LA TAHZAN SIRI 18: “Mengingat Allah Akan Mententeramkan”

Link Live Dari Ustazah Muzayyanah @ustazahmuzayyanah : (20+) Facebook

Bab 18 : Mengingat Allah Akan Mententeramkan

Kejujuran itu kekasih Allah. Keterusterangan merupakan sabun pencuci hati. Pengalaman itu bukti. Dan seorang pemandu jalan tidak akan membohongi rombongannya. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih agung pahalanya selain berzikir kepada Allah.

            Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula kepadamu…. (Al-Baqarah:152)

            Berzikir kepada Allah adalah syurga Allah dibumiNya. Maka siapa yang tidak pernah memasukinya, ia tidak akan dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan goncangan. Dan zikir merupakan jalan pintas paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagian hakiki. Untuk melihat faedah dan manfaat zikir, cuba perhatikan Kembali beberapa pesan wahyu Ilahi! Dan cubalah mengamalkannya pada hari-hari anda, nescaya anda akan mendapatkan kesembuhan!

            Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kegalaun, kecemasan dan kesedihan akan sima. Bahkan dengan berzikir kepadaNya segunung tumpukan beban kehidupan dan permasalahan hidup akan runtuh.

            Tidak menghairankan bila orang-orang yang selalu mengignat Allah sentiasa Bahagia dan tenteram hidupnya. Itulah yang memang seharusnya terjadi. Ada pun yang sangat menghairankan adalah bagaimana orang-orang yang lalai dari berzikir kepada Allah itu justeru menyembah berhala-berhala dunia. Padahal….

            (Berhala-berhala) itu mati tidak hidup dan berhala-berhala itu tidak mengetahui bilakan penyembah-penyembahnya akan dibangkitkan. (An-Nahl:21)

            Wahai orang yang mengeluh kerana sukar untuk tidur, yang menangis kerana sakit, yang bersedih kerana sebuah tragedi dan yang berdukacita kerana suatu musibah, sebutlah namaNya yang kudus!

….apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)? (Maryam: 65)

            Semakin banyak anda mengingat Allah, fikiran anda akan semakin terbuka, hati anda semakin tenteram, jiwa anda semakin bahagia, dan Nurani anda semakin Sentosa. Itu kerana dalam mengingat Allah terkandung nilai-nilai ketawakkalan kepada-Nya, keyakinan penuh kepadNya, ketergantungan diri hanya kepadaNya, kepasrahan kepadaNya, berbaik sangka kepadaNya dan pengharapan kebahagian dariNya. Dia sentiasa dekat ketika si hamba berdoa kepadaNya, sentiasa mendengar ketika diminta dan sentiasa mengabulkan jika dimohon. Rendahkan dan tundukkan diri anda ke hadapanNya, lalu sebutlah secara berulang-ulang namaNya dan penuh berkah itu dengan lidah anda sebagai pengakuan akan keEsaanNya. Sampaikan pujian doa, permohonan dan permintaan ampunan anda kepadaNya. Dengan begitu nescaya anda – berkat kekuatan dan pertolongan dariNya – akan mendapatkan kebahagiaan, ketenteraman, ketenangan, cahaya penerang dan kegembiraan. Dan….

kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat …. (Ali-‘Imran: 148)

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

LA TAHZAN SIRI 17: “Ambillah Madu Dan Jangan Rosak

Link Live Dari Ustazah Muzayyanah @ustazahmuzayyanah : (20+) Facebook

Bab 17 : Ambilah Madu dan Jangan Rosak Sarangnya

Di mana pun kelembutan itu berada, ia akan menghiasi tempat itu. Demikian halnya bila ia dicabut dari suatu tempat, ia akan mengotorinya. Kelembutan tuturkata, senyuman tulus di bibir dan sapaan-sapaan yang terpuji saat bersua merupakan hiasan-hiasan yang selalu dikenakan oleh orang-orang mulia.

Semua itu merupakan sifat seorang mukmin yang akan menjadikannya seperti seekor lebah; makan dari makanan yang baik dan menghasilkan madu yang baik. Dan bila hinggap pada setangkai bunga, ia tidak akan merosakkannya. Itu kerana Allah menganugerahkan pada kelembutan sesuatu yang tidak Dia berikan kepada kekerasan.

            Di antara manusia terdapat orang-orang ‘istimewa’ yang membuat banyak kepala tunduk hormat menyambut kedatangannya, orang datang berduyun-duyun kerana ingin melihat mukanya, banyak hati bersimpati padanya dan banyak jiwa memujinya. Dan mereka itu tidak lain adalah orang-orang yang banyak dicintai dan dibicarakan manusia dikeranakan kedermawanan dan kelobaannya, kejujurannya dalam berjual beli dan keramahan dan sopan-santunnya dalam bergaul.

            Mencari banyak teman merupakan tuntunan dalam hidup yang selalu dicontohkan oleh orang-orang terhormat dikeranakan akhlaq dan perilakunya yang terpuji. Mereka itulah orang-orang yang selalu berada di tengah-tengah kerumunan manusia dengan senyum yang merekah, keramahan yang mententeramkan dan sopan-santun yang menyejukkan. Dan kerana itu, mereka selalu ditanyakan dan didoakan ketika tidak terlihat.

            Orang-orang yang Bahagia memiliki tuntunan akhlaq yang secara garis besar tercakup dalam slogan:

…. tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. (Fushshilat: 34)

            Begitulah mereka dapat memupuskan rasa dengki dengan emosi yang terkawal, kesabaran yang menyejukkan, dan kemudahan memaafkan yang mententeramkan. Mereka adalah orang-orang yang mudah melupakan kejahatan dan mengingat kebaikan orang lain. Kerana itu, takkala kata-kata kotor dan keji terlontar untuk mereka, telinga mereka tidak akan merah dibuatnya. Bahkan mereka memandang kata-kata itu sebagai angin lalu yang tidak akan pernah kembali.

            Mereka itulah orang-orang yang selalu berada dalam kedamaian, orang-orang yang berada di sekitar mereka merasa aman, dan kaum Muslimin yang bersama mereka pun merasa tenteram.

Orang muslim adalah orang yang orang-orang muslim lainya selamat dari gangguan lidah dan tangannya. Orang mukmin adalah orang yang orang-orang lainya merasa aman dari gangguannya, naik dalam jiwa mahupun harta mereka (Al-Hadith)

Sesungguhnya Allah telah menyuruhku untuk menyambung tali silaturahim dengan orang yang telah memutuskannya dariku, memaafkan orang yang telah menzalimiku, dan memberikan harta kepada orang yang tidak memberikan harta kepadaku (Al-Hadith)

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) (Ali-‘Imran:134)

            Sampaikan khabar gembira kepada mereka bahawa, balasan Allah atas ketenangan, ketenteraman dan kedamaian mereka adalah akan disegerakan. Khabarkan pula sebuah khabar gembira kepada mereka bahawa mereka juga akan mendapatkan balasan besar di akhirat berupa syurga-syurga dan sungai-sungai yang indah di sisi Rabb mereka kelak. Yakni:

Di tempat yang disenangi di sisi Rabb Yang Berkuasa (Al-Qamar:55)

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

LA TAHZAN SIRI 16: “Iman Adalah Kehidupan Yang Sebenarnya”

Link Live Dari Ustazah Muzayyanah @ustazahmuzayyanah : (20+) Facebook

Orang-orang yang sesungguhnya paling sengsara adalah mereka yang miskin iman dan mengalami krisis keyakinan. Mereka ini, selamanya akan berada dalam kesengsaraan, kepedihan, kemurkaan dan kehinaan.

            Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit…. (Thaha: 124)

            Tiada ada sesuatu yang dapat membahagiakan jiwa, membersihkannya, menyucikannya, membuatnya Bahagia, dan mengusir kegundahan darinya selain keimanan yang benar kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, Tuhan semesta alam. Ringkasnya, kehidupan akan terasa hambar tanpa iman.

            Dalam pandangan para pembangkang Allah yang sama sekali tidak beriman, cara terbaik untuk menenangkan jiwa adalah dengan bunuh diri. Menurut mereka ini, dengan bunuh diri mereka akan terbebas dari segala tekanan, kegelapan dan bencana dalam hidupnya. Betapa malangnya hidup yang miskin iman! Dan betapa pedihnya seksa dan azab yang akan dirasakan oleh orang-orang yang menyimpang dari tuntunan Allah di akhirat kelak!.

Dan, (begitu pula) Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadaNya (Al-Quran) pada permulannya, dan kami biarkan mereka bergelimang dalam kesesatannya yang sangat sesat. (Al-An’am: 110).

            Kini, sudah saatnya dunia menerima dengan tulus ikhlas dan berima dengan sesungguhnya bahawa “tidak ada Tuhan selain Allah”. Betapapun, pengalaman dan ujian terhadap manusia sepanjang sejarah kehidupan dunia ini dari abad ke abad telah membuktikan banyak hal; menyedarkan aqal bahawa berhala-berhala itu takhayul belaka, kekafiran itu sumber petaka, pembangkangan itu dusta, para rasul itu benar adanya, dan Allah benar-benar Sang Pemilik kerajaan bumi dan langit-segala puji bagi Allah dan Dia sungguh-sungguh Maha Kuasa atas segala sesuatu.

            Seberapa besar – kuat atau lemah, hangat atau dingin-iman anda, maka sebatas itu pula kebahagiaan, ketenteraman, kedamaian dan ketenangan anda.

Barangsiapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (An-Nahl: 97).

            Maksud kehidupan yang baik (hayatan thahhibah) dalam ayat ini adalah ketenangan jiwa mereka dikeranakan janji baik Tuhan mereka, keteguhan hati mereka dalam mencintai Dzat yang menciptakan mereka, kesucian nurani mereka dari unsur-unsur penyimpangan iman, ketenangan mereka dalam menghadapi setiap kenyataan hidup, kerelaan hati mereka dalam menerima dan menjalani ketentuan Allah, dan keikhlasan mereka dalam menerima taqdir. Dan, itu semua adalah karena mereka benar-benar yakin dan tulus menerima bahwa Allah adalah Tuhan mereka, Islam agama mereka dan Muhammad adalah Nabi dan Rasul yang diutus Allah untuk mereka.

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

LA TAHZAN SIRI 14: “Lapangkan Dada Anda Dengan Ber’uzlah”

Link Live Dari Ustazah Muzayyanah @ustazahmuzayyanah : (20+) Facebook

Mengasingkan diri yang diajarkan syariat dan sunnah Rasul adalah menjauhkan diri dari kejahatan dan pelakunya, orang-orang yang banyak waktu kosongnya, orang-orang yang lalai, dan orang-orang yang senang membuat huru-hara. Dengan begitu, jiwa anda akan selalu terkawal, hati menjadi tenang dan sejuk, fikiran selalu jernih, dan anda akan merasa leluasa dan bahagia berada di taman-taman ilmu pengetahuan.

                Mengasingkan diri (‘uzlah) dari semua hal yang melalaikan manusia dari kebaikan dan ketaatan merupakan ubat yang sudah diuji dan dibuktikan kemujaraban oleh para ahli pengubatan hati. Banyak cara untuk menjauhkan diri dari kejahatan dan permainan yang sia-sia. Di antaranya adalah; mengisi waktu dengan menyuntukkan wawasan baru ke dalam aqal fikiran, menjalankan semua hal yang sesuai dengan kaedah “takut kepada Allah”, dan juga menghadiri majlis-majlis pertaubatan dan zikir. Betapapun, perkumpulan atau majlis yang terpuji dan patut dikunjungi adalah yang digunakan untuk menjalankan solat berjama’ah, menuntut dan mengajarkan ilmu atau untuk saling membantu dalam kebaikan. Maka dari itu, hindarilah majlis-majlis yang tidak jelas tujuannya dan tidak pula berguna! Jaga kesucian kulit anda, tangisilah kesalahan anda dan jagalah lidah anda! Semoga dengan itu rumah anda dapat membahagiakan hati anda.

                Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan merupakan serangan mematikan bagi jiwa dan ancaman yang membahayakan keamanan dan kedamaian diri anda. Sebabnya, melakukan hal itu bererti anda telah bergaul dengan syaitan-syaitan pembisik desas-desus, penyebar khabar bohong, peramal bencana dan petaka. Dan itu, akan membuat anda mati tujuh kali dalam sehari sebelum anda benar-benear mati. Maka….

    jika mereka berangkat bersama-sama kamu, nescaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerosakan belaka…. (AT-Taubah: 47)

                Atas dasar itu, harapan saya satu-satunya adalah suapaya anda menjalani apa pun keadaan anda, tetap menyendiri di “bilik” anda dan hanya keluar untuk berkata atau berbuat baik saja. Pada saat seperti itu hati anda akan benar-benar menjadi milik anda, sehingga waktu dan umur anda selamat dari kesia-siaan, lidah anda terhindar dari menggunjing (ghibah),hati anda bersih dari kerisauan, telinga anda terjauh dari ucapan kotor, dan jiwa anda bebas dari berburuk sangka.

                Siapa pun yang selalu mencuba pasti akan mendapat pengetahuan. Siapa pun yang membiarkan jiwanya bersama-sama keragu-raguan dan bercampur-gaul bersama orang awam, maka katakanlah “Alaihissalam!” (Semoga dia mendapat keselamatan).

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

LA TAHZAN SIRI 13: “Masih Ada Yang Selalu Mengabulkan

Link Live Dari Ustazah Muzayyanah @ustazahmuzayyanah : (20+) Facebook

Siapakah yang berhak mejadi tempat mengadu orang-orang yang dilanda kegelisahan, kesempitan, kesulitan dan kesedihan?. Kepada siapakah mereka harus memohon pertolongan? Siapakan yang layak menjadi tempat bergantung, memohon, meminta dan meratap semua makhluk? Siapakan yang berhak menjadu gantungan hati dan selalu diucapkan oleh lidah manusia? Tidak lain, adalah hanya Allah yang tiada Tuhan selain Dia.

            Bagiku dan juga anda, adalah suatu kewajipan untuk berdoa dan meminta kepadaNya dalam keadaan lapang mahupun sempit, dalam keadaan mudah mahupun ketika susah. Kita harus menumpahkan semua permasalahan ke pangkuanNya dan kita juga tetap harus bertawassul kepadaNya. Kita harus duduk bersimpuh di depan pintu gerbangNya sambil memohon, menangis merendahkan diri dan meminta ampunanNya. Dan kemudaian, tunggulah! Kerana pada saatnya nanti akan datang pertolongan, ma’unah (huluran), bantuan dan kemudahan yang bersumber dariNya.

….Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNya…(An-Naml:62)

Jawabahnya adalah bahawa, Allahlah yang menyelematkan orang yang tenggelam, memberi jalan keluar orang-orang yang mengalami kesulitan, menolong orang-orang yang dizalimi, memberi petunjuk orang yang sesat, menyembuhkan orang yang sakit, dan meringankan beban orang yang mendapat cubaan.

….Maka apabila mereka naik kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya. (A’-Ankabut: 65)

            Di sini, saya tidak akan memaparkan doa-doa pengusir rasa dukacita, gundah dan sedih. Bagaimanapun, sebaiknya anda mempelajari sendiri kalimah-kalimah doa yang indah dalam kitab-kitab hadith. Setelah itu, mengadulah, merataplah, berdoa dan memohonlah kepadaNya. Dan bila anda sudah berhasil menemukanNya, bererti anda telah mendapatkan segalanya. Akan tetapi, jika anda kehilangan iman kepadaNya, nescaya anda telah kehilangan segalanya.

            Doa anda kepada Rabb terhitung sebagai wujud lain dari ibadah dan bukti ketaatan besar yang akan mendatangkan suatu pemberian yang lebih dari apa yang anda minta. Maka dari itu, seorang hamba yang benar-benar mengetahui hakikat berdoa kepada Allah, nescaya ia tidak akan pernah resah, gundah dan berserabut fikirannya.

