Renungan

RENUNGAN ❤️

Tanpa mulut lidah tak berfungsi,
tanpa lidah mulut tak bererti…

Katakan yang benar, sungguh pun
ia pahit dan tidak digemari orang…

Hidup biarlah berbakti,
walaupun tidak dipuji…
Jika kita hanya berbuat baik
kepada diri sendiri maka kita
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan..

Janganlah kau tunda-tunda kebaikan sampai esok hari, kerana engkau tak tahu apakah umurmu sampai esok hari.

Setiap MANUSIA adalah dalam keadaan MATI, kecuali mereka yang mempunyai ILMU dan setiap yang mempunyai ILMU adalah dalam keadaan tidur, melainkan mereka yang mengamal KEBAIKAN.

Dan setiap yang mengamal KEBAIKAN adalah dalam keadaan tertipu, kecuali mereka yang IKHLAS Dan mereka yang IKHLAS sering dalam keadaan risau, kerana ditakuti amalannya tidak diterima.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat_

Kalau kita terpesona dengan nikmat dunia yang bersifat sementara, kita akan kehilangan nikmat akhirat yang kekal selama-lamanya.

Jangan harap pada manusia untuk jadi kuat, tapi berharaplah pada Allah untuk diberi kekuatan.

?tazkirah hati

Sumber : Kena Tahu

Bahagia Kerana Mengenali Diri Kita….

Waktu sedang “Di Puncak”, kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu sedang “Berkuasa”, kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

Waktu sedang “Tak Berdaya”, barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada.

Waktu sedang “Jatuh”, kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu sedang “Sakit”, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Waktu kita “Miskin”, baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita.

Masuk “Usia Tua”, baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan, banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.

Saat “di Ambang Ajal”, kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

——————————————

Hidup tidaklah lama, Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:

Saling menghargai,

Saling membantu,

Saling memberi,

Saling mendukung.

Jadilah teman setia tanpa syarat…
Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman…

Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus.
Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.
Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yang ditabur itulah yang akan dituai…
Allah SWT tidak pernah menjanjikan bahwa

Langit itu selalu biru,
Bunga selalu mekar, dan
Mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahawa Allah SWT selalu memberi

Pelangi di setiap badai,
Senyum di setiap air mata,
Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan
Jawapan di setiap doa…

Jangan pernah menyerah,
Teruslah istiqamah beribadah… kerana…
Hidup ini terlalu indah…

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara…

Sahabat ku,

Indahnya hidup
bukan kerana banyak orang mengenal kita,
besarnya kuasa kita,
hebatnya pengaruh kita…

Tetapi berapa ramaikah orang yang merasa bahagia kerana mengenali diri kita…

Sumber: Kena Tahu

Allah Tak Jadikan Sesuatu Itu Saja2 dan Suka2…..

Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan isteri yang suka melawan..
Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan suami yang panas baran..
Bukan suka² Allah berikan kita anak yang degil dan nakal..
Bukan suka² Allah letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama..
Bukan suka² Allah beri kita anak ramai
Bukan suka² Allah langsung tidak beri anak pada kita
Bukan suka² ALLAH beri kita pelbagai sakit..

Bukan suka² Allah aturkan kisah silam kita.. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa ‘tak banyak dosa” sangat. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa “saya ni baik je”. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripadaNYA.

Bukan saja² kita seorang je yang dapat hidayah.. Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain.

Hidup kita Allah yang atur. Isteri kita Allah yang punya. Suami kita juga milik Allah.. Anak² kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya. Kesihatan kita Allah yang punya.

Jadi, jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah. Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yang punya. DIA boleh bagi kita dan DIA boleh ambil balik daripada kita bila-bila masa saja. Namun usah lupa. Allah itu Maha Penyayang. DIA ambil sesuatu daripada kita sebab DIA nak bagi ‘sesuatu yang lebih besar’ untuk kita. Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu. Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan Allah, kita akan sentiasa redha.

