Allah akan beri sesuatu pada kita bila kita layak dan patut serta mampu menerimanya pada waktu yang terbaik. Ada ketika kita layak tapi tak patut terima. ada ketika kita patut terima tapi tak layak. Ada ketika ianya lambat lagi bukan sekarang. Timing yg tepat adalah rahsia Allah.

Sebab Allah sayang kita
Allah yg buat kita
Pastinya Allah tak mahu kita rosak

So let us just keep moving forward.
Never attached ourselves to anything.
If we too much attached to people we will lost them .If we too much attached to money we will become bankcrupt.

Stay focus and positif.
Jalan terusssss …

Sumber : Raja Shamri
#jomjadiorangbaikbaik
#rajashamri2022
#drmaszleemalik

#KEADAAN_ORANG_TUA_YANG_PERLU_DIKETAHUI

Bagi mereka-mereka yang tidak ada pengalaman menghadapi orang tua yang telah tua dan nyanyuk, berikut merupakan simptom2 kebiasaan yang akan berlaku pada diri mereka yang mana keadaan ini tidak ada kena mengena dengan gangguan jin.

Bermula keadaan nyanyuk bagi mereka yang telah tua adalah seawal usia 70an dan semakin mereka bertambah umur, keadaan sikap dan perangai mereka akan diluar jangkauan/batasan. Mereka tidak lagi menjadi diri mereka yang sebelum. Kita juga akan menghadapi situasi yang sama jika ditakdirkan sampai ke usia sedemikian.

Pada keadaan umur mengjangkau 70an ke atas, keadaan2 berikut akan berlaku kepada mereka:-

1) Dia (mak/ayah) sangat sensitive , sangat senang merajuk dan cepat marah.

2) Dia sangat takut apabila bersendirian dan sentiasa memerlukan seseorang disebelahnya.

3) Dia akan banyak bercerita tentang kisah silam.

4) Dia akan mengatakan sering melihat arwah ayah/maknya yg telah meninggal di dalam rumah atau memaklumkan bahawa ramai arwah dari kerabat2nya mendatanginya.

5) Dia akan menjerit secara tiba-tiba

6) Dia akan mintak sesuatu yang tidak logik, namun usahalah untuk penuhi permintaannya semampunya.

7) Dia akan bercakap sorang-sorang dan merasakan sesuatu yang memerhatikannya.

8) Sakit anggota tubuh yang berpindah2 bahagian.

9) Bagi yang perempuan, dia akan menjadi tabiat untuk sentiasa membelek2 beg tangan.

10) Mereka perlu dijaga dan diberi perhatian seperti anak kecil.

Bersabar dan bertabahlah wahai anak syurga di dalam menghadapi situasi yang mencabar ini, kerana kesulitan yang kalian hadap itu terhidang satu peluang keampunan yang besar di sisi Tuhan. Jangan marahi mereka kerana mereka tidak lagi mampu untuk berfikir dan membuat keputusan tatkala apa yang berlaku itu mereka tidak lagi sedar. Kita juga akan menjadi spt mereka. Gunakan pedekatan sikologi utk tenangkan mereka. Rendahkan suaramu, tahan marahmu kerana kamu sedang menikmati pahala-pahala besar yang dihidangkan.

Sebuah hadith pada sanad yang baik, daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, bahawa satu hari Nabi SAW menaiki mimbar, ketika baginda menaiki anak tangga yang pertama, baginda menyebut: “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga yang kedua, baginda menyebut: “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga, baginda menyebut: “Amin”. Para sahabat bertanya: “Ya Rasullullah, kami mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali”.

Baginda menjawab: “Ketika aku menaiki anak tangga yang pertama, Jibril datang kepadaku dan berdoa:-

“Celakalah seseorang hamba yang bertemu dengan Ramadhan, tetapi keluar daripadanya dosanya tidak diampunkan.Lalu aku pun menyebut Amin.”

Kemudian Jibril berdoa: “Celakalah seseorang hamba yang memiliki ibu dan bapanya yang hidup(diusia tua) atau salah seorang daripada mereka masih hidup(di dalam keadaan tua), tetapi hal itu tidak memasukkan si anak ke dalam Syurga. Aku pun menyebut Amin.”

Kemudian Jibril berdoa lagi: “Celakalah seseorang hamba yang nama engkau (iaitu nama Rasullullah SAW) di sebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau. Aku pun menyebut Amin.” (Hadith hasan riwayat al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. hadith: 644).

Pada doa yang kedua itu, Allah telah beri rezeki pahala untuk sianak apabila diberikan orang tua yang masih hidup, namun sianak tidak ambil peluang untuk berbakti , sedang keadaan itu dapat mengampunkan dosa-dosa si anak lalu menyebabkan sianak itu tidak dapat masuk Syurga.

Sumber :
~MRJ

Tenang Di Penghujung Usia 30 an

Tenang di penghujung usia 30 an.

Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang ‘temper’ selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting.

Asyik melenting sahaja!

Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham.

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah ??. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Ipar duai.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari ?.

You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah kenderaan rosak.
Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene ‘repair’ sana sini.
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah

– ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’ ?.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!

Baik, ‘kan Allah
.
.
.
Yes. Life is simple. Do good and good will come to you.

Please share it to save more people out there.
Kita pun copy paste juga ?

Rasulullah ﷺ memiliki sifat suka menyimpan harapan yang baik.

Kalau matahari terbenam, setiap hari Nabi ﷺ berdoa:
“Ya Allah, siangmu telah pergi, malammu sudah mula tiba, berikanku keampunan dan kebaikan.” “Ya Allah, apa keadaanku yang ada di waktu pagi ini, berikan aku segala kebaikan.” Yakni munculnya pagi, Nabi ﷺ berdoa inginkan kebaikan. Datangnya malam, dengan terbenamnya matahari, Nabi ﷺ berdoa juga.

Yakni terbitnya dan terbenamnya matahari disikapi Nabi Muhammad ﷺ dengan doa kepada Allah dan harapan kebaikan سبحانه و تعالى

‎. اَللَّهُمَّ إِنَّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذاَ الْيُوْمِ، وَخَيْرَ ماَ فِيْهِ
، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذاَ الْيُوْمِ وَشَرِّ مَا فِيْهِ.

“Ya Allah aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini, dan kebaikan apa yang ada di dalamnya, dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan hari ini dan keburukan apa yang terdapat didalamnya.”

*Kalau malam, ganti dengan perkataan malam.

Yakni Subhanallah, kita ini diajar dalam agama berinteraksi dengan alam ini, hari-hari.

Mana boleh orang lupa pada Allah, kalau sikapnya bila terbit dan terbenamnya matahari – disikapi dengan doa, jadi, bila dia akan lupa Allah?

Inilah mukmin yang dikatakan dia selalu ingat kepada Allah kerana tidak melihat sesuatu dihadapannya, kecuali mengingatkan dia kepada Allah سبحانه و تعالى.

Sumber :
– disunting daripada pengajian bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid | MTDM 17012020

DIDIK DIRI

Yang pertama, bagi yang masih ada ibu, sungguh2lah utk jaga hatinya, ikhlaskan hati bila berurusan dgnnya dan jangan berkasar dengan ibu. Allah larang anak berkasar dgn ibu meskipun dgn berkata seringan “AH!”. Ingatlah sekiranya ibu kandung kita tiada , bakti untuknya tidak sama serta tidak akan mampu diganti dengan kehadiran 1000 ibu angkat. Maka kerana itu Allah meletakkan bakti kpd ibu itu diangkat sebagai amal soleh yg berpahala besar.

Yang kedua, untuk para muslimah, bersungguh2lah menjaga aurat. Aurat bukan beerti menutup rambut semata, tetapi ia adalah pakej yg termasuk menutupi bentuk badan. Hakikatnya setiap sesuatu yang bernilai dan mahal itu ia pasti akan dibalut kemas dan dibungkus dengan rapi misalnya emas, tetapi untuk barang2 yg tidak bernilai maka ia dibiarkan bersepah, dilonggok dan dijual murah. Dari tamsilan ini begitulah wanita keadaan wanita yang rapi menutup aurat mereka bernilai disisi Tuhannya.

Yang ketiga, usahalah untuk bangun tahjud kerana apabila kita mampu menundukkan nafsu kita untuk berjuang bangun di malam hari, maka kita akan mudah utk menundukkan nafsu disiang hari. Beribadahlah dgn hati yg ikhlas dan penuh mengharap.

Yang keempat, didik diri kita agar sering bersedekah kerana sedekah adalah bukti keimanan. Apa maksud bukti keimanan? Dengan bersedekah itu ia akan membuatkan diri kita tak pentingkan dunia dan tak menjadikan dunia itu berharga pada kehidupan tatkala ia mendidik diri kita agar lebih cinta kpd akhirat. Orang2 yang mampu melakukan sedekah Masyaa Allah.

Sumber : MRJ

HARTA FARAID

#HARTA_FARAID

Apabila berlaku kamatian, apa yang perlu dengan harta simati?

1) Lunaskan hutangnya.
2) Agaihkan kepada waris semada secara faraid atau persetujuan bersama untuk diberi secara sama rata selepas dibahagian secara faraid terlebih dahulu.

Tak boleh guna harta simati untuk buat majlis tahlil kerana harta itu perlu difaraidkankan terlebih dulu kemudian atas urusan perwaris secara peribadi masing-masing samada dia nak mensedekahkan atau sebagainya.

HARAM ADIK BERADIK YANG MENGGUNAKAN HARTA FARAID SECARA KEPENTINGAN PERIBADI KERANA MEMAKAN HARTA FARID ADALAH SAMA SEPERTI MEMAKAN HARTA ANAK YATIM DAN DOSA INI PASTI AKAN DIPERSOALKAN DIAKHIRAT KELAK. HABUAN DUNIA MUNGKIN LEPAS, NAMUN AWASI TUNTUTAN AKHIRAT YANG MENGERIKAN.

Justeru, harta peninggalan simati samada ia berupa wang ringgit atau emas atau tanah dan sebagainya WAJIB diserahkan kepada yang diperintahkan oleh Agama kerana harta faraid adalah harta Allah yang diperintahkan untuk diagihkan berdasarkan Nas dari Al Quran,

Surah AnNisaa’ Ayat 7.
لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ ۚ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا

Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, samada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu iaitu bahagian yang telah DIWAJIBKAN (dan ditentukan oleh Allah).

Ingatlah sekiranya ada dikalangan adik beradik yang memegang harta peninggalan arwah dan menggunakan harta itu untuk kepentingan peribadi maka ia termasuk perbuatan zalim yang mengundung musibah oleh makbulnya doa orang yang dizalimi. Hal ini juga akan menyebabkan amalannya dikhirat menjadi muflis seperti yang disebutkan oleh Nabi s.a.w di dalam riwayat hadith yang shahih.

~MRJ

KISAH SERBAN SULTAN AL FATIH YANG SANGAT BESAR

Beberapa minggu lepas saya sempat singgah di maqam Sultan Muhammad Al Fatih. Benda yang paling menarik perhatian saya adalah serban besar yang terletak di bahagian atas maqam Sultan Al Fatih ni.

Dan kalau tengok serban sebenar Sultan Muhammad Al Fatih ni memang serbannya lagi besar daripada kepala dan lagi lebar daripada muka.

Tour guide saya di Turki yang sangat pakar dengan sejarah Turki, Tuan Hazimin Sulaiman tanya saya ” cuba teka serban tu digunakan untuk apa? ”

Jawaban paling logik saya boleh fikir adalah sejadah. Tuan Hazimin kata salah.

Ah sudah. Apa lagi ni. Takkan serban dijadikan selimut pulak kan. Ok, saya mengalah.

Tuan Hazimin bagitahu saya ” Serban tu sebenarnya adalah kain kafan dia. Kain kafan itulah yang Sultan Muhammad Al Fatih duk junjung tiap masa ”

Allah. Terbeliak mata saya. Sultan yang berjaya buka kota terbesar dunia, Constantinople pada masa itu di usia 21 tahun rupa-rupanya junjung dan bawa kain kafannya setiap masa!

Betullah sabda Nabi dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW telah ditanya;

“Siapakah dikalangan mukmin yang paling bijak? Rasulullah SAW
bersabda; “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang paling baik
persediaannya untuk selepas daripada mati, mereka itulah orang-orang yang
bijak”.
(Riwayat Ibnu Majah).

Benar sekali,

Bila kita ingat mati, kita taknak dah dengki mendengki.
Bila kita ingat mati, kita taknak dah mencaci maki.
Bila kita ingat mati, fokus kita lebih tinggi.
Bila kita ingat mati, kita lebih persiapkan diri.
Bila kita ingat mati, masa jadi lebih berkualiti.
Bila kita ingat mati, kita akan spend masa dan energy kita pada benda yang lebih bererti.

Dapat sesuatu kan?

– Taufiq Razif –

Kredit : Mohd Heakal

Beberapa minggu lepas saya sempat singgah di maqam Sultan Muhammad Al Fatih. Benda yang paling menarik perhatian saya adalah serban besar yang terletak di bahagian atas maqam Sultan Al Fatih ni.

Dan kalau tengok serban sebenar Sultan Muhammad Al Fatih ni memang serbannya lagi besar daripada kepala dan lagi lebar daripada muka.

Tour guide saya di Turki yang sangat pakar dengan sejarah Turki, Tuan Hazimin Sulaiman tanya saya ” cuba teka serban tu digunakan untuk apa? ”

Jawaban paling logik saya boleh fikir adalah sejadah. Tuan Hazimin kata salah.

Ah sudah. Apa lagi ni. Takkan serban dijadikan selimut pulak kan. Ok, saya mengalah.

Tuan Hazimin bagitahu saya ” Serban tu sebenarnya adalah kain kafan dia. Kain kafan itulah yang Sultan Muhammad Al Fatih duk junjung tiap masa ”

Allah. Terbeliak mata saya. Sultan yang berjaya buka kota terbesar dunia, Constantinople pada masa itu di usia 21 tahun rupa-rupanya junjung dan bawa kain kafannya setiap masa!

Betullah sabda Nabi dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW telah ditanya;

“Siapakah dikalangan mukmin yang paling bijak? Rasulullah SAW
bersabda; “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang paling baik
persediaannya untuk selepas daripada mati, mereka itulah orang-orang yang
bijak”.
(Riwayat Ibnu Majah).

Benar sekali,

Bila kita ingat mati, kita taknak dah dengki mendengki.
Bila kita ingat mati, kita taknak dah mencaci maki.
Bila kita ingat mati, fokus kita lebih tinggi.
Bila kita ingat mati, kita lebih persiapkan diri.
Bila kita ingat mati, masa jadi lebih berkualiti.
Bila kita ingat mati, kita akan spend masa dan energy kita pada benda yang lebih bererti.

Dapat sesuatu kan?

– Taufiq Razif –

Kredit : Mohd Heakal

AMALAN HARIAN SEPATUTNYA KITA BUAT…

Amalan harian yg sepatutnya kita buat:

1. Bangun malam
(sekitar jam 3 pg)
– mandi dn ambil wuduk.

2. Solat Sunat Wuduk.

3. Solat Sunat Taubat.

4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).

5. Solat Sunat Hajat
(minta Allah swt makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta)

6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfr 100x

8. Tahlil 300x

9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x

10. tasbih 40x

11. Solat sunat fajar

12. Solat subuh.

13. Baca Yaasiin lepas subuh.

14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor
-solat sunat sebelum
-solat sunat selepas

16.Solat Asar
-solat sunat sebelum

17. Solat maghrib
-solat sunat selepas

18. Solat Isya’
-solat sunat sebelum
-solat sunat selepas

19. Sebelum tidur
baca :
– Al-Quran
– Surah Al-Mulk
– Surah Sajjadah
– Surah Al-Waqiah

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“Di dunia bukan tempat utk berehat, tetapi tempat utk beribadat.”

[Ustaz Ismail Kamus]

SANTAPAN ROHANI

Maafkan saya bro…

Petang tadi masa aku gi jemput anak . Sampai satu tempat tu tenampak le satu keta benti kat tepi jalan. Bonet depan tebukak. Keta gosak le ni(ati aku cakap). Aku pelahan le. Nampak le sowang mamat ni tengah bebelek enjin. Dalam keta aku pasan ada gak penumpangnya. Mandangkan tempat tu ok,aku benti le.

Masa jalan ke keta tu,aku nampak dalam keta tu dua pompuan dewasa,sowang budak kecik dan sowang budak lelaki. Mungkin sekuaga le ni…

“Asalamualaikum bro. Pehal ni?” Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata keta buat hal. Minyak macam tak naik,tetiba mati katanya sambil pegang spana idup. “boleh saya tengok?” Aku tanya dia. “Bro pomen ke?” Dia tanya aku balik.”tak ahh…tapi saya penah kena cani dulu” aku bagitau dia. “Takpe la bro,gase saya boleh setel ni”. “Oo…ok la kalu cantu” kata aku sambil bepusing nak blah. Tetiba aku denga sore pompuan…”masuk ni dah 2-3 orang nak nolong,awak tanak pulak. Tak paham la saya apa masalah awak ni!!”.

Aku pun pusing balik kat dia. Aku soh dia ke tepi. Aku cabut salur minyak yang datang dari oil pump. Memang tade minyak. Aku mintak spana idup yang dia pegang dan bukak oil pump. Check ada main ke tak. Aku tengok ok je…Dalam hati cakap,takkan le sampai minyak kering cani. Setau aku,kalau pun oil pump gosak minyak mesti akan meleleh sesikit dari salur tu bila kita cabut dari oil pump.

Aku mintak masuk keta dia,on kunci dan tengok meter minyak- tak naik langsung!! Meter tu gosak katanya.

Tapi aku perasan,riak muka dia ada lain sikit. Malas banyak cite aku klua dan terus ajak dia cari pomen. Memula dia tanak. Tapi lepas bini dia membebel keta buruk la,tak beguna la,apa la dia pun setuju. Anak lelaki dia ikut sama.

Masa dalam keta tu,aku cadangkan supaya beli minyak dulu. Mana le tau kut-kut minyak tak sampai pulak. Tetiba anaknya menyampuk bagitau dia lapar dan haus. Dia diam je…sampai stesen minyak dia cakap nak gi tandas kejap. Aku lak terus masuk dalam,beli air soya dua kotak besar,2 bantal roti bun(ntah kenapa aku boleh tepikey nak belikan) dan bayar temasuk minyak.

Aku bagi bebende tu kat anak dia. Lepas isi minyak dalam bekas yang memang sentase ade dalam keta aku. Dia nak bayar,tapi aku cakap kang la, macam la begatus…

Mungkin tegase nyusahkan aku,dia cakap takyah cari pomen. Dia mintak aku hantar kat keta dia balik. Aku ok je la…dalam 2 kilometer nak sampai dia soh aku benti kat tepi jalan. Anaknya tanya apsal? Dia cuma cakap ada hal nak bagitau aku. Ahh sudah…aku punye la saspen mase tu tuhan je yang tau.

Aku pun benti le…tetiba…”bro,saya nak mintak maaf sesangat dengan bro”. “Apsal?” Aku tanya. Kelopak matanya bekaca digenangi air.
“Sebenarnya saya bohong. Keta saya tak gosak pun bro. Keta saya tu memang habis minyak.” Aku tak dapat cakap apa dah…”Saya memang tade duit nak isi minyak. Saya ingat minyak keta sampai la ke gumah,tapii…” Aku masih diam…”duit bro ni kang pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya bro…” Aku bagitau dia,pasal duit tu. Takpe…aku halalkan.

Dia sambung lagi. “Percaya tak kalu saya cakap yang Allah dah makbulkan doa saya? Demi Allah bro…dekat dua jam kami kat sana tadi. Memang ada dua tiga orang yang benti. Tapi tak buat macam yang bro buat ni. Diowang cuma tanya,tengok sesikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya. Alhamdulillah…Allah hantar bro untuk saya.”

Aku cakap takkan la sampai camtu sekali aihh… Dah memang kebetulan pun aku lalu sini nak ambik anak. Ada masa aku tolong le…Tapi dia tetap begiye ucap tima kasih kat aku. Lantak le hei…

Lepas tu dia pandang anaknya.
“Abang,maafkan babah ye. Babah belom dapat nak belikan kasut yang abang nak tu. Babah memang dah tade duit. Tadi babah dah belikan barang dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi?” Anaknya angguk kepala.

“Lagi satu,abang jangan marah ibu ye. Ibu bising pasal keta kita tu sebab kesian kat abang,kakak dan adik. Ibu tu tanak anak-anaknya susah. Depan pakcik yang baik ni babah buang gase malu babah ni. Biarlah pakcik ni nak anggap babah apa. Babah malu dengan ibu,malu dengan anak-anak babah. Tapi babah nak abang tau. Babah sentase beusaha untuk senangkan ibu ngan anak-anak babah. Babah harap abang paham ye.” Katanya lagi dalam sedu sedan. Anaknya terus peluk dia. Dua beganak tu bepelukan sambil menangis. Aku klua keta…Sumpah…Demi Allah,aku pun nanges sama…

Sambil lap lap air mata,aku masuk keta balik. Aku hantar dia ke keretanya. Tanganya terus memegang bahu aku. Lepas enjin ketanya hidup,aku salam dan selit sikit duit kat tapak tangannya. Pantas dia peluk aku. “Jangan bro,saya dah banyak menyusahkan. Maafkan saya…saya janji akan bayar balik apa yang bro dah bagi saya ni.” Dia mintak nombo tipun aku.Ndak tak ndak aku bagi…

Aku panggil anak lelakinya tadi. Aku peluk…aku pesan sikit kat dia. “Nak,belajar rajin-rajin ye. Jaga ibadat…Besok kalu dah bejaya, jaga babah ngan ibu macam babah jaga nenek sekang. Doa bebanyak supaya babah tu sentase sehat dan tabah”. Sambil aku selitkan duit yang babahnya tanak tadi ke kocek seluarnya. Anaknya angguk sambil lap air matanya.

Allahu Akbar…sepanjang pemanduan hati aku sebak semacam. Sikit doa aku titipkan untuk bro tu semoga dia terus tabah menempuh kehidupan membela keluarganya. Terdetik dalam hati betapa besyukurnya hidup aku…

Ya Allah. Dalam aku sentase mengeluh dan mengenang kesusahan,Kau sedarkan aku yang selama ni sentase lupa bahawa ada owang yang lebih susah dari aku. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku menyembah dan memohon pertolongan.

Bukan niat aku untuk betakbur riak,sekadar buat renungan dan peringatan betapa besyukurnya hidup kita.

Sumber: Wong Bo Sie https://goo.gl/MLZkHp

#KITA_HIDUP_UNTUK_APA?

Hidup untuk makan atau makan untuk hidup?

Quran menyebut , Firman Allah SWT “tidak AKU jadikan jin dan manusia itu melainkan kesemunya mesti BERIBADAH kepadaKU”

Amalan sunnah itu terlalu banyak, namun ada amalan2 penting yang dianjurkan agar ia distiqomahkan. Justeru jika kita tak mampu buat kesemua amalan2 yang disunnahkan, maka tackle amalan ini sungguh-sungguh.

Berikut merupakan amalan berpahala besar yang kita cuba usahakan. Jika tak mampu buat semua maka jangan meninggalkan kesemua kerana menyesal nanti bila kalian meninggal.

1) Jangan tinggalkan solat sunat berikut :-
a) Fajar
b) Witir
c) Dhuha

2) Jangan tinggalkan berpuasa sunat at least 3 hari dalam sebulan

3) Baca Quran at least semuka sehari

4) Bersedekah seminggu sekali, jika berat at least sebulan sekali

5) Solat di awal waktu kena jaga

6) Zikir pagi/petang diamalkan secara istiqomah

7) Duduk di dalam majlis ilmu at least sebulan sekali

Moga-moga kita sama-sama dapat melakukannya, Insyaa Allah.

SALIN DAN TICK MANA YANG KALIAN ADA BUAT…NILAIKAN BERAPA PERATUS YANG KITA ADA BERIKAN KOMITMENT DIRI KITA UNTUK AKHIRAT.

Sumber :

~ MRJ