            Semua tali akan mengerut kecuali taliNya, dan semua pintu akan tertutup kecuali pintuNya. Allah Maha Dekat, Maha Mendengar dan Maha Menjawab. Dia mengabulkan doa setiap orang yang berada dalam kesulitan. Dia memerintahkan anda – kerana anda manusia yang selalu memerlukan dan lemah, dan Dia Maha Kaya, Maha Kuat, Maha Tunggal dan Maha Terpuji – agar sentiasa berdoa. Dia berfirman:

….berdoalah kamu kepadaNya, nescaya akan Kuperkenankan bagimu…. (Al-Mu’minum: 60)

            Ketika musibah dan bencana datang silih berganti menimpa anda, berzikirlah kepadaNya, sebtulah namaNya, mohonlah pertolonganNya, dan mintalah jalan keluar dariNya!. Tundukkan wajah untuk mengkuduskan namaNya demi mendapatkan mahkota kemerdekaan dariNya! Lekatkan hidung pada tempat anda bersujud kepadaNya agar anda mendapatkan keselamatan! Angkat kedua tangan anda, buka kedua telapak tangan anda, perbanyak memohon kepadaNya, jangan nada bosan meminta kepadaNya, dan jangan anda berpaling dari depan pintuNya! Harapkanlah kelembutan kasih-sayang dariNya, nantikan pertolonganNya, nyaringkan suara anda tatkala menyebut namaNya, dan selalu berbaik sangka kepadaNya! Curahkan seluruh waktu anda untukNya dan beribadahlah kepadaNya dengan tekun agar anda mendapatkan kebahagiaan dan kemenangan.

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

LA TAHZAN SIRI 12 : Ambillah Hikmah Dari Setiap Kejadian

Link Live Dari Ustazah Muzayyanah @ustazahmuzayyanah : (20+) Facebook Live | Facebook

Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang bodoh akan membuat suatu musibah menjadi bertumpuk dan berlipat ganda.

Ketika Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wasallah diusir dari Mekah, beliau memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudiah berhasil membangunnya menjadi sebuah negara yang sangat akrah di telinga dan mata sejarah.

Ahmad bin Hanbal pernah dipenjara dan dihukum dera, tetapi kerana itu pula ia kemudian menjadi iman salah satu mazhab. Ibnu Taimiyyah pernah dipenjara, tetapi justeru di penjara itulah ia banyak melahirkan karya. As-saraksi pernah dikurung di dasar perigi selama bertahun-tahun, tetapi di tempat itulah ia berhasil menyelesaikan karya besarnya yang berjudul Jami’ul Ushul dan An-Nihayah, salah satu buku paling terkenal dalam hadith. Demikian hanya dengan Ibnu-Jauzi, ia pernah diasingkan dari Baghdad, dan kerana itu ia menguasai qira’ah sab’ah. Malik bin Ar-Raib adalah penderita suatu penyakit yang mematikan, namun ia mampu melahirkan syair-syair yang sangat indah dan tidak kalah dengan karya-karya para penyair besar zaman ‘Abbasiyya. Lalu, ketika semua anak Abi Dzuaib Al-Hdzali mati meninggalkannya seorang diri, ia justeru mampu menciptakan nyanyian-nyanyian puisi yang mampu menutup mulut para pendengarnya, membuat setiap pendengarnya tersihir, memaksa sejarah untuk selalu bertepuk tangan saat mendengarnya kembali.

Begitula, ketika tertimpa suatu musibah, anda harus melihat dari sudut yang paling terang darinya, ketika seseorang memberi anda segelas air limau, anda perlu menambah sesendok gula ke dalamnya, ketika mendapat hadiah seekor ular dari seseorang, ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain, ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberikan kekebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular.

…. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu…. (Al-Baqarah:)

Kendalikan diri anda dalam berbagai kesulitan yang anda hadapi! Dengan begitu, anda akan dapat mempersembahkan bunga mawar dan melati yang harum kepada kami. Dan….

Sebelum terjadi Revolusi besar di Perancis, konon negara itu pernah memenjara dua sastrawan terkenalnya. Salah seorang dari keduanya sangat optimis dan yang seorang lagi pesimis bahawa revolusi dan perubahan akan segera terjadi. Setiap hari keduanya sama-sama mejengukkan kepada melalui sela-sela gegeraji penjara. Hanya saja, sang sasterawan  yang optimis selalu memandang ke atas dan melihat bintang-bintang yang gemerlap di langit. Dan kerana itu ia selalu tersenyum cerah. Adapun sasterawan yang pesimis, ia selalu melihat ke arah bawah dan hanya melihat tanah hitam di depan penjara dan kemudian menangis sedih. Begitulah sebaiknya anda selalu melihat dari sudut lain dari kesedihan itu. Sebab belum tentu semuanya menyedihkan, pasti ada kebaikan, secerah harapan jalan keluar serta pahala.

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

LA TAHZAN SIRI 10 : “Terimalah Qadha’ Dan Qadar Allah”

Link Live Dari Ustazah Muzayyanah @ustazahmuzayyanah: (20+) Facebook Live | Facebook

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam surah Al-Hadid, ayat 22:

…. Tidak ada sesatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga ynag menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya….

Tinta pena telah mongering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah disimpan, setiap perkara telah diputuksan dan taqdir telah ditetapkan. Maka….

….tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami…. (At-Taubah: 51)

Apa yang membuat anda benar tidak akan membuat anda salah. Sebaliknya apa yang membuat anda salah tidak akan membuat anda benar.

Jika keyakinan tersebut tertanam kuat pada jiwa anda dan kukuh bersemayam dalam hati anda, maka setiap bencana akan menjadi kurnia, setiap ujian akan menjadi anugerah, dan setiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala.

….Siapa yang dikehendaki Allah menjadi baik, nescaya Allah akan memberinya cubaan. (Al-Hadith)

Kerana itu, jangan anda merasa gundah dan bersedih dikeranakan suatu penyakit, kematian yang semakin dekat, kerugian harta atau rumah terbakar. Betapapun sesungguhnya merupakan sesuatu yang telah Allah taqdrikan dan semua yang telah menjadi taqdir Allah pasti terjadi. Kita tidak mempunyia pilihan lain, selain menerima taqdir itu, kerana Allahlah yang berhak menentukan. Dengan adanya cubaan, anda justeru mendapat pahala dan dosa anda pun akan diampuni. Maka, berbahagialah orang-orang yang tertimpa musibah atas kesabaran dan kerelaan mereka terhadap Yang Maha Mengambil, Maha Pemberi, Maha Mengekang lagi Maha Lapang.

….Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuatNya dan merekalah yang akan ditanyai. (Al-Anbiya; 23).

Sarat-sarat anda akan tetap tegang, kegundahan jiawa anda tidak akan reda, dan kecemasan di dada anda tidak akan pernah sirna sebelum anda benar-benar beriman terhadap qadha dan gadar. Tinta pena telah mengering bersamaan dengan semua hal yang akan anda temui. Maka, jangan biarkan diri anda larut kesedihan, jangan mengira diri anda sanggup melakukan segala upaya untuk menahan tembok yang akan runtuh, membendung air yang akan meluap, menahan angin agar tidak bertiup, atau memelihara kaca agar tidak pecah. Adalah tidak benar bila semua itu dapat terjadi dengan paksaanku dan paksaanmu, kerana apa yang telah digariskan akan terjadi, setiap ketentuan akan berjalan dan semua keputusan akan terlaksana.

….maka barangsiapa yang ingin (beriman), silakan ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir), siakah ia kafir…. (Al-Kahfi:29)

Anda harus menyerahkan semua hal kepada taqdir agar tidak ditindas oleh bala tentera kebencian, penyesalan dan kebinasaan. Dan percayalah dengan kebenaran qadha  sebelum anada dilanda banjir penyesalan!. Dengan begitu, jiwa anda akan tetap tenang menjalani segala daya upaya dan cara yang memang harus ditempuh. Dan bila kemudian terjadi hal-hal yang tidak anda inginkan, maka ia pun merupakan sebahagian dari ketentuan yang memang harus terjadi. Jangan pula anda berandai:

“Seandainya aku melakukan begini dan begini, nescaya akan begini dan begini”. Akan tetapi, katakanlah:” Semua yang telah ditaqdirkan dan dikehendaki Allah pasti terjadi.” (Al-Hadith).

