7 TIPS NAK BELI TIKET FLIGHT MURAH.

  1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu

Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

  1. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal

Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalamsistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

  1. Hari Terbang Yang Sesuai

Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.

  1. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

  1. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil

Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya korang cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester korang naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!

  1. Buang ‘Cookies’

Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!

  1. Bandingkan Harga

Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:

  1. Skyscanner
  2. CheapFlight
  3. Momondo
  4. Kayak
  5. Google Flight
  6. Ita Software

Sumber Facebook – Kredit: Trip Kashmir Abby Hassan

Bismillah..Assalamualaikum..PESAN Ustazah Zai..

🎗️💊Kebelakangan ini byk kita mendengar kematian yang tiba-tiba. Allah itu Maha Berkehendak..
Bila mendgr kematian sebegini, tak sepatutnya kita ini takut mati tapi semakin gigihlah buat persiapan utk kematian yg memang tiba-tiba..
Inilah yg Allah kata..
فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ..
Bila dtg sampai ajal tiba, satu saat nak minta cepat atau lambat dah tak boleh..

🎗️💊Benarlah, kita kena mengambil MATI itu sbg NASIHAT… Maka tak beranilah kita nak marah lama2 dgn orang.. Tak berani nak merajuk lama2 dgn pasangan hidup kita, dgn anak beranak kita. Sakitnya itu di hati tapi cubalah telan sahaja..
Ya, memang sukar pun nak melupakan sesuatu itu tapi bayangkan bila kita sukar nak MELEPASKAN KEMARAHAN kita itu, tiba-tiba dia mati atau kita yg mati? Allahuakbar..

🎗️💊So sahabat..
Kita dah dilatih sungguh2 dgn ‘La Tahzan’ dgn ‘Fasobrun jamil’ dgn ‘Husnuzzon’ dan dgn ‘Wasykuruli’ dan dgn pelbagai lagi majlis ilmu, apa lagi yg kita harapkan..
Hari ini, kita bercakap tentang orang lain, kita msh boleh bertenang. Satu hari kalau berlaku pada kita tentang kematian. Mati itu tak kira tua atau muda..
Kalau kita msh simpan dendam, kecil hati, tak nak bercakap dgn orang.. Fikirlah sampai bila? Percayalah anda akan rasa ralat atau ghalat nanti yg tak boleh dibayangkan penyesalan itu.. Allahuakbar..
Bila anda mendengar kematian yg tiba-tiba samada kita yg mati atau dia yg mati, kedua-duanya dlm keadaan yg pasti menyesal..
Menyesal dlm keadaan kita tidak boleh tukar keadaan, kita tak boleh ubah keadaan.
Yang kita takut adalah kita yg semakin sakit dan makin rosak diri kita sendiri.
Kerana apa?..
Cth: Anak2 ada peluang jaga mak ayah, boleh berkhidmat dgn orang tuanya tapi dibiarkan, tak ambil peluang itu..
Nanti bila orang tuamu dah tak ada, percayalah andalah yg paling menyesal.
Ya, semua orang akan sedih bila mak ayah meninggal samada dia berkhidmat atau tidak. TAPI ada beza orang yg berkhidmat dgn yang tak berkhidmat kpd orang tuanya. Yang tak buat terbaikkk utk orang tuanya pasti penyesalannya jauh luarbiasa.. Allahuakbar..

🎗️💊Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.
Semoga Allah menerima segala amal soleh kita yg tak seberapa ini..
Kita saling mengharapkan pertemuan di dlm Syurga dgn ibubapa, pasangan kita, keluarga kita dan sahabat2 kita. Inilah yg kita harapkan. Cukuplah dgn mengharapkan pertemuan di dlm Syurga Allah itu akan mematikan segala rasa kebencian, sakit hati, dengki2 kita pada orang sekeliling kita.

🎗️💊Janganlah bersahabat tapi sikit2 kecil hati..
Janganlah bersahabat tapi sikit2 sindir menyindir sampai orang lain berasa hati..
Kata nak jumpa lagi dlm Syurga tapi yg menjauhkan kita drp Syurga bukan org lain tapi adalah perangai kita sendiri.. Allahuakbar…

🎗️💊Jom, kita perbaikki diri mulai sekarang.
Kita nak balik jumpa Allah dgn qalbun salim..

