bersungguh-sungguh tapi pada hari kejadian, mungkin dia tak sihat, dia tak boleh perform yang terbaik sebab dia terlalu nervous ataupun mungkin dia terlebih teruja, over confident.

Macam-macam ujian ALLAH bagi pada kita.

Tapi ingatlah takdir ALLAH tidak pernah tersilap.

Raikan sahaja.

Jangan sampai kita rasa kita dah gagal SPM tu kita dah gagal segala.

Ya , kita pergi mana-mana , orang tanya.
Ya, orang pandang sinis.

“Ehhh…kau ni dulu bukan best student ke setiap tahun? Tiba-tiba SPM kau dapat straight B pulak. Bukan straight A.”

Sebab tu ALLAH suruh kita jaga lisan kita sungguh-sungguh sebab mungkin dengan kata-kata kita itu ada kawan-kawan kita yang sedang down.


Sejujurnya kadangkala kita terlalu bimbang. Takut dan gelisah dengan takdir yang sudah ALLAH aturkan.

Ada rezekinya.
Ada sukatannya.

Contohnya makanan esok bagaimana?

Kita mak mak macam tu lah.

Baru habis makan sarapan pagi.

“Abg, nanti tengahari nak makan apa?”

Baru habis makan tengahari.

“Abg, malam nanti nak makan apa? Nak makan nasi ke nak makan mee je?

Baru bersahur, dah fikir nak makan apa waktu berbuka?

Baru berbuka, dah fikir esok nak sahur apa?

Makanan esok bagaimana?

Kita sibuk fikir.

Makan dengan apa?
Agaknya laku ke jualan aku?
Orang lain sudah kahwin, aku pulak bila?
Orang lain sudah kerja, aku masih mengganggur.

Begitulah kita hari-hari resah gelisah memikirkan takdir.


Perasaan bimbang, gelisah dan takut sebenarnya timbul kerana tidak yakin terhadap takdir yang sememangnya dalam kawalan ALLAH SWT.

Semuanya dalam kawalan ALLAH.


Bila hidup ini kelihatan seperti senang, kita dah mula jauh dengan Tuhan.

Lalu ALLAH hantarkan ujian untuk kita menghulurkan kembali tangan menarik tali yang sedang dihulurkan oleh ALLAH.

Subhanallah.


Sahabat,

Perasaan bimbang, gelisah dan takut sebenarnya timbul kerana kita tidak yakin terhadap takdir yang sememangnya dalam kawalan ALLAH. Semua kerisauan itu wujud kerana kita tidak percaya sepenuhnya kepada perancangan-NYA.

Perasaan bimbang, gelisah dan takut memang sebahagian dalam hidup. Namun jangan biarkan rasa gelisah dan bimbang yang berlebihan menguasai diri sehingga menyebabkan kita lupa bagaimana menikmati kehidupan sebenar.


Sahabat,

Sesukar manapun hidup kita, jangan dijadikan alasan untuk kita menjadi seorang yang kufur nikmat.

Seperit manapun perjalanan hidup ini atau seberat manapun beban yang kita pikul, Subhanallah… Itu bukanlah alasan untuk kita mengingkari semua nikmat yang telah ALLAH kurniakan kepada kita.

Jangan jadikan segala rintangan ujian yang menimpa kita akhirnya membuatkan kita mengeluh dan melupakan nikmat-nikmat yang telah ALLAH berikan kepada kita.


Usah berkeluh kesah.

Bila nak jadinya keluh kesah, terus ingatkan diri.

“Ya ALLAH, aku tahu takdir-MU tidak pernah tersilap. Ya ALLAH, ajarkan aku sabar. Ya ALLAH, anugerahkan aku hati yang redho.”

Usah berkeluh kesah.

Lebih-lebih lagi bila jumpa ayat Al-Quran yang kita tadabbur menyatakan bahawa Neraka tempat terakhir orang yang suka berkeluh-kesah.


Orang yang berjaya bukanlah mereka yang memiliki segalanya. Tetapi orang berjaya ialah orang yang masih memiliki iman dan taqwa dalam hatinya. Kerana apabila dia beriman dan bertaqwa, dia tidak akan mempersoalkan mengapa takdirnya seperti itu, mengapa perlu seperti ini, mengapa takdirnya tidak berlaku seperti yang diharapkan?

Dia takkan tanya dah.

“Kenapa jadi macam ni Ya ALLAH? Aku dah buat baik dengan semua orang tapi kenapa mereka jahat pada aku , Ya ALLAH?”

Orang yang beriman dan bertaqwa tidak akan mempersoalkan begini.


Orang yang beriman dan bertaqwa tidak akan berasa miskin kerana kekayaan telah diletakkan di dalam hatinya. Dia mampu menangani masalah dalam hidupnya dengan bijak.

Apabila ditimpa musibah, dia mampu bersabar. Apabila diberikan nikmat, dia bersyukur.

Ajaibnya orang beriman kata Nabi SAW.

Ditimpa musibah, dia bersabar.
Bukankah sabar itu pahala?

Diberi nikmat, dia bersyukur.
Bukankah syukur itu pahala?

Jadi apa sahaja yang berlaku pada orang beriman, dia dalam pahala.

Indah, kan?

Matilah bila-bila.
Kamu mati dalam pahala wahai orang beriman.


Apa ciri-ciri orang tidak beriman?

Kamu diuji dengan musibah, kamu tidak sabar.

Diuji dengan nikmat, kamu makin bermaksiat. Kamu tidak bersyukur pun kepada ALLAH.

Na’uzubillahi Min Zalik.


Orang yang berjaya adalah orang yang mampu mengambil hikmah, menjadikan ujian bukan sebagai beban atau halangan tetapi pelajaran yang berharga.

Semua yang sedang kita lalui ini sahabat, adalah pengalaman yang akan mendewasakan dan mematangkan fikiran.

Menjadikan ujian sebagai alat untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

Yang memandang dengan adanya dugaan dan ujian adalah bagi memberikannya didikan.

Bagi melatihnya menjadi seorang yang lebih kuat dan hebat.


ALLAH berfirman di dalam Surah An-Najm ayat 48,

وَاَنَّهٗ هُوَ اَغْنٰى وَاَقْنٰىۙ

“Dan sesungguhnya DIA-lah yang memberikan kekayaan dan memberikan kecukupan.”

Orang yang berjiwa qonaah berasa cukup. Berasa cukup ini akan sentiasa menjadikan kita bersyukur kepada ALLAH.

Tidak ada satu pun yang patut kita kufurkan.
Inilah orang beriman.

________W-A-S-Y-K-U-R-U-L-I__

[Sebahagian tazkirah dari Ustazah Muzayyanah dalam Wasykuruli pagi ini. Alhamdulillah. Jazakillahu Khair Ustazah ❤️]

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook : yusnizayaziz

ustazahzai

wasykuruli

26 Zulkaedah 1445H
4 Jun 2024

Di PBAKL hari tu, ada sorang wanita ni pakai gincu agak merah, senyuman jadi tambah menawan, daripada jauh dia dah menarik perhatian saya, pakaiannya semua cukup syarat mengikut Syariat😊.

Bila tiba gilirannya, saya bertanya khabar dan datang dengan siapa, dia jawab dia datang dengan Malaikat, jawapannya serius, saya pun respon serius, “nanti kirim salam ya pada Malaikat.” Barulah sama-sama ketawa. Dia cakap, “ini lawak..memang lawak,” saya cakap, “memang betullah apa cik cakap, kita tak pernah keseorangan, Malaikat sentiasa ikut.”

Pastu beliau tanya saya soalan, “Ustazah, saya pakai gincu merah macam ni salah ke?, kiranya saya berdosa ke?” Memang direct betul cara dia tanya, sambil tunjuk bibir dia. “Memang betul ke menarik perhatian?” Tambah dia lagi.

Saya pandang dia dan berikan senyuman yang paling manis, saya pun jawab, “betul, menarik perhatian, jujurnya saya pun tertarik daripada tadi, maksudnya dalam ramai-ramai orang yang sedang menunggu beratur nak jumpa saya ni, cik adalah antara yang paling menyerlah daripada tadi 😉”

“Tentang gincu, sebenarnya boleh pakai, tapi yang natural sahaja, bahkan cik akan lagi comel bila pakai yang natural, sebab cik dah sedia comel, saya faham kalau dah biasa pakai rasa pelik kalau tak pakai, dan rasa macam tak bermaya atau pucat, jadinya boleh.”

Dalam memberi nasihat berdepan macam ni memang kena pandai berbasi-basi. Tapi saya ikhlas hati memuji, bagi saya ciptaan Allah semua indah.

Sambung saya lagi, “kita kalau bersolek nak keluar rumah ni, pakai bedak, alas muka, gincu dll boleh dengan tujuan supaya wajah kita tak nampak kusam, bermaya dan berkeyakinan. Bukan tujuan menarik perhatian. Jika menarik perhatian lekaki dah termasuk bertabarruj, maka boleh mendatangkan dosa.” (Jujurnya saya tak pakai gincu).

“Ok ustazah, terima kasih banyak ya beri saya penjelasan, saya selalu ikut ustazah punya ceramah, doakan saya istiqamah dan dapat Suami Soleh..”

Saya terus mendoakan beberapa doa, kami sama-sama mengaminkan. Damai sekali.

Beliau beratur beli buku ni https://bit.ly/4dQBKdT

Tuan Puan Sahabat semua, saya suka nak tambahkan kefahaman kita dalam hal ini, terutama pada Para Suami dan Ayah, sebab kalian adalah penjaga dan pendidik para wanita, sila baca penulisan yang sangat bagus di bawah:

Hiasan kecantikan yang merupakan fitrah wanita itu asalnya adalah baik dan mempunyai asas daripada syarak akan tetapi ianya mestilah tidak melanggar apa yang telah dilarang oleh syarak secara jelas berkaitan dengan hukum berhias bagi wanita.

Di antara hak seorang wanita itu adalah berhias dan suami harus mengambil kenikmatan dengan kecantikan serta perhiasannya. Firman Allah SWT :

قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) : “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?” (Surah al-A’raf : 32)

Umumnya, hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada di badan, pakaian atau tempat. Akan tetapi, hukumnya berlanjutan sedemikian (halal dan harus) selagimana tiada nas-nas yang khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/89-90)

Hukum memakai lipstik

Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, hukum wanita memakai lipstik serta alat-alat solek yang lain adalah harus sebagaimana umum firman Allah SWT :

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا

Maksudnya: “Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.” (Surah al-Baqarah : 29)

Walau bagaimanapun, wanita hanya harus berhias untuk para suami mereka serta mereka yang dibenarkan oleh syarak sahaja.

Oleh itu, kami berpandangan sekiranya wanita tersebut sekadar memakai lipstik dengan warna yang tidak ketara, atau memakai alat-alat solek yang lain seperti bedak dan lain-lain dengan nipis dan sekadarnya (tidak berlebihan), serta tidak tabarruj semasa berada di luar, adalah tidak mengapa, selagi mana perkara tersebut tidak menimbulkan fitnah serta menarik perhatian lelaki kepadanya (dengan syahwat). Hal ini kerana, agama Islam sangat menekankan soal kekemasan dan kecantikan sebagaimana riwayat daripada Ibn Mas’ud, bahawa Nabi SAW bersabda :

إنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kepada kecantikan.” (HR Muslim (91)

Tabarruj (Berlebihan dalam berhias)

Selain itu, perkara yang harus diingat dan diberi perhatian juga bagi seorang wanita itu, adalah hendaklah dia mengelakkan diri daripada bertabarruj. Imam al-Syaukani menyatakan bahawa al-Tabarruj ialah menampakkan dan mempamerkan (perhiasan dan kecantikkannya) bagi mata-mata (melihat dan menikmatinya). (Lihat Fath al-Qadir, 4/61)

Berlebihan dalam berhias bagi seseorang perempuan adalah diharuskan hanya kepada suaminya sahaja. Dalam membincangkan masalah ini, berpandukan pandangan para fuqaha’ dalam pembahagian hukum berkenaan tabarruj sebagaimana yang digariskan di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah menyatakan :

“Mempamerkan perhiasan dan kecantikan kepada sesiapa yang tidak sepatutnya dilihat seperti memakai pakaian yang ketat untuk mempamerkan bentuk badan atau selainnya. Dan disebabkan itu dapat menaikkan syahwat dan nafsu orang yang memandangnya, maka Ijma’ (sepakat) para ulama’ adalah haram melainkan kepada suaminya sahaja.” (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 10/62)

Maka, kita ketahui bahawa perbuatan bertabarruj itu adalah merupakan kebiasaan wanita jahiliyyah. Demikian juga, kami katakan bahawa termasuk dalam perbuatan tabarruj itu ialah apabila seorang wanita memakai alat-alat solek secara berlebih-lebihan yang mana perkara tersebut dapat menarik perhatian lelaki ajnabi kepadanya dan menimbulkan fitnah. Inilah yang dilarang dan ditegah di dalam agama. Adapun, memakai lipstik atau alat-alat solek yang lain sekadarnya agar nampak kemas (tidak dilihat selekeh), berseri dan tidak kusam serta bukannya bertujuan bagi menarik perhatian lelaki ajnabi, maka ia tidak mengapa.

Kesimpulannya

Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara:

Secara umumnya, hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada di badan, pakaian atau tempat. Akan tetapi, hukumnya berlanjutan sedemikian (halal dan harus) selagimana tiada nas-nas yang khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut.

Kami berpandangan tidak mengapa bagi seorang wanita itu untuk memakai lipstik serta alat-alat solek yang lain semasa berada di luar rumah dengan syarat tidak berlebihan dan memakai sekadarnya sahaja serta tidak bertabarruj. Selain itu, perkara tersebut harus selagi mana ia tidak menimbulkan fitnah serta menarik perhatian lelaki kepadanya (dengan syahwat).

Lebih-lebih lagi, apabila dia memakai lipstik atau alat-alat solek yang lain itu sekadarnya agar nampak kemas (tidak dilihat selekeh), berseri dan tidak kusam serta bukannya bertujuan bagi menarik perhatian lelaki ajnabi. Hal ini kerana Islam sangat mengambil berat soal kekemasan, kebersihan dan kecantikkan.
Walau bagaimanapun, seorang wanita muslimah itu juga mesti ingat bahawa berlebihan dalam berhias bagi seseorang wanita adalah diharuskan hanya kepada suaminya sahaja.