Jadi, usah kecewa. Kita ada Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah. Kita yakin dengan Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah. Inshaa Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tetapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam! Inshaa Allah kekuatan itu kita akan perolehi.

Kita ada Allah! Dan Allah itu ada di mana-mana. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja., Jika di Mekah dan Madinah ada tempat² mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab.

Dan Allah telah menggariskan panduan, “Sabar dan Solat”!

Lakukanlah! Dan perlahan-lahan, akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang DIA ambil dari kita tapi berbeza-beza bentuk pemberiannya. Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu.. InsyaaAllah.

~Allah tak jadikan sesuatu itu saja² dan suka²~

Sumber:

Kredit: Ju Wan

Kisah Teladan

KISAH TELADAN

Seorang lelaki Amerika berjalan ke sebuah restoran di London. Sebaik sahaja dia masuk, dia melihat seorang lelaki Afrika duduk di sudut restoran itu.

Jadi dia berjalan ke kaunter, dikeluarkan dompetnya dan menjerit, “Waiter! Aku mahu membeli makanan untuk semua orang di restoran ini, kecuali lelaki hitam Afrika di sana!”

Jadi pelayan mengumpulkan wang daripada lelaki itu dan mula memberikan makanan percuma kepada semua orang di restoran itu, kecuali si Afrika.

Walau bagaimanapun, tanpa rasa kecewa, si Afrika hanya melihat pada lelaki Amerika dan menjerit, “Terima kasih!”

Dengan rasa amat marah, lelaki Amerika itu mengeluarkan dompetnya dan menjerit sekali lagi, “Waiter! Kali ini aku membeli minuman dan makanan tambahan untuk semua orang disiini, kecuali si Afrika di sudut sana!”

Pelayan terus mengumpulkan wang daripada lelaki itu dan mula memberikan makanan percuma dan minuman kepada semua orang kecuali si Afrika.

Apabila pelayan selesai memberi makanan dan minuman… Sekali lagi tanpa rasa marah, malah si Afrika tadi hanya tersenyum kepada lelaki Amerika dan menjerit,
“Terima kasih!”

Lelaki Amerika itu semakin marah. Sambil dia bersandar di kaunter dan berkata kepada para pelayan: “Apa yang tidak kena dengan lelaki Afrika itu?

Aku telah membeli makanan dan minuman untuk semua orang di sini kecuali dia, dia bukannya menjadi marah, akan tetapi dia hanya duduk di sana malah tersenyum padaku sambil menjerit “Terima kasih.”
Adakah dia gila”

Pelayan itu tersenyum pada lelaki Amerika dan berkata, “Tidak, dia tidak gila. Dia adalah pemilik restoran ini”

Mungkin anda nampak seseorang seperti musuh anda tetapi tanpa anda sedari dia memihak kepada anda.

MARAH

Jauhi kemarahan. Ia hanya akan menyakitkan diri anda sendiri!

Jika anda betul maka tidak ada keperluan untuk marah,

Dan jika anda salah maka anda tidak mempunyai apa-apa hak untuk marah.

SABAR

Sabar dengan keluarga adalah Kasih
Sabar dengan orang lain adalah Hormat
Kesabaran dengan diri adalah keyakinan dan kesabaran pada Allah ialah Iman.

BERFIKIR

Jangan sekali-kali berfikir tentang Masa Lampau, Ia suatu Penderitaan …
Jangan berfikir lebih mengenai Masa Depan, ia menjadikan anda lebih Takut …

Hadapi kehidupan ini dengan senyuman, Ia akan membawa Kebahagiaan

Setiap ujian yg getir dalam kehidupan kita di harapkan akan memberi kita kekuatan utk terus memperbaiki diri kita.

Emas tulin diuji dgn api, kita manusia diuji dgn setiap masalah.

Setiap masalah datang sama ada untuk mengeratkan atau menghancurkan sebuah perhubungan.

Pilihan adalah milik kita sama ada kita menjadi mangsa atau sebaliknya.

Sesuatu yang CANTIK itu tidak semuanya baik, akan tetapi sesuatu yg BAIK itu selalunya CANTIK.

Adakah anda tahu mengapa Allah menciptakan ruang antara jari?

Supaya seseorang yang terbaik datang dan mengisi ruang-ruang itu dgn memegang tangan anda utk selama-lamanya.

Kebahagiaan menjadikan kita Manis.. kemanisan akan membawa Kebahagiaan.

Wallahu’alam

Sumber:

Sdr Syamsul Debat
Personaliti TV Al-Hijrah
Presiden ADAM
Duta Rasmi HB Travel dan KRS Travel

#adminigfanpagefacebookSSD

MAAFKAN DAN BERLAPANG DADA – SATU PEKERJAAN YANG SULIT

MAAFKAN DAN BERLAPANG DADA – SATU PERKERJAAN YANG SULIT

Pemaaf adalah sifat yang sangat terpuji yang Allah sifatkan kepada hamba-hamba-Nya yang bertaqwa. Karena beratnya amalan ini, sehingga Allah Subhanahu Wata’ala mengutip secara khusus dalam Surat Ali Imran ayat 133-134;

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ ﴿١٣٣﴾ الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ ﴿١٣٤

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

Sudah jamak dalam kehidupan kita, meminta maaf dan memaafkan adalah pekerjaan yang maha berat. Meski sudah menyadari kesalahan namun meminta maaf kepada mereka yang telah didzalimi dan disakiti bukan perkara yang mudah.

Ada semacam ego atau gengsi yang mencegah seseorang untuk mengatakan, “Aku minta maaf, aku telah bersalah.”

Terkadang orang lebih suka melakukan apa pun yang lebih sulit daripada meminta maaf. Dan ini merupakan salah satu bentuk kesombongan karena ia merasa sedemikian mulia sehingga malu dan tidak bersedia untuk minta maaf.

Sebaliknya, meski bisa menahan sakit akibat kedzaliman orang lain, memberi maaf juga bukan perkara yang mudah. Ada semacam rasa sakit yang tergores yang seakan-akan tidak bisa lepas dari ingatan dan akan senantiasa membekas.

Padahal Islam mengajarkan kepada kita untuk menjadi pribadi yang berlapang dada dan pemaaf.

Sebagaimana yang pernah disinggung oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam bahwa manusia adalah tempat salah dan dosa. Memberi maaf orang atas kesalahan yang mungkin tidak disengajanya termasuk keutamaan tersendiri bagi orang yang tersakiti.

Rasululllah bersabda,

ثَلَاثٌ أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْداً بِعَفْوٍ إِلاَّ عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلّهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللَّهُ

“Ada tiga golongan yang berani bersumpah untuknya, tidaklah berkurang harta karena shodaqoh, dan tidaklah menambah bagi seorang pemaaf melainkan kemulyaan, dan tidaklah seseorang bertawadhu’ (rendah hati) melainkan akan diangkat derajatnya oleh Allah Subhanahu Wata’ala.” (HR.Tirmidzi)

Rasulullah juga menjelaskan bahwa balasan bagi orang yang memaafkan kesalahan orang lain adalah Surga. Beliau bersabda dalam hadits Ibnu Abbas;

إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ يُنَادِي مُنَادٍ فَيَقُولُ : أَيْنَ الْعَافُونَ عَنِ النَّاسِ ؟ هَلُمُّوا إِلَى رَبِّكُمْ خُذُوا أُجُورَكُمْ ، وَحَقَّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ إِذَا عَفَا أَنْ يُدْخِلَهُ اللَّهُ الْجَنَّةَ ” .