🧕Ustazah Zai pesan dan merayu sgt2..
TOLONGLAH..
Ada apa saja persengketaan dgn adikberadik, dgn keluarga lbh2 lagi dgn mak ayah.. Sudah-sudahlah.. Biaq pi lah depa kata kita salah, biaq pi depa tak nak mintak maaf tapi kita jumpa depa walaupun bukan salah kita..
Tolong settlekan masalah kita dgn keluarga.. Biar depa aibkan kita.. Apalah sgt walaupun depa nak viralkan sekalipun.. Biar org lain gelakkan pun, orang tak tahu isi hati kita..
Takutlah kalau mati dlm keadaan ada musuh, takutlah bila mati ada orang tak suka kita, ada orang benci pada kita.
Kita tak boleh pegang hati orang. Soal dia nak benci atau tak, itu hak dia.. Kita tak boleh nak wat apa..

🎗️💊Tak yah kecik hati dgn adikberadik.. Ala setakat mak kita puji adik kita.. Takyah lah kecil hati..
Pasal harta yg ditinggalkan arwah mak ayah yg tak seberapa itu yg tak menjadikan kita kayapun.. Kita dah tak bertegur sape dgn adikberadik, kalau setakat harta yg sdkt itu tak menjadikan kita kebulur, tak menjadikan kita miskin.. Udah udah le.. Berlapang dadalah…
Masalah bukan nilai wang itu tapi nilai ukhuwah, nilai silaturrahim, nilai persaudaraan yang kita nak jaga.
Janganlah kita mati dlm ada musuh.

🎗️💊Kalau kita tahu ada org tak suka kita dan kita tahu itu salah kita padanya.
Tanya pada diri.. Aku nak tunggu dia minta maaf ke, sampai bila? Asal kita jgn putuskan silaturrahim, jgn bermusuh dgn dia.
Kalau kita buat kenduri kendara kita jemput saja. Kalau dia tak nak datang, itu hal dia.
Kita dah bagi salam, dah bagi hadiah, dia tak nak terima, itu hal dia, kita takde hak utk paksa dia suka atau terima kita. Yang penting hati kita.
Jangan ada rasa sakit hati..
Cth: Bila tengok FB dia, dia dpt pergi menunaikan haji, dia pergi makan angin..
Kenapa hati aku tak hepi je bila tengok dia hepi? Itu yang kita kena clorox betul-betul hati kita, kita kena bersihkan betul-betul.
Bayangkan kalau kita dlm keadaan dengki, bagaimana nak balik bertemu dgn Allah? Allahuakbar..

🎗️💊Kita semua memang dlm ujian Allah.
Dalam nikmat, kita bersyukurlah..
Dgn musibah yg Allah beri, banyakkan hauqolah..
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ..
Banyakkan Zikrullah..
Ingat..
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن..
Drp Allah dtg dan kpd Allah jua kita kembalikan..
Apa hak kita, apa kudrat kita selain mengucapkan dari Allah dtgnya dan kpd Allah kita kembalikan.
Whatever musibah.. Allah Maha Baik…
Untuk bantu kita menenangkan diri kita sendiri bila mana kita balikkan kpd Allah swt. Kami tak mampu Ya Allah..
Kita kena tenang-tenang, semuanya kita kembali kpd Allah. Allah jua yang mempermudahkan.
Doa..doa dan saling mendoakan. Jangan bermusuh dgn siapa2..
Kita terus jadi orang baik walaupun mungkin ada orang yg tak baik dgn kita.
Kita sendiri settle kan diri sendiri, bukan pikiq pasal org lain.
Aku yg kena baik dgn semua orang, barulah Allah Yang Maha Baik sentiasa mendampingi kita dgn kebaikan. InsyaAllah..
Maka, Hiduplah dengan penuh semangat..
Hiduplah dgn penuh kebaikan..
-Wallahualam-

Terimakasih Ustazah Muzayyanah Abdullah 🥰
Khamis20Jun2024
13Zulhijjah1445H

Sumber Facebook : Muzayyanah Abdullah & Mazlizah Wagiran

𝐏𝐀𝐊𝐄𝐉 𝐇𝐀𝐉𝐈

Mereka yang menunaikan ibadat haji melalui pakej haji mahal sudah mula bersiap—siap untuk pulang ke Tanah Air.

