Renungan…

Sekiranya kalian masih terganggu dengan cakap-cakap orang, maka kalian adalah orang yang tak kenal dengan kekuatan diri sendiri.

  • mental cukup
  • tenaga cukup
  • kudrat cukup

Lihat apa yang kalian ada:

Jadi kalau ada sesiap cakap negatif tentang apa yang kalian buat, tak perlu rasa apa-apa. Ia kerana kalian kenal diri kalian.

  • Kalian bertaya tepis
  • Kalian berjaya tapis
  • Kalian berjaya tutup ruang untuk tak ada satu perkataan negatif pun masuk melalui telinga dan sampai ke hati. Tak ada.

Kalian akan senyum, jalan terus! Itu tanda kalian kenal diri kalian.

Gais, nak kuat, tengok diri dulu. Tengok kita ada apa. Kemudian fokus dengan kekuatan itu.

Pandai buat biskut, jual biskut. Jangan dengar cakap orang kata buat biskut takkan kaya.

Sumber : Khairul Hakimi Muhammad, 23 March 2021

BAGAIMANA CARA AGAR HATI/JIWA KITA JADI LEMBUT?

Kata Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz:

“Siapa menjaga waktunya dengan dzikrullah (mengingat Allah), membaca al-Qur’an dengan penuh ke-khusyu’an, berteman dengan ORANG-ORANG BAIK/SOLIH, serta MEJAUHI pertemanan degan orang-orang yang lalai dan buruk, niscaya akan menjadi BAK & LEMBUT HATINYA.

(Majmu’ Fatawa Bin Baz, 5/244)

Kita ni, kalau kita tak nak ubah keadaan diri kita dengan keadaan yang sama, kawan yang sama, maka keadaan kita begitulah selamanya.

Usahalah mencari kawan, kenalan, rakan, sahabat yang mengajak kita kepada kebaikan, mengingatkan kita tentang akhirat, memberi inspirasi kita untuk beramal, kerana mereka-mereka ini kelak akan turut serta memberi syafaat (pertolongan) kepada kita di akhirat kelak. Mereka-mereka ini sewaktu berada di dalam Syurga kelak akan berkata kepada Allah SWT ‘Ya Allah dimanakah sahabat kami yang pernah bersama kami, solat bersama kami, mengaji bersama kami, kembalikanlah dia kepada kami Ya Allah….”.

Sumber : MRJ – Istiqomah Zikir Pagi, Jangan Tinggal Sayyidul Istighfar.

Rakan-rakan facebook ku sekalian, di dalam kita mengamati intipati Ramadhan iaitu untuk kita meraih keampunan yang besar, maka selain kita memperbanyakkan amal soleh dengan kita bersedekah, kita bertawikh, kita banyak baca Al Quran, ambil lah sekurang-kurang sehari di dalam Ramadhan untuk kita mengalirkan air mata ketika tahjud. Kerana, air mata yang dialirkan oleh seseorang di dalam mengenang akan dosa-dosanya, ia akan menyebabkan Neraka tidak berhajat untuk menjilati tubuhnya.

Hatta, ada insan-insan beruntung yang mendapat perlindungan di dalam naungan Allah SWT diyaumul mahsyar kelak, disebabkan dia pernah menangis kerana mengenangkan akan dosa–dosanya dan takut kepada siksaan Allah.

Justeru, selepas tahjud, angkatlah kedua-dua tangan kita dan ucapkanlah “Ya Allah sesungguhnya aku telah byk menzalimi diri ini dengan dosa-dosa yang banyak yang telah aku lakukan, aku sedar akan kesalahanku maka Engkau ampunilah segala dosa-dosaku, kerana tanpa keampunanMu , nescaya termasuklah aku dikalangan insan-insan yang rugi”

Ambilah sekali ruang di dalam Ramadhan untuk kita menangis mengenangkan dosa, moga2 kita menjadi insan beruntung yang mendapat keampunan serta naugan Allah SWT diyaumul mahsyar. Insyaa Allah.

Sumber : 7/5/2020, 5.16 am
~MRJ

TAZKIRAH MRJ

#TAZKIRAH_MRJ

Hakikatnya yg kita perlu hadam bahawa ujian hidup ini akan sering ditimpakan pada sapa2 sahaja samada dia baik atau tidak. Justeru, bagi orang2 beriman itu dia akan sentiasa bersangka baik pada Allah dengan janji kafarah yang menghapuskan dosa pada setiap kesusahan/kebimbangan yang dilalui, asalkan dia hendaklah BERSABAR. Jangan layan perasaan hati kamu yang negative.

