https://www.tiktok.com/@user15413372729470/video/7297039026824006930
Setiap Peluh yang Menitis
Setiap peluh yang menitis adalah permulaan awal segaris senyuman ahli keluarga di rumah. Seorang lelaki akan menguatkan dirinya dalam perjuangan demi mencukupkan keperluan isteri dan anak-anak.
Meskipun beliau sedang sakit, beliau tetap bangkit kerana hati tidak kuat melihat keluarganya menderita. Betapa bahagianya Ketika beliau boleh melihat anaknya sekolah, isterinya memasak dan keluarganya berada dalam keadaan yang aman.
Sekelip mata rasa lelahnya hilang. Bukankah tiada perhiasan yang lebih berharga bagi seorang lelaki selain daripada isteri solahan? Sesuatu yang paling membahagiakan hidupnya. Senyuman isterinya. Juga doa anak-anak yang soleh dan solehan.
Beliau Kembali bekerja, dan tidak berhenti berjuang. Sepahit dan sesakit apa pun di luar rumah, beliau rela dan menerimanya. Beliau kuat menanggungnya kerana tahu ubatnya ada di rumah.
Sumber Buku : Biar Susah Asal Lilah
Dwi Suwiknyo
Disalin semula Oktober 2023
Percaya Diri Sendiri Dengan Penuh Keyakinan
Jangan malu dengan cara orang lain memandangmu. Sandarkan hati kita hanya kepada-Nya, bukan kepada sinidiran orang.
Kalau melayani dan memikirkan kata-kata orang lain, tidak akan ada penghabisan. Semakin kita terpengaruh dengan kata-kata mereka, hidup kita tetap terumbang ambing sendiri. Mungkin kita akan menjadi layang-layang yang terputus talinya dan melayang-layang tidak tentu arah. Akhirnya ia jatuh dengan sendiri diterpa angin.
Hidup kita terlalu berharga untuk layan hal-hal negatif yang mampu membunuh harapan kita. Tidak ada orang yang benar-benar tahu keadaan diri kita kecuali diri sendiri.
Barangkali, orang terdekat kenal dan memahami diri kita, tetapi untuk urusan hati dan perasaan, hanya diri kita yang lebih memahami, bukan? Hanya kepada-Nya kita berserah diri dengan memanjatkan doa-doa dan harapan dengan bersungguh-sungguh.
Dia memang berkehendak, tetapi kita juga diberikan keluasan untuk memohon pertolongan bukan? Jadi kalau sekarang kita masih goyah hanya kerana sindirian orang lain, bererti kita belum bersungguh-sungguh dalam bermnajat kepada-Nya.
Bukanya kita sombong dengan tidak menghiraukan kata-kata orang lain, tetapi kita tahu dan kenal diri kita sendiri. Apa kata-kata yang menyihatkan dan kata-kata yang bagaimana pula mampu melukai perasaan?
โIngat, siapa pun berhak memberi saranan, komen, berbicara apa pun tentang kita. Namun begitu, kita juga berhak menerima dan menolaknya. Jangan semuanya dimasukkan ke dalam fikiran dan hati. Ini kerana, Allah melihat apa yang kita kerjakan, bukan apa yang mereka katakana.โ
(Ayumaigo)
โHidup kita terlalu berharga
untuk layan hal-hal negatif
Yang mampu
membunuh harapan kita.
Tidak ada orang yang
benar-benar tahu
keadaan diri kita,
kecuali diri sendiri.โ
Sumber Buku : Biar Susah Asal Lilah
Dwi Suwiknyo
Disalin semula Oktober 2023
Sedekah..

Sumber FB:
Ustaz Hanafiah 7/10/2023
Adakalanya waktu yang paling tepat untuk berdoa ialah pada ketika hati paling berat untuk berdoa.
Benar, ada masa kita terlalu ‘down’ hingga segala-galanya mati dan terhenti. Rasa dan fikir kita mati. Langkah dan upaya kita seakan terhenti.
Masjid tempat paling tenang itupun terasa berat untuk dijejaki. Solat seakan-akan terawang-awang hingga segalanya terasa berlalu begitu kontangโฆ gersang.
Pada waktu itu, istighfar dan berselawatlah. Duduk, pejamkan mata, tarik, simpan dan hembuskan nafas dengan perlahan-lahan. Katakan pada diri, aku tidak punya apa-apa, segalanya milik Mu ya Allah.
Jika segalanya berpunca daripada dirimu sendiri, istighfarโฆ pasti itu daripada dosa. Jika pada orang lain, lepaskanโฆ biar Allah yang membalas.
Jika memaafkan terlalu sukar, jangan dipaksakan. Tetapi terimalah itu sebagai takdir yang tidak mungkin dapat ditangkis. Memaafkan itu satu rasa. Rasa tidak mungkin dapat dipaksa.
Hanya katakan pada diri, biarlah Allah yang membalas. Allah sentiasa berada di pihak hamba yang dizalimi. Biarkanlah sumber kesakitan itu tertawa semahu-mahunya, tetapi yakinlah air mata mu lebih berbisa.
Selagi kau tidak melakukan dosa, itulah modal mu untuk bahagia. Bersedia berperang bukan bererti tidak berani untuk berdamai. Jangan dihunus belati kemarahan, sebaliknya simpan, pendam dan tahanโฆ itu petanda taqwa yang ada di dalam dada.
Jangan sekali-kali mengundang perang, namun jika diri mu telah diserang, lawanlah dan patahkan tengkuk kezaliman dan pengkhianatan itu habis-habisan!
(Pesan-pesan pasca haji bersama Tuan Guru ustaz Salehuddin di masjid Ampang baru-baru ini)
Sumber Facebook:
Ustaz Pahrol
FB 24/9/2023
๐ญ๐๐๐๐ฅ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐ช๐๐ง ๐๐๐๐๐๐๐ฆ๐๐๐๐ก/๐๐๐ฆ๐๐๐๐๐๐ก/๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐ฆ๐ฆ
Dibawah ini disertakan doa untuk hilangkan rasa STRESS (gelisah) berdasarkan dari hadis yang sahih untuk kita amalkan seharian.
ุงูููููู ุงูููููู ุฑูุจูููุ ููุง ุฃูุดูุฑููู ุจููู ุดูููุฆูุง
Allahu Allahu Rabbi la ushriku bihi shay an
Sayyidah Aishah (RA) berkata, โNabi SAW mengumpulkan ahli rumahnya dan bersabda, โapabila diantara kamu merasa gelisah, maka hendaklah kalian membaca Allahu Allahu Rabbi la ushriku bihi shay anโโ
Maksudnya: Allah Allah, Rabbku. Tidak aku mensyirikkan-NYA dengan sesuatu yang lain.
(Sahih Ibn Hibban; Al Ihsan, Hadis 864).
๐ฎJOIN TELEGRAM – MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah
Sumber : Telegram MRJ CHANNEL, 25/3/2023
Sejahat apapun orang, jangan pernah dibalas. Jangan menaruh dendam.Cukup diam, jaga jarak dan tinggalkan.
Ingat!
ALLAH tidak pernah tidur.
Pagi semalam selepas Yus tulis kat FB status di atas, beberapa orang mesej bertanya Yus ,
Bagaimana jika masalah tersebut melibatkan hubungan dengan adik beradik atau keluarga terdekat misalnya?
Sebab kita dilarang memutuskan silaturrahim.
Maaf semalam tak sempat nak reply semua mesej sebab semalam seharian sibuk berukhuwah dengan sahabat-sahabat La Tahzan yang datang berziarah di rumah Yus. Alhamdulillah.
Hari ni Yus jawab soalan kepada yang bertanya di sini ya.
Iya , kita tak boleh putuskan silaturrahim. Diharamkan Syurga bagi mereka yang memutuskan silaturrahim.
Jadi JANGAN MEMUTUSKAN, tetapi JARAKKAN.
Jaga jarak bukan dengan niat ingin memutuskan hubungan, tapi dengan niat untuk MERAWAT HATI dan MEMULIHKAN HUBUNGAN.
Biar jaga jarak asalkan tidak putus.
Andai berjumpa, masih lagi berkomunikasi seperti biasa. Cuma mungkin tidak lagi rapat seperti dulu. Masih lagi telefon, bermesej, bertanya khabar walaupun seminggu atau dua minggu sekali. Mungkin tidak lagi hari-hari macam dulu. Tapi masih lagi ada.
Menjarak seketika supaya hubungan tidak putus.
Menjarak seketika untuk mengelakkan benci dan dendam.
Menjarak seketika untuk merawat luka.
Menjarak seketika untuk memulihkan kembali suasana.
Diam, jaga jarak dan tinggalkan seketika supaya tidak berlarutan dalam perbalahan.
Bak seperti kata-kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di dalam coretannya,
Memaafkan perlu kekuatan jiwa.
Melupakan pula perlu masa yang lama.
Dan ada kesalahan yang perlu dihilangkan dari mata, untuk tidak melukakan di dalam jiwa.
Menjarak bukan membenci. Cuma itu perlu pada hati yang sudah terlalu dilukai. Jika dekat bisa membakar, biarlah menjauh hanya membahang. Biar sekah, asalkan tidak patah.
Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.