Kesemua jemaah haji menyempurnakan rukun dan wajib serentak. Bezanya, mereka yang pergi dengan Muasassah akan tinggal lebih lama di Makkah.

Seorang rakan menyebut, “beruntung mereka yang pergi dengan Muasassah. Dapat duduk lama.”

Saya mempunyai pandangan berbeza, sangat kagum dengan mereka yang mampu dan sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan kemudahan semasa di Tanah Suci.

Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.

Ibadat haji selesai dalam tempoh singkat. Lalu mereka bersegera pulang.

Dan mereka tidak bermasalah datang semula untuk menunaikan umrah dalam suasana di luar musim haji.

Ya… mereka mampu.

Kami — saya dan Roza — sedang menabung untuk menunaikan umrah — InsyaAllah — pada bulan Januari 2025.

Kami bukanlah termasuk golongan jutawan, duit berlebihan tetapi jika berusaha, InsyaAllah ia boleh dicapai.

Kami bercita-cita mahu menaiki pesawat kelas perniagaan, tinggal di hotel paling hampir dengan Masjidil Haram, menaiki keretapi laju Makkah —Madinah.

Paling utama, keselesaan menjalani proses dialisis di hospital swasta tanpa perlu menanti mengikut giliran.

Keselesaan dan kemudahan ini lebih mendesak bila keadaan kesihatan yang sedang saya hadapi.

Benar… saya seronok melihat rakan-rakan yang kaya raya tidak bermasalah menunaikan zakat, menderma, menunaikan umrah dan melakukan banyak perkara kebajikan kerana kedudukan mereka.

Usaha-usaha dakwah yang telah kami jalankan banyak mendapat bantuan mereka yang mempunyai lebihan kewangan.

Sungguh… terlintas di hati, mahu jadi kaya tetapi tidak Kedekut dan bakhil.

Sumber Faceebook : MKI & Raudzah Roslan 2/6/2024

Insyaa Allah, masuk maghrib nanti kita akan masuk pada 9 Dzulhijjah. Justeru menerusi penjelasan hadith-hadith yang sahih kita disaran untuk fokus kepada 3 amalan yang utama ini:-

  1. Pertama, berpuasa sunat Arafah lah esok. Malam ni niat dihati nak melakukan puasa sunat Arafah. Niat bukan amalan lafaz. Apabila berkehendak untuk melakukan puasa Arafah pada esok hari maka ia sudah memadai. Jangan niat gabung puasa sunat Arafah dengan puasa ganti. Esok hanya khusus untuk puasa sunat Arafah shj. Jika kalian uzur, maka cari sesiapa yang berpuasa tak kira samada dia asnaf atau bukan asnaf taja @ sediakan makanan untuk dia berbuka.
  2. Kedua, kita disarankan untuk perbanyakkan menyebut zikir

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

Sepanjang hari 9 Dzulhijjah bermula maghrib malam ni dah boleh buat. Untuk disiplinkan diri agar kita dapat perbanyakkan zikir ni, buat macam ni :- antara maghrib dan isyak malam ni baca 100, sebelum tidur baca lagi 100, masa tahjud baca lebih lagi.

Esok lepas zikir pagi baca lagi 100, waktu dhuha baca 100, setiap lepas solat samasa zohor dan asar pun baca 100. Sambil buat keje, sambil buai anak, sambil masak, sambil duduk-duduk teruskan sebut sebanyaknya zikir ini. Jumlah 100 ni bukanlah jumlah yg khusus ia sekadar untuk disiplinkan shj. Jika mampu buat lebih 100 maka itu lebih baik dan terbaik.

  1. Ketiga, kita disarankan untuk perbanyakkan berdoa pada 9 Dzulhijjah kerana sepanjang masa 9 Dzuhijjah ni terhidang doa mustajab. Jadi untuk memanfaatkan peluang keemasan ini, setiap kali selepas selesai solat rawatib (qabliah/badiah), maka angkat tangan dan berdoa. Bangun malam buat solat tahajjud sesudah solat tahajjud angkat tangan dan berdoa, esok lepas dhuha pun doa lagi. Sebagai tambahan perhebatkan berdoa antara azan dan iqomah dan 10 minit sebelum berbuka puasa. Angkat tangan dan doa. Mintalah apa sahaja hajat yang dihajati dan yang penting jangan tinggal untuk minta ampun segala dosa, minta diberi istiqomah dan minta dijaga iman.

Selamat beramal.

Sumber Facebook :

~MRJ

🔸Jadual yang indah untuk Hari Arafah, bagi mereka yang tidak berwukuf. Di Makkah, esok hari Arafah dan di Malaysia adalah lusa iaitu hari Ahad.

▪ 1. Tidur awal pada malam Arafah untuk menguatkan diri mentaati Allah.

▪ 2. Bangun sebelum subuh dan bersedia untuk sahur dengan niat berpuasa pada hari itu.

▪ 3. Kemudian solatlah sekurang-kurangnya dua atau empat rakaat, dan berdoalah kepada Tuhanmu sambil bersujud, di antara kebaikan dunia dan akhirat, dan pujilah Dia kerana kamu sampai pada hari Arafah, hari yang dilimpahi rahmat dan keampunan.

▪ 4. Tutuplah malammu dengan solat witir, sekurang-kurangnya 3 rakaat.

▪ 5. Menjelang subuh, luangkan masa untuk beristighfar sehingga dicatat di sisi Allah sebagai salah seorang yang beristighfar di waktu subuh.

▪ 6. Bersedia untuk solat Subuh lima minit sebelum azan dan rasakan dosa-dosa anda dihapuskan dengan titisan terakhir semasa berwuduk.

▪ 7. Kemudian baca doa wuduk.

▪ 8. Solat Subuh dan duduklah di tempat solat sehingga matahari terbit, dalam 15 minit.

▪ 9. Mulakan takbir sejurus selepas salam.

▪ 10. Kamu sekarang sedang duduk di tempat solatmu hingga terbit matahari, membaca Al-Qur’an, memuji Tuhan, mengagungkan Tuhan, dan bersyukur kepada Tuhan, dan jangan lupa zikir pagi.

▪ 11. Selepas matahari terbit (syuruq) dalam 20 minit, solat dua rakaat syuruq, berhati-hatilah daripada mensia-siakannya, kerana duduk selepas subuh dan dua rakaat ini menyamai umrah yang sempurna.

▪ 12. Anda kini mempunyai pilihan: sama ada anda tidak boleh tidur sepanjang hari, jadi jangan sia-siakan satu saat melainkan anda dalam zikir dan doa, atau tidur selama satu jam di mana anda berniat untuk mendapatkan kekuatan dalam melakukan ketaatan kepada Allah.

▪ 13. Kemudian anda bangun, berwuduk dan solat sekurang-kurangnya 4 rakaat, solat Dhuha bagi yang belum solat, dan pelbagaikan amal ketaatan supaya tidak bosan.

▪ 14. Solat Zohor dan teruskan ibadah.. Takbir, zikir, tilawah, dan perbanyakkan menyebut:

لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير.

kerana ia adalah sebaik-baik zikir pada hari Arafah.

▪ 15. Solat Asar, bertakbir, dan bersiaplah untuk waktu yang paling penting pada hari Arafah, iaitu sebelum matahari terbenam.

▪ 16. Bertakbir dan bacalah al-Quran sehingga kira-kira sejam sebelum matahari terbenam, kemudian mulakan doa dengan khusyuk dan ingatlah kedudukanmu di hadapan Allah.
Dan jangan lupa mendoakan saudara seislammu di mana-mana.

▪ 17. Doa, kemudian doa, kemudian doa…dengan doa, penyesalan, penyerahan, kerendahan hati, dan desakan kepada Raja segala Raja (مالك الملك جلَّ جلاله), dan bersiap sedialah agar matahari Arafah tidak terbenam melainkan kamu adalah dalam senarai mereka telah dibebaskan dari api neraka.

▪ 18. Mintalah kepada Tuhan
Dari kebaikan dunia dan akhirat, doakanlah untuk anak-anakmu, pasanganmu, ibu-bapamu, kaum kerabatmu, guru-gurumu, jiran tetanggamu, sahabat-sahabatmu, orang-orang yang mempunyai hak atasmu, orang-orang yang berpesan agar kamu berdoa untuknya, dan yang sakit, yang mati, yang cedera, dan yang menderita.

▪19. Azan Maghrib, mulakan berbuka, dan jangan lupa bahawa orang yang berpuasa itu doanya tidak akan ditolak.