“Kelak pada hari kiamat, ada pemanggil yang menyeru, “Dimanakah orang-orang yang memaafkan orang lain? Kemarilah kepada Rabb kalian dan ambillah pahala kalian!” Dan wajib bagi setiap muslim bila suka memaafkan maka Allah masukkan dia ke dalam Surganya.” (HR Ad Dhahahak dari Ibnu Abbas)

Islam mengajarkan pada umatnya bahwa memberi maaf tak menunjukkan seseorang itu lemah karena tidak mampu membalas. Sebab memaafkan orang lain terutama seseorang mampu membalas merupakan kemuliaan karena ia belajar dari sifat-sifat Allah, yaitu Al-‘Afuwwu Al-Qoodiru (Yang Maha Memaafkan dan Maha Berkuasa).

Janji Allah, siapa yang memaafkan disaat dia mampu membalas, ia akan meraih Surga Allah.

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُشْرَفَ لَهُ الْبُنْيَانُ ، وَتُرْفَعَ لَهُ الدَّرَجَاتُ فَلْيَعْفُ عَمَّنْ ظَلَمَهُ ، وَلْيُعْطِ مَنْ حَرَمَهُ ، وَلْيَصِلْ مَنْ قَطَعَهُ ”

“Barangsiapa yang ingin dibangunkan baginya bangunan di Surga, hendaknya ia memaafkan orang yang mendzaliminya, memberi orang yang bakhil padanya dan menyambung silaturahmi kepada orang yang memutuskannya.” (HR. Thabrani).

Kredit: Hidayatullah.com
#bicarahidayah

Makna Bahagia..

Selalu orang tersilap faham makna bahagia dalam hidup ini. Kata mereka kalau kita mampu puaskan hati semua orang itulah hakikat bahagia yang sebenarnya. Sehingga kadang-kadang hidup dia pula yang entah kemana.

Dalam hidup ini kalau yang kita cari adalah redha manusia. Pujian dan sanjungan daripada manusia. Percayalah kita tak akan mampu dan kita juga tak akan mampu nak memuaskan hati semua orang. Baik mana pun kita tak semua orang suka dan boleh terima diri kita seadanya. Tetap saja kita masih tak nampak sempurna di mata mereka.

Saat kita ada melakukan kesilapan walaupun kesilapan itu hanyalah nampak kecil. Mungkin saat itu segala kebaikan, pengorbanan yang pernah kita lakukan selama ini seolah-olah tak bermakna. Bahkan yang lebih dasyatnya lagi kita sudah tidak lagi di hargai.

Tapi cuba kalau hidup ini kita hidup kerana Allah, yang kita cari adalah pandangan redha daripada Allah, yakinlah segalanya pasti akan berjalan seiring dengan redhanya Tuhan.

Saat masalah mendatang kita masih mampu untuk ukir senyuman walaupun hati kita koyak rabak. Kita tak tunjuk kepada manusia bukan kerana kita masih mampu berdiri di atas kaki sendiri. Tapi kerana kita simpan rasa peritnya ujian itu untuk kita luahkan kepada yang pemberi ujian iaitu Allah.

Demi Allah kita tidak kuat.
Tapi kerana Allah kita harus kuat.

Sumber:

https://t.me/themuhammadshafri

 

Ujian…

Allah akan uji kita dengan macam-macam cara, macam-macam keadaan, macam-macam orang.

Sesiapa yang berjaya ialah mereka yang tetap teguh dengan solat, mereka yang tetap teguh dengan sabar.

“Wahai orang-orang yang beriman.Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat;sesungguhnya ALLAH beserta dengan orang-orang yang sabar”
(Al-Baqarah:153)

Sumber : Ustaz Ahmad Shukri Yusoff

Hadapilah Cabaran Yang Allah Hantarkan



Hadapilah cabaran yang Allah hantarkan untuk kita dengan tenang & tabah. Bukan bermakna mengambil mudah apa-apa yang terjadi atau turutkan sahaja apa yang berlaku. Tetap kita kena bersusah payah untuk keluar daripada masalah yang sedang kita alami. Usaha itu wajib!

Kita jadikan setiap cabaran yang kita lalui itu sebagai batu loncatan untuk kita jadi lebih kuat & lebih bijak pada masa hadapan.

Indeed, experience is the best teacher!

Sumber : Madinah Di Hati

UTM Open Day