Ujian itu akan hadir pada bentuk yg berbeza pada setiap manusia samada kesakitan, suami@isteri yang bermasalah, anak2 yg melawan, kemiskinan, kekayaan dan sebagainya. Namun sebagai alternatif awal yang perlu dilakukan ketika ditimpakan ujian@musibah adalah PEHEBATKAN ISTIGHFAR kemudian diusuli dengan perbanyakkan solat dan doa.

Jangan banyak mengadu pada orang kerana dia pun banyak masalah. Luahan kelemahan masalah peribadimu pada orang lain kelak akan dijadikan senjata baginya untuk menyerang kamu saat kamu berbalah/bermasalah dengannya. Mengadulah pada Allah dengan doa yang berterusan. Hakikatnya tangisan kamu pada Tuhan itu akan memberikan kami kekuatan dan jati diri.

Hidup sebagai hamba Allah kita kena hidup dengan mengikut dan mentaati syariat yg telah dimaktubkan secara 100%, bukan kita tentukan atau ambil mana-mana@sebahagian yg bersesuaian dgn kehendak nafsu kita.

Ingatlah bahawa kitalah yang bertanggungjawab pada diri kita sepenuhnya di dalam menempuh hala tuju kehidupan pada apa yang kita utamakan. Jika kita pilih untuk cari dunia secara lebih2an, maka kelak kita akan kecewa kerana dunia ini sementara tatkala sesuatu yang dikehendaki itu akan datang dan pergi dan mungkin dimiliki atau sebagai agauan dan bayangan.

Bersyukurlah sangat2 apabila Allah dah bantu untuk kita lahir di dalam keluarga Islam, maka bantulah diri kita pula untuk ke SyurgaNya

Punca manusia tersasar dari kesabaran disebabkan dia merasakan masalah berat itu hanya pada dirinya tatakala dia tidak melihat derita orang lain yang lebih teruk diuji. Masalah dalam diri itu akan bertambah berat jika masalah itu difikirkan sebagai masalah bukan sebagai ujian. Tidak bersandar kepada Allah akan melemahkan kesabaran dan apabila manusia tidak memikirkan tentang permasalah akhirat yang jauh lebih berat, maka masalah dunia akan menjadi kerisauan dan kebimbangan yang tidak ada kesudahan.

Semoga kita sentiasa mendidik hati agar sabar, redha dengan ketentuan dan rapat hubungan kita dengan Allah SWT. Sabar itu perit namun pahala bagi orang yang sabar itu tanpa batasan iaitu ia sentiasa mendapat pahala di dalam kesabaran.

Sumber FB:
~ MRJ
2/9/2020

MENEBAR BENIH KEBAIKAN

*MENEBAR BENIH KEBAIKAN*

*Saat kita memberi kepada org lain, sesungguhnya pemberian itu untuk diri kita sendiri.*

*Saat kita membahagiakan org lain, sesungguhnya kebahagian itu untuk kita*

*Saat kita memuliakan org lain, sesungguhnya kemuliaan itu untuk kita*

*Saat kita mendo’akan org lain terbaik, sesungguhnya do’a itu untuk kita*

*Saat kita berbuat baik kepada org lain, sesungguhnya kebaikan itu untuk kita*

*Semua perbuatan yg kita lakukan pada akhirnya akan kembali pada diri kita sendiri*

*Maka berikan & lakukan yg terbaik, niscaya kita akan menerima yg terbaik*
Q.S Ar Rahman(55):60

هَلْ جَزَاۤءُ الْاِحْسَانِ اِلَّا الْاِحْسَانُۚ

*Tidak ada balasan untuk kebaikan selain kebaikan (pula)*

Sumber : Coach Zulzack, 1/8/2020

PERINGATAN TIDAK CUKUP SEKALI PERLU BERKALI-KALI…

Hati umpama bumi. Kadang kering kontang, panasnya membahang. Kadang sejuk dingin apabila hujan menyiram. Selang seli ini terus datang dan pergi…berulang-ulang.

Alangkah dungunya bagi yang mengharap hujan memanjang tanpa ada panas membahang. Juga yang mengharap hanya ada panas membahang tanpa hujan bertandang.

Inilah dunia. Inilah jiwa. Selang seli rasa umpama pergiliran cuaca. Tidak ada yang kekal, semuanya sementara. Segala yang sementara hadapilah dengan sederhana.

Pada sukar ada sabar. Apabila sabar muncul syukur. Pada syukur itulah bahagia. Bahagia di hati…kata yang arif, itulah permulaan syurga!

Sumber : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
29 Ramadan 1441Hijrah, Jumaat

S E D E K A H

S E D E K A H

Orang yang banyak bersedekah akan mempunyai tanda di akhirat nanti.

Sehingga orang melihat wajah seseorang itu akan mengetahui bahawa orang ini banyak bersedekah.

Sumber :
– Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid