Hidup Lebih Sihat Dengan Secawan Kopi

HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN SECAWAN KOPI

Ramai di antara kita yang seolah-olah “tidak boleh hidup” jika tidak minum secawan kopi di waktu pagi.

Saya suka berkongsi satu kajian, menunjukkan bahawa meminum kopi dikaitkan dengan panjang umur dan kebarangkalian mendapat penyakit kronik termasuk kanser yang rendah.

Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan yang terkenal, Annals of Internal Medicine.

Kajian yang dilakukan di University of Southern California yang melibatkan 185,000 orang selama 16 tahun.

Saintis mendapati mereka yang minum satu cawan kopi
tanpa gula mempunyai kebarangkalian 12% untuk hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang tidak minum kopi dalam hidup mereka.

Mereka yang minun dua atau tiga cawan kopi mempunyai kebarangkalian untuk bebas dari penyakit kronik termasuk kanser sebanyak 18%.

Dalam kajian yang lain, saintis yang melibatkan setengah juta orang di srluruh Eropah mendapati meminum kopi dapat
merendahkan risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular dan penghadaman.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa dengan minum kopi tanpa gula setiap hari dapat merendahkan risiko mendapat penyakit
Parkinson’s dan Alzheimer’s dan dapat mengawal gula dengan lebih baik bagi pesakit diabetes.

Ia juga dikatakan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Jadi minumlah kopi tanpa gula untuk mendapat kebaikan kopi.

Namun ada orang yang sensitif terhadap kopi (yang mengandungi kafein).

Mereka mungkin akan mengalami rasa sakit kepala, degupan jantung yang laju,
dan rasa tidak selesa dalam perut.

Ambillah dalam kuantiti dan pada yang masa yang sesuai.

Semoga bermanfaat.

 

#HealthDrZubaidi

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

30/11/2019

 

7 Sunnah Hebat

Very nicely written ?
By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

? Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

? Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

? Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

? Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

? Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

? Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

? Keenam:
Jaga wudhu’ terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu’. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu’ senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

? Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

Ingatan Buat Diri..

Kita dicipta untuk IBADAH.

Bacalah Quran sekurang2 semuka sehari, usahalah bangun jam 5 pagi untuk bertahjud, wudhu’ dan zikirlah sebelum tidur.

Ingatlah KESEMUA di atas ini amatlah bermanfaat ketika kita dikafankan.

Sedarilah bahawa Allah SWT jadikan kita sempurna, kita boleh melihat, boleh mendengar dan boleh bercakap, maka laksanakanlah tanggungjawab kita sebagai hamba sebelum kita dipersoalkan.

Sumber :MRJ, 2/12/2018

Semoga kita sentiasa berazam untuk menjadikan hari2 yang mendatang lebih dari sebelumnya. Walaupun hakikatnya manusia sentiasa membuat kesilapan namun janganlah kita mengulangi kesilapan yang SAMA.

Jagalah hubungan baik sesama manusia, dan jangan ada bersangka2an. Sentiasalah perbaiki hubungan kita dengan Tuhan. Hiduplah dengan cara yang sederhana serta menjaga ucapan sebaiknya.

Jangan kita UP diri kita lebih2 serta apa2 yang kita miliki kerana apa2 yang kita miliki itu adalah sementara dan ia boleh jadi sebaliknya pada masa akan datang disebabkan kita akan diuji.

Justeru, jadikan diri kita tauladan yang baik pada orang lain dengan penampilan akhlak yang berquality serta menghormati sesama manusia. Kita hidup hanyalah sementara. Ingatlah..ia sementara….SEMENTARA.

~ MRJ : ISTIQOMAH ZIKIR PETANG, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR

Sumber: MRJ 2/12/2019

Fenomena Facebook… Ingatan Untuk Diri Juga


Fenomena facebook pada abad ini benar-benar menjadi ujian ketaqwaan kepada para muslimah, iaitu di dalam menahan diri dari mempamerkan diri dipaparan umum, sedang Quran menyebut antara ciri-ciri wanita beriman yang dipuji oleh Agama itu adalah mereka-mereka yang menunduk pandangan.

Orang dahulukala berjaya mendidik anak2 mereka dengan sifat MALU yang tinggi tatkala apabila ada saja tetamu datang mereka segera menyorokkan diri di dalam bilik dan tidak keluar. NAMUN perempuan zaman sekarang berbangga-bangga memaparkan diri untuk ditatapi oleh orang ramai.

Maruah bagi kaum wanita itu BERHARGA kerana adanya sifat MALU, namun jika MALU sudah tidak ada maka maruahnya dilihat murah tatkala PERISAI bagi kaum wanita yang perlu diUP setinggi-tingginya adalah SIFAT MALU.

Sudah tidak ada lagi nilai kebanggaan kepada perempuan-perempuan berniqap yang memodelkan dirinya diposting-posting laman sosial namun SALUTE kepada mereka-mereka yang memerlihara dirinya dari menyebukkan diri dengan berselfie setiap hari.

Nasihat ini buat insan-insan ikhlas yang ingin mengubah diri kepada kebaikan.

Sumber : ~ MRJ

Berjalan, perhati dan bawa balik amalan yang baik

Di penghujung tahun ni ramai orang pergi melancong. Ini sudah menjadi budaya. Agak berbeza dengan 35 tahun yang lalu bila saya baru memasuki alam pekerjaan.

Berjalan ni satu perkara yang bagus. Kita keluar dari kepompong kita dan boleh melihat bagaimana masyarakat lain hidup. Apa yang mereka pentingkan dan apa yang mereka benci? Jika berbeza dengan kita, cuba fahamkan. Jangan ambil jalan mudah untuk menidakkan mengapa mereka lebih bagus dari kita. Jika kita rasa kita lebih hebat, fahamkan juga apa sebabnya. Jadikan itu satu panduan yang kukuh yang harus difahami oleh anak cucu kita.

Jika berjalan hanya sekadar untuk ambil foto, kongsi di Facebook dan tunggu berapa orang yang akan LIKE dan komen, tak ada salahnya jika itu membahagiakan. Namun lebih molek jika kita boleh mempelajari mengapa sesuatu masyarakat lebih berjaya dari segi ekonomi atau teknologi misalnya. Apakah pendekatan yang berbeza dengan kita dan mengapa kita tidak boleh buat seperti mereka. Adakah mereka mengajar anak cucu mereka supaya sentiasa berusaha dan bersaing atau diberi jaminan bahawa apa pun terjadi, tunggu sajalah bantuan yang akan datang bergolek?

Bila nak balik ke Malaysia, seharusnya sudah ada senarai 2, 3 perkara baru yang boleh kita amalkan supaya kehidupan kita menjadi lebih baik. Contohnya jika kita dapati tandas awam orang Jepun bersih, apakah yang boleh kita lakukan supaya tandas awam di kawasan perumahan kita seperti masjid juga bersih? Jika kebersihan tandas masjid melambangkan tahap kebersihan jemaahnya, tak kan kita lebih rendah berbanding dengan orang Jepun? Bukankah kebersihan itu di antara asas agama kita?

Saya doakan semoga perjalanan di akhir tahun ini akan membawa kebaikan kepada semua orang.

Sumber : Nik Hasyudeen

 

HATI YANG BAIK LEBIH MAHAL DARI TARAF PENDIDIKAN ATAU KETURUNAN.

Hati atau jantung kita merupakan salah satu organ yang penting di dalam badan atau jasad kerana ia akan menentukan sama ada baik atau buruknya akhlak seseorang itu sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam sebuah hadith:

Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).” [Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)]

1. Sesungguhnya al-qalb (hati) itu berasal daripada perkataan ‘taqallub’ yang bermaksud kerap bertukar (berbolak balik).

2. Hati diumpamakan seperti bulu di atas pokok yang berubah-ubah ketika ditiup angin.

3. Ia juga berbolak balik diumpamakan lebih cepat daripada air yang mendidih dalam periuk.

Rasulullah SAW sendiri sentiasa memohon kepada Allah SWT agar diteguhkan hati dalam melaksanakan ketaatan dan beragama kerana hidayah itu adalah milik Allah SWT.

Justeru, berdoalah agar Allah SWT meneguhkan hati dan tidak memalingkannya daripada rahmat dan hidayah-Nya.

Dalam riwayat at-Tirmizi: Adalah Rasulullah SAW dalam kebanyakan doa baginda adalah;

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Menjaga kesihatan hati amat penting untuk fungsi tubuh badan manusia secara keseluruhannya.

Pembersihan hati, apabila dilakukan dengan betul, dapat membantu mengatasi masalah batu hempedu, toksin, dan bahan kimia terkumpul.

Selain itu, membebaskan hati daripada organisma berbahaya akan membantu kita mengekalkan tubuh dan minda yang sihat.

Walaupun terdapat pelbagai variasi regimen pembersihan hati secara organik di luar sana, hampir semua mengambil manfaat dari satu komponen penting– iaitu MINYAK ZAITUN.

Berikan hati anda peluang untuk jadi lebih baik berbanding semalam.

Lakukanlah detox hati menggunakan minyak zaitun terbaik digelar “The Golden Oil”.

Sama sama kita amalkan gaya hidup Aafiyat.

Salam Jumaat Mubarokah

#olivehouse
#aafiyatlifestyle

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

29/11/2019

 

 

 

Sekadar Peringatan

Saya kongsi peristiwa ini untuk dijadikan renungan bersama..

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.

Namun anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu.

Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.

Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Dia menanyakan apa rahsia di sebalik semua itu?

Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkatan harta yang dia miliki ketika bercampur dengannya.

Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya’ir:

جمع الحرام على الحلال ليكثره
دخل الحرام على الحلال فبعثره

Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.

Yang haram pun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.

_____

Barangkali kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam kehidupan harian. Jangan terlalu berharap gaji besar bila pekerjaan kita hanya sederhana. Dan jangan berbangga mendapat gaji besar, padahal kerjabuat kita sangat lemah atau tidak seimbang dengan gaji yang diterima.

Bila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.

Harta yang tidak berkat akan mendatangkan permasalahan hidup yang membuat kita susah, sekalipun bertaburkan benda-benda mewah dan serba lengkap. Wang banyak di bank tapi setiap hari bergaduh dengan isteri. Anak-anak tidak mendatangkan kebahagiaan. Dengan teman dan jiran sekeliling tidak sehaluan.

Kendaraan selalu bermasalah. Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin melemah. Fikiran hanya dunia dan dunia. Harta dan harta. Penglihatan selalu kepada orang yang lebih dalam masalah dunia. Tidak pernah puas, sekalipun mulutnya melantunkan alhamdulillah tiap minit.

Kening selalu berkerut. Satu persatu penyakit datang menghampiri. Akhirnya gaji yang besar habis untuk cek up ke hospital dan periksa ke klinik. Tidak ada yang dapat dibahagikan untuk sedekah, infak dan amal-amal demi tabung masa depan di akhirat. Menjalin silaturrahim dengan sanak keluarga pun tidak. Semakin kelihatan mewah tapi sifat kedekutnya juga semakin menguasai.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk serius dalam bekerja, hingga rezeki kita menjadi berkat dunia dan akhirat !

Kredit FB : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani