LA TAHZAN SIRI 3: Hari Ini Milik Anda

https://www.facebook.com/ustazahmuzayyanah/videos/728381381216626

(Bolah didengar seperti Link di atas)

Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.

Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggapkah masa hidup anda hanya hari ini saja, atau seakan-akan adan dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapakali menakutkan.

Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari ini saja. Dan pada hari inilah anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyu; membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlaq, kerelaan dengan semua yang Allah berikan, perhatian terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta manfaat kepada orang lain.

Untuk hari ini, anda harus mulai membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun; tanamlah kebaikan sebanyka-banyaknya pada hari itu; memelihara indahnya kehidupan, meminta ampunan dari berbagai dosa yang telah dilakukan,meningati Tuhan dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh (mengharapNya). Dengan demikian, hidup anda pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram, serta menerima rezeki isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, tempat tinggal dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa syukur.

Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur, (Al-A’raf:144)

Hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian dan kebencian atau sakit hati.

Jangan lupa, hendaklah anda mengukir sebuah tulisan dalam hati anda atau di meja tempat ada bekerja: “Hari ini adalah milikmu”. Yakni apabila hari ini anda dapat memakan nasi yang harum baunya, maka apakah anda masih berfikir tentang nasi basi yang telah anda makan kelmarin, yang akan membahayakan kesihatan anda? Mungkin anda masih berfikir tentang nasi yang anda makan esok hari, padahal nasi tersebut masih ada dalam angan-angan.

Apabila hari ini anda dapat minum air dingin yang menyegarkan, maka mengapa anda harus bersediah atas air masin yang anda minum kelmarin, atau menginginkan air esok yang masin dan panas?

Seandainya anda percaya akan diri sendiri dan mempu mengerjakan segala sesuatu dengan semangat dan tekad yang kuat anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpegag pada prinsip; “masa hidupku hanyalah pada hari ini. “Prinsip inilah yang akan menyibukan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan anda.

Dan itu, akan membuat anda berkata dalam hati: “Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik saja; tidak bercakap kotor dan yang menjijikan, tidak akan pernah mencela, mengherdik dan juga membicarakan keburukan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan pejabat agar tidak berserabut dan berselerak. Dan kerana hanya ini saja aku akan hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak-tandukku.

Kerana hanya akan hidup hari ini, maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Tuhanku, mengerjakan solat sesempurna mungkin, membekali diri dengan solat-solat sunat nafilah, berpegang teguh pada Al=Quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat yang ada didalamnya.

Aku hanya akan hidup hari ini, kerana itu aku akan menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan yang kutanam sampai ke akar-akarnya, dan mematahkan ranting-rantingnya yang berduri; seperti sifat takabur, ujub, riya’ dan buruk sangka.

Hanya hari ini aku akan dapat menghirup udara kehidupan, maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada siapapun. Aku akan menjenguk mereka yang sakit, menghantarkan jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi makan orang kelaparan, menolong orang yang sedang kesulitan, membantu yang orang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang-orang alim. menyayangi anak kecil dan berbakti kepada orang tua.

Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan: “Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi kepergianmu, dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatmu. Kamu telah meninggalkan kami semua, pergi dan tidak akan kembali lagi.

“Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka akau tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.

“Hari ini milik anda”, adalah ungkapan yang paling indah dalam “kamus kebahagiaan”, kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.

Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).

(Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

LA TAHZAN SIRI 2: Yang Lalu, Biarlah Berlalu

https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=555145592344776

(Secara live Disampaikan oleh Ustazah Muzayyanah Abdullah)

Meningati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedudukan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan meghalangi orang untuk menjalani kehidupan yang seadanya.

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya didalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar dan melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian, tidak akan ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.

Janganlah anda hidup didalam mimpi-mimpi buruk di masa lalu, atau dibawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut. Apakaha anda menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali? Apakah anda mengharapkan mahatari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payu dara si ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda?

Dengan kembai ke masa lalu, bererti anda akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya api yang akan terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakan suasana yang ada dan menyia-nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah Subahanau wa Ta’ala telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat:

Itulah umat yang telah lalu……(Al-Baqarah: 134)

Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubahnya seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek-moyang kita dahulu yang patut direnungkan oleh orang yang menangisi masa lalu: “Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya”.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang-orang tersebut bertanya kepada keldai: “Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu? “Keldai itu menjawab: “Kerana aku tidak suka kebohongan”.

Bencana yang menimpa bila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal, seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya,kerana pada dasarnya semuanya itu mustahil.

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnnya ke belakang kerana angin akan terus berhembus ke depan; air akan mengalir ke depan; setiap kafilah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

(Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

LA TAHZAN SIRI 1 – Merenunglah Dan Bersyukurlah

La Tahzan Jangan Bersedih – Dr. ‘Aidh bin ‘Abdullah Al-Qarni – Al-Hidayah Publication

Salah satu punca kesedihan adalah apabila kita melihat apa yang hilang dari kita atau berasa kurang dari segi material.

Maka segeralah memikirkan nikmat-nikmat Allah yang tidak terhitung pada diri kita dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada diri kita sendiri, seperti nikmat pancaindera dan kesihatan yang kita miliki.

Dengan cara itu rasa kesedihan akan terusir jauh dari jiwa kita.

Ilmu Penyuluh Hidup, Amal Bekalan Perjalanan & Akhlak Hiasan Jiwa dan Peribadi menuju destinasi Akhirat yang sudah pasti.

Setiap manusia seharusnya selalu meningat nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainya adalah nikmat ynag telah diberikan Allah kepada anda.

…..Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya…(Ibrahim: 34)

Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; anada menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

….Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun yang batin….(Luqman: 20)

Anda telah diberikan sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan? (Ar-Rahman: 13)

Boleh dengar di link dibawah :

https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=3075375429359469

Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni – Disampaikan oleh Ustazah Muzayyanah Abdullah

Ya Allah

Firam Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam surah Ar-Rahman, ayat 29:

Semua yang ada di langit dan dibumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu Dia berada dalam aktivitinya.

Apabila laut bergelombang ombak bergelora, dan angin bertiup kencang, semua penumpang kapal akan berteriak “Ya Allah”

Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir, kenderaan menyimpang jauh dari laluannya; dan para kafilah merasa kebingungan menentukan arah perjalanannya, mereka akan berseru: “Ya Allah!”

Apabila tertimpanya musibah, bencana melanda,dan berlakunya tragedi, ia akan menyebut “Ya Allah!”

Apabila pintu ditutup di hadapan pencari kerja dan tirai-tirai ditutup di depan orang yang meminta, mereka akan berseru: “Ya Allah!”

Apabila berbagai usaha tidak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa terhimpit, harapa terhenti, dan semua jalan pintas telah buntu, mereka akan menyeru: “Ya Allah!”

Apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul, mereka akan menyeru: “Ya Allah!”

Telah kukhabarkan kepadaMu

segala hal seperti cercaan.

Pekat dan wajah waktu lebih gelap berdebu.

Lalu kupanggil jelas namaMu

di waktu Subuh menanti

dan setiap fajar menyingsing

selalu terdengar namaMu terucap.





Hanya kepadaNya sahaja yang layak dipangjatkan kalimah-kalimah yang indah, doa yang ikhlas, bisikan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan, dan ratapan derita yang membingungkan.

Hanya kepadaNya kedua telapak tangan dihulurkan setiak kali menjelang Subuh, iaitu tangan-tangan orang yang memerlukan pertolonganNya, dan tatapan mata hamba yang penuh harapan, dan segudang benak yang bertanya tentang banyak peristiwa.

Ketika lidah bersenandung menyebut namaNya, memohon, mengharap dan memanggil. Dengan menyebutNya, di mana hati akan menjadi damai, jiwa akan terasa tenang, perasaan menjadi tenteram, saraf tidak lagi menegang, akal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.

Allah Maha Penyayang terhadap hambaNya…… (Asy….Syu’ara’: 19)

Allah : Sebaik-baik nama, susunan huruf yang paling indah, ungkapan yang paling tulus, dan kata yang paling bernilai.

…..apakah kamu mengetahui ada sesuatu yang setara dengan Dia? (Maryam: 65)

Allah: BagiNya segala kekayaan dan keabadian, kekuasaan dan kekuatan, keagungan, kemampuan dan kebijaksanaan.

….Milik siapakan kekuasaan pada hari ini (Kekuasaan) hanyalah milik Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa. (Ghafir: 16)

Allah: BagiNya kebijaksanaan, pertolongan, keringanan, bantuan, cinta dan kebaikan.

Apapun nikmat yang kalian terima, semuanya berasal dari Allah….(An-Nahl: 53)

Allah: Sang Pemilik segala keagungan, kebesaran, kewibawaan dan keperkasaan.

Sekalipun kulukiskan keagunganMu dalam goresan

sebagai tanda kesucian yang mempererat jiwa

Engkau tetap Yang Teragung

dan tempat segala yang bermakna

Ya Tuhan, hanya pada keagunganMu

segala terasa lapang

Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang mengembirakan, dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah, sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam. Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu; bimbinglah kesesalan ini ke arah jalanMu, dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMu.

Ya Allah, lenyapkan segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur. Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan secerah sinar kebenaran. Hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMu.

Ya Allah, hindarkan kami dari segala kesedihan, hilangkan kesengsaraan, dan jauhkan segala kegelisahan dari jiwa-jiwa kami.

