BERSEDEKAHLAH : ALLAH PASTI AKAN GANTI SEMULA DENGAN LEBIH BAIK!

Saya baiki satu laptop. Milik seorang wanita.

Saya ambil laptopnya di stesen LRT yang berdekatan dengan rumahnya.

Saya tunggu dah 20 minit, tapi dia belum sampai. Penat juga berdiri ni tapi takpelah. Mungkin dia ada hal. Sangka baik dulu.

“Ustaz!”

Saya pandang seorang wanita, kiri kanan ada anak dan seorang bayi kecil di pegangan. Beg sandang dibelakang. Itulah laptopnya mungkin.

“Maaf ustaz. Rumah saya tingkat 10. Lif rosak. Bawa anak-anak ni”

Termengah-mengah dia. Allahu. Kesian rasa.

“Oh. Puan kalau bagitahu saya tadi, takpe. Biar saya je yang naik. Kesian puan dan anak-anak ni”

Alhamdulilah. Siap, saya terus bawa ke kedai dan baiki. Dah baiki, saya terus hantar. Selang sehari, puan ni whatsapp lagi.

“Maaf ustaz. Laptop ni rosak balik lah. Maaf sangat susahkan ustaz”

Saya pun ambil balik dan baiki. Dan, benar. On banyak kali, padam balik. On balik, padam balik. Saya pun whatsapp semula pada dia.

“Oh yeke? Takpelah ustaz. Saya faham”

Saya pun hantar laptop ni ke rumah dia. Sampai je depan pintu, puan tadi keluar dengan matanya yang merah. Teresak-esak baru lepas nangis.

“Saya baru nak mula bisnes ustaz. Ustaz tengoklah rumah saya ni. Anak-anak yang ramai ni. Suami saya kerja tapi tak dapat tampung. Harap dapat buat busines online. Laptop ni kawan pinjam. Pastu dia pulangkan rosak. Dia tak nak tanggungjawab”

Allahu. Sedih rasanya. Saya tarik nafas yang dalam. Kebetulan saya bawa satu laptop secondhand untuk dijual.

“Takpe. Begini puan. Saya ambil laptop puan yang rosak ni buat sparepart. Saya bagi satu laptop secondhand pada puan. Boleh?”

“Yeke? Betul ni ustaz?”

Gembira nampaknya.

“Adik! Mak dapat laptop ni. Nanti boleh mak belikan adik baju baru ya”

Dan, saya pulang membawa satu laptop rosak. Dan saya beri satu laptop pula pada wanita tersebut.

Saya duduk. Saya pegang janji Allah. Hiburkan orang ni penat. Nampak dimata rugi, namun moga di pandangan Allah, semuanya adalah demi redhaNya.

“Sungguh, memberi tak pernah mengurangkan apa yang kita bagi”

Esoknya, ada orang call. Urgent perlukan laptop. Sebab laptop asal hilang didalam stor. Jadi, pegawai kewangan nak periksa stok barang.

“Saya nak segera kalau ustaz ada. Tak kisah. Ok ke tak, janji model laptop ni ada!”

“Oh. Model apa ya tuan?”

“HP E4220”

Allah! Teringat terus laptop puan yang rosak tu. Rasanya itulah modelnya.

Saya terus berlari dan buka beg. Saya periksa nombor modelnya.

“Ada tuan. Cuma motherboard dia problem”

“Takpe. Cantik! Saya beli sekarang. Bagi no akaun sekarang. RM700 boleh? Ni je bajet yang ada!”

Saya hampir menangis di hujung talian.

Allah ganti balik dengan laptop yang saya bagi. Nilainya malah Allah tambah lagi.

“Sesungguhnya Aku, kata Allah, adalah sepertimana sangkaan hambaku kepadaKu”

Dunia ini milik Allah.

Rezeki itu juga milik Allah.

Allah pasti beri. Allah pasti bagi.

Asalkan syaratnya kita penuhi. Kita jalani. Kita harungi.

Kerna, harga percaya pada Tuhan lebih mahal dari segunung emas.

#sweeterapi

Abu Hurairah Asifa

SAKIT

SAKIT

Apa itu SAKIT?

