BETULKAH AMALKAN MINYAK ZAITUN TIDAK MENGGEMUKKAN

Bagi mereka yang sangat risau terhadap berat badan, pengambilan makanan yang berlemak haruslah diberikan perihatian. Terutama mereka yang mudah gemuk secara genetiknya dan tidak melakukan kerja-kerja yang berat.

Ada individu yang memang ‘mudah gemuk’ dan apabila dilihat gambar keluarga, kebanyakan adik beradik yang lain semuanya berbadan besar. Tetapi mereka sihat. Ini disebabkan faktor genetik atau keturunan yang mengganggu proses metabolisme, sehinggakan walaupun mereka makan hanya sedikit tetapi masih terdapat penambahan berat yang ketara.

Mereka yang tidak melakukan kerja-kerja berat juga menyimpan lemak apabila gula yang terhasil dari pengambilan karbohidrat akan disimpan sebagai lemak di dalam sel-sel lemak.

Jadi pengambilan makanan yang berkalori tinggi boleh menyebabkan pengumpulan lemak dalam tubuh.

Lemak adalah sumber tenaga yang banyak. Satu gram lemak menghasilkan 9kcal, berbanding dengan satu gram karbohidrat atau satu gram protein menghasilkan hanya 4 kcal.

Oleh itu untuk mengurangkan berat badan, kita harus melakukan aktiviti fizikal bagi menggalakkan pembakaran lemak. Paling kurang adalah aktiviti berjalan.

Jika kita mengambil lemak sihat, kita memperolehi kebaikan minyak itu yang bersifat antioksida kita juga memperolehi tenaga yang banyak. Jadi kita dapat elakkan pengambilan karbohidrat ringkas. Kita harus mengambil lemak sihat 25-30% dari jumlah kesleuruhan tenaga dalam makanan dalam sehari.
Jika kita mengambil karbohidrat ringkas kita hanya memperolehi tenaga dan ia mudah disimpan sebagai glycogen dan lemak jika tidak digunakan untuk pergerakan aktiviti.

Satu perkara yang kita perlu tahu bahawa minyak zaitun adalah minyak yang mempunyai rantai fatty acid atau triglyceride chain yang tidak terlalu panjang. Jadi ia dijadikan tenaga dengan cepat untuk digunakan dan tidak mudah disimpan sebagai lemak dalam tubuh.

Minyak zaitun mempunyai bilangan atom karbon sebanyak 13-20 dalam bentuk oleic, linolenic dan linoleic fatty acid. Ia masih memberikan tenaga yang segera kerana mudah dimetabolismekan. Ia termasuk dalam kategori Long Middle Chain Triglyceride. Sumber minyak ini dari tumbuh-tumbuhan.

Berbanding dengan minyak kelapa yang dikenali sebagai minyak yang Middle Chain Triglyceride (MCT) dalam bentuk lauric acid. Ia mempunyai bilangan rantai atom karbon sebanyak 6-12. Minyak jenis MCT ini memberikan juga tenaga dengan segera.

Minyak yang mempunyai rantai karbon yang melebihi dari 20 menghasilkan tenaga yang lebih lambat dan mudah disimpan sebagai lemak. Minyak begini disebut sebagai Very Long Triglyceride Chain. Sumber minyak jenis ini adalah dari haiwan.

Kebanyakan sel dalam tubuh menggunakan sama ada glukosa atau fatty acid sebagai tenaga. Terutama sel-sel jantung dan otot pula lebih menggunakan fatty acids sebagai tenaga. Sel-sel otak juga akan menggunakan fatty acid sebagai jaminan bekalan tenaga yang kedua jika mengalami kekurangan gula.

Kesimpulannya minyak zaitun menghasilkan tenaga yang segera, dan kita juga mendapat manfaat dari sebatian antioksida di dalamnya. Satu sudu minyak zaitun membekalkan 150 kcal, cukup untuk tenaga sepanjang hari.

Saya selalu mengambil sesudu minyak zaitun OLIVIE setiap pagi dan malam. Rasa lebih sihat dan bertenaga.

#oliviedrzubaidi
Sumber : Dr Zubaidi Ahmad

MUTIARA KATA UNTUK MU

1) Hidup jauh lebih indah, aman dan menyenangkan bila saling menyayangi, namun kasih sayang tak akan datang dengan diminta, kasih sayang akan datang bila kita yang memberi.

2) Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang dikehendaki. Jangan cepat mengalah!

3) Usah dituruti reaksi emosi, lantaran implikasi tak serasi dengan apa yang diimaginasikan.

4) Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, hasilnya mereka sering bersaing dan berbalahan.

5) Perhatikanlah orang yang memberikan nasihat kepadamu. Seandainya dia memulai dari sisi yang merugikan ramai orang, janganlah menerima nasihatnya dan berhati-hatilah. Akan tetapi, jika dia memulainya dari sisi keadilan dan kebaikan ramai orang, terimalah nasihatnya itu.

6) Konflik biasanya terjadi kerana saya benar dan kamu salah, berilah kesempatan hati mengatakan kita benar dan diapun boleh jadi benar, Insya Allah akan mudah cari jalan penyelesaiannya.

Sumber : Datuk Wira Maznah Hamid

LANGKAH UNTUK HATI SELALU GEMBIRA

1. Buang rasa Benci
2. Buang rasa Risau
3. Hidup biar simple
4. Kurangkan mengharap
5. Banyakkan memberi
6. Jaga Kesihatan
7. Senyum selalu
8. Dekatkan diri dengan Allah

Boleh share di sini untuk membuat
hati selalu gembira ?

Sumber: Dr Azima

Allah akan beri sesuatu pada kita bila kita layak dan patut serta mampu menerimanya pada waktu yang terbaik. Ada ketika kita layak tapi tak patut terima. ada ketika kita patut terima tapi tak layak. Ada ketika ianya lambat lagi bukan sekarang. Timing yg tepat adalah rahsia Allah.

Sebab Allah sayang kita
Allah yg buat kita
Pastinya Allah tak mahu kita rosak

So let us just keep moving forward.
Never attached ourselves to anything.
If we too much attached to people we will lost them .If we too much attached to money we will become bankcrupt.

Stay focus and positif.
Jalan terusssss …

Sumber : Raja Shamri
#jomjadiorangbaikbaik
#rajashamri2022
#drmaszleemalik

#KEADAAN_ORANG_TUA_YANG_PERLU_DIKETAHUI

Bagi mereka-mereka yang tidak ada pengalaman menghadapi orang tua yang telah tua dan nyanyuk, berikut merupakan simptom2 kebiasaan yang akan berlaku pada diri mereka yang mana keadaan ini tidak ada kena mengena dengan gangguan jin.

Bermula keadaan nyanyuk bagi mereka yang telah tua adalah seawal usia 70an dan semakin mereka bertambah umur, keadaan sikap dan perangai mereka akan diluar jangkauan/batasan. Mereka tidak lagi menjadi diri mereka yang sebelum. Kita juga akan menghadapi situasi yang sama jika ditakdirkan sampai ke usia sedemikian.

Pada keadaan umur mengjangkau 70an ke atas, keadaan2 berikut akan berlaku kepada mereka:-

1) Dia (mak/ayah) sangat sensitive , sangat senang merajuk dan cepat marah.

2) Dia sangat takut apabila bersendirian dan sentiasa memerlukan seseorang disebelahnya.

3) Dia akan banyak bercerita tentang kisah silam.

4) Dia akan mengatakan sering melihat arwah ayah/maknya yg telah meninggal di dalam rumah atau memaklumkan bahawa ramai arwah dari kerabat2nya mendatanginya.

5) Dia akan menjerit secara tiba-tiba

6) Dia akan mintak sesuatu yang tidak logik, namun usahalah untuk penuhi permintaannya semampunya.

7) Dia akan bercakap sorang-sorang dan merasakan sesuatu yang memerhatikannya.

8) Sakit anggota tubuh yang berpindah2 bahagian.

9) Bagi yang perempuan, dia akan menjadi tabiat untuk sentiasa membelek2 beg tangan.

10) Mereka perlu dijaga dan diberi perhatian seperti anak kecil.