Kami akhiri dengan kata-kata Sayyid Qutb sebagai renungan bersama, khususnya buat para wanita di luar sana :

“Perhiasan itu halal bagi perempuan untuk memenuhi keinginan semulajadinya. Setiap perempuan ingin menjadi cantik dan dipandang cantik. Walaupun perhiasan itu berbeza-beza dari satu zaman ke satu zaman, namun asas perhiasan itu adalah sama sahaja dalam fitrah perempuan, iaitu ingin mendapat dan menyempurnakan sifat-sifat kejelitaan dan menunjukkannya kepada kaum lelaki. Islam tidak menentang keinginan semulajadi ini, tetapi Islam mahu mengatur dan mengawalnya. Islam mahu menjadikan keinginan semulajadi itu menuju ke arah yang terang, iaitu ke arah suaminya yang tunggal selaku rakan kongsi hidupnya, yang dapat memandang bahagian-bahagian badannya, yang tidak boleh dipandang oleh orang-orang yang lain darinya (suaminya).” (Lihat Fi Zilal al-Quran, 4/2512)

Rujukan penuh sumber tulisan di atas di ruangan komen, ia daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Sumber Facebook : Asma’ binti Harun #UAHSahabatDuniaAkhirat

Cerita ini tentang kawan baik Ustaz sendiri. Haji Azmi nama dia. Kami sama-sama ride ke banyak tempat.

Lebih kurang dua tahun lepas, dalam perjalanan nak ke satu program, Haji Azmi terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Kemalangan ni berlaku depan mata Ustaz sendiri. Ustaz nampak motosikal Haji Azmi berputar dua tiga kali. Haji Azmi pula tercampak dan jatuh tergolek ke tepi jalan.

Masa mula-mula dekati badan Haji Azmi waktu tu itu, Ustaz dan kawan-kawan lain semua tak berani nak sentuh. Sebab kami tahu mesti tulang belakang dia cedera teruk.

Ambulan pun datang bawa ke hospital. Doktor sahkan dia mengalami spinal shock. Dia kena lalui pembedahan.

Walaupun keadaan makin baik, dia tetap dalam keadaan lumpuh. Tak boleh bergerak. Semua urusan, isteri dan nurse yang uruskan.

Ada satu hari tu Ustaz sempat ziarah Haji Azmi. Ustaz rasa hairan tengok keadaan dia. Walaupun dah tak boleh bergerak, tapi masih nampak tenang.

Ya lah, tuan puan bayangkan.

Orang yang biasanya aktif ke sana-sini. Ride motosikal ke merata tempat, tiba-tiba terlantar tak boleh ke mana-mana. Sepatutnya mesti rasa sangat tertekan. Tapi berbeza dengan Haji Azmi ini, dia tetap tenang.

Ustaz pun tanya dia,

“Haji ok ke? Nampak tenang je walau keadaan macam ini. Haji tak tertekan ke?”

Apa dia jawab?

“Saya ikut apa yang Ustaz cakap. Jangan fikir tanpa zikir.”

Subhanallah… Ustaz betul-betul kagum dengan Haji Azmi. Dalam keadaan terlentang tak berdaya, tetap ingat Allah Taala.

Lebih kurang 6 bulan lepas tu, dia dah mampu berdiri. Kuat betul semangat Haji Azmi.

Alhamdulillah.

Sekarang, hampir 2 tahun selepas kemalangan, Haji Azmi masih belum boleh berjalan. Tapi alhamdulillah, dia tetap dalam keadaan tenang.

Sama-sama kita doakan Haji Azmi pulih seperti sediakala. Kita doakan juga keluarga Haji Azmi terus tabah dan tenang hadapi ujian .


Tuan puan yang dirahmati Allah.

Ustaz betul-betul suka ulang kata-kata ini. JANGAN FIKIR TANPA ZIKIR.

Sebab apa?

Sebab inilah Rahsia hidup tenang tak kira apa jua bentuk ujian yang datang. Ustaz sendiri pernah alami ujian berat dalam hidup. Bila berzikir, hati kita akan jadi tenang.

Ada orang tanya,

“Ustaz, saya dah zikir tiap-tiap hari. Tak tahu berapa ribu kali saya dah zikir tapi masih tak tenang. Macam mana tu Ustaz?”

Tuan puan, zikir ni tak cukup dengan lafaz di bibir. Paling penting kena zikir dengan hati.

Macam mana tu?

Maksudnya kita zikir dengan penuh yakin pada Allah.

“Subhanallah… Maha Suci Allah. Engkau Maha Suci dan Sempurna ya Allah. Engkau tak pernah silap dalam menentukan Takdir hidupku ya Allah. Engkau tak pernah zalim pada setiap hambaMu yaAllah. Semua yang Engkau takdirkan dalam hidup aku ni semua baik-baik belaka. Subhanallah…”

“Alhamdulillah… Segala puji bagiMu ya Allah. Engkau yang terbaik dan paling layak dapat pujian. Apa yang Engkau takdirkan ini pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah…”

“Allahuakbar. Engkau Maha Besar. Maha Kuat, Maha Berkuasa. Engkau pasti bantu aku untuk sembuh dari penyakit ini. Engkau berkuasa keluarkan aku dari masalah ini. Aku yakin padaMu ya Allag. Aku berserah padaMu ya Allah…”

Begitulah antara contohnya tuan puan. Zikir bukan semata dengan lisan, tapi kita betul-betul hayati dengan sepenuh hati dan penuh harapan.


Nak berzikir dengan baik ini perlukan dua perkara.

Pertama, ILMU YANG BENAR.
Kedua, LATIHAN.

Betul tuan puan. Kena rajin menuntut ilmu dan biasakan diri untuk berzikir walau dalam keadaan senang. Bila dah terbiasa zikir, inshaAllah kita automatik akan ingat Allah bila ditimpa masalah.

Satu cara latihan yang Ustaz amalkan adalah dengan sentiasa pegang tasbih. Ustaz suka gunakan tasbih digital. Mudah nak bawa ke mana-mana.

Ustaz suka pegang tasbih bukan sebab nak menunjuk-nunjuk, tapi sebab nak latih diri. Ustaz juga manusia biasa sering terlupa. Bila sedar ada tasbih di jari, boleh sambung zikir kembali.

Tuan puan boleh cuba amalkan.


Tuan puan,
pujuk hati untuk tidak berfikir tanpa zikir.

Bila datang fikiran negatif dalam diri kita, cepat-cepat zikir. Cepat-cepat ingat Allah. Berzikirlah setiap masa tak kira susah dan senang. Tak kira sibuk atau lapang.

Zikir ini banyak caranya. Paling mudah adalah dengan menlazimi Subhanallah, Alhamdulillah, lailahaillah, Allahuakbar.

Tuan puan,

Jom pujuk hati mulakan zikir sekarang.
Bukan menunggu bila keadaan susah datang atau sakit mula menyerang.

Sumber Facebook: UstazHanafiMalek

PULUN HABIS-HABISAN, PERHEBATKAN AMAL BERMULA 1 DZULHIJJAH HINGGA 10 DZULHIJJAH

Lagi 8 hari , iaitu pada tarikh (8/6/2024 ~ 17/6/2024) Insyaa Allah kita akan masuk ke bulan Dzulhijjah yang mana Nabi ﷺ mengkhabarkan di dalam hadis yang sahih bahawa amal soleh pada 10 hari yang awal di dalam bulan Dzulhijjah ini melebihi pahala berjihad di medan perang hatta para ulamak mengatakan 10 hari yang awal di bulan Dzulhijjah ini lebih hebat nilai pahalanya dari beramal di bulan Ramadhan.