Kami berlindung kepadaMu dari segala ketakutan, kecuali hanya takut kepadaMu. Kami berlindung dan bertawakkal hanya kepadaMu. Kami berlindung dari kepasrahan kecuali hanya pasrah kepadaMu. Kami meminta hanya kepadaMu, memohon pertolongan hanya kepadaMu. Hanya Engkaulah sebagai Pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

HAMBA YANG PALING DICINTAI ALLAH – SURAH HUD, 11:49

Rasulullah SAW bersabda, ” Sesungguhnya, Allah tidak akan melihat kepada fizikal kalian, tidak kepada kebangsawanan kalian, tidak pula kepada harta kekayaan kalian. Namun, Allah akan melihat kepada hati kalian. Siapa yang mempunyai hati yang soleh, Allah akan bersimpati kepadanya. Adapun kalian, wahai keturunan Adam, yang paling aku cintai di antara kalian ialah yang paling bertakwa.” (Riwayat Muslim, 33, 34; At. Tabrani dalam Al Kabir, 3/338; Al Haisami dalam Majma’uz Zawaid, 10/231)

BILA DIRI DIHINA DIAM dan SABAR

  1. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang “bertanduk dua” yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi seeloknya kita diam sejenak. Istigfar didalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
  2. Dalam situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah :

a. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.

b. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku).

c. Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkah hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.

d. Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.

e. HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya,rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.

f. Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ini.

g. Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah, Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH.

Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang.

Sumber : Facebook.

TIPS HIDUP GEMBIRA KEKAL SIHAT EMOSI DAN JASMANI

Jaga solat dan ibadat
Redha dengan ketentuan Allah
Betulkan persepsi tentang hidup dan dunia

Faham dengan betul bahawasanya tiada apapun milik kita kecuali milik Allah

Jangan mengharap selain pada Allah.
Kejayaan sebenar kita adalah mendapat redha Allah.

Elakkan cari salah dan kelemahan orang.
Belajar memaafkan.

Tinggalkan kenangan lama yang pahit.
Seronok ketawa.
Makan seadanya.
Tidur secukupnya sekadarnya
Serono berbuat baik
Malu berbuat jahat
Ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya
Suka berikan hadiah walau sebuah doa
Sunnah wangi wangian

Bantu orang miskin dan mereka yang kesempitan

Dampingi Quran dan fahami tafsirnya
Bina jaringan orang baik-baik (Positive Circle)
Kawal apa yang mata lihat
Jauhi prasangka dan gossip
Elakkan berhutang
Bayar hutang biarpun sedikit-sedikit
Berterus terang apa yang ada dihati
Berbicara dengan Allah (tahajud/dhuha)

Berbicara dengan alam (hargai) kebersihan dan kecantikan alam)

Jauhi perdebatan
Elakkan perebutan

Belajarlah utamakan hak orang lain Allah akan utamakan hak kita

Jangan hina dan pandang rendah anak orang/ keluarga orang/ suami atau isteri orang....Doakan yang baik-baik.

Senyum.

Sumber : JOM JADI ORANG BAIK-BAIK, 1 OKTOBER 2017

Renungan…

Sekiranya kalian masih terganggu dengan cakap-cakap orang, maka kalian adalah orang yang tak kenal dengan kekuatan diri sendiri.

  • mental cukup
  • tenaga cukup
  • kudrat cukup

Lihat apa yang kalian ada:

Jadi kalau ada sesiap cakap negatif tentang apa yang kalian buat, tak perlu rasa apa-apa. Ia kerana kalian kenal diri kalian.

  • Kalian bertaya tepis
  • Kalian berjaya tapis
  • Kalian berjaya tutup ruang untuk tak ada satu perkataan negatif pun masuk melalui telinga dan sampai ke hati. Tak ada.

Kalian akan senyum, jalan terus! Itu tanda kalian kenal diri kalian.

Gais, nak kuat, tengok diri dulu. Tengok kita ada apa. Kemudian fokus dengan kekuatan itu.

Pandai buat biskut, jual biskut. Jangan dengar cakap orang kata buat biskut takkan kaya.

Sumber : Khairul Hakimi Muhammad, 23 March 2021

BAGAIMANA CARA AGAR HATI/JIWA KITA JADI LEMBUT?

Kata Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz:

“Siapa menjaga waktunya dengan dzikrullah (mengingat Allah), membaca al-Qur’an dengan penuh ke-khusyu’an, berteman dengan ORANG-ORANG BAIK/SOLIH, serta MEJAUHI pertemanan degan orang-orang yang lalai dan buruk, niscaya akan menjadi BAK & LEMBUT HATINYA.

(Majmu’ Fatawa Bin Baz, 5/244)

Kita ni, kalau kita tak nak ubah keadaan diri kita dengan keadaan yang sama, kawan yang sama, maka keadaan kita begitulah selamanya.

Usahalah mencari kawan, kenalan, rakan, sahabat yang mengajak kita kepada kebaikan, mengingatkan kita tentang akhirat, memberi inspirasi kita untuk beramal, kerana mereka-mereka ini kelak akan turut serta memberi syafaat (pertolongan) kepada kita di akhirat kelak. Mereka-mereka ini sewaktu berada di dalam Syurga kelak akan berkata kepada Allah SWT ‘Ya Allah dimanakah sahabat kami yang pernah bersama kami, solat bersama kami, mengaji bersama kami, kembalikanlah dia kepada kami Ya Allah….”.

Sumber : MRJ – Istiqomah Zikir Pagi, Jangan Tinggal Sayyidul Istighfar.