Muharram adalah antara 4 bulan-bulan haram (bulan-bulan yang dimuliakan) selain Dzulkaedah, Dzulhijjah dan Rejab.

Namun dari keempat-empat bulan tersebut, Muharram diangkat sebagai bulan keutamaan untuk melakukan ibadah puasa sunat, maksudnya afdhal untuk memperbanyakkan puasa sunat. Maksud adhal adalah ia memiliki darjat(kelebihan/fadhilat) yang lebih dari bulan-bulan yang lain.

Justeru, perbanyakkanlah berpuasa sunat pada bulan muharram seperti:-

  1. Isnin dan Khamis
  2. Tasu’a & Asyura (9 & 10H)
  3. Yaumul bidh (jumaat, sabtu,ahad | 13,14,15H)
  4. Berpuasa spt puasa nabi Daud iaitu berpuasa secara berselang.

Memperbanyakkan ibadah puasa akan mendapat manfaat AR RAYYAN iaitu disediakan pintu khas di dalam Syurga yang mana di dalamnya penuh dengan segala kenikmatan.

Justeru, mari kita berpuasa sunat hari ini (sunat khamis), kemudian yaumul bidh (jumaat,sabtu,ahad), kemudian sunat isnin.

~MRJ

Sumber Facebook – MRJ ( Muhamad Rizal Johari)

JANGAN TAKUT KURANG HARTA DEMI MEMBAIKI AGAMA

Guru kami menceritakan waktu beliau di Baghdad, dia kata ada seorang itu baik dia langgar satu kereta. Bila langgar, tuan tu takda. Dituliskan surat, dan tinggalkan surat. Rupanya kereta dilanggar itu milik Paderi besar. Akhirnya dia telefon dan buat pertemuan.

Mengaku salah dan nak beri ganti rugi.
Paderi itu bertanya,

“Kenapa awak buat macam ni?”

“Sebab saya takut Akhirat saya.”

Ganti rugi dunia kecik je, berbanding Akhirat. Paderi itu jadi kagum.

Ini dia TAUBAT.
Memanglah kita langgar lari tapi tanggungjawab kita tak selesai. Walau kita rugi, kalau beritahu, mengaku kena bayar tapi tak beritahu duit selamat.

Ingat, rezeki kita boleh hilang banyak cara. Kalau tuan-tuan tak hilang sebab bayar gantirugi, ia hilang cara lain. Nanti orang lain langgar kereta kita pula. Rezeki ini berpusing dekat situ, jangan takut untuk kita memperbaiki agama dengan hilang harta. Kan harta itu hak Allah dan Allah kembalikan kepada kita lebih baik?

Ramai orang dia takut bertaubat dengan hilang harta, kena bayar gantirugi itu ini.

Pemilik rezeki itu Allah dan Allah akan gantikan lebih baik.

Sumber Facebook : Pertubuhan Pengajian Ilmu Islam – TOKKU PASIR GUDANG

APAKAH AMALAN YANG BAIK UNTUK KITA LAKUKAN PADA HARI JUMAAT ???

1.Mulakan rutinan diawal pagi dengan bacaan zikir pagi.

  1. Kemudian, ditambahkan dengan berselawat 100x. Jumlah ini bukan syarat khusus, ia sebagai usaha untuk disiplinkan diri agar kita perbanyakkan selawat pada hari Jumaat.
  2. Selesai zikir pagi, selesai selawat, kita cari mana-mana channel kebajikan, dan kita BERINFAQ.
  3. Bila dah naik matahari, kita buat Dhuha 4 rakaat (2 salam). Habis je Dhuha kita baca istighfar ni sebanyak 100x
    رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ

Rabbighfir li, wa tub ‘alayya, innaka antat tawwābur rahim.

  1. Cari masa lapang samada sebelum jumaat atau selepas jumaat kita baca Al-Kahfi (penuh).
  2. Selepas solat asar kita baca zikir petang.
  3. Kemudian, ditambahkan dengan berselawat 100x. Jumlah ini bukan syarat khusus, ia sebagai usaha untuk disiplinkan diri agar kita perbanyakkan selawat.
  4. 1/2 jam sebelum maghrib kita angkat tangan kita berdoa-doa banyak. Nak buat solat sunat wudhuk sebelum tu pun tak de masalah dan lepas tu doa sungguh-sungguh bagi mereka yang ada hajat penting.

