“Seperti yang kamu semua tahu, alhamdulillah.., saya dah meninggal dunia.”

Inilah kata yang diucapkan oleh seorang anak muda pada tahun 2018 melalui satu video yang dia rakamkan.

Video ini dikenal sebagai “The Final Message” dan tersebar meluas setelah dia meninggal dunia.

Kisah ini amat menginspirasi ramai orang di seluruh dunia.

Ketika pertama kali dengar ucapan anak muda bernama Ali Banat ini, rasa meremang. Tak dapat nak bayangkan apa perasaan dia semasa merakam kata-kata akhirnya.

Allahuakbar.

Siapakah Ali Banat?

Ali Banat merupakan seorang usahawan yang kaya raya di Sydney, Australia juga anak tunggal kepada seorang jutawan.

Sebelum disahkan menghidap kanser, dia hidup dalam keadaan serba mewah. Sehingga dikatakan bahawa seliparnya saja dah bernilai AUD 700.

Doktor mengesahkan Ali Banat menghidap kanser sekitar tahun 2015 dan dia hanya mampu bertahan hidup selama 6 bulan.

Apa berlaku lepas itu. Ali menjual segala hartanya. Rumah, kereta mewah, pakaian mahal dan sebagainya lalu tubuhkan satu badan untuk bantu orang-orang susah.

Kebanyakkan kerja kebajikan yang dia lakukan di sekitar Afrika.

Kehidupan Ali Banat berubah.

Dari seorang anak muda yang hidup sekadar untuk ‘enjoy’ dengan kemewahan yang dia ada menjadi anak muda yang bertaqwa. Harta yang dia ada digunakan di jalan dakwah dan kerja kemanusiaan.

Dalam satu siri temubual, Ali pernah berkata,

“Alhamdulillah.., saya telah diberikan satu anugerah oleh Allah. Allah telah anugerahkan penyakit kanser kepada saya. Dengan penyakit ini, hidup saya telah berubah.”

MashaAllah.

Ali mengganggap ujian kanser ini sebagai anugerah.

“Setiap apa yang Allah bagi adalah anugerah. Tak kira kecil atau besar. Kita dapat bernafas dan menyedut udara setiap hari pun anugerah Allah.”

Menurut Ali lagi, ramai orang mempunyai tujuan hidup yang salah.

Ketika diuji dengan sakit, dan dapat tahu hidup dah tak lama barulah mereka akan sedar bahawa semua harta benda dan kemewahan itu dah tak berguna lagi.

“Harta benda ini dah tak bernilai lagi berbanding sepasang kasut untuk anak-anak Afrika yang hidup kesusahan dan berkaki ayam.”

Ali meneruskan hidupnya yang berbaki dengan kerja-kerja amal.

Biarpun awalnya dia disahkan mampu bertahan selama 6-7 bulan sahaja, Allah dah panjangkan umurnya sehingga bertahan selama 3 tahun lagi.

Pada tahun 2018, Ali menghembuskan nafasnya yang terakhir dan pulang menghadap Tuhan yang Maha Esa.

Tuan puan.

Banyak yang kita dapat pelajari dari kisah Ali Banat.

Pandanglah kehidupan dan apa yang datang di dalamnya sebagai satu anugerah dari Allah.

Allah beri kita harta yang melimpah, itu adalah anugerah. Anugerah untuk kita bersyukur dan banyakkan sedekah.

Allah beri kita harta yang kita rasa itu amat kecil, itu juga anugerah. Anugerah untuk kita bersabar.

Allah beri kita kesihatan yang baik. Anugerah untuk kita manfaatkannya dengan ikhlas dalam ibadah, bekerja, menimba ilmu dan sebagainya.

Allah uji kita dengan penyakit. Anugerah buat kita terus merenung dan bermuhasabah lebih dari orang lain. Juga anugerah untuk kita gigih dalam beramal bakti.

Nabi pernah sebut,

“Ajaibnya orang beriman, semua urusannya baik-baik belaka. Diberi kebaikan dia bersyukur. Diberi keburukan dia bersabar.”

