PERKARA YANG TIDAK PERLU DIPAMERKAN DI MEDIA SOSIAL…

  1. Ibadah mu.

Menyatakan kamu baru bangkit. Kamu baru habis mengerjakan solat. Kamu sedang “checked in” di masjid atau surau. Melainkan bagi tujuan dakwah. Mengajak teman-teman untuk sama-sama beribadah. Dan berkongsi demi kebaikan.

  1. Kehidupan cinta mu.

Kerana semua perkara hanyalah pinjaman. Segala hal yang paling membahagiakan kamu adalah hal yang paling menyedihkan atau menyakitkan nanti. Hati manusia milik Allah. Bisa jadi hati orang yang mencintai mu berubah dalam sekelip mata. Bisa jadi hati mu juga yang bakal berubah. Bisa jadi mereka pergi tanpa kita duga. Simpan kisah cinta dan kebahagiaan mu dengan penuh syukur. Cukup menyatakan rasa cinta hanya kepada orang yang kamu cinta dan kepada Allah.

  1. Kewangan mu.

Segala hal kewangan mu tidak memberikan manfaat kepada orang lain dan diri melainkan bagi harta yang disedekahkan. Semuanya hanyalah pinjaman.

Kata Ustaz Azhar Idrus, orang yang suka mempamerkan hartanya adalah seperti orang yang meminjam harta orang lain, kemudian menunjuk-nunjuk dengannya. Kerana semua harta dan kekayaan adalah pinjaman dari Allah.

  1. Masalah keluarga mu.

Samada dalam bentuk sindiran terhadap pasangan, ipar, mertua, adik beradik, anak-anak. Mengadu-ngadu di media sosial. Semuanya tidak mendatangkan kebaikan. Semua masalah adalah bersifat sementara. Kelak akan membuat kamu kesal nanti.

  1. Kesusahan mu.

Apa sahaja bentuk kesusahan yang sedang kamu alami pada saat ini tidak perlu kamu kongsikan. Segala bentuk kepayahan adalah alasan bagi diri untuk kita terus melangkah. Apabila kamu telah melepasinya, ketika itu lalu kamu kongsikan…. Ianya akan menjadi inspirasi. Banyak orang yang tidak suka kan kita ketika kita susah. Dan banyak orang yang suka melihat kita susah. Ulang baca dan cuba fahami.

  1. Perancangan masa depan mu.

Bekerjalah dalam senyap. Sehingga kamu berjaya mencapai impian mu nanti. Ketika kita merancang. Allah juga merancang. Namun perancangan Allah adalah lebih baik. Fahami tentang ini.

Sumber Perkongsian FB:
Oleh: Dzuriasikim Dzulkefli

(Gambar saya bersama anak-anak dari perkampungan Mabul. Anak-anak ini sangat bahagia bermain dengan “kereta” yang dibuat dari botol bedak. Hidup yang sederhana tetapi penuh dengan kecukupan. Tidak ada gajet buat anak-anak ini. Tidak ada yang perlu mereka berlumba pamerkan…).

TAHAJJUD.

  1. Subuh masuk lewat ketika saya sedang menulis posting ini. Bangunlah sedikit awal sebelum masuk waktu Subuh untuk menunaikan solat Tahajjud. Jika tidak biasa, inilah waktu terbaik untuk kita melatih diri.

  1. Tunaikanlah solat Tahajjud sekurang-kurangnya 2 rakaat pada setiap awal pagi sebelum masuk waktu Subuh. Untuk permulaan itu adalah yang terbaik. Jika berasa tidak mampu, tunaikanlah sekurang-kurangnya seminggu sekali.

  1. Apabila sudah biasa nanti, bangun lebih awal lagi. Dan lagi. Waktu terbaik untuk menunaikan solat Tahajjud adalah pada satu per tiga malam. Bangunlah dari tidur mu.

  1. Tidak ada malas atau letih lagi jika kita benar-benar mahukan sesuatu. Tahajjud adalah “ubat” terbaik bagi segala “penyakit” dunia. Jalan terbaik untuk membuang resah mu, sedih mu, sakit mu, bahkan untuk sakit fizikal juga. Segalanya adalah sangat mudah bagi Allah. Tidak ada satu pun yang sukar bagiNya jika Dia berkehendak untuk memberi.

  1. Duhai wanita, berhentilah untuk mengadu damba kesedihan mu kepada orang lain. Tempat yang terpaling baik untuk kamu mengadu segala kesukaan, kebahagian, kesedihan, ujian, kesakitan, bahkan apa sahaja…. Adalah ketika kita bersujud dan hanya kepada Allah. Bukan di Mukabuku mu.

  1. Tidak ada orang yang berasa susah untuk bangkit di malam hari jika mereka benar-benar mahu. Jika kita tidak mahu bangkit, itu bererti kita belum cukup mahu.

  1. Satu satu doa yang tidak lari daripada sasaran walau seinci ialah DOA pada waktu 1/3 malam.

Pembuktian dalam Al-quran satu-satunya Solat Sunat yang diabadikan dalam Al-quran adalah Solat Tahajjud:-

“Dan pada sebagian malam hari bersalat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.”
(Q.S. 17:79 ).

  1. “Doa di Saat Tahajud Bagaikan Anak Panah yang Melesat Tepat Mengenai Sasaran”
    (Imam Syafi’i)

Lihatlah bagaimana mudahnya bagi mu untuk mencari jalan keluar….

  1. Mulai dari hari ini, marilah kita berazam untuk bertahajjud pada setiap hari.

  1. Paksa diri untuk permulaan. Selepas seminggu, dua minggu dan 3 minggu, kita akan mula rindu jika meninggalkannya. Sungguh Tahajjud itu adalah sangat ajaib bagi yang tahu.

Semoga kita bersahabat sehingga ke Syurga.
Amin.

Sumber FB:
Dzuriasikim Dzulkefli

Trust Allah for everything no matter what.

Saat kehilangan, yakin dengan Allah. Saat mendapat sesuatu, yakin dengan Allah. Saat menang, yakin dengan Allah. Tika diuji, yakin dengan Allah. Tika ada masalah, yakin dengan Allah. Pada saat segalanya tidak berlaku seperti yang kamu harapkan, tetaplah yakin dengan ketentuan Allah dan tingkatkan syukur kepada Allah kerana Dia sedang melindungi kamu dari apa yang tidak dapat kamu lihat.

Sumber FB:

Dzuriasikim Dzulkefli.

Setiap saat ada yang meninggalkan dunia ini….

Kita juga sedang berada dalam “barisan” yang sama (Menunggu giliran…).
Kita tidak tahu berapa yang akan pergi sebelum tiba masa kita.
Kita tidak boleh berganjak ke belakang “barisan”.
Kita tidak boleh keluar “barisan”.
Kita tidak boleh elakkan dari terus berada di “barisan” ini.

Jadi, sementara kita semua masih berada di “barisan” ini…

Nikmati setiap detik dalam hidup.
Pilih keutamaan dalam hidup.
Adakan waktu agar kita dapat melakukan yang terbaik untuk diri kita.
Perbanyakkan sedekah kerana itulah harta kita.
Jadikan diri kita lebih berharga.
Suarakan isi hati dengan baik (jangan hidup dalam penjara yang kita bina sendiri).
Hargai sekecil-kecil perkara dalam hidup.
Bahagiakan seramai mungkin sahabat dan sesiapa sahaja di sekeliling kita.
Lakukan sesuatu untuk merubah hidup agar lebih baik.
Sayangi diri.
Hargai diri.
Hiasi diri dari segi fizikal dan ilmu.
Pastikan kita selalu beritahu orang yang kita sayang betapa kita sangat sayangkan mereka.
Pastikan tidak ada kesal dalam hidup.
Pastikan kita siap sedia selalu untuk pergi ke negeri abadi…. Subhanallah.

Peringatan untuk diri…

Sumber FB:
Dzuriasikim Dzulkefli

BERSIHKAN HATI

Bersih hati adalah bersifat ghaib. Tak ada orang yang tahu sejauh mana hati kita ini bersih. Bersih hati bermaksud, ikhlas dan jujur dalam segala perkara. Sejauh mana kita ikhlas dan jujur terhadap diri dan orang sekeliling, hanya diri kita dan Allah sahaja yang tahu.

Belajarlah untuk bersihkan hati kita dalam memberi, berkata-kata, melakukan perbuatan, pekerjaan, persahabatan, persaudaraan, hubungan pasangan, terhadap anak-anak, ipar duai, adik-beradik… malah dalam segala hal.

Ianya bermaksud, jika kita memberi… beri dengan ikhlas tanpa niat untuk mendapat balasan apa lagi mengungkit. Ketika kita berbuat baik dengan orang, buat baik dengan semua orang tanpa mengira darjat atau kekayaan. Tanpa ada hasrat atau tujuan perniagaan. Tanpa ada sebarang keinginan tersirat.

Ikhlas adalah bererti ketika kita melakukan sesuatu, kita tidak mengharapkan balasan atau ucapan terima kasih atau apa sahaja. Kita beri dan kita lupakan. Selagi ada perasaan mahu dihargai atau mahu jasa kita dikenang (atau disebut-sebut), bererti kita belum cukup ikhlas.

Orang yang bersih hatinya tidak akan pernah rugi. Yakinlah. Setiap perbuatan baik mu akan mendapat balasan. Ianya akan datang dalam bentuk kebahagiaan atau rezeki atau kesihatan atau kejayaan. Apa sahaja yang baik….

Ketahuilah, ketika kita berbuat sesuatu sedangkan dalam hati kita tidak ikhlas, ianya menjadikan diri kita berada dalam vibrasi yang rendah (low vibration).

Berada dalam “low vibration” akan menjadikan diri anda sering mudah tidak bahagia, air wajahnya tidak bercahaya (kerana hati yang ikhlas akan terpancar kepada wajah), sering dijauhi, malah akan menarik kepada banyak hal-hal yang tidak baik.

Untuk lebih mudah bersihkan hati, tetapkan hati bahawa segala perbuatan kita hanya kerana Allah. Senyum kerana Allah, berbuat baik kerana Allah, memberi kerana Allah, bekerja kerana Allah. Bukan untuk pujian manusia. Cukup Allah tahu sahaja.

Orang yang bersih hatinya akan lebih tenang dan berlapang dada dalam apa juga hal.

Ketenangan dan kebahagiaan hati adalah dua perkara yang sangat mahal dalam hidup.

Sumber FB:Dzuriasikim Dzulkefli

LA TAHZAN SIRI 27 : “Jangan Sampai Masalah Kecil Menghancurkan Hidup Anda”.

Link Live Dari Ustazah Muzayyanah @ustazahmuzayyanah : (20+) Facebook

Ramai dalam kalangan manusia yang bersedih hanya kerana perkara-perkara kecil yang tidak bererti. Lihatlah orang-orang munafik, betapa rendahnya semangat dan tekad mereka. Berikut ini adalah perkataan-perkataan mereka:

“Janganlah kamu sekalian berangkat (pergi berperang) di dalam panas terik ini”. (At-Taubah:81)

“Berilah kami izin (tidak pergi berperang) dan janganlah menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.” (At-Taubah:49)

“Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga).” (Al-Ahzab:13)

“Kami takut akan mendapat bencana.” (Al-Ma’idah:52)

“Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya.” (Al-Ahzab:12)

Kasihan mereka! Mereka adalah orang yang dikalahkan, dan jiwa mereka akhirnya sengsara!.

Hidup mereka hanya terbatas kepada soal perut, pinggan yang penuh makanan, rumah dan istana, mereka tidak pernah mahu mengarahkan pandangan mata mereka ke atas, memandang langit yang dapat menjadi perbandingan hidup di dunia. Selamanya mereka tidak akan melihat bintang-bintang kemuliaan di atas langit sana. Mereka mementingkan sesuatu hanya terbatas kepada pengetahuan mereka seperti soal kenderaan, pakaian, kasut dan makanan.

Cuba perhatikan perjalanan hidup manusia! Anda melihat mereka pagi dan petang dalam keadaan bersedih. Terkadang kesedihan mereka hanya disebabkan berselisih dengan isteri, anak atau kerabat dekatnya. Setiap pagi dan petang ada sahaja terdengar kata-kata yang tidak enak dan terlihat sikap yang tidak menyenangkan. Ini semua, pada dasarnya justeru merupakan musibah besar bagi manusia-manusia seperti itu. Kebanyakan aktiviti yang mereka lakukan tidak berdasarkan motivasi dan niat yang agung. Waktu yang mereka habiskan sama sekali tidak berorientasi pada kepentingan yang mulia.

Padahal, pepatah mengatakan: “Jika air telah keluar dari bejana, udara akan datang memenuhinya.” Maka renungkanlah kembali hal-hal yang selama ini telah anda pentingkan dalam hidup anda, atau yang telah membuat anda resah setiap saat!. Benarkah semuanya itu layak memperoleh perhatian dan bahagian yang sedemikian besar dalam hidup anda? Mengapa anda rela mengorbankan fikiran, daging, darah, ketenteraman dan juga waktu hanya untuk persoalan-persoalan remeh tadi?

Ibarat orang berjual-beli, apa yang anda lakukan itu sebenarnya suatu kerugian besar yang dibayar dengan harga yang murah. Para ahli psikologi sering mengatakan: “Buatlah batasan yang rasional (wajar) untuk setiap hal!” Dan lebih tepat dari kalimah ini adalah firman Allah Ta’ala.

…..Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Ath-Thalaq: 3)

Yakni; letakkanlah setiap persoalan sesuai dengan ukuran, nilai dan kadarnya dan janganlah sekali-kali anda melakukan kezaliman dan melampaui batas!

Komitmen para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk selalu berada di bawah naungan Islam diwujudkan dalam bantuk bai’at (berjanji setia) kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Hal inilah yang menjadi sebab mereka selalu mendapatkan keredhaan Allah. Namun demikian, terdapat salah seorang daripada para sahabat yang mementingkan untanya sehingga melewatkan proses bai’at. Kerana sikap yang demikianlah, hasil yang ia perolehi hanyalah kesialan dan kerugian.

Oleh kerana itu, tinggalkanlah perkara-perkara yang remah dan tidak penting, janganlah sampai anda hanya disibukka olehnya dan waktu anda dihabiskan kerananya! Dengan demikian, nescaya anda akan merasa sebahagian besar kesedihan anda selama ini lenyap dan yang tersisa hanyalah kesenangan dan kegembiraan.

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

LA TAHZAN SIRI 26 : “Jangan Masukkan Setiap Peristiwa Ke Dalam Hati Anda”.

Link Live Dari Ustazah Muzayyanah @ustazahmuzayyanah : (20+) Facebook

Ada sekelompok umat manusia merasakan kegundahan dalam diri mereka seolah-olah diri mereka terlibat dalam perang dunia, padahal mereka sedang berada di atas tempat tidur. Tatkala peperangan itu selesai, yang mereka perolehi hanyalah luka di dalam perut mereka, tekanan darah tinggi dan diabetes. Mereka selalu merasa terlibat dengan semua peristiwa hidup yang terus berlangsung. Mereka marah hanya kerana naiknya harga barang, gusar kerana hujan tidak segera turun dan kelam-kabut tidak keruan kerana turunya nilai mata wang. Mereka selalu berada dalam kegelisahan dan kesedihan yang tidak berkesudahan.

“Mereka menyangka bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka.” (Al-Munafiqun:4)

Nasihat saya untuk anda, janganlah meletakkan bola dunia di atas kepala anda. Biarkanlah semua peristiwa itu terjadi, dan jangan simpan di dalam benak anda. Orang yang memiliki hati seperti bunga karang akan menyerap semua isu dan berita bohong yang berkembang, padahal semuanya itu hanya akan membuat perasaan menjadi semakin tidak tenteram dan cepat termakan serta larut dengan kebohongan. Sikap ini akan mempengaruhi rutin dan aktiviti harian anda dalam mencari nafkah, yang pada akhirnya akan menganggu kegiatan anda yang lainnya. Hati seperti ini, umpama seekor gajar yang akan membahayakan pemiliknya dan menghancurkan lingkungan sekitar.

Mereka yang telah menjiwai maksud kebenaran akan sentiasa menambah pelajaran hidup dan nasihat bagi hati untuk memperkuatkan keimanan. Sebaliknya, orang yang tidak menjiwai maksud kebenaran, hanya akan menambah goncangan ketakutan bagi diri mereka sendiri. Sebesar mana pun keberanian seseorang dalam menghadapi dugaan, semua itu tidak akan bermanfaat tanpa diiringi dengan keimanan yang kukuh. Seorang pemberani yang sejati adalah orang yang memiliki daya tahan yang tinggi, tabah, mempunyai keyakinan yang kuat, tenang dan berlapang dada dalam menghadapi dugaan. Sedangkan seorang yang pengecut justeru akan menyembelih dirinya sendiri berulang kali, setiap hari, dengan pedang ketidakpastian, kebohongan, khayalan dan mimpi.

Jika anda menginginkan sebuah kehidupan yang tenang dan tidak bergoncang oleh badai kehidupan, maka hadapilah semua permasalahan dengan keberanian dan ketabahan. Dengan keberanian dan ketabahan, tidak akan ada sesuatu yang membuat diri anda gentar menghadapi orang yang tidak mempunyai keyakinan sama sekali. Jangan terpancing dengan tipu daya yang mereka lakukan. Jadilah seperti besi yang menghadapi berbagai peristiwa, kuat menghadapi krisis dan tegar melawan badai. Sungguh kasihan mereka yang memiliki hati yang lemah, betapa berat goncangan hidup yang menimpa mereka berkali-kali dalam setiap harinya.

“Dan sungguh kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling tamak kepada kehidupan (di dunia).” (Al-Baqarah : 96)

Sedangkan orang-orang yang memiliki hati yang kuat akan sentiasa mendapatkan pertolongan daripada Allah SWT dan sentiasa yakin dengan janjiNya.

“Lalu menurunkan ketenangan atas mereka.” (Al-Fath : 18)

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

LA TAHZAN SIRI 25: “Sabar Itu Indah”

Link Live Dari Ustazah Muzayyanah @ustazahmuzayyanah : (20+) Facebook

Menghias diri dengan sifat sabar merupakan akhlak orang-orang mulia. Mereka menghadapi kesulitan hidup dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah serta penuh kepercayaan diri. Oleh itu, jika kita tidak bersabar, apa lagi yang boleh kita lakukan?

Apakah anda mempunyai penyelesaian yang lain selain daripada bersabar? Dan apakah anda mengetahui senjata lain selain daripada kesabaran untuk menghadapi persoalan hidup?

Suatu ketika seorang tokoh menghadapi berbagai musibah yang datang silih berganti dalam hidupnya dan juga berbagai kesulitan yang berluma untuk menghancurkannya. Setiap kali selesai daripada satu kesulitan, kesulitan yang lain pula datang mengunjunginya. Meskipun demikian, ternyata dia mampu menepis segala kesulitannya itu dengan kesabaran dan menjadikan kepercayaannya terhadap Allah SWT sebagai perisai diri daripada kehancuran.

Demikianlah yang dilakukan oleh orang-orang mulia dan terhormat itu dalam berjuang melawan setiap dugaan dan mencampakkan semua kesulitan hidupnya terkapar di atas tanah.