Bersabar dan bertabahlah wahai anak syurga di dalam menghadapi situasi yang mencabar ini, kerana kesulitan yang kalian hadap itu terhidang satu peluang keampunan yang besar di sisi Tuhan. Jangan marahi mereka kerana mereka tidak lagi mampu untuk berfikir dan membuat keputusan tatkala apa yang berlaku itu mereka tidak lagi sedar. Kita juga akan menjadi spt mereka. Gunakan pedekatan sikologi utk tenangkan mereka. Rendahkan suaramu, tahan marahmu kerana kamu sedang menikmati pahala-pahala besar yang dihidangkan.

Sebuah hadith pada sanad yang baik, daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, bahawa satu hari Nabi SAW menaiki mimbar, ketika baginda menaiki anak tangga yang pertama, baginda menyebut: “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga yang kedua, baginda menyebut: “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga, baginda menyebut: “Amin”. Para sahabat bertanya: “Ya Rasullullah, kami mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali”.

Baginda menjawab: “Ketika aku menaiki anak tangga yang pertama, Jibril datang kepadaku dan berdoa:-

“Celakalah seseorang hamba yang bertemu dengan Ramadhan, tetapi keluar daripadanya dosanya tidak diampunkan.Lalu aku pun menyebut Amin.”

Kemudian Jibril berdoa: “Celakalah seseorang hamba yang memiliki ibu dan bapanya yang hidup(diusia tua) atau salah seorang daripada mereka masih hidup(di dalam keadaan tua), tetapi hal itu tidak memasukkan si anak ke dalam Syurga. Aku pun menyebut Amin.”

Kemudian Jibril berdoa lagi: “Celakalah seseorang hamba yang nama engkau (iaitu nama Rasullullah SAW) di sebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau. Aku pun menyebut Amin.” (Hadith hasan riwayat al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. hadith: 644).

Pada doa yang kedua itu, Allah telah beri rezeki pahala untuk sianak apabila diberikan orang tua yang masih hidup, namun sianak tidak ambil peluang untuk berbakti , sedang keadaan itu dapat mengampunkan dosa-dosa si anak lalu menyebabkan sianak itu tidak dapat masuk Syurga.

Sumber :
~MRJ

Tenang Di Penghujung Usia 30 an

Tenang di penghujung usia 30 an.

Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang ‘temper’ selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting.

Asyik melenting sahaja!

Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham.

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah ??. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Ipar duai.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari ?.

You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah kenderaan rosak.
Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene ‘repair’ sana sini.
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah

– ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’ ?.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!

Baik, ‘kan Allah
.
.
.
Yes. Life is simple. Do good and good will come to you.

Please share it to save more people out there.
Kita pun copy paste juga ?

Rasulullah ﷺ memiliki sifat suka menyimpan harapan yang baik.

Kalau matahari terbenam, setiap hari Nabi ﷺ berdoa:
“Ya Allah, siangmu telah pergi, malammu sudah mula tiba, berikanku keampunan dan kebaikan.” “Ya Allah, apa keadaanku yang ada di waktu pagi ini, berikan aku segala kebaikan.” Yakni munculnya pagi, Nabi ﷺ berdoa inginkan kebaikan. Datangnya malam, dengan terbenamnya matahari, Nabi ﷺ berdoa juga.

Yakni terbitnya dan terbenamnya matahari disikapi Nabi Muhammad ﷺ dengan doa kepada Allah dan harapan kebaikan سبحانه و تعالى

‎. اَللَّهُمَّ إِنَّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذاَ الْيُوْمِ، وَخَيْرَ ماَ فِيْهِ
، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذاَ الْيُوْمِ وَشَرِّ مَا فِيْهِ.

“Ya Allah aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini, dan kebaikan apa yang ada di dalamnya, dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan hari ini dan keburukan apa yang terdapat didalamnya.”

*Kalau malam, ganti dengan perkataan malam.

Yakni Subhanallah, kita ini diajar dalam agama berinteraksi dengan alam ini, hari-hari.

Mana boleh orang lupa pada Allah, kalau sikapnya bila terbit dan terbenamnya matahari – disikapi dengan doa, jadi, bila dia akan lupa Allah?