Sakit itu Zikrullah. Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya. Sakit itu juga Istighfar. Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

Sakit itu Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

Sakit itu ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

Sakit itu Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jenguk akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

Paling indah, sakit itu gugur dosa. Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian. Dengan sakit itu Mustajabnya doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya.

Sakit itu menyusahkan Syaitan. Di ajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah s.a.w dan penghuni langit. Sakit juga meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahiyat juga jadi lebih lama.

Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi akan jadi santun, lembut dan tawaduk. Dan yang pasti dengan sakit mengingatkan kita akan mati, membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Sakit itu tingkatan darjat. Apa saja jenis sakit termasuk stress, tekanan fikiran hatta tercucuk duri sekecil apa pun akan menjadi asbab seseorang ditingkatkan darjatnya disisi Allah.

Aku telah melalui semua hikmahnya itu. Sungguh indah di setiap ujian sakit itu. Kesemua hikmah ini akan diperolehi hakikatnya apabila sakit itu diterima dengan hati yang sabar dan redha. Maka, bersabarlah……

 

Sumber: Ustaz Ahmad Nasir, 11/5/2019

Wahai Diri

WAHAI DIRI……

Janganlah bebankan dirimu dengan “kerisauan tentang dunia” kerana urusan dunia milik Allah.

Janganlah bebankan dirimu dengan “kerisauan tentang rezeki” kerana rezeki datang dari Allah.

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang “masa depan mu” kerana masa depan itu di Tangan Allah.

Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana engkau membuat Allah redha kerana sekiranya engkau membuat Allah redha, Dia akan redha padamu.

Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu.

Sumber : Ustaz Muhammad Rizal

HEBAT


ISNIN
06hb. Mei/01 RAMADAN 1440H

HEBAT

“Hebat mana pun kita, jangan cakap besar dan jangan hina serta rendahkan orang lain kerana kalau Allah nak jatuhkan kita sekelip mata sahaja”

#MarhabanYaRamadhan
#ramadankareem

Sumber : Kelab Generasi Dinamik, 6 Mei 2019, 1 Ramadhan 1440 H

Jika harapan diletakkan selain pada Allah, percayalah, kita akan kecewa.

Jika dilakukan sesuatu masih mengharap manusia lain melihat dan memuji, percayalah, kita takkan dapat istiqamah.

Jika ditimpa satu musibah, kita mengharap simpati manusia, percayalah, kita akan putus asa.

Jika pengorbanan kita tidak dinilai, masih dipandang serong oleh teman-teman rapat kita sendiri, muhasabahlah diri, bersihkan hati dan kosongkan ia dari kebergantungan pada makhluk.

Ketika itu, percayalah, jiwamu akan beroleh ketenangan…redha lagi diredhai.

Sumber: Ustaz Ahmad Nasir

3 May 2016

 

MENCARI BAHAGIA MELALUI SABAR

Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan tenang dan hati kita akan rasa bahagia. Kita yakin apa yang berlaku adalah ujian dan Allah swt mengetahui apa yang terbaik untuk kita Kebahagian kita boleh perolehi apabila kita bersabar dan menghadapan berbagai masalah dalam kehidupan.

Hakikat ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w.

عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر وكان خيرا له وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن.

Maksudnya; Sungguh menghairankan urusan orang beriman, Semua urusanya baik, apabila mendapat nikmat kesenengan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman.

Sabar adalah sifat mahmudah yang amat penting dalam kehidupan manusia. Sabar membawa kepada kebahagian, sabar akan membawa kepada ketenangan dan sabar membawa redha Allah s.w.t. Apabila seseorang mencapai redha Allah s.w.t maka itulah hakikat kebahagian yang hakiki.

Sifat sabar banyak mempengaruhi kehidupan manusia yang membawa kepada kebaikan sebaliknya orang yang tidak mempunyai sifat sabar akan melakukan perkara-perkara yang boleh memudharatkan dan menyusahkan orang lain. Apabila kita mampu mengawal hati kita dan sematkan sifat sabar didalamnya insyaallah ketenangan dan kebahagian dapat kita rasai.

Banyak tempat Allah s.w.t menyebutkan sifat sabar dalam al-Quran antaranya ialah;
Firman Allah swt;

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Maksudnya; Dan kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(al-Baqarah:155).

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya; Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.: Dan Allah sayng kepada orang-orang yang sabar.( Ali Imran :200)

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Maksudnya; Sesungguhnya Hanya orang-orang yang Bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.(al-Zumar:10)

Sabda Rasulullah s.a.w.

واعلم أن النصر مع الصبر

Maksudnya; Dan ketahuilah sesungguhnya kemenangan dan kejayaan itu bersama orang yang sabar.

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t berkata;

إذا ابتليت عبدي بحبيبتيه ثم صبر عوضته منهما الجنة

Maksudnya; Apabila Aku menguji hambaku dengan kehilangan dua orang yang disayangi lalu ia bersabar nescaya aku gantikan keduanya dengan syurga.

Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:

1⃣ Bersabar dalam mengerjakan segala perintah Allah
2⃣ Bersabar dalam meninggalkan segala larangan Allah
3⃣Bersabar dalam menghadapi ujian kesusahan dan kepayahan.

Sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.

Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Dengan sikap dan perasaan seperti ini seseorang dengan sifat sabar akan merasa tenang dan bahagia seterusnya kehidupnnya dalam keadaan yang bahagia walaupun apa yang di hajati tidak kesampaian atau kehilangan sesuatu yang disayangi.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Sumber: Bahagian Dakwah, Jakim 2017

MARAHKAN KUCING YANG BERAK KENCING MERATA

Pada suatu pagi ketika nak keluar rumah(dulunya di Sg Petani),terdengar bunyi riuh di rumah jiran.Suara jiran marah marah diikuti bunyi kucing yg kesakitan di tangkap dan dipukul dimasuk dlm guni utk dibuang .Saya menjengok dan bertanya hal..jiran saya bersungut,”Kucing ini aku kutip di market ketika masih kecik dan kebuluran ,aku beri makan dan tempat tinggal.Dia sihat dan membesar, cantik tubuhnya.tetapi dia berak dan kencing merata tempat.Itulah aku godam dan nak lempaq semula ke market.”

Saya cuma tersengeh kepadanya,dan menyampok,”Ini ibarat yg Allah nak tunjuk kpd kita,kita dilahirkan tanpa apa-apa,Allah memberi rezeki,perlindungan, kesihatan, akal fikiran,harta dan kemewahan,tetapi akhirnya apa yg kita balas kepadaNya.Kita tinggalkan suruhannya,kita lakukan apa yg ditegahnya tetapi Allah tetap memberi kita rezeki yg melimpah ruah,makanan,kenikmatan walaupuin kita derhaka dan engkar kpdNya.Dia masih tidak memukul dan membuang kita seperti mana kita lakukan kpd kucing yg berak kencing merata.”Jiran saya terus naik angin,”Hang nak bela kucing ni,hang ambik.”Dia menghilang ke dlm rumah.

  1. Setiap peristiwa yg berlaku kpd kita,perlu ditafsir,difikir kerana itu kaedah Allah menegur dan mengajarkan sprt dlm quran disebut ‘sebagai peringatan kpd mereka yg mahu berfikir”.
    Jika anda bela kucing dan berkelakuan seperti ini,muhasabahlah diri,Allah memberi peringatan kpd kita,dg kiasan pada binatang kesayangan.Pejamkan mata,berapa keingkaran kpd Allah telah kita lakukan hari ini,minggu lepas,bulan lepas,tahun lepas?Berapa banyak pula yg Allah telah beri kenikmatan kpd kita.Ada Allah telah hukum kita.Allah tetap memberi tangguh.Jangan pukul kucing,jangan maki hamunnya,kerana perbuatan kita mungkin sama dg memaki hamun ciptaan Allah.

Sumber: ABD GHANI HARON

ADA-BERI-DAPAT

Orang yang hebat akan memilih pemikiran yang menguatkannya, tetapi orang yang lemah akan memilih pemikiran yang menjatuhkan semangat dan keyakinannya. Yakinlah dengan konsep pemikiran ‘Reset Minda’, iaitu ‘ADA – BERI – DAPAT”. Konsep pemikiran ini merumuskan bahawa, kita hanya dapat apa yang kita fikir, rasa dan buat.
Kalau kita mendapat sesuatu peristiwa atau perkara yang tidak elok, maka hal ini bermakna kita telah melakukan sesuatu perkara yang tidak elok kepada orang lain. Dengan cara ini kita tidak akan mudah menyalahkan orang atau menyalahkan Allah yang telah menetapkan takdir hidup kita. Tetapi, kita melihat kelemahan diri sendiri dan mencari kesilapan diri, serta berfikir mengapa Allah mengizinkan perkara yang tidak elok atau negatif itu berlaku kepada kita?
Jika kita melakukan perkara yang negatif kepada orang sekeliling kita, maka kita akan mendapat hasil kehidupan (4K = Ketenangan, Kebahagiaan, Kesihatan dan Kekayaan) yang negatif. Kita menjadi tidak tenang, tidak bahagia, dan mulalah kesihatan kita akan terganggu. Apabila kita tidak sihat, kewangan kita mulalah tergugat kerana banyak wang diperlukan untuk merawat sakit kita, atau kita tidak boleh bekerja lagi untuk menambahkan kekayaan kita, kerana kesihatan kita tidak mengizinkan kita bekerja seperti biasa. Oleh sebab itu, untuk mendapat hasil kehidupan yang positif, pilihlah pemikiran yang menguatkan kita dan ubah cara kita memandang sesuatu kejadian yang berlaku dalam hidup kita.

Sumber : Prof. Dr Muhaya

Bahagiakan Orang Lain

Bahagiakan orang lain dengan mengamalkan sikap baik hati dan murah hati, serta sentiasa mempermudah urusan orang dengan kita dan menunaikan hajatnya. Tip untuk membahagiakan orang, apabila jumpa orang perkara yang perlu dilakukan pertama, berikan kasih sayang. Kedua, buat dia berasa penting dan dihargai. Ketiga, banyak mendengar atau berikan peluang kepada orang yang bertemu kita itu bercerita, daripada kita sibuk bercerita tentang diri kita. Keempat, jangan buatkan dia berasa serik hendak mengunjungi kita lagi dan berasa kehadirannya telah mengganggu dan menyusahkan kita. Kelima, berikan hadiah sebagai kenang-kenangan untuk menyambungkan silaturahim, kerana dengan hadiah itu orang yang bertemu kita itu akan mengingati kita. Orang yang benar-benar bahagia ialah orang yang bahagia melihat orang lain bahagia.

Sumber ;

-Prof Dr Muhaya.

UTAMAKAN IBU— touching???

UTAMAKAN IBU – touching ???

“Aku terlupa isi air dalam termos mak aku!” jawabnya dengan gelisah..

.
.

Dalam dunia ini, bila anak-anak berebut hendak membela ibu memang ramai, apatah lagi kalau ibu itu seorang yang amat disayangi oleh anak-anak dan cucu-cucunya.

Tetapi berebut hendak membela ayah yang telah tua dan uzur agak kurang.

Kali ini saya hendak paparkan satu kisah yang sungguh indah.

Setelah hampir 20 tahun berpisah. Akhirnya saya bertemu semula dengan seorang sahabat.

Kami dulu satu pejabat, dan hubungan kami memang rapat. Waktu itu kehidupannya agak susah.

Dan sahabat saya itu kerap meminjam dari saya.

Tidak banyak. Ada ketikanya RM5. RM10. Bukan untuk dirinya, tetapi keperluan untuk keluarganya.

Tiap kali dapat gaji. Bila dia hendak membayar semula hutangnya, saya akan menolaknya.

“Dah, dah, aku halalkan, cuma tolong doakan supaya aku masuk syurga.” itu sahaja permintaan saya kepadanya.

Memang dia serba salah dengan penolakan saya, tetapi saya buat selamba.

Satu hari, kami sama-sama diarahkan ke Kuala Lumpur. Kebetulan pula motor saya rosak waktu itu. Jadi, saya tiada pilihan, saya menumpang motornya.

Dipertengahan jalan. Sebaik tiba di Tol Batu Tiga. Tiba-tiba sahaja dia beristighfar agak kuat.

Motor diberhentikan di tepi jalan.

“Feroz, aku nak patah balik!” katanya dengan wajah cemas.

“Apa hal?”

“Aku terlupa isi air dalam termos mak aku!” jawabnya dengan gelisah..

Tidak sempat saya hendak berfikir, tidak sempat hendak memberikan jawapan, terus saja dia memecut dan berpatah balik.

Pelbagai persoalan bermain di minda saya.

‘Gila ke hapa dia ni! takkan tak ada orang nak isi air dalam termos mak dia?’ sejujurnya hati saya agak panas dengan tindakan sahabat saya itu.

Bayangkan waktu itu sudah pukul 10 pagi. Mesyuarat di KL pukul 11 pagi.

Waktu itu, langit menghala ke KL telah mendung.

Sah, memang tak sempat !

Sebaik tiba di rumahnya. Dia terus menerjah masuk ke dalam. Seketika dia keluar. “Feroz, tungggu sekejap ya, aku tunggu air masak, sekejap je lagi.”

Dengan hati yang panas, saya mengangguk.

Tidak lama, urusannya selesai dan kami bertolak semula ke KL.

Kali ini baru saya dapat merasakan satu keanehan. Ya, satu keanehan.

Sepanjang perjalanan, hujan langsung tidak turun, walaupun langit KL waktu itu telah gelap dan angin bertiup agak kencang.

Sebaik masuk ke dalam bangunan. Barulah hujan turun selebat-lebatnya dan menggila !

Dan bila saya pandang jam tangan – 10.50 pagi !

Sedangkan sahabat saya langsung tidak memecut.

Saya mendiamkan diri. Pelbagai persoalan mengasak minda saya.

Usai mesyuarat dan selesai segala urusan. Petang itu kami balik bersama.

Dipertengahan jalan, kami singgah di sebuah restoran mamak.

Sedang enak menjamu selera, barulah saya tanya dengan cermat dan bersopan.

“Kat rumah engkau tak ada orangkah selain mak engkau?”

“Tak.” jawabnya sepatah.

“Sebenarnya, abang aku tinggal di rumah sendiri, tak jauh dari rumah aku. Isteri aku awal pagi dah naik bas kilang, anak-anak aku semua dah pergi sekolah.” dedah sahabat saya sambil menyuap makanan dengan begitu berselera.

“Mak aku tu, dia tak larat buat kerja rumah, jadi sebelum pergi kerja, aku akan siapkan air panas dan sedikit makanan di sebelah katil, so dia mudah capai dan alas perut sementara aku balik kerja.”

“Pagi tadi aku terlupa siapkan air panas …” sahabat saya merenung jauh sambil mengunyah makanan.

YA ALLAH. YA RABBI. SubhanaAllah.

Sanggup patah balik ke rumah, semata-mata untuk memenuhi keperluan seorang ibu ?

Saya. Ya saya sendiri. Kalau terlupa bawa dompet, saya teruskan sahaja perjalanan. Tapi kalau terlupa bawa telefon bimbit, besar kemungkinan saya akan berpatah balik.

Tapi sahabat saya. Kerana terlupa siapkan air panas untuk ibunya. Dia BERPATAH BALIK !

Kini, ibunya telah tiada. Isterinya juga telah meninggal dunia kerana kanser.

Sahabat saya menjadi rebutan anak-anak dan cucu-cucunya untuk tinggal bersama mereka.

Kami bertemu semula di suatu majlis baru-baru ini.

Usai makan, kami bersembang bertanya khabar. Tiba-tiba berlaku pertengkaran diantara anak-anaknya.

“Eh, engkau dah ambil Baba 2 hari, engkau pulak hari tu dah bawa Baba pergi round Singapura, kali ni sorry, turn aku pulak nak suruh Baba tinggal rumah aku!”

Sahabat saya tertawa berdekah-dekah sambil menggaru kepalanya.

“Ok, ok, ok macam ni … biar Baba tinggal dengan Usu pulak.” sahabat saya memberikan solusi dan kata putus.

Melihat saya yang berdiam diri. Sahabat saya akhirnya meluahkan rasa.

“Feroz, anak-anak akulah harta yang paling membahagiakan aku sekarang. Dulu, aku selalu berhutang dengan engkau, hari ini, orang lain pula berhutang dengan aku.”

‘Sahabat, engkau bahagia hari ini kerana engkau telah MEMBAHAGIAKAN IBU MU!’ namun kata-kata itu tidak terluah dari kerongkong saya.

????
#HargailahIbuDanBap