🔹#Ingatkan keluarga anda dan orang yang anda sayangi. Hanya satu hari dalam setahun.

▪ Semoga Allah menjadikan saya dan anda semua orang yang dibebaskan dari api neraka.

النص العربي من الفيسبوك الشيخ شيرزاد عبدالرحمن- جزاه الله خيرا.

Sumber Facebook : Abdul Latiff Abdul Rahman (ALHAR)

PrihatinAktifSejahtera

Assalamu’alaikum wrwb, perkongsian doa arafahPERHATIAN!!Waktu Doa Mustajab Hari Arafah

BERMULA
Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.

WAKTU ARAB SAUDI
9 Zulhijjah – AHAD – 16 Jun 2024
Zuhur 🇸🇦 12:22pm
Maghrib 🇸🇦 7:04pm

WAKTU MALAYSIA
9 Zulhijjah – AHAD – 16 Jun 2024
Waktu 🇲🇾 5:22pm
Waktu 🇲🇾 12:04am
.

Bagi yang berada di Malaysia 🇲🇾,
Puasa pada Hari SABTU di kira puasa hari Tarwiyah manakala
Puasa pada hari AHAD 16/6/2024 (9 Zulhijjah 1445H) dikira Puasa Arafah.

DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM
KREDIT : JAKIM
.

  1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
  2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
  3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
  4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
  5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
  6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
  7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
  8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
  9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
  10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
  11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
  12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
  13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
  14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
  15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
  16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
  17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
  18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
  19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
  20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
  21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
  22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
  23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
  24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
  25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
  26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
  27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
  28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
  29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
  30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
  31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

SUMBER DARI :- JAKIM

Semoga Bermanfaat & Selamat Beramal

Terima Kasih Semua…..

Sekejap sudah 5 Dzulhijjah, namun berada sehingga 10 Dzulhijjah dengan BERIBADAH, maka pahalanya melebihi dari kita berada dimedan JIHAD.

Bagi yang belum solat Zohor, bersegeralah…solat di awal waktu adalah amalan yang dicintai oleh Allah.

Bagi yang dah solat, sibukkan dengan membaca zikir di bawah. Mengucapkan zikir ini pada 10 hari yg awal Dzulhijjah akan mengejutkan kita di timbangan mizan kelak apabila melihat betapa dahsyatnya pahala yang dikurniakan.

Uhibbukum fillah…

Sumber Facebook : MRJ

10 SEBAB ORANG JADI MALAS

  1. Sifat seorang Munafik

Allah berfirman, maksudnya:
Sesungguhnya orang Munafik cuba menipu Allah sedang Allah mengembalikan kerugian kepada mereka. Solat mereka dalam malas. Kalaupun melakukan kerana riak. Zikir hanya sedikit.

Malas ini sifat Munafik.
Kita kena bersemangat beribadat, jangan malas. Malas sifat orang Munafik.

Dia fikir cari alasan bukan cari jalan.

  1. Dia lemah, suka rehat

Dia sebenarnya lemah dan suka rehat.

Sedangkan binatang Allah beri kekuatan terus bergerak.

  1. Banyak masa lapang

Dia takda benda nak isi, lapang. Hari cuti? Dia tak tau nak buat apa. Orang ada istilah cuti dalam kepala, masalah besar. Dia tak tau nak buat apa.

Tanya orang cuti dia buat apa?
Sikap punyai masa lapang ini musibah menyebabkan kemalasan.

  1. Hidup mewah

Nak hidup mewah, akan ada sifat malas. Orang kaya, pintu kereta pun orang bukak.

Nabi SAW walau boleh dilayan, tapi Nabi SAW suka buat sendiri.

Kata Aisyah RHA,
Nabi SAW suka membantu kerja-kerja rumah.

Walau Nabi SAW boleh ambil orang gaji, tapi Nabi SAW tidak melakukannya.

Hidup mewah, segala dibuatkan untuknya tapi ia menghasilkan kemalasan.

  1. Makan banyak, minum banyak

Belum pernah kita tengok orang makan dan minum banyak yang rajin. Ada Imam Shafie sebutkan ada orang alim yang makan banyak dan rajin.

Tapi yang banyak wujud, banyak makan.. malas.

  1. Banyak tidur

Islam ajarkan kita tidur ada matlamat, nak bangun awal. Waktu tidur, dah fikir pukul berapa nak bangun.

Orang takda matlamat tidur, dia tidur dan tak kisah pukul berapa bangun.

  1. Panjang angan-angan

Menjadikan dia tak ingat mati. Cuba fikir esok kita mati? Banyaknya ibadat nak qadha.

  1. Berkawan dengan orang malas

Umur kita macam ni.. pilihlah kawan-kawan.

Kawan tak punyai idea, rugilah kita berkawan macam ni. Kawanlah dengan orang yang ada himmah tinggi.

  1. Bergantung pada cita-cita menipu

Contoh, orang pelaburan palsu, scammer.
Orang ini dijanjikan kejayaan mudah. Dia nak jadi sleeping partner, letak duit esok kaya!
Ini orang mendapat khayalan palsu, ini orang-orang yang akan jadi malas.

Ini orang-orang yang ada angan-angan, cita-cita palsu.

  1. Duduk dalam suasana rosak

Zaman saya duduk asrama, persaingan luar biasa.

Bi’ah, persekitaran luar biasa maka kita pun. Suasana bersaing, maka mashaAllah. Akhir berjaya jadi orang rajin.

Tapi duduk di kalangan orang-orang malas, tak buat kerja sekolah, tengok TV kuat akhir dia takda cita-cita kuat.

Dah tahu sebab-sebab sifat malas maka cuba lawan sifat tadi in shaa Allah.. Allah beri kerajinan.

Kita hiasa jaga hubungan dengan Allah.. maka Allah beri tenaga, kerajinan.

TOKKU PASIR GUDANG

SABTU, 8 JUN 2024 BERSAMAAN 1 DZULHIJJAH 1445

Dengar sat, MRJ nak habaq ni….

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana telah sampaikan kita pada Bulan Dzulhijjah moga-moga kita manfaatkan 10 hari yang amat berharga ini dengan memperhebatkan ibadah.

  1. Yang belum zikir pagi silakan berzikir pagi. Jika tak tahu amalan zikir lagi, maka bacalah “Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillah Allahu Akbar” sebanyak dan semampunya.
  2. Terbaik bagi yang mula berpuasa hari ni, antara amalan yang utama dalam Dzulhijjah ini adalah amalan berpuasa sunat, maka teruskan istiqomah hingga ke sembilan Dzulhijjah. Fight, 9 hari berpuasa tu tak lama pun. Namun, bagi yang tidak dapat berpuasa disebabkan uzur, atau musafir maka carilah orang yang berpuasa dan berikan makan untuk berbuka.
  3. Yang dah melakukan sedekah subuh, Masyaa Allah…terbaik sangat. Sedekah antara amalan top rangking amalan yang berpahala besar. Jika takde langsung apa-apa untuk bersedekah, tak perlu bimbang, setiap selepas solat fardhu baca zikir ni,
    a. Subhanallah (33x)
    b. Alhamdulillah (33x)
    c. Allahu Akbar (33x)
    d. Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qodiir. (1x)
  4. Bagi yang free@cuti maka hadirkan ke majlis2 ilmu, ziarah orang sakit atau santuni mak/ayah.
  5. Yang dah bertahjud malam tadi, Masyaa Allah tahniah, namun bagi yang terlepas maka buat dhuha 4 rakaat pagi ni.
  6. Lagi apa? apa-apa perkongsian ilmiah yang sahih yang kamu dapati dimedsos, maka sharekan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga.
  7. Pastikan solat di awal waktu, buatlah solat sunat qabliah dan ba’diah. Bagi yang lelaki hadir solat berjamaah di masjid/surau.
  8. Jangan layan muzik, jangan buat perkara yang tidak bermanfaat. Jangan langsung tak usaha untuk beribadah, kronik iman tu…

Selamat beramal.

Uhibbukum Fillah…

Sumber Facebook ~MRJ

MOTIVASI PAGI

Suka atau tidak itulah hakikat yang kita semua perlu terima. Kisah Ferrari Merah JDC 4004.

Kereta Proton Saga Iswara Merah saya ni saya gelarkan dia sebagai Ferrari saya.

Dibeli secara 2nd hand pada tahun 1999 dan hari ini, kereta ni masih lagi disimpan & masih lagi berjasa untuk bertugas di Lombong pasir XXX.

Saya gunakan kereta ni dari zaman saya muda berpangkat Lt Muda hinggahlah saya telah berpangkat Mejar dan berkahwin.

