Ramadhan yang mulia sedikit demi sedikit orang yang baik-baik Allah panggil pulang kembali kepada Dia.

Ramai orang kata,

“Kematian yang di cemburui….”

Tapi,

Kita yang masih hidup ini kadang-kadang masih lagi merasa selesa hidup dalam suasana jauh dari Agama Allah. Rasa tak bersalah tinggal solat walaupun waktu itu kita tengah berpuasa. Masih lagi merasa tenang walaupun hidup jauh dari Allah.

Kadang-kadang saya terfikir sampai bila perjalanan hidup kita di dunia ini akan berakhir? Dan mampukah amalan kita melepasi tiap soalan demi soalan. Perhitungan demi perhitungan selepas kita dah mati nanti?

Saya yakin kita tidak ada jawapan untuk soalan itu. Tapi kita lebih mengetahui amal atau kebaikan apa yang telah kita lakukan masa hidup kita di dunia untuk kita bawah bersama saat di panggil pulang oleh Allah nanti.

Kalau bukan hari ini kita di panggil pulang oleh Allah mungkin esok. Kalau bukan esok mungkin lusa. Kalau bukan lusa mungkin bulan depan tahun depan. Yang pasti kita juga akan kembali kepada Allah.

Saat ini masa yang ada ini perbaiki lah hubungan kita dengan Allah. Jaga solat dan jangan pernah tinggal solat walaupun hanya 1 waktu. Kerana menjaga solat itu adalah tanda kita benar-benar mencintai Allah.

Sampai bila kita nak hidup jauh dari Allah? Sampai bila kita nak meninggalkan solat tanpa rasa bersalah dalam diri? Sampai bila kita nak hidup jauh daripada Agama Allah?

Hidup ini terlalu singkat untuk kita meninggalkan agama Allah demi mengejar dunia yang bersifat sementara.

Percaya lah.

Sselagi kita masih di beri kesempatan untuk bernafas selama itulah peluang untuk kita kembali kepada Allah itu terbuka luas.

Walaupun dosa kita mengunung tinggi. Kita pernah melampaui batas terhadap diri kita sendiri. Tapi kalau kita ikhlas nak kembali kepada Allah. Allah akan sambut hijrah kita dengan penuh kasih sayang.

Dalam hidup tiada pintu yang lebih indah melainkan pintu taubat dari kita pendosa yang ingin kembali kepada Allah.

Sudahlah tu mengejar dunia. Sudah sampai masanya kita kembali kepada Allah.

Sudah sampai masanya ๐Ÿ™‚

Silakan kalian tekan SHARE tulisan ini kepada semua andai bermanfaat. Tag adik-beradik dan kawan-kawan kalian. Dan andai sudi jemputlah join channel telegram saya ini http://telegram.me/themuhammadshafri

Jangan lupa follow Instagram saya sekali ya. Hanya Allah mampu membalas segalanya. My Ig : themuhammadshafri

#TheMuhammadShafri
Facebook

Bila Diri Dihina

BILA DIRI DIHINA

DIAM dan SABAR

Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang “bertanduk dua” yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa tu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah:

1. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah..

2. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku)

3. Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.

4. Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (Sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.

5. HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.

6. Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.

Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.

Sumber : Islamic Articel

BERSEDEKAHLAH : ALLAH PASTI AKAN GANTI SEMULA DENGAN LEBIH BAIK!

Saya baiki satu laptop. Milik seorang wanita.

Saya ambil laptopnya di stesen LRT yang berdekatan dengan rumahnya.

Saya tunggu dah 20 minit, tapi dia belum sampai. Penat juga berdiri ni tapi takpelah. Mungkin dia ada hal. Sangka baik dulu.

“Ustaz!”

Saya pandang seorang wanita, kiri kanan ada anak dan seorang bayi kecil di pegangan. Beg sandang dibelakang. Itulah laptopnya mungkin.

“Maaf ustaz. Rumah saya tingkat 10. Lif rosak. Bawa anak-anak ni”

Termengah-mengah dia. Allahu. Kesian rasa.

“Oh. Puan kalau bagitahu saya tadi, takpe. Biar saya je yang naik. Kesian puan dan anak-anak ni”

Alhamdulilah. Siap, saya terus bawa ke kedai dan baiki. Dah baiki, saya terus hantar. Selang sehari, puan ni whatsapp lagi.

“Maaf ustaz. Laptop ni rosak balik lah. Maaf sangat susahkan ustaz”

Saya pun ambil balik dan baiki. Dan, benar. On banyak kali, padam balik. On balik, padam balik. Saya pun whatsapp semula pada dia.

“Oh yeke? Takpelah ustaz. Saya faham”

Saya pun hantar laptop ni ke rumah dia. Sampai je depan pintu, puan tadi keluar dengan matanya yang merah. Teresak-esak baru lepas nangis.

“Saya baru nak mula bisnes ustaz. Ustaz tengoklah rumah saya ni. Anak-anak yang ramai ni. Suami saya kerja tapi tak dapat tampung. Harap dapat buat busines online. Laptop ni kawan pinjam. Pastu dia pulangkan rosak. Dia tak nak tanggungjawab”

Allahu. Sedih rasanya. Saya tarik nafas yang dalam. Kebetulan saya bawa satu laptop secondhand untuk dijual.

“Takpe. Begini puan. Saya ambil laptop puan yang rosak ni buat sparepart. Saya bagi satu laptop secondhand pada puan. Boleh?”

“Yeke? Betul ni ustaz?”

Gembira nampaknya.

“Adik! Mak dapat laptop ni. Nanti boleh mak belikan adik baju baru ya”

Dan, saya pulang membawa satu laptop rosak. Dan saya beri satu laptop pula pada wanita tersebut.

Saya duduk. Saya pegang janji Allah. Hiburkan orang ni penat. Nampak dimata rugi, namun moga di pandangan Allah, semuanya adalah demi redhaNya.

“Sungguh, memberi tak pernah mengurangkan apa yang kita bagi”

Esoknya, ada orang call. Urgent perlukan laptop. Sebab laptop asal hilang didalam stor. Jadi, pegawai kewangan nak periksa stok barang.

“Saya nak segera kalau ustaz ada. Tak kisah. Ok ke tak, janji model laptop ni ada!”

“Oh. Model apa ya tuan?”

“HP E4220”

Allah! Teringat terus laptop puan yang rosak tu. Rasanya itulah modelnya.

Saya terus berlari dan buka beg. Saya periksa nombor modelnya.

“Ada tuan. Cuma motherboard dia problem”

“Takpe. Cantik! Saya beli sekarang. Bagi no akaun sekarang. RM700 boleh? Ni je bajet yang ada!”

Saya hampir menangis di hujung talian.

Allah ganti balik dengan laptop yang saya bagi. Nilainya malah Allah tambah lagi.

“Sesungguhnya Aku, kata Allah, adalah sepertimana sangkaan hambaku kepadaKu”

Dunia ini milik Allah.

Rezeki itu juga milik Allah.

Allah pasti beri. Allah pasti bagi.

Asalkan syaratnya kita penuhi. Kita jalani. Kita harungi.

Kerna, harga percaya pada Tuhan lebih mahal dari segunung emas.

#sweeterapi

Abu Hurairah Asifa

SAKIT

SAKIT

Apa itu SAKIT?

Sakit itu Zikrullah. Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya. Sakit itu juga Istighfar. Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

Sakit itu Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

Sakit itu ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

Sakit itu Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jenguk akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

Paling indah, sakit itu gugur dosa. Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian. Dengan sakit itu Mustajabnya doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya.

Sakit itu menyusahkan Syaitan. Di ajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah s.a.w dan penghuni langit. Sakit juga meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahiyat juga jadi lebih lama.

Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi akan jadi santun, lembut dan tawaduk. Dan yang pasti dengan sakit mengingatkan kita akan mati, membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Sakit itu tingkatan darjat. Apa saja jenis sakit termasuk stress, tekanan fikiran hatta tercucuk duri sekecil apa pun akan menjadi asbab seseorang ditingkatkan darjatnya disisi Allah.

Aku telah melalui semua hikmahnya itu. Sungguh indah di setiap ujian sakit itu. Kesemua hikmah ini akan diperolehi hakikatnya apabila sakit itu diterima dengan hati yang sabar dan redha. Maka, bersabarlah……

 

Sumber: Ustaz Ahmad Nasir, 11/5/2019

Wahai Diri

WAHAI DIRI……

Janganlah bebankan dirimu dengan “kerisauan tentang dunia” kerana urusan dunia milik Allah.

Janganlah bebankan dirimu dengan “kerisauan tentang rezeki” kerana rezeki datang dari Allah.

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang “masa depan mu” kerana masa depan itu di Tangan Allah.

Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana engkau membuat Allah redha kerana sekiranya engkau membuat Allah redha, Dia akan redha padamu.

Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu.

Sumber : Ustaz Muhammad Rizal

HEBAT

๏ทฝ
ISNIN
06hb. Mei/01 RAMADAN 1440H

HEBAT

“Hebat mana pun kita, jangan cakap besar dan jangan hina serta rendahkan orang lain kerana kalau Allah nak jatuhkan kita sekelip mata sahaja”

#MarhabanYaRamadhan
#ramadankareem

Sumber : Kelab Generasi Dinamik, 6 Mei 2019, 1 Ramadhan 1440 H

Jika harapan diletakkan selain pada Allah, percayalah, kita akan kecewa.

Jika dilakukan sesuatu masih mengharap manusia lain melihat dan memuji, percayalah, kita takkan dapat istiqamah.

Jika ditimpa satu musibah, kita mengharap simpati manusia, percayalah, kita akan putus asa.

Jika pengorbanan kita tidak dinilai, masih dipandang serong oleh teman-teman rapat kita sendiri, muhasabahlah diri, bersihkan hati dan kosongkan ia dari kebergantungan pada makhluk.

Ketika itu, percayalah, jiwamu akan beroleh ketenangan…redha lagi diredhai.

Sumber: Ustaz Ahmad Nasir

3 May 2016

 

MENCARI BAHAGIA MELALUI SABAR

Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan tenang dan hati kita akan rasa bahagia. Kita yakin apa yang berlaku adalah ujian dan Allah swt mengetahui apa yang terbaik untuk kita Kebahagian kita boleh perolehi apabila kita bersabar dan menghadapan berbagai masalah dalam kehidupan.

Hakikat ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w.

ุนุฌุจุง ู„ุฃู…ุฑ ุงู„ู…ุคู…ู† ุฅู† ุฃู…ุฑู‡ ูƒู„ู‡ ุฎูŠุฑ ุฅู† ุฃุตุงุจุชู‡ ุณุฑุงุก ุดูƒุฑ ููƒุงู† ุฎูŠุฑุง ู„ู‡ ูˆุฅู† ุฃุตุงุจุชู‡ ุถุฑุงุก ุตุจุฑ ูˆูƒุงู† ุฎูŠุฑุง ู„ู‡ ูˆู„ูŠุณ ุฐู„ูƒ ู„ุฃุญุฏ ุฅู„ุง ู„ู„ู…ุคู…ู†.

Maksudnya; Sungguh menghairankan urusan orang beriman, Semua urusanya baik, apabila mendapat nikmat kesenengan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman.

Sabar adalah sifat mahmudah yang amat penting dalam kehidupan manusia. Sabar membawa kepada kebahagian, sabar akan membawa kepada ketenangan dan sabar membawa redha Allah s.w.t. Apabila seseorang mencapai redha Allah s.w.t maka itulah hakikat kebahagian yang hakiki.

Sifat sabar banyak mempengaruhi kehidupan manusia yang membawa kepada kebaikan sebaliknya orang yang tidak mempunyai sifat sabar akan melakukan perkara-perkara yang boleh memudharatkan dan menyusahkan orang lain. Apabila kita mampu mengawal hati kita dan sematkan sifat sabar didalamnya insyaallah ketenangan dan kebahagian dapat kita rasai.

Banyak tempat Allah s.w.t menyebutkan sifat sabar dalam al-Quran antaranya ialah;
Firman Allah swt;

ูˆูŽู„ูŽู†ูŽุจู’ู„ููˆูŽู†ูŽู‘ูƒูู…ู’ ุจูุดูŽูŠู’ุกู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽูˆู’ูู ูˆูŽุงู„ู’ุฌููˆุนู ูˆูŽู†ูŽู‚ู’ุตู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽู…ู’ูˆูŽุงู„ู ูˆูŽุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ููุณู ูˆูŽุงู„ุซูŽู‘ู…ูŽุฑูŽุงุชู ูˆูŽุจูŽุดูู‘ุฑู ุงู„ุตูŽู‘ุงุจูุฑููŠู†ูŽ

Maksudnya; Dan kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(al-Baqarah:155).

ูŠูŽุง ุฃูŽูŠูู‘ู‡ูŽุง ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ุงุตู’ุจูุฑููˆุง ูˆูŽุตูŽุงุจูุฑููˆุง ูˆูŽุฑูŽุงุจูุทููˆุง ูˆูŽุงุชูŽู‘ู‚ููˆุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ู„ูŽุนูŽู„ูŽู‘ูƒูู…ู’ ุชููู’ู„ูุญููˆู†ูŽ

Maksudnya; Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.: Dan Allah sayng kepada orang-orang yang sabar.( Ali Imran :200)

ุฅูู†ูŽู‘ู…ูŽุง ูŠููˆูŽููŽู‘ู‰ ุงู„ุตูŽู‘ุงุจูุฑููˆู†ูŽ ุฃูŽุฌู’ุฑูŽู‡ูู…ู’ ุจูุบูŽูŠู’ุฑู ุญูุณูŽุงุจู

Maksudnya; Sesungguhnya Hanya orang-orang yang Bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.(al-Zumar:10)

Sabda Rasulullah s.a.w.

ูˆุงุนู„ู… ุฃู† ุงู„ู†ุตุฑ ู…ุน ุงู„ุตุจุฑ

Maksudnya; Dan ketahuilah sesungguhnya kemenangan dan kejayaan itu bersama orang yang sabar.

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t berkata;

ุฅุฐุง ุงุจุชู„ูŠุช ุนุจุฏูŠ ุจุญุจูŠุจุชูŠู‡ ุซู… ุตุจุฑ ุนูˆุถุชู‡ ู…ู†ู‡ู…ุง ุงู„ุฌู†ุฉ

Maksudnya; Apabila Aku menguji hambaku dengan kehilangan dua orang yang disayangi lalu ia bersabar nescaya aku gantikan keduanya dengan syurga.

Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:

1โƒฃ Bersabar dalam mengerjakan segala perintah Allah
2โƒฃ Bersabar dalam meninggalkan segala larangan Allah
3โƒฃBersabar dalam menghadapi ujian kesusahan dan kepayahan.

Sifat sabar itu dipuji pada syaraโ€˜ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.

Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Dengan sikap dan perasaan seperti ini seseorang dengan sifat sabar akan merasa tenang dan bahagia seterusnya kehidupnnya dalam keadaan yang bahagia walaupun apa yang di hajati tidak kesampaian atau kehilangan sesuatu yang disayangi.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Sumber: Bahagian Dakwah, Jakim 2017

MARAHKAN KUCING YANG BERAK KENCING MERATA

Pada suatu pagi ketika nak keluar rumah(dulunya di Sg Petani),terdengar bunyi riuh di rumah jiran.Suara jiran marah marah diikuti bunyi kucing yg kesakitan di tangkap dan dipukul dimasuk dlm guni utk dibuang .Saya menjengok dan bertanya hal..jiran saya bersungut,”Kucing ini aku kutip di market ketika masih kecik dan kebuluran ,aku beri makan dan tempat tinggal.Dia sihat dan membesar, cantik tubuhnya.tetapi dia berak dan kencing merata tempat.Itulah aku godam dan nak lempaq semula ke market.”

Saya cuma tersengeh kepadanya,dan menyampok,”Ini ibarat yg Allah nak tunjuk kpd kita,kita dilahirkan tanpa apa-apa,Allah memberi rezeki,perlindungan, kesihatan, akal fikiran,harta dan kemewahan,tetapi akhirnya apa yg kita balas kepadaNya.Kita tinggalkan suruhannya,kita lakukan apa yg ditegahnya tetapi Allah tetap memberi kita rezeki yg melimpah ruah,makanan,kenikmatan walaupuin kita derhaka dan engkar kpdNya.Dia masih tidak memukul dan membuang kita seperti mana kita lakukan kpd kucing yg berak kencing merata.”Jiran saya terus naik angin,”Hang nak bela kucing ni,hang ambik.”Dia menghilang ke dlm rumah.

  1. Setiap peristiwa yg berlaku kpd kita,perlu ditafsir,difikir kerana itu kaedah Allah menegur dan mengajarkan sprt dlm quran disebut ‘sebagai peringatan kpd mereka yg mahu berfikir”.
    Jika anda bela kucing dan berkelakuan seperti ini,muhasabahlah diri,Allah memberi peringatan kpd kita,dg kiasan pada binatang kesayangan.Pejamkan mata,berapa keingkaran kpd Allah telah kita lakukan hari ini,minggu lepas,bulan lepas,tahun lepas?Berapa banyak pula yg Allah telah beri kenikmatan kpd kita.Ada Allah telah hukum kita.Allah tetap memberi tangguh.Jangan pukul kucing,jangan maki hamunnya,kerana perbuatan kita mungkin sama dg memaki hamun ciptaan Allah.

Sumber:ย ABD GHANI HARON

ADA-BERI-DAPAT

Orang yang hebat akan memilih pemikiran yang menguatkannya, tetapi orang yang lemah akan memilih pemikiran yang menjatuhkan semangat dan keyakinannya. Yakinlah dengan konsep pemikiran โ€˜Reset Mindaโ€™, iaitu โ€˜ADA โ€“ BERI โ€“ DAPATโ€. Konsep pemikiran ini merumuskan bahawa, kita hanya dapat apa yang kita fikir, rasa dan buat.
Kalau kita mendapat sesuatu peristiwa atau perkara yang tidak elok, maka hal ini bermakna kita telah melakukan sesuatu perkara yang tidak elok kepada orang lain. Dengan cara ini kita tidak akan mudah menyalahkan orang atau menyalahkan Allah yang telah menetapkan takdir hidup kita. Tetapi, kita melihat kelemahan diri sendiri dan mencari kesilapan diri, serta berfikir mengapa Allah mengizinkan perkara yang tidak elok atau negatif itu berlaku kepada kita?
Jika kita melakukan perkara yang negatif kepada orang sekeliling kita, maka kita akan mendapat hasil kehidupan (4K = Ketenangan, Kebahagiaan, Kesihatan dan Kekayaan) yang negatif. Kita menjadi tidak tenang, tidak bahagia, dan mulalah kesihatan kita akan terganggu. Apabila kita tidak sihat, kewangan kita mulalah tergugat kerana banyak wang diperlukan untuk merawat sakit kita, atau kita tidak boleh bekerja lagi untuk menambahkan kekayaan kita, kerana kesihatan kita tidak mengizinkan kita bekerja seperti biasa. Oleh sebab itu, untuk mendapat hasil kehidupan yang positif, pilihlah pemikiran yang menguatkan kita dan ubah cara kita memandang sesuatu kejadian yang berlaku dalam hidup kita.

Sumber : Prof. Dr Muhaya