Berikut merupakan dalilnya :-

Hadis menerusi ibnu Abbas R.A, daripada Nabi ﷺ, Baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

Maksudnya : “Tidak ada hari-hari yang amalan soleh yang paling dicintai oleh Allah untuk dilakukan padanya melainkan hari-hari ini-baginda memaksudkan: 10 hari terawal Zulhijjah.”

Para sahabat yang terkejut dengan kenyataan baginda ﷺ lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?

“Baginda bersabda,” (Ya) Walaupun jihad di jalan Allah pun tidak dapat menandinginya, kecuali seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali (syahid).”

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)

Bermula 8 Jun 2024 ~ 17 Jun 2024, nanti akan bermulalah PESTA AMAL yang terbesar, justeru sepanjang 10 hari ini perhebatkanlah amal soleh kita dengan melakukan amal ibadah serta banyak berbuat kebaikan seperti berikut:-

  1. Berpuasa sunatlah bermula 1 Dzulhijjah hingga 9 Dzulhijjah
  2. Hidupkan solat malam (Tahajjud)
  3. Perhebatkan bersedekah
  4. Bantu fakir miskin serta anak yatim.
  5. Penuhkan solat sunat rawatib (qabliah/ba’diah)
  6. Lakukan dhuha 4 rakaat (2 salam)
  7. Hadirlah ke majlis-majlis ilmu
  8. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran
  9. Hentikan hiburan dan elakkan dari melakukan perkara yang lagho(tidak bermanfaat)
  10. Kurangkan aktiviti duniawi
  11. SERTAILAH IBADAH QURBAN

Ingatlah, Syurga itu bukan percuma.

Sumber Facebook: ~MRJ

My ex-boss, gaji sebulan RM40,000. Time tu aku tengok dia, mai pagi tunjuk muka sat + cakap-cakap sat, lepas tu sudah.

Belah petang, mai tunjuk muka + cakap-cakap sat + gelak-gelak, lepas tu sudah.

Dalam hati aku, amboi mudahnya kerja depa. Itu saja kerja, bulan-bulan dapat RM40,000. Fuh.

Hari ni, baru aku faham.

Apa kita nampak? : Bos ni, kerja goyang kaki saja. Setakat mai tunjuk muka cakap sikit-sikit, kucing aku pun boleh buat.

Apa yang kita tak nampak? : Jadilah bos kalau nak nampak sisi mana yang staff-staff tak nampak.

Dia bukan CEO. Yang CEO, abang dia. Walau abang si CEO, abang dia tak terus lantik bagi kerusi & jawatan yang berpendapatan RM40,000 tu.

Abang dia pun mula dari bawah. Siap kena simbah dengan sup panas dengan orang awam tak silap aku.

Dia cuma meniaga, bukan nak tanduk orang tak tentu hala ka buat jahat ka. Yang dok pi simbah sup panas tu buat apa?

Bila si abang bermula dari bawah, si adik pun di biar usaha dari bawah.

Kerusi gaji RM40,000 tu cuma boleh duduk bila betul-betul layak.

Part dia mengesot berhempas-pulas dari bawah sementara nak layak duduk atas kerusi berjawatan puluh-puluh ribu tu, antara part yang kita sering terlepas dan tak tengok.

Antara part yang kita tak tengok lagi ialah…..

Kita katalah ada anak 2 orang, isteri 1 orang. Termasuk diri kita, 4 perut semuanya.

Kita sebagai staff, dok fikir nak isi 4 perut ni saja paling tidak tiap-tiap bulan.

Katalah bos yang gaji RM40,000 sebulan ni, dibawah jagaan dia ada 40 orang staff.

Katalah purata family member bagi setiap sorang bagi 40 orang staff ni ialah 4 orang.

4 orang = 4 perut.

4 perut X 40 orang staff = 160 perut !

Tolak diri bos ni dan family dia, dia nak kena fikir tiap-tiap bulan macamana supaya dia boleh terus bayar gaji supaya 160 perut ni dapat diisi !

Kita fikir nak isi 4 perut VS bos fikir nak isi 160 perut.

Kalau kita tiap-tiap bulan dah stress setakat nak isi 4 perut, macamana bos punya stress nak pastikan 160 perut dapat diisi?

Nisbahnya ialah 1:40.

Bos 40 kali ganda lebih stress dari staff.

So, layak tak Tuhan bagi kat hang RM1,000 sebulan dan bagi RM40,000 ke bos hang?

Antara sifat Tuhan itu adil. Adil itu bukan sama-rata. Sama-rata bukan adil. Tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Macamana nak faham statement ini? Gini :

Nisbah hang kat atas tadi 1 saja, tapi nisbah bos hang 40. Kalau Dia bagi hang RM40,000 sebulan, bos hang RM40,000 sebulan, apakah itu adil?

Sudah tentu tidak adil kan? Itu sama-rata.

So, kalau selama ni ada dalam kalangan kita dok mengata kat bos tu…………harap terbukak sikit ya fikiran dengan perkongsian ni.

Kalau bos kot tergarang sikit pada satu masa, maafkan dia. Pastinya bersebab.

Kot nampak bos bersenang-lenang tu, jangan iri hati dengan dia. Time mana dia bekerja, time mana dia menangis, time mana dia stress untuk pastikan kita sebagai pekerja serta anak-anak kita terus terisi perutnya……….kita taktau.

Bulan depan ni dapat gaji lagi, pi kat bos ucaplah ucapan TERIMA KASIH dari sudut hati paling dalam dengan senyuman paling ikhlas.

Duit gaji yang kita dapat tu, ya betoi dari hasil titik peluh kita usaha. Tapi bos tu lah yang dok kuat berusaha supaya kita boleh terus bekerja. Dengan ucapan seringkas tu, seronok hatinya. Hilang sat stress atau keletihan dia urus syarikat.

Tak faham takpa. Bulan depan berhenti kerja, pi bukak syarikat sendiri. Fahamlah macamana susahnya nak bangunkan syarikat sementara nak boleh ambik pekerja. Dah ada pekerja macamana nak pastikan kita terus mampu gajikan pekerja-pekerja tu. Huhu.

Sumber Facebook : Amirul Faisal

Kredit Shah Man

SENYUM DALAM UJIAN, KEKUATAN DALAMAN ITU KURNIAAN

Senyum dalam menerima takdir Allah ini bukanlah benda yang boleh kita main-main, kerana ia memerlukan kekuatan dalaman. Yang senyum melihat takdir Allah yang berlaku ke atas dirinya kerana dia mengetahui:

  1. (Takdir) datang daripada Allah yang Maha Mulia dan sifatNya yang sempurna
  2. Allah akan ganti yang lebih baik daripada yang dia hilang
  3. Dia mengetahui itu tanda Allah sayang
  4. Dia mengetahui itu tanda Allah nak mengangkat darjatnya
  5. Dia mengetahui itulah dia antara sebab paling kuat dia masuk Syurga, dengan ujian Allah.

Allah takkan masukkan dalam Syurga, hamba-hambaNya tanpa ujian.

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتْرَكُوٓا۟ أَن يَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”

(Surah Al-Ankabut, 2)

  • Apakah mereka menyangka cukup dengan berkata mereka beriman walhal mereka tidak diuji?

Kita pasti akan diuji sebagai seorang anak,
Diuji sebagai suami, isteri,
Diuji sebagai ahli masyarakat, pekerja.

Tuan-tuan ujian itu akan terus datang tidak pernah putus, seperti ombak ia akan terus memukul pantai. Bezanya, kecil atau besar. Tapi ombak itu terus berbunyi siang – malam, itu pantai.

Sama dengan hidup, ujian – ia tak datang sini, datang ikut sana.
Cuma besar, kecil itu yang mungkin datang bersifat berkala. Tempoh tertentu dikehendaki oleh Allah.

Sumber Facebook : TOKKU PASIR GUDANG

Bersaing dalam Memperbaiki Diri

“Kalau tidak bisa bersaing dengan orang soleh dalam memperbanyak amal, maka bersainglah dengan para pendosa yang memperbaiki diri.” – Ustadz Adi Hidayat

Dalam kehidupan ini, setiap individu berusaha untuk mencapai kebaikan dan keredhaan Allah SWT. Tidak semua kita mampu bersaing dengan orang-orang soleh yang telah memperbanyakkan amal kebajikan mereka. Namun, itu tidak bermakna kita harus berputus asa. Sebaliknya, kita perlu mengambil inspirasi dari para pendosa yang sedang memperbaiki diri mereka.

Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zumar, ayat 53:

“Katakanlah: ‘Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'”

Ayat ini memberikan harapan kepada kita bahawa rahmat dan keampunan Allah sentiasa terbuka bagi sesiapa yang ingin memperbaiki diri. Walaupun kita mungkin merasa tidak mampu mencapai tahap orang-orang soleh, kita masih boleh berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Rasulullah SAW bersabda dalam Hadis Riwayat Tirmidzi:

“Setiap anak Adam pasti melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.”

Hadis ini menunjukkan bahawa setiap manusia pasti melakukan kesalahan, tetapi yang paling penting adalah kesungguhan untuk bertaubat dan memperbaiki diri. Kita perlu bersaing dengan diri sendiri dan orang lain dalam usaha menjadi insan yang lebih baik. 

Sahabat,

Jangan berputus asa dalam usaha memperbaiki diri. Ambillah inspirasi daripada mereka yang sedang berjuang untuk berubah dan memperbaiki kehidupan mereka. Setiap usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah langkah yang berharga.

Jika kita tidak mampu bersaing dengan orang soleh dalam amal kebajikan, bersainglah dengan para pendosa yang berusaha memperbaiki diri. Setiap langkah kecil ke arah kebaikan akan dihargai oleh Allah dan membawa kita lebih dekat kepada-Nya.

Semoga kita semua diberikan kekuatan dan ketabahan dalam usaha memperbaiki diri dan mencapai keredhaan Allah SWT. Ameen.

Sumber Telegram: Ceramah Ustaz dan Ustazah

MENDENGAR (SIRI 12): BUNYIAN DI BUMI SEMUANYA ITU BERTASBIH

“Demi Allah, kembalikanlah hati seorang yang dilanda kesedihan.
Dia tidak lagi mempunyai kekasih yang lain.”

  • Ibrahim Ar-Raqqi

Bicara tentang hukum mendengar, atau secara kupasan umum: Apakah pandangan agama terhadap setiap suara yang kita dengar? Berupa suami alami (iaitu) burung-burung yang berkicauan, suara angin bahkan suara guruh, ribut petir.

Bahkan setiap perkara yang mengeluarkan suara.

Kita telah nyatakan, suara-suara yang indah / bicara-bicara yang baik yang datang daripada al-Quran, yang datang daripada sunnah Nabi SAW, datang daripada nasihat-nasihat yang baik maka ini tidak ada keraguan daripada sudut kebolehannya, dan galakan memperbanyak mendengarnya.

Bagaimana suara-suara yang lain?
Apakah hukum suara-suara yang lain, yang kadang-kala membangkitkan emosi.

Kadang-kadang kita tengok, hanya lantunan musik membuatkan orang menangis, menyebabkan orang sedih atau menyebabkan gembira, emosi dimainkan dengan lantunan bunyi-bunyi.

Atau juga dengan sebab bunyi menjadikan seorang marah, macam orang berdengkur kita dengar, marah?
Marah. Itu bunyi, bukan mereka buat tapi secara semulajadi ia berlaku.

Ada bunyi kita dengar, macam biasa saja.
Ada bunyi kita dengar, membentuk emosi pelbagai,

  • Benci
  • Marah
  • Sayang
  • Gembira
  • Menangis
  • Sedih

Bahkan kadang-kala ada suara menjadikan kita semangat, kita dengar tentang perang, kita semangat. Kita dengar barangkali bunyi air terjun menjadi semangat. Setengahnya bunyi ombak yang memukul pantai, cukup menjadikan dirinya melantun fikirannya pada kenangan puluhan tahun, yang tidak mungkin diingati melainkan waktu ketika itu.

Secara kesimpulan,
Bilamana kita dengar yang baik-baik maka ia memberikan kita kesan yang baik.

Kata Ruwaim bin Ahmad, seorang Ulama bertanyakan Guru-guru di zamannya, apa hukum mendengar musik, lagu-lagu yang baik?

Kata Ulama ketika itu bila seorang itu mendengar, dia seperti sekawan kambing yang didatangi serigala.

Maksudnya, kambing tengah tenang makan rumput, tiba-tiba serigala datang. Apa jadi? Bertempiaran kambing, cemas kerana adanya serigala. Seperti itulah suara-suara, musik kita dengar saja-saja misal kita tengah baca buku dan terdengar satu suara.

Tak kiralah suara orang mengilai; atau
Suara orang sedang bercinta; atau
Bunyi-bunyi tertentu maka kita mula resah kerana kita sedang bermuamalah dengan suara itu.

Misal saya sedang baca buku, tapi saya terdengar suara di luar. Maka saya sedang berinteraksi dengan suara itu. Bahkan jika suara itu suara cemas, gembira, membingitkan telinga? Perumpamaan seperti kambing-kambing didatangi serigala, bertempiaran lari.

Ertinya, kalau seorang mendengar suara yang baik maka dia pun tenang.
Dengan suara tak baik? Dia takkan tenang.

Hatta kita sewa hotel, dengar orang sebelah bergaduh maka kita pun tak tenang.
Atau naik kapal terbang, budak menangis. Kita dengar reaksi tertentu, kita pun jadi tak tenang walau asal kita happy.

Kerana itu setengah Ulama mereka menutup telinga mereka daripada mendengar sesuatu yang tidak baik, ditutup telinga. Bahkan disebutkan dalam hadis Nabi SAW, siapa yang mencuri dengan percakapan orang lain akan dituang di telinganya cairan tembaga panas mendidih.

Kita kadang-kadang suka curi dengar orang cakap. Suka curi dengar, kadang-kadang dicakap itu hal-hal rahsia, hal-hal berkait antara mereka berdua tapi kita pasang telinga. Apatah lagi jenis ambil alat letak di dinding, nak dengar.

Ini orang-orang yang sedang menanti azab Allah SWT.
Sebab itu kita dilarang mencuri dengar, perbualan-perbualan orang yang bersifat peribadi maka kita pun tak ambil pusing. Jangan dok pasang telinga nak dengar, apatah lagi benda-benda mengaibkan.

Kita tengok suami isteri ni macam bergaduh, kita pasang telinga dia bergaduh sebab apa? Kita pasang telinga. Maka telinga ini akan dicurahkan air tembaga panas mendidih, jangan curi dengar..

Kalau kita dengar benda yang baik-baik, okay (takpa).

Kena bezakan:

i) Curi dengar; dengan
ii) Dengar.

Contoh: Orang tu jenis bercakap kuat, maka kita dengar.

Ia lain daripada mencuri dengar, dia contoh: Telinga didekatkan, dengan niat nak tahu orang lain itu cakap apa.

Bila kita dengar sesuatu itu ia akan membangkitkan emosi. Diriwayatkan, Ali bin Al-Muwaffaq berkata ketika dia bertanya, “Apakah hukum mendengar?” (dimaksudkan nasyid / qasidah), sehingga membentuk gerakan kecil seperti menari (dalam Bahasa Arab menyebutnya ‘zafin’) –

  • Orang kita panggil ‘zapin’, atau ‘jipin’ satu bentuk tarian

Dalam Bahasa Arab disebut ‘zafana’ ‘zafuna’, ‘yasfanu’ ‘zaffan’ (orang yang sedang menari).

Kita belajar sejarah (tarian) ‘zapin’ negeri-negeri tertentu, ia asal perkataan Bahasa Arab, yang memberi maksud ‘penari’. Asal tarian zapin ini lebih kepada gerakan huruf, gerakan solat. Atau gerakan ke depan atau ke belakang. Ada zapin,

  • Sufi
  • Johor

Dan terkadang zapin ini gerakan yang meniru patukan ayam, cara ayam. Cara ayam bergerak, mematuk. Elemen alami, kadang-kala berkait dengan Sufi, ia berkait gerakan solat, biasa ke depan, ke belakang.

Zapin asalnya dari Yaman, atau Parsi.
Ditarikan oleh orang lelaki sahaja, tapi kerana evolusi tarian akhir orang perempuan masuk dan orang perempuan menari juga. Itupun diasingkan.

Evolusi yang mula tidak melihat kepada hukum-hakam maka bercampur lelaki, perempuan dan berlaku pendedahan aurat dan sebagainya. Walaupun hukum asal, perempuan ini tak boleh menari di depan lelaki.

Hatta kita sai’e, di kawasan berlari, orang perempuan tak berlari.
Kenapa?
Berlaku gerakan tubuh yang boleh mewujudkan gerakan nafsu lelaki.

Perempuan bila bergerak, lelaki tengok dan dia bernafsu. Berbeza lelaki, purata lelaki macam tu. Kita orang lelaki, kalau perempuan jenis tiang kita tak rasa apa, tapi bila dia mula tunjuk gerakan lemah-longlai, gerakan sekian-sekian maka ini membahayakan.

Ini cerita asal-usul (tarian) zapin, lebih kepada tarian untuk syarat, gerakan ibadat, gerakan alami atau binatang yang hanya dimainkan oleh lelaki. Kemudian orang perempuan masuk, mula berlaku pendedahan aurat dan sebagainya.

Kisah Sufi ini, orang tanyakan: Apakah hukum seorang itu mendengar (nasyid/qasidah) dan sebagainya?

Dia kata, “Saya sendiri suka dengar (musik) dan bila saya dengar saya akan buat satu gerakan (menari).”

Tuan-tuan kena tahu, menari (dimaksudkan) ini tak semacam orang-orang hari ini.

Menari (dimaksudkan) ini hanya gerakan biasa, bak kita ratib (ke kiri dan kanan), membentuk satu gerakan. Dia hanya bangun, gerakan ke depan, belakang. Satu gerakan ringkas, tidaklah sampai peringkat gerakan-gerakan tidak terkawal.

Atau satu gerakan yang menyamai orang-orang fasik.

Dikatakan bahawa, suatu ketika Ibrahim Ar-Raqqi bersama murid-muridnya yang lain sibuk qiyam sambil menangis tapi dia sibuk mendengar bait-bait syair (kata-kata indah) yang menjadikan dia bermuhasabah dan menangis.

Apa kata-kata tersebut..?
Iaitu kata-kata yang berbunyi,

‘Demi Allah..
Kembalikanlah hati-hati orang-orang yang bersedih..

  • Ya Allah kurniakanlah, kembalikanlah hati-hati kepada orang-orang yang bersedih

.. yang tidak ada kekasih melainkan Allah..’

Jadi Ibrahim ar-Raqqi dia perhatikan syair ini dan dia ‘berqiyamullail’ dengan syair ini.

Kita sebut ‘qiyamullail’ iaitu menghidupkan malam, secara umumnya qiyamullail kita sembahyang, baca al-Quran dan berzikir. Sebenarnya dalam definisi qiyam, apa sahaja perbuatan, perkara yang menjadikan kita ingat Allah maka ia disebutkan dengan qiyamullail.

Sebab itu saya tekankan dahulu (bagi) perempuan yang uzur (datang haid) dia kata,

“Ustaz saya uzur tak boleh bangun qiyam..”

Kenapa pulak tak boleh bangun qiyamullail?
Bangun dan berzikir, muhasabah. Bahkan hari ini dengan sistem online hari ini boleh dengar kuliah pukul 2.00 pagi – 3.00 pagi. Atau dengarlah rakaman kuliah maka kita dianggap berqiyamullail.

Jangan mentang-mentang uzur (datang haid, tak solat) maka pukul 8.00 pagi, 9.00 pagi baru bangun tidur. Sebab apa?
Uzur, tak boleh sembahyang Subuh?

Ini salah, salah pemahaman.

Sama orang yang kata, “Ustaz saya nak bangun qiyam tapi sakit perut.. tak sembanhyang.”

Tak, qiyamullail ini bukan sekadar dengan sembahyang.
Tapi juga zikir, atau bermuhasabah. Maka Ibrahim ar-Raqqi dia bermuhasabah dengan satu syair, iaitu kata-kata yang baik.

Apa kata-kata tersebut..?
‘Demi Allah.. kembalikanlah hati seorang yang dilanda kesedihan..
Dia tidak lagi mempunyai kekasih yang lain.’

Wahai Tuhan.., kembalikanlah hati orang yang bersedih ini.. yang tidak ada kekasih melainkan Engkau..

Maksud: Tenangkanlah hati ini Ya Allah.. dengan cinta padaMu,
Dengan bergantung padaMu,
Dengan berharap kepadaMu,
Memohon pertolongan kepadaMu.

Tuan-tuan bila kita nampak ALLAH dalam segala urusan kita, maka tenanglah hati orang yang berdukacita. Tapi bila kita tak nampak Allah dalam segala urusan kita maka bermulalah dukacita kita.

Kita mula bergantung kepada orang itu, ini.
Mula cintakan orang itu ini,
Berharap kepada orang itu dan ini?
Maka bermulalah dukacita kita atau disebut ‘kemurungan, kesedihan, kegelisahan.’

Kerana Allah dan jadikan hati ini tenang dengan mengingati Allah.

Ketahuilah dengan ingat Allah, tenang hati.
Kalau kita sentiasa muhasabah diri kita dah membina hubungan dengan Allah, makin kita rasa Allah segala-galanya dalam hidup, maka makin kita rasa tenang.

“Saya tawakal kepada Allah.”

“Saya mintak tolong kepada Allah.”

“Saya mengadu kepada Allah.”

“Saya bersabar kerana Allah.”

“Saya buat ini kerana Allah.”

Bila datang Allah semua, tuan-tuan .. hati ini hilang kemurungannya, hati ini hilang kesedihannya. Hati ini hilang lemahnya.

TAPI bila yang datang itu selain Allah belaka,

“Bergantung kepada isteri saya,..”

“Saya bergantung kepada suami saya..”

Ini fikir, “Ustaz ini kalau suami saya mati, macam mana nak dapat duit..”