Bila nak masuk ke Kem, Military Police (MP) di pintu masuk selalu tahan saya dan akan tanya siapa saya walaupun di kereta ada stiker rasmi dan saya beruniform.

MP : Assalamualaikum Tuan! Minta kebenaran Polis Tentera menjalankan tugas! Boleh saya tau Tentera ke Awam? Sambil memandang saya yang masih memakai uniform.

Hati ni kadang kala sakit apabila ditanya soalan begini semasa saya memakai uniform. Kalau saya sedang pakai pakaian awam taklah nak terasa sangat. 10 kali masuk Kem, 9 kali kena tahan kalau drive Ferarri ni.

Situasi ini akan berubah apabila saya memandu Mercedes Benz dengan nombor plate single digit **N 1 atau Honda Civic single digit saya yang bernombor *P 5

Apabila saya memandu Mercedes dan Honda ni, MP dari jauh akan terus menghentak kaki dan sedia. Mereka akan terus salute apabila saya menurunkan tingkap dan mereka akan menjeling sticker rasmi dan membenarkan saya masuk tanpa sebarang pertanyaan.

Situasi yang sama juga berlaku apabila saya nak masuk ke UITM XXX untuk urusan perniagaan. Apabila saya memandu Mercedes **N 1 dan Honda *P 5, guard di UITM akan menyediakan parking khas untuk saya.
.m
Jika saya memandu Ferarri Merah saya ni, saya perlu letakkan IC dan parking di tempat lain yang lebih jauh.

Apabila saya ada business meeting atau appointment dengan memandu Ferarri Merah ni, orang yang saya jumpa pasti akan react dengan body language yang agak pelik. Mereka memang tak cakap apa-apa tapi boleh tengok ekspresi muka mereka yang agak ketat.

Sebaliknya situasi akan berubah apabila saya memandu Mercedes & Honda plate single digit.

Apabila berjumpa dengan rakan-rakan sekerja, atau rakan sekolah lama, perkara yang sama turut berlaku 😂.

Ada yang bertanya. Skot ko ni dah Mejar apa la pakai kereta buruk ni. Kedekut betul ko.

Saya bukan peminat kereta. Saya juga tak kisah pasal kereta. Asalkan selesa dan boleh bawa saya bergerak dari point A ke point B itu sudah lebih dari cukup.

Akan tetapi… hakikatnya manusia memang akan menilai status manusia lain dan mengukur kejayaan seseorang dengan kereta yang mereka pandu. Ini termasuk juga dengan barang lain seperti jam, beg tangan, kasut dan harta mewah yang lain.

Mungkin ada yang bengang kalau kena macam ni. Tapi benda yang paling best dalam hidup saya sebenarnya adalah apabila saya boleh pilih kat mana saya nak makan dan apa yang saya nak makan tanpa perlu risau pasal kos.

Lagi epik lagi kalau saya boleh bayarkan makanan orang yang pakai Mercedes & Ferarri dikala mereka masih lagi terkial-kial nak belanja saya makan atau semasa mereka buat-buat tak tau 😂😂

Untuk rakan-rakan yang masih lagi pakai kereta buruk tapi dah habis bayar, berbanggalah dan enjoylah dengan kereta anda. Jangan rasa rendah diri. Sometimes banyaknya keadaan benda ni bukanlah keperluan anda. Jangan terjerumus untuk memenuhi social perceptions.

Sebab apa anda kena enjoy? Anda kena enjoy sebab anda dah ada kereta sendiri berbanding mereka yang pakai Mercedes dan Ferarri tapi masih lagi milik bank.

Biar kereta menjadi hamba kepada kita bukannya kita menjadi hamba kepada kereta. Kita ni boleh hambakan diri kepada Allah S.W.T sahaja.

P/s : Post ni saya tak bermaksud nak cakap kepada semua mereka yang memandu kereta mewah atau kereta baru ye. Tak ada unsur iri hati pun sebenarnya sebab saya bukan peminat kereta.

Post ini hanyalah sekadar perkongsian dan pengalaman yang telah saya lalui sebelum ini.

Anda memandu kereta mewah kerana bersebab especially businessman. Saya sangat memahami situasi anda disitu. 😍

Sumber Facebook : Kredit : Sya’fie Abdul Shukor