Kasihan, ramai sahabat2 fb saya yg PM saya mengadu masalah kesempitan kewangan. Hakikatnya ramai rakyat Malaysia yg tersepit dgn masalah kewangan dan mereka bukan suka2 nak berhutang tetapi terpaksa berhutang sebab nak survive.

2 perkara yang saya minta sangat2 sahabat2 yg bermasalah kewangan utk lakukan :-

Yang pertama JANGAN PUTUS BERISTIGHFAR setiap hari dan jadikan istighfar itu sebagai wirid @ zikir. Bacalah sekurang “Astaghfirullah Wa’atubuilaih” tanpa hitungan , tanpa batasan waktu. Bacalah sebanyak2nya.

Yang kedua, saya minta sangat2 hafal dan amal doa ini utk dibaca samada ketika sujud atau sebelom memberi salam pada setiap solat samada solat sunat atau fardhu. Doa ini pernah dibacakan oleh Nabi s.a.w kepada Anas bin Malik yg sangat papa pada ketika itu , namun lama kelamaan Anas menjadi seorang yg sangat2 kaya raya. Doa ini soheh (HR Bukhori/Muslim). Saya pun amal doa ini, walaupun tidaklah kaya raya namun mencukupi dan selesa dan Alhamdulillah ada saja rezeki yg masuk tanpa disangka2.

اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي
وَأحْسِنْ عَمَلِي وَاغْفِرْ لِي

“Allahumma ak-tsir maalii wa waladii, wa baarik lii fiimaa a’thoitanii wa ahsin ‘amalii wagh-fir lii

Ertinya :-
“Ya Allah perbanyaklah harta dan anak2ku, berkahilah kurnia yang Engkau berikan. Dan perbaguskanlah amalku serta ampunilah dosa-dosaku.”

Sumber : MRJ

Setiap hari didiklah diri untuk merasai…
Orang lain lebih baik dari diri kita.
Dunia ini hanya laluan dan kita cuma musafir.
Kesusahan dan kesempitan cuma sementara, akan datang kemudahan dan kelapangan.
Mati boleh datang tiba-tiba, istighfar dan taubatlah sentiasa.
Keampunan Allah itulah yang penting, jadi maafkan kesalahan orang lain kepada kita.
Nikmat yang diberikan Allah sudah terlalu banyak, jika masih terasa kurang itu petanda dirilah yang kurang bersyukur.
Kebanyakan kesusahan hati dan derita jiwa hanya disebabkan keinginan yang tinggi dan bujukan hawa nafsu, jadi bersederhanalah, diri akan merasa lebih tenang dan bahagia.

Lepaskan….dengan tawakal. Hadapi… dengan sabar. Genggamlah…dengan qanaah. Terimalah…dengan syukur. Hiduplah dengan… zikrullah.

Kita hamba Tuhan dan Tuhan tidak akan mengecewakan!

Sumber : Ustaz Pahrol

Kuatkan diri kita dari menulis kata-kata yang tak baik di media sosial. Jika tak setuju dengan sesuatu pandangan maka abaikan dan tak perlu maki atau burukkan peribadi seseorang.

Hakikatnya beramal itu mudah, tapi nak jaga akhlak tu amatlah berat maka kerana itu akhlak itulah yang akan lebih memberati mizan dari amal2 yang lain.

Bersabarlah dengan apa jua cubaan dan rintangan kerana diadakan segala yang tidak menyenangkan itu tujuannya utk melihat kuatnya kita bersabar kerana ukuran keimanan itu dapat diukur dengan tahap kesabaran yang jitu.

Mari rehatkan minda, dengan kita BERZIKIR PETANG.

Bagi yang belum solat maka bersegeralah. Bagi yang belum berselawat maka berselawatlah , bagi yang tak habis lagi al- kahfi, maka habiskanlah.

Semoga kita sentiasa usaha perbaiki diri dan mempertingkatkan TAQWA. Selalu ingat Allah dan jaga hubungan sesama manusia yang lain. Insyaa Allah bila kita baik semua orang sayang.

 

Sumber : MRJ 13/3/2020

~MRJ

5 TANDA ORANG BAIK DAN BIJAK

1. -Wajhu Mumbasyar-(Wajah yang senantiasa menggembirakan) : Dia memiliki penampilan diri yang menyenangkan bila dipandang, murah senyum, hangat percakapan, dan kehadirannya senantiasa dirindukan.

2. -Lisanun Na’imah-(Tutur bahasa yang indah) : Dia memiliki bahasa yang indah meskipun sederhana, mudah difahami dan tidak membuat orang tersinggung.

3. -Qolbur Rahmah- (Hati yang menyenangkan) : Hati adalah cerminan sikap peribadi seseorang. Sikap dan perilakunya memberikan rahmat bagi sekitarnya. Kehadirannya memberi manfaat, kata-kata yang terucap berfaedah buat yang mendengarnya.

4. -Shodrul Muftihah- (Lapang dada) : Jiwanya terbuka, jujur, berterus-terang, dan bertoleransi. Arif menghadapi suasana gembira dan sedih, bijaksana dalam mengambil keputusan.

5. -Yadul Muftihah- (Tangan yang senantiasa terbuka) : Dia senang membantu siapa saja, bahkan tanpa perlu diminta pun dia akan peka untuk membantu.

Sumber : Peringatan dan Ilmu

Bicara tentang ujian hidup ini ujian itu kuncinya sabar dan sabar itu ganjarannya Syurga Dia yang tak ternilai harganya. Maka sabar dan teruslah bersabar sampai suatu saat nanti kita sudah rasa biasa dengan ujian itu.

Bukan Tuhan tak tahu kau terluka, bukan juga Tuhan tak tahu terkadang kau rasa nak putus asa. Tapi ujian itu fitrah hidup walau siapapun kau.

Hadapi ujian itu seolah-olah kau menikmati cintanya Dia. Dia yang memberi ujian padamu. Insya Allah kau akan rasa tenang, redha dengan ujian yang Dia berikan.

Kau kena kuat, pinta diri untuk terus tabah berdiri di atas kaki sendiri. Pada ujian ada cinta Dia untuk hamba-Nya yang bersabar. Kelak nanti kesabaran kau Allah akan balas dengan Syurga Dia.

Saat ini jangan tinggalkan Allah, jangan tinggalkan solat 5 waktu sehari semalam. Jaga hubungan dengan Allah bukan hanya menjaga hubungan dengan manusia.

Kau tahu?

Kita jaga Allah Allah akan jaga kita. Kita jaga hubungan kita dengan Allah maka Allah akan menjaga hubungan kita dengan manusia.

Demi Allah, terus kuat okay

Sumber :
— The Muhammad Shafri

HIDUP TANPA STRESS

1. Usah sakit hati tengok orang lain senang. Kita pun boleh berusaha untuk jadi senang juga. Allah swt beri rezeki kepada semua orang.

2. Usah cemburu dengan rezeki orang lain. Itu rezeki dia. Kita cari rezeki kita.

3. Usah berlawan dengan orang lain. Biarlah orang lain dengan kelajuan mereka sendiri. Kita bergerak dalam orbit kita sendiri. Apa yang penting, pastikan kita sentiasa bergerak ke hadapan.

4. Usah jatuhkan orang lain. Sekiranya kita nak naik lebih tinggi dari dia, berusaha lebih gigih — bukan dengan tarik dia turun.

5. Usah meratap nasib. Usah cepat putus semangat. Ada 1001 cara untuk kita cari rezeki tanpa kacau orang lain.

 

Sumber : Norizan Yunus

ELAKKAN PENGAMBILAN GULA PUTIH
.
Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
.
Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.
Bagi pengambilan gula yang berlebihan, ia akan menyebabkan kesan negatif kepada manusia. Dengan peningkatan mendadak masalah obesiti dan penyakit kronik yang berbahaya, sudah tentu kita lebih berjaga-jaga dengan pengambilan gula putih.
.
Dalam kajian yang terbaru menunjukkan bahawa gula putih memberikan kesan ketagihan dan pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh dengan berkekalan.
.
Dalam kajian yang lain pula menunjukkan “untuk pulih dari ketagihan” dan kesan kerosakan akibat pengambilan gula berlebihan, mengambil masa sekurang-kurangnya empat bulan.
.
Apa kesan positif yang akan dirasakan apabila kita berhenti mengambil gula putih?
.
1. MENINGKATKAN TENAGA

Ramai yang beranggapan apabila kita letih dan tidak bertenaga, jika perlu minuman manis.
Pengambilan gula secara berterusan akan menyebabkan tubuh tidak dapat menstabilkan tahap gula dalam tubuh. Tahap tenaga akan menjadi turun dan naik.
Bila kita berhenti mengambil gula putih, tubuh akan mendapatkan bekalan tenaga yang lebih stabil.
.
2. PENURUNAN BERAT BADAN

Pengambilan gula putih yg berlebihan akan disimpan sebagai lemak di lapisan kulit dan sekitar organ utama seperti jantung dan hati. Ini menyebabkan kegemukan.
.
3. TIDUR YANG BERKUALITI

Tahap gula yang tinggi akan menyebabkan tubuh dirangsang untuk menghadilkan tenaga. Ini menyebabkan tubuh tidak dapat berehat dan tidur dengan baik walaupun setelah dalam mode tidur.
.
4. MENINGKATKAN SISTEM DAYA TAHAN

Kita memerlukan sistem daya tahan yang kuat untuk melawan kuman setiap hari. Peningkatan gula dalam tubuh menyebabkan keradangan dan ini menyebabkan sistem daya tahan menjadi lemah.
.
5. KULIT YANG CANTIK

Tahap gula yang tinggi merosakkan kolagen dalam kulit dan menyebabkan kulit tidak tegang dan berkedut.
.
6. EMOSI YANG LEBIH STABIL

Pengambilan makanan manis mungkin mengurangkan tekanan yang dirasai. Namun pengambilan gula secara berlebihan menyebabkan kemurungan, keresahan dan rasa keseorangan.

Kajian menunjukkan bahawa mengurangkan pengambilan gula putih dapat merendahkan risiko kemurungan dan schizophrenia.
.
7. KELIHATAN LEBIH MUDA

Mereka yang kurang mengambil gula putih akan kelihatan lebih muda berbanding dengan rakan sebaya.
.
8. MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG

Mereka yang mengambil makanan dan minuman yg mempunyai indek glisemik yang tinggi dikaitkan dengan masalah sakit jantung.
.
9. MELINDUNGI KERADANGAN DALAM ORGAN HATI

Pengambilan guka putih secara berlebihan adalah sama kesannya dengan mengambil minuman beralkohol. Dengan mengurangkan pengambilan gula, ia akan mengurangkan keradangan pada sel-sel hati dan menjadikan organ hati berfungsi dengan lebih baik.
.
10. MENGELAKKAN RISIKO MENDAPAT BATU KARANG DALAM GINJAL

Pengambilan gula berlebihan dalam minuman meningkat risiko mendapat batu ginjal dalam ginjal sebanyak 25%.
Secara amnya dengan mengurangkan pengambilan gula putih dalam makanan dan minuman akan menyebabkan tubuh akan berfungsi dengan lebih baik. Kita bukan berasa sihat, tetapi lebih bertenaga.
.

Sumber : Dr Zubaidi Ahmad
#HealthDrZubaidi

Apa yang sudah ditakdirkan untukmu, pasti akan datang. Apa yang bukan untukmu, pasti tidak akan datang padamu.

Maka oleh itu…sibukkanlah dirimu dengan Tuhanmu. Janganlah kamu menyibukkan dirimu dengan apa yang tidak ditakdirkan untukmu.