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

LA TAHZAN SIRI 11 : Sesungguhnya Setelah Kematian Ada Kemudahan

Link Live Dari Ustazah Muzayyanah @ustazahmuzayyanah : (20+) Facebook

Wahai manusia; setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam ada tidur nyenyak, dan setelah sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti ketemu, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesulitan ada kemudahan, dan setiap kegelapan ada terang-benderang.

…mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya) atau sesuatu keputusan dari sisiNya….(Al-Ma’idah: 52).

Sampaikan khabar gembira kepada malam hari bahawa, sang fajar pasti datang mengusirnya dari puncak-puncak gunung dan dasar-dasar lembah; kepada orang yang dilanda kesusahan bahawa, pertolongan akan datang secepat kilatan cahaya dan kedipan mata, kepada orang yang ditindas bahawa kelembutan dan dekapan akan segera tiba.

Saat ada melihat hamparan padang Sahara yang seolah memanjang tanpa batas, ketahuilah bahawa di sebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan. Ketika anda melihat seutas tali meregang kencang, ketahuilah bahawa, tali itu akan segera putus.

Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman, dan kegelisahan akan sima oleh kedamaian. Kobaran api tidak mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam. Dan itu kerana pertolongan Ilahu membuka ‘jendela’ yang mengalirkan…

….kesejukan dan keselamatan…. (Al=Anbiya’: 69)

Lautan luas tidak kuasa menenggelamkan Kalimur-Rahman (Musa ‘Alaihissalam). Itu tidak lain kerana suara kebenaran yang kuat berkata:

….Sekali-kali tidak akan tersusul; sesungguhnya Rabbku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku. (Asy-Syu’ara’:62)

Ketika bersembunyi dari kejaran kaum kafir dari sebuah gua, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam yang ma’sum mengkhabarkan kepada Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Allah Yang Maha Tunggal dan Maha Tinggi ada bersama mereka. Sehingga, rasa aman, tenteram dan tenang pun datang menyelimuti Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu.

Mereka yang terpaku pada waktu mereka yang terbatas dan pada keadaan mereka yang (mungkin) sangat kelam, umumnya hanya akan merasakan kesusahan, kesengsaraan dan keputusasaan dalam hidup mereka. Itu, kerana mereka hanya menatap dinding-dinding bilik dan pintu-pintu rumah mereka saja. Padahal, mereka seharusnya menembuskan pandangan sampai ke belakang tabir dan berfikir lebih jauh tentang hal-hal yang berada di luar pagar rumahnya.

Maka dari itu, janganlah anda merasa terhimpit sejengkal pun, kerana setiap keadaan pasti berubah. Dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar. Betapapun, hari demi hari akan terus berganti, tahun demi tahun akan selalu berganti, malam demi malam pun datang silih berganti. Meski demikian yang ghaib akan tetap tersembunyi, dan Sang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifatNya. Dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua, tetapi sesungguhnya setelah kesulitan itu tetap akan muncul kemudahan.

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

LA TAHZAN SIRI 9 (a & b): Teguhkanlah Keperibadian Anda

https://www.facebook.com/ustazahmuzayyanah/videos/311081167415961

https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=214836297085520

Yakni, jangan mudah mengenakan dan meniru-niru ciri keperibadian umat lain! Kerana itu akan menjadi petaka yang tidak mudah redha bagimu. Orang-orang yang lupa dengan dirinya sendiri, suaranya, gerakan tubuhnya, ucapannya, kemampuannya dan keadaannya sendiri kebanakan akan meniru-niru budaya bangsa lain. Dan itulah yang disebut dengan melatah, mengada-ngada berpura-pura dan kehilangan jati diri.

Sejak zaman Nabi Adam ‘Alaihissalam hingga makhluk terakhir ciptaan Allah tidak pernah ada dua orang yang sama persis rupanya. Maka, mengapa masih ada orang-orang yang memaksa diri untuk menyamakan perilku dan kepribadiannya dengan bangsa lain?.

Anda merupakan sesuatu yang lain daripada yang lain, tidak ada seorang pun yang menyerupai anda dalam catatan sejarah kehidupan ini, belum pernah ada seorang yang diciptakan sama dengan anda, dan tidak akan pernah ada orang yang akan serupa dengan anda di kemudian hari.

Anda sama sekali berbeda dari Zaid dan ‘Amr. Kerana itu, jangan memaksakan diri untuk meniru-niru keperibadian orang lain.

Tetaplah berpijak dan berjalan pada keadaan dan perilaku anda sendiri!

….sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing….(Al-Baqarah: 60)

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (qiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan…. (Al-Baqarah: 148)

Hiduplah sebagaimana anda diciptakan, jangan mengubah suara anda, dan jangan pula mengubah cara berjalan anda!. Tuntunlah diri anda dengan wahyu Ilahi, tetapi juga jangan melupakan keadaan anda dan jangan membunuh kemerdekaan anda sendiri!.

Anda memiliki corak dan warna tersendiri. Dan kami menginginkan agar anda tetap seperti itu; dengan corak dan waran anda sendiri, sebab anda diciptakan demikian. Kami mengenal anda seperti itu maka:

Janganlah seseorang di antara kalian menjadi orang yang tidak berpendirian.

Umat manusia – dengan pelbagai keadaan macam tabiat dan wataknya – seperti alam tumbuhnya; ada yang manis dan masam, dan ada yang panjang dan pendek. Dan seperti itulah seharusnya umat manusia.Jika anda seperti pisang, anda tidak perlu mengubah diri menjadi bambu, sebab harga dan keindahan anda akan tampak jika anda menjadi pisang.

Begitulah sesungguhnya perbedaan warna kulit, bahasa dan kemampuan kita masing-masing merupakan tanda-tanda kebesaran Sang Maha Pencipta. Kerana itu, jangan sekali-kali mengingkari tanda-tanda kebesaranNya.

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

La Tahzan Siri 8: Usirlah Kekosongan Dengan Kesibukan

https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=1233612043821536

Orang-orang yang banyak menganggur dalam hidup ini, biasanya akan menjadi bahan gossip dan desus-desus yang tidak bermanfaat. Itu kerana akal fikiran mereka selalu melayang-layang tidak tahu arah. Dan…

mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang ditinggalkan (kerana uzur)…. (At-Taubah: 87)

Saat paling berbahaya bagi akal adalah manakala pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa-apa. Orang seperti itu, ibarat kereta yang berjalan dengan kecepatan tinggi tanpa pemandu, akan mudah terhuyu-hayang ke kanan dan ke kiri.

Bila pada suatu hari anda mendapatkan diri anda menganggur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih, gundah dan cemas! sebab dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang ke mana-mana dari mengingat kegelapan masa lalu, menyesali kesialan masa kini, hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang belum tentu anda alami. Dan itu, membuat akal fikiran anda tidak terkendali dan mudah terlepas dari kawalan. Maka dari itu,saya nasihatkan kepada anda dan diriku sendiri bahawa mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat adalah lebih baik daripada terlarut dalam kekosongan yang membinasakan. Kesimpulannya: Membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan bunuh diri dan merosak tubuh dengan dadah.

Waktu kosong itu tidak ubahnya dengan seksaan halus ala penjara Cina, meletakkan si tahanan itu di bawah paip air yang hanya dapat menitiksan air satu titis setiap minit selama bertahun-tahun. Dan dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya seorang akan menjadi stress dan gila.

Menganggur dapat melalaikan diri dan sunyi dari kegiatan merupakan pencurian profesional, sedangkan aqal anda adalah perwira yang dapat melawan dan mengoyak pertempuran khayalan ini.

Kerana itu, bangkitlah sekarang juga, kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, mengemaskini meja kerja, mengemaskan bilik tidur atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu!. Ini kerana aku ingin mengingatkan anda agar tidak berhenti sejenak pun dari melakukan sesuatu yang bermanfaat.

Bunuhlah setiap waktu kosong dengan “pisau” kesibukan!. Dengan cara ini, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan. Lihatlah para petani, nelayan dan para buruh kasar, mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas! Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas katil empuk, tetapi selalu gelisah dan mengalirkan air mata kesedihan.

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).