Inilah mukmin yang dikatakan dia selalu ingat kepada Allah kerana tidak melihat sesuatu dihadapannya, kecuali mengingatkan dia kepada Allah سبحانه و تعالى.

Sumber :
– disunting daripada pengajian bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid | MTDM 17012020

DIDIK DIRI

Yang pertama, bagi yang masih ada ibu, sungguh2lah utk jaga hatinya, ikhlaskan hati bila berurusan dgnnya dan jangan berkasar dengan ibu. Allah larang anak berkasar dgn ibu meskipun dgn berkata seringan “AH!”. Ingatlah sekiranya ibu kandung kita tiada , bakti untuknya tidak sama serta tidak akan mampu diganti dengan kehadiran 1000 ibu angkat. Maka kerana itu Allah meletakkan bakti kpd ibu itu diangkat sebagai amal soleh yg berpahala besar.

Yang kedua, untuk para muslimah, bersungguh2lah menjaga aurat. Aurat bukan beerti menutup rambut semata, tetapi ia adalah pakej yg termasuk menutupi bentuk badan. Hakikatnya setiap sesuatu yang bernilai dan mahal itu ia pasti akan dibalut kemas dan dibungkus dengan rapi misalnya emas, tetapi untuk barang2 yg tidak bernilai maka ia dibiarkan bersepah, dilonggok dan dijual murah. Dari tamsilan ini begitulah wanita keadaan wanita yang rapi menutup aurat mereka bernilai disisi Tuhannya.

Yang ketiga, usahalah untuk bangun tahjud kerana apabila kita mampu menundukkan nafsu kita untuk berjuang bangun di malam hari, maka kita akan mudah utk menundukkan nafsu disiang hari. Beribadahlah dgn hati yg ikhlas dan penuh mengharap.

Yang keempat, didik diri kita agar sering bersedekah kerana sedekah adalah bukti keimanan. Apa maksud bukti keimanan? Dengan bersedekah itu ia akan membuatkan diri kita tak pentingkan dunia dan tak menjadikan dunia itu berharga pada kehidupan tatkala ia mendidik diri kita agar lebih cinta kpd akhirat. Orang2 yang mampu melakukan sedekah Masyaa Allah.

Sumber : MRJ

HARTA FARAID

#HARTA_FARAID

Apabila berlaku kamatian, apa yang perlu dengan harta simati?

1) Lunaskan hutangnya.
2) Agaihkan kepada waris semada secara faraid atau persetujuan bersama untuk diberi secara sama rata selepas dibahagian secara faraid terlebih dahulu.

Tak boleh guna harta simati untuk buat majlis tahlil kerana harta itu perlu difaraidkankan terlebih dulu kemudian atas urusan perwaris secara peribadi masing-masing samada dia nak mensedekahkan atau sebagainya.

HARAM ADIK BERADIK YANG MENGGUNAKAN HARTA FARAID SECARA KEPENTINGAN PERIBADI KERANA MEMAKAN HARTA FARID ADALAH SAMA SEPERTI MEMAKAN HARTA ANAK YATIM DAN DOSA INI PASTI AKAN DIPERSOALKAN DIAKHIRAT KELAK. HABUAN DUNIA MUNGKIN LEPAS, NAMUN AWASI TUNTUTAN AKHIRAT YANG MENGERIKAN.

Justeru, harta peninggalan simati samada ia berupa wang ringgit atau emas atau tanah dan sebagainya WAJIB diserahkan kepada yang diperintahkan oleh Agama kerana harta faraid adalah harta Allah yang diperintahkan untuk diagihkan berdasarkan Nas dari Al Quran,

Surah AnNisaa’ Ayat 7.
لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ ۚ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا

Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, samada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu iaitu bahagian yang telah DIWAJIBKAN (dan ditentukan oleh Allah).

Ingatlah sekiranya ada dikalangan adik beradik yang memegang harta peninggalan arwah dan menggunakan harta itu untuk kepentingan peribadi maka ia termasuk perbuatan zalim yang mengundung musibah oleh makbulnya doa orang yang dizalimi. Hal ini juga akan menyebabkan amalannya dikhirat menjadi muflis seperti yang disebutkan oleh Nabi s.a.w di dalam riwayat hadith yang shahih.

~MRJ

KISAH SERBAN SULTAN AL FATIH YANG SANGAT BESAR

Beberapa minggu lepas saya sempat singgah di maqam Sultan Muhammad Al Fatih. Benda yang paling menarik perhatian saya adalah serban besar yang terletak di bahagian atas maqam Sultan Al Fatih ni.

Dan kalau tengok serban sebenar Sultan Muhammad Al Fatih ni memang serbannya lagi besar daripada kepala dan lagi lebar daripada muka.

Tour guide saya di Turki yang sangat pakar dengan sejarah Turki, Tuan Hazimin Sulaiman tanya saya ” cuba teka serban tu digunakan untuk apa? ”

Jawaban paling logik saya boleh fikir adalah sejadah. Tuan Hazimin kata salah.

Ah sudah. Apa lagi ni. Takkan serban dijadikan selimut pulak kan. Ok, saya mengalah.

Tuan Hazimin bagitahu saya ” Serban tu sebenarnya adalah kain kafan dia. Kain kafan itulah yang Sultan Muhammad Al Fatih duk junjung tiap masa ”

Allah. Terbeliak mata saya. Sultan yang berjaya buka kota terbesar dunia, Constantinople pada masa itu di usia 21 tahun rupa-rupanya junjung dan bawa kain kafannya setiap masa!

Betullah sabda Nabi dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW telah ditanya;

“Siapakah dikalangan mukmin yang paling bijak? Rasulullah SAW
bersabda; “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang paling baik
persediaannya untuk selepas daripada mati, mereka itulah orang-orang yang
bijak”.
(Riwayat Ibnu Majah).

Benar sekali,

Bila kita ingat mati, kita taknak dah dengki mendengki.
Bila kita ingat mati, kita taknak dah mencaci maki.
Bila kita ingat mati, fokus kita lebih tinggi.
Bila kita ingat mati, kita lebih persiapkan diri.
Bila kita ingat mati, masa jadi lebih berkualiti.
Bila kita ingat mati, kita akan spend masa dan energy kita pada benda yang lebih bererti.

Dapat sesuatu kan?

– Taufiq Razif –

Kredit : Mohd Heakal

Beberapa minggu lepas saya sempat singgah di maqam Sultan Muhammad Al Fatih. Benda yang paling menarik perhatian saya adalah serban besar yang terletak di bahagian atas maqam Sultan Al Fatih ni.

Dan kalau tengok serban sebenar Sultan Muhammad Al Fatih ni memang serbannya lagi besar daripada kepala dan lagi lebar daripada muka.

Tour guide saya di Turki yang sangat pakar dengan sejarah Turki, Tuan Hazimin Sulaiman tanya saya ” cuba teka serban tu digunakan untuk apa? ”

Jawaban paling logik saya boleh fikir adalah sejadah. Tuan Hazimin kata salah.

Ah sudah. Apa lagi ni. Takkan serban dijadikan selimut pulak kan. Ok, saya mengalah.

Tuan Hazimin bagitahu saya ” Serban tu sebenarnya adalah kain kafan dia. Kain kafan itulah yang Sultan Muhammad Al Fatih duk junjung tiap masa ”

Allah. Terbeliak mata saya. Sultan yang berjaya buka kota terbesar dunia, Constantinople pada masa itu di usia 21 tahun rupa-rupanya junjung dan bawa kain kafannya setiap masa!

Betullah sabda Nabi dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW telah ditanya;

“Siapakah dikalangan mukmin yang paling bijak? Rasulullah SAW
bersabda; “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang paling baik
persediaannya untuk selepas daripada mati, mereka itulah orang-orang yang
bijak”.
(Riwayat Ibnu Majah).

Benar sekali,

Bila kita ingat mati, kita taknak dah dengki mendengki.
Bila kita ingat mati, kita taknak dah mencaci maki.
Bila kita ingat mati, fokus kita lebih tinggi.
Bila kita ingat mati, kita lebih persiapkan diri.
Bila kita ingat mati, masa jadi lebih berkualiti.
Bila kita ingat mati, kita akan spend masa dan energy kita pada benda yang lebih bererti.

Dapat sesuatu kan?

– Taufiq Razif –

Kredit : Mohd Heakal