Tuan puan,

Mari kita sahut seruan nabi untuk menerima apa jua ketetapan Allah dengan jiwa yang penuh dengan iman.

Jadi hamba yang bersabar dengan ujian.
Jadi hamba yang bersyukur dengan nikmat kebaikan.

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal,
Alhamdulillahillazi bini’matihi tatimmusholihat..


Alhamdulillah

Sumber FB : UstazHanafiMalek

cancerfighter

Kita semua ada dosa. Banyakkan amalan-amalan yang boleh membawa kita ke syurga.

Harapkan solat ja, terkadang dalam solat pun kita fikir dunia. Harapkan sedekah ja, hati rasa gelisah jika orang tidak tahu kita bersedekah. Harapkan puasa ja, bulan ramadhan ja la kita puasa.

Tambah lagi dengan amalan-amalan lain untuk tutup kekurangan amalan kita yang lain. Kita bukan selamanya hidup di dunia. Sikit masa lagi, kita akan pulang.

Apa bekal kita bawa pulang?

Tangan banyak membuat dosa.

Mata banyak melihat dosa. 

Kaki banyak melangkah ke tempat dosa.

Kalau cukup sekadar solat 5 waktu membawa kita ke syurga, para sahabat yang dijanjikan syurga tidak akan berkorban bangun malam untuk bertahajjud.

Mereka tidak akan banyak bersedekah. Mereka tidak akan banyak membuat kebaikan-kebaikan yang lain.

Kita bukan sahabat Nabi, syurga pun belum ada nama kita. Maka perbanyakkan amalan kita. Baca Al-Quran. Zikir. Istighfar. Selawat. Tahajjud. Taubat. Puasa sunat. Infak. Zakat. Sedekah.

Buat sikit-sikit, lama-lama kita akan rasa rugi bila tidak buat.

Hidup di dunia ni biarlah merasa cukup dengan rezeki yang Allah beri. Tapi jangan pernah rasa cukup dengan amalan akhirat yang kita lakukan. Rezeki kita Allah sudah jamin ada untuk kita, syurga kita yang belum dijamin.

Susun baik-baik urusan dunia dan akhirat kita. Jangan terlalu sibuk dengan kerja sehingga lupa solat. Jangan terlalu sibuk mengumpul harta sehingga lupa sedekah juga zakat.

Kita semua ada dosa. Tapi di hati setiap pendosa itu masih ada hasrat ingin ke syurga. Berusahalah.

Sedar tidak sedar, Allah sentiasa melihat kita. Malaikat juga tidak berhenti mencatit amalan kita. Semoga kita tersenyum melihat catitan buku amalan kita di akhirat kelak. Aamiin. ?Sumber Telegram: Ustaz &Ustazah

Kelebihan Mencintai Al Quran

1. Tidak nyanyuk sampai tua.

2. Orang tua yang mengamalkan Al Quran walau di umpama Al Quran buruk, lunyai, hancur tetap di sayangi, tetap di hargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkan dia di tempat yang baik2.

3. Orang yang mencintai Al Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hamba2Nya yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat.

4. Orang yang junjung Al Quran di dalam dirinya akan di jaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat. Walaupun di dunia dia di benci oleh orang tapi Allah tetap menjanji keselamatan dalam dirinya, sepertimana Al Quran yang Allah sediakan para malaikat untuk menjaga setiap hurufnya.

5. Wajahnya bercahaya cahaya dan mesra untuk di dekati.

6. Orang yang membaca Al Quran tidak di hina. Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.

7. Pengamal Al Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan padanya.

Sumber Telegram:

Ustaz Abdullah Mahmood

Majalah Anis

JAMINAN ALLAH BAGI ORANG YANG MENDEKATKAN DIRI KEPADA TAQWA

1. Diberi rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.

2. Allah bantu selesaikan betapa beratpun permasalahan yang dihadapi.

Apakah maksud taqwa?

1. Ikhlas di dalam mentaati perintah Allah serta memperbanyakkan amal soleh.

2. Ikhlas di dalam menjahui maksiat atau apa sahaja perkara yang Allah larang.

Jangan ragu, laksanakan sahaja dan lihat sahaja kesannya. Ia pasti terjadi.

Apakah contoh perkara yang mendekatkan diri kepada taqwa?

1. Jaga solat di awal waktu

2. Rapati Al Quran

3. Istiqomah Zikir Pg & Ptg

4. Bersedekah

5. Menjaga tahjud,witir,dhuha serta rawatib

6. Memperbanyakkan beristighfar

7. Sentiasa menjaga ucapan dengan berkata kepada perkara yang baik-baik atau diam.

Semoga kita semua menjadi dikalangan hamba Allah yang bertaqwa.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

Sumber Telegram :

~MRJ

TIPS MARKETING DENGAN ALLAH 

1. Solat di awal waktu 

– Solat adalah perkara wajib jadi solat di awal waktu lagi baik daripada kita melengahkan nya 

2. Amalkan solat solat sunat 

–  Solat – solat sunat, ia juga membantu seseorang itu memperolehi ketenangan diri dan perasaan, juga sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah serta mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan pada Allah.

3. Bersedekah 

– Bersedakah la kepada orang- orang yang memerlukan , serta dengan ikhlas dan sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdhal, . semoga diterima Allah SWT

4.Sentiasa istighfar , selawat dan Asmaul Husna 

– Dengan itu gunakanlah lidah yang dikurniakan ALLAH dengan sebaik-baiknya dengan memuji kebesaran-Nya dan memohon keampunan-Nya.

5.Bersyukur sentiasa dan ikhlas dalam setiap perkara yang dilakukan 

– Ikhlas dengan apa yang kita lakukan ,semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang bersyukur

In shaa Allah 

Wallahualam

Lahawlawala quwwata illa billah

Salam sayang,

Sumber Telegram:

Dr Azura Hashim❤️

Keseronokan Bekerja

Kerja merupakan suatu ibadah dan sebagai hobi dalam menjalani kehidupan seharian. Persekitaran tempat kerja yang seronok dapat melahirkan hasil kerja yang produktif. Selain daripada itu bagi mewujudkan impian untuk mencapai keseronokan bekerja, ada beberapa tips yang boleh diamalkan, antaranya ialah :

  • Releks, jangan terlalu serius
  • Jadikan kerja sebagai suatu ibadah
  • Bantulah orang lain, kita pasti seronok
  • Apabila kita seronok, kita menyeronokan orang lain

Hati yang gembira akan membuatkan kerja kita jadi seronok, untuk kekal seronok dalam melakukan sesuatu perkara, anda perlu seronok dengan kerja anda, seterusnya bentuk suasana yang seronok dan ceria di tempat kerja anda, dan ceria-ceriakan rakan-rakan di tempat kerja anda serta buang perkara yang tidak ceria. Bentuklah suasana baru di tempat kerja anda.

Anda kena sentiasa ceria. Ceriakan orang di sekeliling anda, maka segala kerja yang berkaitan akan jadi seronok dan mudah. Kalau kita seronok bekerja kita akan sihat, muka akan ceria awet muda, otak akan kreatif dan kita akan dapat ramai kawan. Kita akan lebih bahagia apabila kita seronok bekerja.

Kata Dato’ Dr Fadzilah Kamsah “Setiap orang akan dapat mencapai kejayaan dalam hal apa sahaja, asalkan ia menyukai pekerjaan yang dilakukannya”.

Dan yang paling penting tiap-tiap hari apabila anda bangun pagi terus senyum, kemudian angkat tangan dan berdoa panjatkan syukur pada Allah kerana anda masih lagi diberi nikmat hidup dan kesihatan. Semua bermula dengan diri anda, jangan ikut mood orang lain dan jangan kerja ikut mood. Diri anda, keseronokan anda, bermula dengan anda. Tanamkan minda positif. Insya-Allah anda akan seronok bekerja.

Apa tunggu lagi mariIah kita berseronok, jadikan kerja kita sebagai hobi, ibadah dan kita akan sentiasa seronok dan produktif. Insya-Allah…

Sumber FB: Bahagian Agama & Kaunseling – BAKA

Pesan guru..