Sumber : Ustaz Ahmad Nasir

Di antara Soleh dan Musleh

Semalam saya diingatkan berkenaan pentingnya ada orang yang bukan sahaja fokus untuk menjadi orang baik tetapi terlibat di dalam memperbaiki masyrakat.

Selepas perbincangan tersebut, saya menerima nota ringkas ini:

———————————————————————

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِیُهۡلِكَ ٱلۡقُرَىٰ بِظُلۡمࣲ وَأَهۡلُهَا مُصۡلِحُونَ

Dan Tuhanmu tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, selama penduduknya Muslehun (orang-orang yang suka berbuat kebaikan. (Hud/11 : 117)

1. Ada perbezaan antara ( ٌصَالِح ) : Soleh dan ( ٌمُصْلِح ) : Musleh. Soleh : Orang baik untuk dirinya sendiri, sedangkan Musleh selain memperbaiki dirinya juga berusaha memperbaiki orang lain. Untuk menjadi orang Soleh lebih mudah, tetapi sukar untuk menjadi Musleh. Oleh itu, mari kita sama-sama berazam untuk menjadi insan-insan yang Muslehun.

2. Walaupun baik menjadi orang Soleh, tetapi lebih baik lagi jika berusaha menjadi Musleh. Orang Soleh biasanya disanjung dan dipuji, tetapi Musleh biasanya dimaki dan dicaci. Contoh mudah : Nabi Muhammad SAW dipuji sejak kecil lagi karena baik budi pekertinya sehingga dipanggil dengan “Muhammad Al-Amin” tetapi begitu Baginda diangkat menjadi Rasul Utusan Allah, Baginda mula dicaci dan dibenci karena Baginda cuba memperbaiki umat dari syirik, rasywah, zina dan lain-lain.

3. Musleh dapat menjadi penyebab Negara mendapat Redha Allah dan terselamat daripada bencana. Itulah rahasianya dalam ayat di atas Allah SWT menyebut “Selama penduduknya Muslehun”, dan Allah tidak menyebut “Solehun”. Itu sebabnya sungguh tepat kata-kata mutiara dari Ahli Hikmah : Satu orang Musleh adalah lebih baik daripada seribu orang Soleh.

———————————————————————

Pada pagi ini elok juga kita merenung kita ni termasuk di dalam golongan mana? Di dalam organisasi pun perlu ada ramai orang yang bersifat Musleh ini. Barulah organisasi menjadi teguh dan berprestasi tinggi serta mencapai matlamatnya.

Kalau mahu masyarakat dan negara selamat kena jadi Muslehun lah.

Tapi kena guna kayu ujur yang tepat (bukan berdasarkan nafsu sahaja) dan bersedia untuk buat kerja yang berat.

والله أعلم

Sumber : Nik Hasyudeen

Sekiranya kita dipihak yang benar sekalipun lalu apabila ada pihak lain menuduh kita dengan tomahan-tomahan yang tidak berasas maka tinggalkan perdebatan. Diam itu adalah hikmah. Dengan meninggalkan perdebatan itu, Allah SWT akan binakan sebuah rumah yang indah di dalam Syurga.

Demikianlah seperti yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w di dalam sebuah hadith di dalam jaluran sanad yang baik.

Kata Nabi s.a.w,
أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا، وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ

“Aku menjamin rumah di Syurga di tepian, bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun ia benar dan rumah di tengah Syurga bagi orang yang meninggalkan pendustaan, sekalipun dusta itu untuk tujuan bergurau; serta rumah di Syurga bahagian atas bagi orang yang baik akhlaknya (HR. Abu Dawud, dihasankan oleh Imam Al- Albani).

3 perkara yang kita jaga sebaiknya, maka Allah akan binakan sebuah rumah indah di Syurga dibahagian bawah(tepian), tengah dan atas iaitu orang yg meninggalkan perdebatan(persengketaan), meninggalkan dusta dan menjaga akhlak.

Sumber : MRJ

UTM Open Day