Ketika beberpa orang sahabat menziarahi Abu Bakar ra yang sedang terbaring sakit, para sahabat berkara kepadanya: “Apakah perlu kami panggilkan seorang tabib untuk mengubatimu?” Jawab Abu Bakar ra: ‘Seorang tabib telah memeriksaku!” Para sahabat pun bertanya: “Apakah yang dikatakan olehnya?” Jawab Abu Bakar ra: ‘Innii fa’aalun limaa uriid (Sesungguhnya aku boleh melakukan apa sahaja yang aku mahu).”

Bersabarlah! Akan tetapi, ketahuilah bahawa anda tidak mampu bersikap sabar kecuali atas pertolongan dan taufik daripada Allah SWT. Bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangya pertolongan Alla SWT, orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali, orang yang mengharapkan pahala, dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa. Bersabarlah, meskipun anda menghadapi berbagai persoalan hidup dan menghalangi jalan yang akan anda tempuhi. Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.

Saya telah membaca beberapa biografi tokoh terkenal di dunia in, dan saya terpegun dengan besarnya kesabaran dan agungnya ketabahan mereka dalam menghadapi berbagai macam cubaan yang datang terus-menerus, bagaikan air dingin yang menitis di atas kepala mereka. Akan tetapi, daya tahanan mereka tetap kukuh bagaikan kukuhnya gunung. Kebenaran menancap kuat ke dalam diri mereka dan mereka sedar bahawa waktu di dunia ini sangatlah singkat dan wajah mereka kembali bersinar memancarkan cahaya seiring dengan datangnya mentari kemenangan, keceriaan dan masa pertolongan. Bahkan ada di antara mereka yang tidak hanya cukup bersabar sahaja, namun justeru menghadang semua bencana itu dan berteriak lantang di hadapan musibah-musibah itu sambil menyatakan tentangannya.

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

LA TAHZAN SIRI 24 : “Berkelanalah Menjelajahi Bumi”

Link Live Dari Ustazah Muzayyanah @ustazahmuzayyanah : (20+) Facebook

Di antara perkara yang dapat melapangkan dada dan melenyapkan awan kesedihan dan kesusahan, adalah berjalan menjelajah negeri melihat alam sampai ke pelusuk negeri dan berkeliling ke semua daerah di bumi yang luas ini. Lihatlah bentangan alam yang terbuka luas ini untuk dikaji agar anda dapat melihat apa yang tertulis oleh pena kekuasaan Allah SWT, bahawa di alam ini terdapat lembaran ayat-ayat Allah SWT yang indah. Tujuannya agar anda dapat menyaksikan taman, kebun, sawah dan bukit-bukit hijau yang indah mempesona.

Cubalah anda keluar dari rumah, lalu perhatikanlah apa yang berada di sekitar anda, di hadapan mata anda, dan di belakang anda! Cubalah daki gunung ganang, turunlah ke lembah-lembah, panjatlah batang-batang pepohonan, minumlah air yang jernih, dan ciumlah harum bunga mawar! Pada ketika itu, anda akan merasai jiwa anda benar-benar merdeka dan bebas sebagaimana burung yang berterbangan di angkasa melafazkan tasbih kebahagiaan.

Keluarlah dari rumah anda, lemparlah tabir hitam yang menghalangi pandangan anda, kemudian berjalanlah di bumi Allah yang sangat luas ini dengan sentiasa berzikir dan bertasbih!

Mengurung diri dalam bilik yang sunyi bersama kekosongan yang menyakitkan merupakan jalan untuk bunuh diri. Bilik anda bukanlah dunia yang sbeenarnya dan anda bukanlah manusia satu-satunya di ala mini. Oleh yang demikian, mengapa anda mesti menyerahkan diri dan berputus asa? Bukanlah sebaiknya anda menyatukan pandangan, pendengaran dan hati untuk menyeru diri anda sendiri:

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat”. (At-Taubah:41)

Ayuh! Sempatkan diri untuk membaca Al-Quran, baik ketika sibuk mahupun ketika masa luang. Senandungkan Al-Quran di tepi-tepi sungai, di pinggiran hutan yang rimbun, di antara burung-burung yang sedang berkicau membaca untaian puisi cinta, atau di hadapan gemeresik aliran air sungai yang sedang mengisahkan perjalanannya dari hulu ke hilir.

Menjelajahi ke beberapa pelusuk negeri merupakan suatu kenikmatan yang disarankan oleh para doctor terutama mereka yang sedang stress menghadapi suatu persoalan dan tekanan yang berat dalam hidupnya dan bagi orang yang terkurung dalam biliknya yang sempit. Oleh sebab itu, marilah sesekali kita berjalan menjelajah pelusuk negeri untuk mencari ketenangan, bergembira, berfikir dan sekali gus menghayati ciptaan Allah SWT yang sangat luas ini.

“Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (sambil berkata): Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau.” (Ali’ Imran : 191).

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

LA TAHZAN SIRI 23: “Allah Adalah Satu-satunya Penolong”

Link Live Dari Ustazah Muzayyanah @ustazahmuzayyanah : (20+) Facebook

Menyerahkan semua urusan kepada Allah, bertawakkal kepadaNya, percaya terhadap janji-janjiNya, redha dengan apa yang dilakukanNya, berbaik sangka kepadaNya, dan menunggu dengan sabar pertolongan dariNya, merupakan sebahagian daripada buah keimanan yang paling besar dan merupakan salah satu daripada sifat mukmin yang paling mulia. Dan ketika seorang hamba merasa tenang bahawa apa yang akan terjadi itu baik baginya, dan ia menggantungkan setiap permasalahannya hanya kepada Tuhannya, maka ia akan memperolehi pengawasan, perlindungan, kecukupan, kekuatan serta pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

            Ketika Nabi Ibrahim ‘Alaihissamal dilempar ke dalam api, ia mengucapkan, “Hasbunallah wa ni’mal wakil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)”, maka Allah pun menjadikan api yang panas itu dingin seketika dan Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam pun selamat (tidak terbakar).

            Demikian juga halnya yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabatnya Radhiyallahu ‘anhum tatkala mereka mendapat ancaman dari pasukan kafir dan penyembah berhala, di mana mereka juga mengucapkan, “ Hasbunallah wa ni’mal wakil.”

…. cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan ni’mat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. (Ali-‘Imran:173-174).

Manusia tidak akan mampu melawan setiap bencana, menakluk setiap derita, dan mencegah setiap malapetaka dengan kekuatannya sendiri. Ini adalah kerana, manusia diciptakan sebagai makhluk yang sangat lemah. Mereka hanya akan mampu menghadapi semua itu dengan baik apabila mereka bertawakkal kepada Tuhannya, percaya sepenuhnya kepada Pelindungnya, dan menyerahkan semua perkara kepadaNya, maka ia akan memperolehi kekuatan.

      Sebaliknya, jika mereka tidak bertawakkal, jalan keluar mana lagi yang boleh dilakukan oleh hamba yang hina dina ini dalam menghadapi berbagai-bagai macam ujian dan cubaan?

….dah hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal jka kamu benar-benar beriman. (Al-Ma’idah:23)

Oleh kerana itu, wahai orang yang menyedari kelemahan dirinya, bertawakkallah kepada Yang Maha Kaya dan Yang Maha Kuat, yang mempunyai kekuatan yang amat besar, yang tiada bandingannya agar diri anda selamat dari berbagai kesusahan dan keluar dari bencana!. Jadikanlah “hasbunallah wa ni’mal wakil” syair dan semboyan yang selalu menyelimuti Langkah hidup anda. Jika harta anda berkurangan, hutang anda banyak, sumber penghidupan anda berkurang, dan mata pencarian anda menyempit, mengadulah kepada  Tuhanmua seraya mengucapkan “hasbunallah wa ni’mal wakil”.

      Apabila anda takut menghadapi musuh, cemas terhadap perlakuan orang zalim, atau khuatir terhadap permasalahan kehidupan, maka ucapkanlah dengan tulus akan kalima: “hasbunallah wa ni’mal wakil”.

…. dan cukuplah Rabbmu menjadi Pemberi Petunjuk dan Penolong. (Al-Furqan:31)

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).