Jangan cepat bangga jika kita dapat membantu orang lain. Kerana itu adalah rezeki yang Allah berikan kepada kita hingga kita terdorong untuk melakukannya.

Kerana percayalah, ada orang yang dapat membantu orang lain namun Allah tidak memberikan rezeki untuk mendorong perasaan ingin membantu.

Salam Jumaat penghulu segala hari ?Sumber Telegram: Rizal Rashid Channel

Cerita seorang pemuda

===========

Saya dah post cerita ini. Tapi saya nak post sekali lagi sebab anda akan dapat sesuatu, inshaAllah.

Seorang pemuda tergesa-gesa masuk ke sebuah kedai runcit di sebuah pekan kecil. 

Setelah dia membayar satu tin minuman dan mendapatkan baki duit syiling, dia terus mendapatkan set telefon berbayar yang terletak dihujung kaunter tadi. 

Sungguh berhati-hati dia mendail dan mula berbual. Tuan punya kedai runcit turut memasang telinga mendengar perbualan pemuda berkenaan. 

Pemuda: “Puan, bolehkah saya mendapat pekerjaan memotong rumput di halaman rumah puan?”

Puan: “Saya sudah ada pekerja..”.

Pemuda: “Puan boleh membayar saya separuh upah dari orang itu”.

Puan: “Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja pekerja saya itu”.

Pemuda (merayu): “Saya akan menyapu dan membersihkan halaman rumah puan dan saya jamin di hari minggu halaman rumah puan akan jadi yang tercantik di antara rumah-rumah yang berada di situ”.

Puan: “Tidak, terima kasih”.

Pemuda tadi terus meletak kembali gagang telefon. Tuan punya kedai runcit turut bersimpati, dan mendekati pemuda tadi. 

Pemilik Kedai: “Anak muda, aku suka sikapmu, semangat positifmu, dan aku ingin menawarkanmu pekerjaan”.

Pemuda: “Tidak. Terima kasih sajalah Pak Cik!”.

Pemilik Kedai: “Tapi tadi kedengarannya kamu sangat memerlukan pekerjaan”.

Pemuda: “Oh, itu. Sebenarnya Pak Cik, Saya cuma mahu memastikan apakah kerja yang selama ini saya lakukan memuas hati majikan saya atau tidak. Sayalah tukang kebun yang bekerja untuk puan dalam telefon tadi!”

Hebat Pemuda tadi!!!

Kita juga patut menilai prestasi kerja yang kita lakukan di tahun 2022 untuk memastikan kualiti yang lebih baik lagi di tahun 2023

Ingatlah…… “WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI”.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2023 ?

Sumber Telegram: Rizal Rashid

BAGAIMANA CARA AGAR HATI/JIWA KITA SENTIASA TERPAUT PADA AGAMA ?

Kata Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz:

من حفظ وقته بذكر الله وقراءة القرآن وصحبة الأخيار والبعد عن صحبة الغافلين والأشرار يطيب قلبـه ويلين…

“ Siapa menjaga waktunya dengan dzikrullah (mengingat Allah), membaca al-Qur’an dengan penuh ke-khusyu’an, berteman dengan ORANG-ORANG BAIK/SHOLIH, ️serta MENJAUHI pertemanan dengan orang-orang yang lalai dan buruk, niscaya akan menjadi BAIK & LEMBUT HATINYA.

[Majmu’ Fatawa Bin Baz, 5/244]

Kita ni, kalau kita tak nak ubah keadaan diri kita dengan keadaan yang sama, kawan yang sama, maka keadaan kita begitulah selamanya.

Usahalah mencari kawan, kenalan, rakan, sahabat yang mengajak kita kepada kebaikan, mengingatkan kita tentang akhirat, memberi inspirasi kita untuk beramal, kerana mereka2 ini kelak akan turut memberi syafaat(pertolongan) kepada kita di akhirat kelak. Mereka2 ini sewaktu berada di dalam Syurga kelak akan berkata kepada Allah SWT “Ya Allah dimanakah sahabat kami yg pernah bersama kami, solat bersama kami, mengaji bersama kami, kembalikanlah dia kepada kami Ya Allah…..”

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR

Sumber FB:

~MRJ