Kesimpulan, ingat Jumaat maka ingat Selawat, ingat Sedekah, ingat al-Kahfi dan ingat Doa mustajab dipenghujung asar.

Selamat beramal.

~MRJ

Sumber Facebook : Muhamaf Rizal Johari

Kita tinggalkan anak-anak soleh solehah tak, untuk mendoakan kita lepas kita mati?

Kalau tak ada, jangan kita sibuk mencari-cari dan menyalahkan ALLAH, kenapa ALLAH tak bagi pada kita anak soleh solehah?

Mungkin juga dengan ilmu boleh bawa kita ke Syurga ALLAH.

Mungkin juga dengan harta boleh bawa kita ke Syurga ALLAH.

Mungkin dengan ketiga-tiganya atau mungkin salah satunya akan bawa kita ke Syurga ALLAH.


Perkara berkaitan MASA,

Mengapa bila kita buat benda-benda lagho, kita tak terasa pun masa berjalan begitu pantas?

“Aikkk…. Aku tengok drama dah 3 jam?”

Kita tak sedar.

Tapi bila baca Al-Quran baru 2 muka surat, kita dah menguap.

Masa yang ALLAH beri kepada kita, nanti ALLAH akan tanya kita gunakan untuk apa?


Tubuh badan dan semua nikmat yang lain, ALLAH akan tanya.

Waktu tubuh badan masih sihat, dia pergi masjid. Masya-ALLAH bila dah tak sihat, dengar bunyi azan di masjid, mesti ada airmata yang mengalir dipipinya sebab dia dah tak boleh pergi masjid lagi dah sebab dia sakit.

Kemudian isterinya memujuk,

“Takpe abg. Solat di atas katil pun ALLAH terima.”

Sebelum solat di atas katil, dia diwudhukkan oleh anak-anaknya. Dia terkenang,

“Kalau aku sihat, boleh aku pergi masjid.”

Orang macam ni walaupun dia solat atas katil, ALLAH bagi pahala dekat dia sama macam dia solat jemaah di masjid.

Sebab apa?

Sebab masa dia sihat dulu dia buat.


Bayangkan kalau dia dah diuji begitu baru dia nak sebut,

“Aku nak sembuh Ya ALLAH. Aku nak pergi masjid nak solat jemaah.”

Dia dah sakit baru dia teringat macam tu. Tiba-tiba dia bukan sembuh tapi dia mati. Maka penyesalan itu bersambung di alam sana.


Sedangkan orang yang masa sihat dia buat, dan ketika dia sakit dia buat setakat kemampuan dia.

“Aku masih ada akal. Masih wajib solat.”

Dia buat.

Walaupun sorang-sorang dia solat, tapi ALLAH boleh bagi ganjaran pahala macam dia solat berjemaah.


Tapi kalau dia tak buat masa dia sihat, maka penyesalannya masa tu sangat besar.

“Kalaulah aku sembuh…. Aku nak berlari ke masjid. Aku bernazar Ya ALLAH. Kalau aku sembuh aku nak pergi masjid.”

Tiba-tiba sakaratul maut yang datang.

Maka dia tak boleh patah balik.

Sebab itu ada yang menjerit-jerit selepas kematiannya.

“Ya Robb! Balikkan aku ke dunia. Aku nak ulang balik. Aku nak sihat balik. Aku nak berlari balik ke masjid!”

Allahu Akhbar!


Ketua keluarga akan ditanya tentang keluarganya.

Pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya terhadap rakyatnya.


Kita akan ditanya tentang nikmat pendengaran, penglihatan dan hati yakni fikiran dan soalan tentang niat dalam melakukan amalan soleh.

Hari ni Ustazah Zai datang ke sini, tak ada seorang pun yang tahu niat Ustazah.

Niat nak dapat sampul lepas ni ke?
Niat kerana nak cari redho ALLAH ke?
Niat nak jumpa dan sembang dengan Datin ke?

Tak ada siapa yang tahu kecuali ALLAH.

Sebab itu bila tersalah niat, kita beristighfar dan perbetulkan semula niat.


Kita yang datang sebagai penuntut ilmu pulak, apa niat kita?

“Aku datang majlis ilmu ni sebab aku nak jumpa acik ni. Kalau jumpa acik ni, aku mesti dapat cekodok.”

Memang kita dapat cekodok sajalah nanti.

Jadi betulkan semula niat.

“Astaghfirullahal’azim. Aku datang nak belajar. Bukan nak cari cekodok.”

Subhanallah!

………..

“Hari ni Ustazah bawak tak muruku yang sedap dekat Grand Barakah tu? Saya dah bawak duit ni datang Masjid Mardhiyah semata-mata nak beli muruku.”

Maka dapat muruku sajalah dia.

Subhanallah!

………..

Kita tak sedar perkara ini hari-hari bermain dalam fikiran kita.

Tapi bila kita orang beriman dan berilmu, kita sedar ,

“Silap dah aku ni mai majlis ilmu cari muruku pulak dah. Ya ALLAH. Aku nak belajar ni.”

Maka kita akan dapat balik kebaikan.


Sebab itu ada orang alim menghantar anaknya di muka pintu untuk ke pondok lalu dia berpesan kepada anaknya,

“Kamu ingat wahai anak. Dari sini ke pondokmu itu ada 70 langkah. Jadi mesti kamu pergi sampai ke pondok itu dengan 70 niat. Di dalam niat itu terkandung doa.”

Antara doanya,

  • Aku mahu bertemu dengan guru yang soleh.
  • Aku mahu bercantum silaturrahim dengan kawan-kawan.
  • Aku mahukan ilmu yang diwarisi daripada Nabi SAW.

Mesti ada 70 doa.

…………….

Sedangkan kita?

Pada setiap kayuhan basikal dan pada setiap pusingan tayar kereta menuju majlis ilmu, kita tak pasang niat.

Kita nampak rumah orang, kita komplen,

“Laaa apasal rumah tu cat warna kuning? Kalau cat warna hijau kan lagi cantik.”

Kita masuk saja dalam masjid,

“Laaa masjid ni masih karpet warna hijau dah bertahun-tahun tak tukar-tukar. Tukarlah karpet merah pulak.”

Maka tak jadi pahala.

Sedangkan pada setiap langkah kita boleh berdoa, boleh berniat dan boleh berzikir. Semua itu menjadi ibadah sehingga ALLAH tak tanya kita lagi dah ketika berdiri di hadapan ALLAH.

Tapi jika di setiap langkah kita asyik fikirkan orang, asyik fikirkan dunia , maka di setiap itu jugalah ALLAH akan tanya kita ketika kita berdiri di hadapan ALLAH kelak.

Allahu Akhbar!


Dan soalan tentang niat dalam melakukan amalan soleh, adakah amalannya ikhlas ataupun tidak?

Kita masak-masak dalam keadaan ceria sebab anak dah janji nak balik bawa cucu.

Tiba-tiba anak telefon.

“Ma… Tak jadi baliklah ma. Kena pergi kerja outstation.”

Kita pun geram!

“Kalau aku tahu tadi, tak payah masak untuk budak-budak tu. Menyusahkan aku je!”

Maka tak jadilah kita mukhlisina lahuddin.

……………..

Ya ALLAH!

Banyak dah benda yang sebenarnya kita dah baik atas dunia ni , kita sudah berpenat-penat untuk baik. Tapi ALLAH tak hitung sebab kita tak ikhlas.

Jika kita ikhlas , ALLAH tahu. ALLAH nampak niat kita tadi sebagai ibu nak menggembirakan anak-anak dan sebagai isteri nak menggembirakan suami. ALLAH tahu.

Maka jangan batalkan lagi keikhlasan kita walau apapun ribut taufan yang datang.

“Ehhh….relax je yang? Anak-anak tak jadi balik. Tak marah?”

“Relaxlah Abg. Mama kan mukhlisina lahuddin.”

Inilah kesan ilmu.

…………………

Jadi apa beza orang berilmu dengan orang tidak berilmu?

Kalau kita tak ada ilmu memang kita rasa nak pelangkong kepala semua orang. Nak pelangkong kepala suami. Nak pelangkong kepala anak-anak.

Tapi orang yang berilmu mampu memelihara keikhlasannya, mengawal emosinya serta tindakannya dan tidak akan sengaja mengulangi kesalahan yang sama.

Subhanallah.


[Sebahagian tazkirah dari Ustazah Muzayyanah live dari Masjid Mardhiyah. Alhamdulillah. Jazakillahu Khair Ustazah]

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook : yusnizayaziz

ustazahzai

3 Muharram 1446H
9 Julai 2024

Nota Haji, Bayar Mahal untuk Hidup Susah

  1. Saya pergi haji di bawah pakej PJH, maknanya kos paling rendah dalam RM45k untuk 46 hari. Ada JH yang bayar sampai RM100, 200k juga. Ni geng VVIP. Roommate saya pun ketua pengarah, pengarah, orang minyak dsb. Ada top gun (tak perlu disebut) dalam kerajaan pun bersama pakej kami. Geng2 berduit lah kira.
  2. Mula-mula saya rasa macam tak puas haji VIP ni, tak “feel”. Ikutkan hati macam tak syok nak join pakej, tapi kita mengiring mak, apa yang selesa untuk dia lah. Sepanjang perjalanan Haji, mutawif sering mengingatkan, kita ni “bayar mahal untuk hidup susah”. Sebab realitinya bila sampai ke Arafah-muzdalifah-mina, tiada lagi beza antara yang 10k atau 100k. Bersesak tidur bahu ke bahu dengan orang sebelah, katil tak cukup, khemah terbakar (ya ini berlaku), bas lambat, jalan tutup, beratur toilet panjang, semuanya sebahagian daripada ujian haji.
  3. Pernah sembang dengan rakan mutawif, dia sebut selalunya pakej mahal yang banyak ujian tak disangka. Begitulah Allah maha adil, you cannot buy your way to heaven.
  4. Ceritanya malam pertama kami di Mina, ada sekumpulan yang minta nak balik ke mekah disebabkan masalah-masalah di atas (rujuk 2). Dalam perjalanan balik, ditakdirkan bas tak boleh masuk ke kawasan Mina jadi kami perlu hike sejam merentasi dua terowong, total 3km naik bukit. Ada yang cramp, ada yang naik wheelchair. Mungkin ini kaffarah atas sebab melarikan diri daripada kesusahan.
  5. Malam kedua semua redha tidur di Mina. Ada yang tidur tepi kaki lima, tidur atas kerusi, tak tidur, dan macam-macam posisi lagi. Tak ada komplen lagi dah. Begitulah tarbiyyah Mina.
  6. Secara peribadi saya seronok di sini, sebab dah biasa bermabit, tidur berlaga bahu, beratur tunggu toilet. Sebagai ekstrovert, kita bertenaga bila dikelilingi ramai orang hehe. Tapi siapa yang tak biasa tu, biasakanlah jika nak pergi haji. Boleh cuba hiking dan bermabit untuk tahu what to expect. Kredit :- Yusri Jamal

Sumber Facebook : NotaHajiYJ

Ustaz ada seorang kawan. Kenal sejak zaman muda-muda dulu. Zaman muda dulu dia jenis yang agak kelam kabut.

Sebelum dia masuk maktab perguruan, dia jumpa Ustaz.

“Macam mana ni? Aku tak minat jadi cikgu, tapi dapat maktab perguruan. Dulu, minta universiti tak dapat. Aku nak buat apa ni?”

Bertalu-talu dia tanya solat dengan dahi berkerut seribu.

Ustaz pun tanya dia balik.

“Hang dah buat istikharah ka masa nak minta maktab tu?”

Dia jawab, dah.

“Aku tak tau nak buat apa. Aku betul-betul tak minat nak jadi cikgu. Aku lagi minat berniaga.”

Ustaz pun tenangkan dia.

“Relaks, rezeki kita tak sama dengan orang lain. Tiap-tiap orang ada jalan rezeki masing-masing. Hang dah buat istikharah kan? Mungkin ni jalan rezeki yang Allah nak bagi kat hang.”

“Ya ka? Aku tak boleh la. Aku fikir bukan-bukan. Aku tengok ada kawan-kawan kita pakai kereta. Aku stress. Aku masih tak ada apa-apa.”

Zaman tu kalau pakai kereta Wira Aerobek tu memang dah hebat sangat. Kawan-kawan kerja kilang saja dah pakai kereta.

Ustaz pujuk dia lagi.

“Relaks.., rezeki hang mesti ada satu hari nanti. Hang tenang saja. Sabar.”

Habis saja belajar, dia dapat jadi cikgu. Ustaz ingatkan dia dah gembira dengan kerjaya sebagai guru. Tapi dia datang jumpa Ustaz lagi dengan muka stress.