ุณูุจูุญูุงูู ุงูููู ููุงููุญูู ูุฏู ููููู ูู ูุข ุฅูููู ุฅููุงูู ุงูููู ููุงูููู ุฃูููุจูุฑู
ููุง ุญููููู ููููุง ูููููุฉู ุฅููููุง ุจููฑูููููฐูู ูฑููุนูููููู ูฑููุนูุธููู ูโ
ุงููููููู ูู ุตูููู ุนูููููฐ ุณููููุฏูููุง ู ูุญูู ููุฏู ููุนูููููฐ ุขูู ุณููููุฏูููุง ู ูุญูู ููุฏู
Sumber FB: yusnizayaziz
17 Zulkaedah 1444H
6 Jun 2023
J๐๐ ๐๐ก๐๐ก ๐ฆ๐ฌ๐จ๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ ๐ข๐ฅ๐๐ก๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐ฆ๐ง๐๐ค๐ข๐ ๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐ข๐๐๐ง ๐ฆ๐จ๐๐จ๐ & ๐๐ฆ๐๐ฅ ๐๐ ๐๐ช๐๐ ๐ช๐๐๐ง๐จ
Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya pada bab kelebihan solat Fajar dan juga ia turut diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya pada bab kelebihan dua solat iaitu Subuh dan Asar serta kepentingan menjaga keduanya:
Daripada Abu Musa al-Asyโari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ู ููู ุตููููู ุงูุจูุฑูุฏููููู ุฏูุฎููู ุงูุฌููููุฉู
Maksudnya: โBarangsiapa yang menunaikan dua solat yang sejuk akan masuk Syurga.โ [Riwayat al-Bukhari (574) dan Muslim (635)]
Maksud waktu sejuk adalah waktu yang tidak panas. Barang siapa yang menjaga solat Subuh & Asar di awal waktu maka Allah SWT jamin Syurga ke atas orang itu.
Waktu Subuh & Asar ini juga merupakan dua waktu pertukaran Malaikat siang dan malam tatkala para Malaikat menyaksikan orang solat di awal waktu pada waktu ini.
๐ฎJOIN TELEGRAM – MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah
Sumber : Telegram MRJ CHANNEL
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Ya, kita semua kena fahami bahawa malaikat rahmat, atau lailatul qadar tidak masuk kerumah yang ada paparan, gantungan, hiasan gambar makhluk bernyawa iaitu samada gambar manusia atau gambar haiwan atau kartun yang menyerupai kedua-duanya.
Dalam sebuah hadits shahih dari Nabi s.a.w besabda.
ูุงู ุชูุฏู ุฎููู ุงูู
ููุงูุฆูููุฉู ุจูููุชูุง ูููููู ููููุจู ูููุงู ุตูููุฑูุฉู
โMalaikat tidak akan masuk rumah
yang di dalamnya terdapat anjing dan lukisanโ.[HR Al Bukhori].
Kisah tentang malaikat Jibril di atas menunjukkan bahwa gambar atau lukisan yang ada dalam permadani atau yang seumpamanya menyebabkan malaikat enggan memasuki suatu rumah, di mana hal itu ditegaskan dalam hadits shahih dari Aisyah bahwa ia menjadikan tirai seperti yang disebutkan di atas menjadi bantal yang digunakan Nabi s.a.w untuk bersandar. [Ibn Baz, Kitab ad-Daโwah, hal. 19-20]
Justeru, simpanlah kesemua gambar di dalam album, atau store. Jangan ada yang terpapar samada di dalam frame atau gantungan. Tidak kira samada gambar mak/ayah atau gambar graduate atau gambar kekasih.
Gambar selain dari manusia dah haiwan maka tidak mengapa, seperti gunung ganang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Juga buang kesemua patung-patung perhiasan atau patung untuk disayangi seperti barbie serta teddy bear.
Ramai yang tidak mengetahui akan tegahan ini dari Nabi s.a.w dibimbangi usaha amal dipenghujung ramadhan menjadi sia-sia disebabkan lailatul qadar tidak masuk ke dalam rumah kita.
Sila sebarkan info ini kepada rakan-rakan serta ahli keluarga yang lain.
JOIN MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah
Sumber : Telegram MRJ CHANNEL, 14/3/2023
B๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ง๐ ๐ก๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐ง๐๐๐ก ๐๐๐๐ ๐๐-๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐ ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ก?
Di dalam Ramadhan, kita bukan disuruh untuk mengejar khatam atau memperbanyakkan khatam, tetapi kita dianjurkan agar memperbanyakkan masa dengan Al-Quran.
Jika tak mampu baca laju tidak mengapa, bacalah secara perlahan, tadabbur maknanya. Bacalah secara tadarus agar kita dapat saling memperbaiki dan memperbetulkan bacaan.
๐ฎJOIN TELEGRAM – MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐น
https://t.me/mrjchanneldakwah
Sumber : Telegram MRJ CHANNEL, 25/3/2023
