Mulai hari ini bermulalah tahun baru Masihi iaitu 2024 pada usia yang baru. Bagi yang masuk umur 40 tahun maka slowkanlah (kurangkan) aktiviti duniawi dari segi liburan, lepak, memancing, hiking dan sebagainya. Kita sering dengar ramai rakan terdekat kita yang telah kembali kepada Tuhan dalam range usia 40an.
Pada usia ini kita kena sungguh-sungguh buat persediaan untuk kita berhijrah ke alam yang lain. Hakikatnya kita tidak tahu bila ajal kita datang, namun ia boleh hadir pada bila-bila masa tanpa menunggu usia tua.
Sudah-sudahlah jika kalian asyik layan kereta, asyik join band, layan karaoke, layan media sosial berlebih2an. Cuba judge diri kita dengan keupayaan membaca Al Quran. Pasti boleh baca dengan baik? Dalam setahun yg lalu dah berapa kali kita khatam?
Rakan facebook ku yang dikasihi….
Yang Pertama, kita jangan tunggu pada usia tua baharu nak beramal kerana pada waktu itu keadaan kesihatan kita tidak akan terdaya. Betapa ramai yang kita dapat dengar dan mungkin dapat lihat sendiri orang yang mati terkejut pada usia di awal 40an, yang mengalami sakit jantung diusia 30an, yang kena penyakit gout, darah tinggi pada awal 40an dan pelbagai penyakit lain yang tidak dijangka lebih-lebih lagi kita berada pada zaman wabak ini. Ekoran mendapat penyakit di pertengah usia ini ia akan menyebabkan pergerakan akan terbatas, tak terdaya lagi nak ke masjid, lesu utk baca Quran, lemah utk bangun tahjud dan byk halangan-halangan yang lain. Justeru masa kita usia muda atau memiliki kesihatan yang baik ni lah yang kita perlu usahakan utk perhebatkan amal ibadah rajin2 g masjid, rajin2 ke majlis2 ilmu dan byk berbuat kebaikan.
Yang kedua, apabila masuk usia 40 adalah usia yang membawa rentak kebiasaan kehidupan kita kepada kepenghujungnya.
Justeru kita kena renung dan lihat diri kita apabila masuk usia 40 tahun. Kalau kita tak bawa jiwa@diri kita kepada Agama maka ketika masuk usia 40 tahun kehidupan kita yang seterusnya akan kekal mengikut bawaan diri kita pada usia tersebut dan ia mungkin akan kekal hingga kita mati. Maksudnya, jika umur kita 40an masih lagi tak solat maka akan berterusanlah selamanya, kalauu 40an masih tak tutup aurat maka berkemungkinan besar akan kekal lah keadaan itu sampai ia mati, kalau dah usia 40an masih melayan karaoke, bermuzik maka sampai ke mati la dia akan terus bergelek @ berdangdut dan bermuzik. Kalau dah masuk 40 tahun masih lagi lagho (buat hal yg sia2, masjid tak nak pergi, kuliah jauh sekali, quran tak bukak, hanya sibuk buat hal yg tak manfaat) maka akan berterusanlah keadaan itu hingga akhir hayatnya.
Maka kerana itu , tentang usia 40 tahun ni..Allah ada sebut di dalam Quran dan Allah suruh kita DOA sebaik masuk usia 40 tahun sebagaimana yang difirmankan di dalam Quran surah Al-Ahqaf surah yg ke 46, ayat 15 iaitu:
حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَال
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
“Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa,
“Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri “.”
(QS. Al-Ahqaf: 15)
Justeru, pada tahun baru masihi 2024 yang baru bermula hari ini, kepada mereka yang masuk usia 40 tahun, silalah baca doa ini, jika tak boleh baca dalam bahasa arab maka bacalah di dalam bahasa rumi. Angkat tangan dan baca doa ini sungguh-sungguh.
Pada yang belum mencapai usia 40an, manfaatkanlah usia muda kalian dengan mencari ilmu, duduk dimajlis-majlis ilmu, belajarlah Al Quran dan tadabbur serta latih diri untuk melakukan amalan-amalan sunnah seperti zikir pagi & petang, tahajjud, dhuha, rawatib serta berpuasa sunat.
Semoga Allah SWT memberikan kebaikan kepada kita semua.
Sumber Faceboomk: Muhamad Rizal Johari
1/1/2024
~ MRJ