“Aku dah dapat jadi cikgu. Tapi aku makin stress dan sedih.”

Ustaz pun tanya,

“Pasai apa muka sedih sangat ni. Alhamdulillah.., syukur lah dapat jadi cikgu.”

“Aku sedih sebab aku ditugaskan di Sabah. Kawasan pendalaman pula tu.”

Ustaz pun cakap,

“Hang kena bersyukur. Itu jalan yang dipilih Allah. Hang jangan serabut sangat. Mesti ada hikmah. Hang follow ja apa yang Allah bagi.”

Ustaz tambah lagi.

“Hang kan minat berniaga. Aku doakan hang ada pusat tuisyen kat Sabah nanti.”

Dia pun pergi ke Sabah jadi cikgu.
Apa terjadi?

Tuan puan tahu? Sampai hari ni dia tak ada pusat tuisyen sendiri. Sebab dia dah kaya raya.

Walaupun kawan Ustaz ni tak suka jadi cikgu, dia berusaha jadi guru yang terbaik. Dia mengajar Matematik bersungguh-sungguh. Budak-budak suka cara dia mengajar. Mudah faham. Mak ayah pun suka. Dia jadi guru yang sangat hebat mengajar Matematik.

Macam mana dia boleh jadi kaya?

Dia buat kerja separuh masa mengajar anak-anak tauke balak di Sabah subjek matematik. Tauke balak ni bagi upah tinggi pada kawan Ustaz ni.

MashaAllah, rezeki dari Allah.
Alhamdulillah, tabarakallah…

Tuan puan yang dirahmati Allah.

Ramai orang tidak rasa bahagia dalam hidup. Gelisah dan tidak tenang. Sebab lebih fokus pada apa yang diinginkan, bukan yang dimiliki.

Sempena kehadiran tahun baru hijrah tak berapa hari lagi, jom kita hijrah cara berfikir. Fokus apa yang kita miliki bukan semata apa yang kita inginkan.

Dalam cerita kawan ustaz di atas, Alhamdulillah dia menyedari kelebihan yang ada pada diri iaitu pandai ajar matematik. Jadi, walaupun pada awalnya dia tidak suka jadi guru tapi dia tetap menggunakan kelebihan yang ada untuk beri manfaat yang terbaik kepada anak murid.

Tuan puan, fokus pada apa yang kita miliki adalah sifat orang yang bersyukur.

Allah sebut dalam Al-Quran maksudnya, “Jika kamu bersyukur, aku akan tambahkan nikmat…”
Kenali kelebihan yang Allah beri pada kita lalu gunakannya untuk manfaat diri, keluarga dan orang lain. Inilah bentuk kesyukuran yang Islam perintahkan.

Alhamdulillah. Allah berikan ustaz kelebihan bercakap, bagi motivasi pada orang dan sedikit ilmu, ustaz gunakan di jalan kebaikan.

Alhamdulillah, semuanya atas bantuan Allah.

Tuan puan. Kita dah nak masuk tahun 1446H.

Jom pujuk hati untuk berubah.
Dari sikap kurang baik kepada baik.
Dari sikap baik kepada yang lebih baik.

Semoga tahun baru yang bakal datang, Allah kurniakan kita kebaikan, keberkatan dan kebahagiaan dalam hidup.

Sumber Facebook: Ustaz Hanafi Malek

6/7/2024 (Sabtu)

Tengok orang lain beli itu ini, jalan ke sana sini, menyebabkan diri tertanya: “saya mahu juga.”

Itulah naluri manusia. Siapa tidak suka.

Namun soalan seterusnya ialah: “mahu bayar pakai apa? Bil yang ada pun tidak semestinya lepas bayar. Inikan pula untuk menempah tiket kapal terbang untuk anak beranak.”

Dalam Surah al-Baqarah ayat ketiga, dijelaskan sifat orang bertaqwa apabila bercakap pasal rezeki.

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Antara dapat rezeki atau beri rezeki, orang yang sentiasa peka pada Tuhan akan mengutamakan ‘beri’.

Bukan terima.

Kerana rezeki ialah milik Allah. Allah boleh bagi pada sesiapa yang dikehendakinya. Kita usaha, namun ketentuan rezeki untuk menempah tiket ke London, Mekah atau Lenggong adalah milik Allah.

Apabila kita fokuskan pada apa yang perlu ‘diberi’, maka kita kurang mengira-ngira apa yang saya perlu dapat. Kita memang mahu untuk dapat macam-macam. Namun ia akan selalu mengecewakan.

Apabila kita mengira-ngira apa yang perlu saya beri dan rancang kewangan, Tuhan akan menyusun apa yang perlu kita dapat. Tidak semena-mena kita akhirnya mendapat tiket ke Mekah atau mengirup udara Tokyo. Atau paling tinggi harapan untuk mendapat rahmat menghirup wangian syurga.

Memberi dan berkhidmatlah walau ia lelah.

Sumber Facebook : Fazrul Ismail

lensaquran

tulistadabbur

“Pasal apa hang sampai tak sembahyang Zohor , Asar ni?

“Ya ALLAH…. Hang takdak anak takpalah hang tanya aku soalan macam tu. Fokus hang sembahyang, sembahyang, sembahyang. Aku urus anak. Anak nombor satu nak masuk sekolah. Anak nombor dua nak keluar sekolah. Aku semua kena urus ni. Pak depa bukan ingat apa dah. Maka mana sempat aku nak sembahyang. ALLAH tau lahhh aku tak sempat nak sembahyang.”

Inilah orang yang disibukkan dengan anak pinak.

“Hang pasal apa , dekat masjid pun dah lama tak pernah nampak?”

“Pasal aku sibuk kerja. Lagi aku naik pangkat lagi aku sibuk.”

Inilah orang yang disibukkan dengan harta benda.


Firman ALLAH dalam Surah Al-Munafiqun ayat 9.

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تُلْهِكُمْ اَمْوَالُكُمْ وَلَآ اَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللّٰهِ ۚوَمَنْ يَّفْعَلْ ذٰلِكَ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْخٰسِرُوْنَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat ALLAH. Dan barangsiapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”


Harta benda tak pernah salah.
Anak pinak tak pernah salah.

Jadikan kedua-dua yang ALLAH sebut dalam Al-Quran ini bukan menjauhkan kita dengan ALLAH tapi makin mendekatkan kita dengan ALLAH.


Kita perlu sedar semua yang ada pada diri kita, semua yang kita miliki sekarang yakni keluarga, anak-anak dan harta benda hanyalah perhiasan semata-mata.

Apa makna perhiasan ni sahabat-sahabat?

Ada. Takpa.
Tak ada. Pun takpa.

Perhiasan ini kehendak nafsu.

Bila kita pandai mengurus nafsu, kita akan kata,

“Ohhh…harta dan anak-anak ni hanyalah perhiasan semata-mata. Ada ok, kita boleh bahagia dengan anak dan harta tu. Tak ada pun ok. Kita boleh bahagia tanpa anak dan harta itu.”


“Dan ingatlah sesiapa yang melakukan demikian maka merekalah orang-orang yang rugi.”

Ada anak dan ada harta benda ni rugi ke?

Ada anak ni kemahuan semua orang. Semua orang nak anak. Semua orang nakkan harta. Tapi jangan sampai dua perkara ini menguji kita sehingga kita jauh dari ALLAH.

Sebab itu kadangkala ALLAH uji kita melalui harta dan anak-anak supaya kita tersedar,

“Ya Robb, aku sibuk sangat dengan harta aku, dengan anak pinak aku. Hari ni KAU beri aku ujian. Aku baru jatuh terduduk. Aku terlentang Ya ALLAH. Tapi aku masih lagi boleh bangkit Ya ALLAH . Jangan sampai aku sudah dimasukkan ke dalam liang lahad dalam kesibukan dengan harta dan anak-anak.”


Dengan adanya semua itu ( harta benda dan anak pinak ) sepatutnya menjadikan kita lebih taat kepada ALLAH SWT, bukan sebaliknya iaitu menjadikan kita lalai.

Walau sesibuk mana pun kita sekarang, luangkan sedikit masa untuk memberikan hak kepada yang menciptakan kita iaitu ALLAH SWT.

Rugi sangat kita apabila bermati-matian mengejar dunia yang fana ini. Kita sepatutnya mengejar Akhirat yang selama-lamanya abadan abada.


Siapa orang yang bodoh?

Orang yang bermati-matian mengejar dunia. Dia tahu dunia ini akan binasa tapi itu yang dia kejar. Dia terus menerus mengumpul harta dan kesenangan dunia dengan melupakan kehidupan abadi selepas ini.

Inilah orang yang rugi.

Dia sibuk dengan kehidupan dunia. Dia lupakan kehidupan yang abadi. Rugilah apabila menukarkan kehidupan di Syurga yang kekal abadi dengan kehidupan dunia yang sementara ini.

Ibaratnya kita memilih batu kerikil berbanding batu permata yang jauh lebih cantik dan berharga.

Manakala orang bijak adalah orang yang mengejar Akhirat sebab dia tahu Akhirat itu selama-lamanya.


Sebab itu ALLAH sudah beritahu bahawa manusia ini hidup dalam kerugian.

“Kita mana ada rugi? Perniagaan kita untung. Anak kita ramai, kita untung. Harta kita banyak. Kita untung.”

Kita kata kita untung. Kita ada itu kita ada ini.

Sedangkan ALLAH lebih mengetahui.

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.”

(QS Al-Asr 103:1-3)

_______W-A-S-Y-K-U-R-U-L-I__

[Sebahagian tazkirah dari Ustazah Muzayyanah dalam Wasykuruli pagi ini. Alhamdulillah. Jazakillahu Khair Ustazah ❤️]

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook : yusnizayaziz

ustazahzai

wasykuruli

24 Zulhijjah 1445H
1 Julai 2024

JAUH TAPI DEKAT

“ibu sendirian? Mana yang lain?”

Sebaik saja mengusap muka selesai berdoa .. di uja soalan. Sekumpulan ibu-ibu dari Indonesia melempar senyuman.

Dalam hati mahu sahaja menjawab.. “Mahram ku suamiku Muhd Kamil Ibrahim sedang sakit di rumah namun terpaksa ditinggalkan. Di sini daku senang berseorangan .. terasa dekat disisi Tuhan”

Soalan tulus. Saya angguk .. malas berborak. Mata memerhati mereka berbahagi kentang rebus.

“Hotel ibu dekat-dekat sini?”

Jenis peramah. Masih memancing. Saya masih diam. Hanya anggukan.

Alasan utama saya memilih bersendiri kerana mahu mengelak berbicara perkara sia-sia. Tambahan pula di hadapan kaabah.

“Enak kali ya buk hotelnya dekat. Hotel kami jauh .. 7 km. Jam 2.00 pagi kami udah mulai jalan kaki”

Saya menatap satu-persatu wajah mereka. Berbilang usia. Paling muda barangkali seusia dengan saya. Namun semangat setiakawan mereka begitu utuh. Saling membantu.

Katanya seharian mereka berada di dataran kaabah. Dari subuh hingga usai Isyak. Hanya keluar sebentar untuk ke tandas dan berwuduk kemudian masuk semula.

Hati tersentuh. Melihat cara pemakaian .. mereka bukan orang senang. Ia memaksa saya membuka mulut.

“Tahukah ibu … berapa ramai mereka yang tinggal di hotel berhampiran masjidilharam tetapi pilihan solatnya di bilik sahaja.

Ibu-ibu semua .. hotelnya jauh. Berjalan kaki berkilometer tetapi solatnya di depan kaabah.

Hakikatnya mereka tinggal dekat tapi dijauhkan Allah dari memasuki Baitullah.

Ibu semua tinggal jauh tapi diberi kekuatan semangat rasa dekat dan diizinkan sujud menghadap kaabah.

Allah .. jauh tapi dekat. Sujud syukur lah”

Lalu, kami bergilir berpelukan menangis berhiba-hiba.

“Kami miskin buk. Puluh tahun nyimpan uang. Itulah bila dijemput Allah ke Baitullah kami mahu duduk di sini aja. Kapan lagi bisa ke mari”

Bagi saya ke tanah suci ini .. keistimewaan bukan semata-mata terletak pada kelas tempat duduk dalam pesawat atau bilangan bintang hotel tempat menginap.

Tetapi … berapa kerap dan dekat dirimu diizinkan sujud dalam Baitullah.

Sumber Facebook : RozaRoslan #haji2023 #hajikutanpamahram

BAHAGIA SEBENAR APABILA DIBERI HAK ALLAH

Syeikh Abdul Qadir menyatakan, ‘Keberanian sebenar’ – istilah keberanian dalam beragama, perkara yang menjadi jihad / fokus, perkara yang menjadi keutamaan dalam kehidupan kita ialah kita menunaikan hak Allah SWT kerana dengan sebab itu, Allah menciptakan kita,

وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

(Surah Adz-Dzariyat, 56)

  • Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu

Sepatutnya, semestinya kesibukan kita macam mana memenuhi hak Allah SWT. Siapa kesibukannya memenuhi hak yang lain daripada Allah (makhluk), maka Allah SWT akan membiarkan dia dalam keadaan tanpa perlindungan, rahmat (kasih-sayang).

Bahkan Allah akan jadikan hak yang cuba dipenuhi selain Allah, disia-siakan.

Ada orang memang dia bela binatang, hak binatang dia jaga sungguh-sungguh. Dia sendiri mati tak sempat tapi dia beri hak binatang dulu. Dia jaga hak. Rumah binatang lebih cantik daripada bilik dia, makanannya lebih mahal. Mungkin.

Ada orang meletakkan hak keutamaan pada kenderaannya,
Kenderaannya cukup bersih tapi diri dia sendiri, tak bersih.
Kenderaan dia berkilat.

Ada letak keutamaan pada perhiasan, diletakkan dalam kotak / almari. Dipelihara, dijaga. Itu yang dia ingat, fikir untuk tambah.

Setiap orang ada keutamaan dalam hidupnya, hidupnya menterjemahkan siapa dia di sisi Allah SWT. Dalam hadis Nabi SAW menyatakan: “Orang beriman yang merasakan kemanisan dalam beragama, ialah yang menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaannya.”

Suatu ketika Nabi SAW berkata, “Wahai Muaz, apakah kamu tahu akan hak Allah yang mesti dilaksanakan hamba-hambaNya? Dan apakah kamu tahu hak hamba, yang akan dipenuhi oleh Allah SWT sebagai balasan atas perbuatan itu..?”

  • Hak Allah yang perlu dipenuhi hamba

Kata Muaz bin Jabal RA, “Allah dan Rasul lebih tahu.”

Maka jawab Nabi SAW, “Hak Allah yang mesti dipenuhi oleh hamba-hamba ialah sentiasa sibuk beribadat kepada Allah. Dan menjauhi segala perkara yang boleh mensyirikkan Allah SWT.

Dan hak hamba ke atas Allah, bilamana dia melakukannya (dia benar-benar sibukkan diri mentaati Allah) sekecil perkara sehingga sebesarnya dan benar-benar menjauhi segala perkara yang boleh membawa kepada syirik, sama ada bicara, perbuatan, iktikadnya kalau dia jaga nescaya Allah Taala tidak akan mengazabnya (dimasukkan dia ke dalam Syurga).”

Kesibukan orang-orang beriman adalah memikirkan bagaimana penuhi hak Allah.

  • Setiap masa, ketika
  • Setiap bicara
  • Setiap Tindakan

Kita kena fikir, di mana hak Allah di sini?

Pada harta kita ada hak Allah,
Pada masa kita ada hak Allah,
Pada segala kita miliki ada hak Allah yang perlu dilaksana, dipenuhi.

Gagal memahami hak Allah, bererti kita gagal mendapat bahagia dunia Akhirat.

Siapa yang bahagia di dunia kerana dia berjaya memenuhi hak Allah, manusia bila cuba bahagia, dia cuba penuhi hak-hak yang boleh membahagianya. Dia beri hak isteri, moga-moga isteri okay dengan dia. Dengan itu dia bahagia.

Diberi hak rumah, dihiaskan supaya rumah itu boleh tenangkan dia.

Diberi hak kepada binatang ternak, peliharaan supaya dia boleh bermain dan bergembira.

Diberi hak kepada kawan-kawan, sembang, lepak.
Bahkan hadiah, supaya kawan boleh gembirakan dia.

Kita akan beri hak semua yang boleh bahagiakan kita. Tapi kita lupa pokok-pangkal bahagia itu, bermula daripada kita beri hak kepada Allah.

Akhirnya banyak kita dengar, orang kaya bila dia jatuh dia kata, “Saya baru kenal kawan baik, kawan jahat.”

“Saya baru tahu, siapa kawan yang menangis bersama saya.”

Demikian manusia mengulangi kesilapan dia, “Saya baru tahu..”

Sumber Facebook : TOKKU PG
‘Relive’ – Penuhi Hak-hak Allah
Kitab Kurnia Rabbani Limpahan Rahmani
21 Julai 2021