“Kalau suami saya mati, siapa nak hantar saya ke sana sini. Saya lesen pun takda.”

“Saya ni kalau suami mati, macam manalah saya nak membesarkan anak-anak. Anak-anak pulak kecik-kecik belaka ni..”

Tuan-tuan, orang yang letakkan begitu maka dia jadi kemurungan. Sebab itu orang-orang yang sentiasa meletakkan Allah, bila dia letakkan Allah:

i) Dia melihat dunia sementara, dia takkan cenderung pada dunia;
ii) Dia takkan berdukacita dengan apa akan berlaku esok hari, dia tak fikir apa akan berlaku esok hari. Tapi orang yang terus memikirkan dia takkan jadi bijak;
iii) Dia sentiasa tinggalkan syahwatnya, dia tak ikut syahwat dia. Bila mula mengikut syahwat, mula berlaku kemurungan.

Contoh ikut syahwat: Makan, lambat sarapan je kita jadi sedih. Murung. Padahal boleh je tukar jadi niat puasa.

Tapi orang yang sarapan lambat dia jadi murung, sedih.
Tengok isteri baru nak masak? Dia sedih. Mungkin dia jadi marah!

Orang bijaksana bukan hanya tak cenderung pada dunia, tak bersedih dan tinggalkan syahwat bahkan dia

iv) Sentiasa percayakan Allah, dia yakin percaya ikut mana pun, Allah berikan rezeki, Allah jaga dia, Allah pelihara dia, Allah pelihara pasangan-pasangan dia.

Ini jiwa-jiwa yang kuat.

Maka syair ini menyebutkan, dengan nama Allah / demi Allah, pulangkan / sembuhkan hati yang bersedih yang tak ada melainkan Engkau.

Kita dah sebutkan, bila kita jadikan hari-hari kita pergantungan, pengharapan kepada Allah maka kita gembira. Kalau hari-hari kita bergantung berharap kepada orang maka kita pun jadi sedih. Sedih tak menentu.

Kadang-kadang kita kata, Ustaz kenapa saya bangun tidur sedih.
Ada hari sedih sungguh.. kenapa?

Takda apa-apa, sebab dalam jiwa kita dah berbekas kesan-kesan pergantungan kepada manusia. Tapi kalau kita gembira, ada hari kenapa rasa gembira, seronok? Rasa happy, bermotivasi.

Kerana dalam hati kita dah ada kesan-kesan cinta kepada Allah.

Diceritakan bahawa Sahl bin Abdullah at-Tustari bila mendengarkan ayat al-Quran:

فَٱلْيَوْمَ لَا يُؤْخَذُ مِنكُمْ فِدْيَةٌۭ

“Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu.”

(Surah Al-Hadid, 15)

  • Dan ingatlah pada hari ini (Kiamat), Allah Taala takkan terima sebarang bentuk pembayaran / tebusan

Kita ni dekat dunia, kita sentiasa fikir ada apa-apa kita bayar je.
Saman, denda?
Takpalah kita pun ada kenal orang, ‘cable’ itu in.

Ingat Akhirat kelak, kita bersendirian seorang diri. Kita tak boleh guna anak untuk tebus kesalahan kita, atau pasangan kita, atau Mak Ayah. Semua kita tak boleh guna. Kita akan bertanggungjawab secara 100 peratus.

Dekat sini, dunia bila ada apa-apa ujian musibah kita beri orang ini dan ini,
“Biarlah orang ini bertanggungjawab.. orang ini tolong bayar. Biar orang ni ‘back-up’ kita, jadi kambing hitam kita. Orang ini kita tuding jari pada dia, kita cuba tebus.”

Orang kata, “Kenapa awak jahat?”

Dijawab, “Kawan saya jahat.. saya ikut dia.”

“Kenapa awak buat benda ni?”

“Bukan saya buat, dia suruh!”

Kita cuba jadikan orang lain sebagai tebusan kita. Kelak Akhirat ditanyakan:
“Kenapa jahat?! Kenapa tak sembahyang!”

Kita kata, “Ikut kawan..”

Tak diterima.
Tidak ada ‘fidyah’, tidak ada denda’, tidak ada ‘kambing hitam, tidak ada ‘back-up’, ‘cable’. Jawablah sendiri maka dihukum dengan kesalahan sendiri.

Maka Sahl bin Abdullah at-Tustari bila dengar ayat ini dan dia pun takut. Dia kata, tidak ada yang kuat yang mampu untuk menghadapi hari tersebut.

Diceritakan tentang satu ketika, bila Abu Abdur Rahman as-Sulami bertemu Abu Utsman al-Maghribi kemudian mereka jumpa seorang yang sedang menjatuhkan timba ke dalam telaga menggunakan alatnya yang mengeluarkan bunyi.

Kata Abu Utsman, “Wahai Abu Abdurrahman, kamu tahu bunyi itu makna apa?”

Jawabnya, “Tak tahu.”

Jawab Abu Utsman, “Bunyi itu mengatakan: Allah.. Allah.. Allah…”

Bahkan diriwayatkan Saidina Ali bin Abi Thalib RA, tiba-tiba bunyi loceng lalu kata Ali: “Kamu tahu loceng itu bunyi apa maksudnya?”

Kata para sahabat, “Tak tahu..”

Lalu kata Saidina Ali, “Loceng itu kata: Subhanallah.. Tuhan Yang Maha Benar.. Maha Suci Allah, Tuhan Yang Maha Benar. Dan sesungguhnya Allah, As-Somad itu tempat bergantung yang kekal.”

Di sini satu analisis yang perlu kita faham, setiap bunyi yang keluar adalah memuji dan memuja Allah. Apa buktinya?

Dalam al-Quran Allah berfirman,

تُسَبِّحُ لَهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتُ ٱلسَّبْعُ وَٱلْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah.”

(Surah Al-Isra, 44)

  • telah bertasbih kepada Allah tujuh petala langit dan bumi dan apa yang terkandung di dalamnya

فِيهِنَّ ۚ وَإِن مِّن شَىْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِۦ وَلَـٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗ إِنَّهُۥ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًۭا

“Dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.”

(Surah Al-Isra, 44)

  • tidak ada sesuatu pun di muka bumi ini melainkan ia bertasbih kepada Allah dan kamu tak faham tasbih mereka. Dan Allah Taala itu Tuhan Yang Maha Lembut, dan Tuhan Yang Maha Pengampun.

Allah sendiri menyatakan bahawa apa di bumi ini, sama ada yang mengeluarkan bunyi atau tak mengeluarkan bunyi.. mereka sedang bertasbih kepada Allah. Hatta katak-katak yang berbunyi, sedang bertasbih kepada Allah.

Hatta kita dengar angin yang lalu di celah-celah pokok-pokok sedang bertasbih kepada Allah. Kita dengar ombak-ombak sedang bertasbih kepada Allah. Bertasbih kepada Allah kata Ulama dengan dua (2) cara:

  1. dengan lidah
  2. dengan keadaannya, yang menunjukkan kebesaran, kekuasaan Allah.

Bila kita lihat laut, kita melihat kebesaran Allah kerana Allah yang menciptakan bukan manusia menciptakan laut. Maka di situ kita lihat kebesaran Allah SWT. Dan setiap bunyi yang keluar, hatta bunyi hujan.

Kita katakan ini bunyi guruh di langit menandakan takut kepada Allah.

وَيُسَبِّحُ ٱلرَّعْدُ بِحَمْدِهِۦ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِۦ وَيُرْسِلُ ٱلصَّوَٰعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَن يَشَآءُ وَهُمْ يُجَـٰدِلُونَ فِى ٱللَّهِ وَهُوَ شَدِيدُ ٱلْمِحَالِ

“Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.”

(Surah Ar-Ra’d, 13)

  • telah bertasbih guruh di langit dan Malaikat, kerana takutkan Allah.

Kita dengar bunyi guruh, menakutkan.

Sebenarnya guruh itu sedang takutkan Allah. Kita? Takutkan guruh.
Tapi guruh tadi keluarkan suara kerana bertasbih, takut dan bimbang kekuasaan Allah. Allah sebutkan dalam al-Quran sehingga dalam al-Quran ada satu surah bernama, Ar-Ra’d (Guruh).

Bila ia keluarkan bunyi ia lebih kuat daripada letupan bom. Menakutkan.

Kita dengar bunyi guruh di sana, meletup. Allah jelaskan bunyi guruh itu, dengan firmannya:

وَيُسَبِّحُ ٱلرَّعْدُ بِحَمْدِهِۦ

“Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya.” (13:13)

  • telah bertasbih guruh dengan memuji Allah.

وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ

“Dan MalaikatNya..”

مِنْ خِيفَتِهِۦ

“Kerana takutkan Allah.”

Bila kita takut, datang rasa takut maka kita akan kata: “Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah ..” Setiap kali datang rasa takut.

Kita rasa sedih, kita sebut Istighfar.

Tapi bila kita takut, kita akan sebut: Subhanallah (Maha Suci Allah)!
Maka hilanglah takut kita dengan bertasbih kepada Allah Taala, kerana kita melihat semua benda ini akur kepada peraturan Allah.

Kita tengok gempa yang kuat, kita kata Subhanallah!
Ini semua hanya tentera-tentera kecil Allah.

Kita dengar guruh yang kuat, kita sebut ‘Subhanallah..’
Ini tentera-tentera kecil Allah, bagaimana dengan Allah?

Setiap kali kita melihat dengan segala keajaiban yang menakutkan, segala kekuatan yang tak terkalah kita kata: ‘Subhanallah’.. kerana Allah yang sempurna daripada segala yang kita lihat, Allah kuat daripada segala yang kita tengok. Allah cantik daripada segala yang kita pandang lalu kita kata:

“Subhanallah..”

Waima Subhanallah (dilafazkan) sebagai tanda kita takjub,
Waima Subhanallah tanda kita takut,
Supaya Allah Taala pelihara kita.

Kita masuk rumah dan kata ‘Subhanallah..’, tiba-tiba tengok ada benda-benda terbang yang niat nak ganggu kita. Tiba-tiba tengok air mineral depan kita terbang, apa kita sebut?

‘Subhanallah!’ (Maha Suci Allah)
Jatuh semula (air mineral).

Tiada dapat melawan kekuasaan Allah, dan kesempurnaanNya.

Ada orang kata, “Ustaz, kalau sebut ‘Allahuakbar’?

Iya juga. Kadang-kadang kita takut, maka sebut ‘Allahuakbar!’ (Allah Maha Besar), kerana takda yang lebih besar. Ini antara dua kalimah yang kita gunakan bila kita berhadapan sesuatu yang menakjubkan.

  • Allahuakbar
    Kalimah ini juga dilafazkan kerana kita melihat sesuatu dengan takjub.

Nak beritahu semua bunyi terhasil di muka bumi ini waima daripada binatang, atau daripada makhluk-makhluk Allah yang lain, bunyi-bunyi ini semua zikir kepada Allah. Bukan bunyi-bunyi biasa, semua zikir.

Bukan kata,
“.. ini bunyi timba ni..”
“.. ini bunyi angin.. bunyi pokok..”

Sumber Facebook: TOKKU PASIR GUDANG

Antara rahsia kejayaan Ustazah Asma Harun adalah sentiasa dapat redha suami…Baru-baru ustaz dapat berforum sepentas dengan Ustazah Asma Harun. Lepas berforum, kami duduk di meja VIP.

Waktu itu suami Ustazah Asma Harun juga ada bersama. Ustaz dapat lihat cara Ustazah Asma Harun bercakap dengan suami dia, Ustaz Tengku Fazli.

Kita semua tahu, di atas pentas, Ustazah Asma Harun adalah seorang yang tegas dan jelas tutur bicara. Tapi bila bercakap dengan suami, sangat lemah lembut.

Ini menarik perhatian ustaz. Sepatutnya watak ini dicontohi oleh isteri-isteri yang mungkin kedudukan statusnya dalam masyarakat lebih dikenali.

Bila bercakap dengan suami, tetap perlu berlemah lembut dan rendahkan diri.

Bukan setakat lemah lembut, tapi ustaz sempat dengar ustazah minta pendapat suami dia,

“Ok ke saya ceramah tadi?”
“Sampai maksud tak?”
“Ok ke kalau macam ni?”

Ustaz Tengku pula akan bagi pendapat dia dengan baik.

Alhamdulillah.

Seronok Ustaz bila dapat bertemu muka dan berborak dengan pasangan yang tinggi ilmu agama begini.

Selain tambah ilmu, kita dapat belajar dari akhlak yang mereka tonjolkan.

Tuan puan yang dirahmati Allah. Jom pujuk hati santuni pasangan dengan penuh hormat dan cinta.

Tak kira siapa pun kita ketika di rumah, kita tetap seorang suami atau isteri yang ada tanggungjawab besar pada keluarga.

Suami apa peranan sendiri.
Isteri pun ada peranan sendiri.

Bila kedua-duanya memainkan peranan sebaik, inshaAllah rumah tangga akan aman dan bahagia tak kira sekuat mana rebut yang melanda.

Ustaz nak kongsi tip komunikasi dengan pasangan ketika berdepan dengan ujian.

PERTAMA,

Ujian berbentuk kemarahan. Marah dengan pasangan.

Bila menghadapi keadaan ini, kena banyak-banyak bertenang. Jangan nak cepat-cepat hamburkan rasa marah terutamanya perempuan.

Kunci tenang, ambil wudhuk, kawal pernafasan, banyakkan zikrullah.

Elakkan bercakap dengan pasangan ketika dalam keadaan marah.

KEDUA

Musibah berbentuk kesedihan, kecewa atau ‘moral down’.

Orang yang berada dalam kesedihan atau kekecewaan ini jiwanya lemah. Jangan biarkan dia seorang diri. Sentiasa temani pasangan kita.

Tunjukkan bahawa dia tidak keseorangan hadapi ujian.

KETIGA

Ujian kekurangan harta.

Kata orang, wanita diuji dengan kekurangan harta. Manakala lelaki diuji bila kemewahan harta.

Jadilah pasangan yang baik tak kira apa keadaan sekalipun. Saling membantu ketika susah. Saling menghargai ketika senang.

Tuan puan yang dirahmati.

Rahsia hubungan baik antara suami isteri adalah ilmu agama.

Orang yang benar-benar berpegang pada agama adalah orang baik pada pasangannya. Sebab pasangan adalah amanah buat diri masing-masing. Setiap amanah pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Tak kira apa darjat dan pangkat kita. Kita tetaplah seorang suami atau isteri kepada pasangan masing-masing.

Jom pujuk hati jadi pasangan yang baik. Caranya bermula dengan jadi hamba Allah yang baik.

Sumber Facebook:UstazHanafiMalek