MINYAK ZAITUN UNTUK PESAKIT GASTRITIS

Antara perkara yang menjadi idaman saya ialah untuk lebih mendekati diri kepada NYA apabila umur semakin meningkat. Antaranya ialah saya bercita-cita melakukan puasa Nabi Daud. Puasa berselang sehari.

Ia bukan saja baik untuk kesihatan tetapi baik untuk spiritual kita. Selalu mengingati kita hamba apabila menahan diri dari melakukan apa yang kita suka (makan dan minum) walaupun halal.

Cuma yang menjadi masalahnya ialah saya selalu beranggapan bahawa saya ada masalah gastrik. Bila agak lambat makan, perut saya akan rasa tak selesa, berkeroncong dan pedih.

Itu yang menyebabkan saya rasa tidak selesa apabila tidak bersarapan, atau lambat makan. Akhirnya saya kerap makan untuk mengelakkan rasa yang tidak selesa. Itu yang menyebabkan saya makan lagi dan lagi. Saya jadi obese sehingga berat mencapai 105kg.

Bila saya fikir semula, betulkah saya ada gastrik sehingga menghalang saya berpuasa. Sedangkan pada bulan puasa, saya tidak mengalami masalah ini sedikit pun.

Sepatutnya selepas 10 jam berpuasa (lebih kurang waktu Asar), perut saya sudah pedih, dan saya terguling-guling menahan sakit. Tetapi ia tidak berlaku….

Saya yakin ini semua mainan minda bila otak membaca mesej yang salah. Saya percaya sebenarnya saya haus, bukan lapar atau pun mengalami masalah gastritis.

Bila mahu memulakan amalan puasa di luar Ramadhan memang rasa takut. Takut pedih perut. Tapi saya memujuk hati. Kalau tak tahan pedih perut nanti, makan dan minum saja lah. Apa nak risau sangat.

Pada mulanya, apa yang saya takuti memang berlaku. Bila masuk pukul 10 pagi, perut rasa tak selesa. Minta diisi. Tangan menggigil. Otak tak boleh nak berfikir. Teringat mahu makan saja.

Tapi saya tabahkan hati. Saya malas nak layan perasaan itu. Minum air yang banyak. Ambil dua sudu minyak zaitun, OLIVIE. Akhirnya rasa tidak selesa hilang perlahan-lahan.

Hari ini saya mampu melakukan puasa sunat dan Intermittent Fasting hampir setiap hari. Paling awal saya makan semula selepas 12 jam dari masa

terakhir saya makan semalam. Kalau kali terakhir saya makan (dinner) pukul 9am, saya akan pastikan saya akan makan semula selepas 12 jam atau lebih, iaitu sekurang-kurangnya pukul 9 pagi.

Masa mula dulu, bila rasa tidak selesa saya akan minum air kosong beberapa gelas dan ambil satu atau dua sudu minyak zaitun. Rupanya usaha saya tidak sia-sia.

Dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh sebuah journal, mengatakan pengambilan minyak zaitun dara (Extra Virgin Olive Oil) yang menjadi sebahagian dari diet Mediterranean mungkin dapat membantu menghalang dan merawat jangkitan Helicobacter pylori (H. pylori) dalam perut.

Boleh rujuk: American Chemical Society. “New Potential Health Benefit Of Olive Oil For Peptic Ulcer Disease.” ScienceDaily. ScienceDaily, 14 February 2007.

Jadi bagi mereka yang rasa ada masalah gastrik dan mahu melakukan puasa sunat, berjumpalah dengan doktor. Mana tahu penyakit ‘gastrik’ yang kita menghantui kita selama ini hanyalah mainan minda.

#oliviedrzubaidi

Sumber: Dr Zubaidi Ahmad

KITA SIHAT BILA KURANG MAKAN

Bila saya kata saya bercita-cita untuk makan sekali sehari, ramai yg komen dgn pelbagai pendapat.

Saya alu-alukan pelbagai reaksi.

Makan sedikit bukan bermakna kita terpaksa berlapar. Makan sekali sehari bukan bermakna kita makan sedikit. Kita makan hingga kenyang dan puas. Tetapi tidak kekenyangan.

Ia adalah proses latihan fizikal, mental dan spiritual. Ia mungkin memakan masa berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun.

Bila dilatih kita akan mudah melakukan apa saja. Rasa lapar dan menahan selera mudah kita kawal.

Di akhirnya kita tak terasa kerap lapar. Kebanyakan masa kita kenyang. Kita ada dalam keadaan tenang, dan tidak gelojoh bila makan.

Banyak masa kita dapat manfaatkan bila kita kurang makan. Banyak masa berjam-jam digunakan utk masak dan makan. Bila kenyang kita rasa mengantuk utk tidur pula.

Nasihat saya jika hendak kurangkan makan jumpa dgn doktor yg faham ttg pemakanan dan merawat secara holistik. Terutama pesakit yg sudah berusia 40an. Sudah mula ada pelbagai jenis penyakit.

Dulu masa di sekolah ustaz kata, elok makan sedikit kerana ia akan menajamkan fikiran, ringan tubuh utk ibadah dan mudah mengawal nafsu. Ya masa itu saya pun mmg kurang makan.

Bila masuk universiti, saya diberitahu ramai org kita sakit sebab terlalu banyak makan terutama karbo berproses.

Bila berkerja sbg doktor pula saya mendapat penyakit metabolik dapat dikawal dgn mudah apabila kita sedikit makan.

Bila banyak belajar di konferens pula, saya diberitahu bahawa bila kita makan, sama ada ia menghasilkan tenaga atau menyimpan lemak. Proses penghasilan tenaga pula adalah proses oksidatif yang menghasilkan banyak radikal bebas.

Ini bermakna lebih byk kita makan, lebih banyak radikal bebas dihasilkan dan jika kita tidak cukup pengambilan antioksida falam makanan kita, radikal akan merosakkan DNA kita dan akhirnya menyebabkan kita sakit.

Jadikan kurangkan makan. Pada waktu yg sama nikmati makanan yg terhidang.

Gantikan banyak makan dengan banyak minum air mineral. Cari kudapan spt kekacang, dan buah2 yg byk fiber.

Saya cadangkan juga ambil minyak zaitun, dan saya percaya minyak zaitun OLIVIE amat bagus untuk kesihatan. Saya amalkannya satu sudu pagi dan satu sudu malam. Rasa lebih bertenaga dan sihat.

#oliviedrzubaidi

Sumber :Dr Zubaidi Ahmad

1. Syabas kepada mereka yang istiqomah menjaga solat di awal waktu, Masyaa Allah bagi mereka yang istiqomah zikir pagi petang, Alhamdulillah kepada mereka-mereka yang istiqomah baca Quran sekurang2 sehari semuka…moga-moga kita bersua di akhirat.

2. Bagi yang diuji dengan sakit yang berpanjangan, diuji dengan masalah hidup yang tidak putus-putus, difitnah, dikata, dimaki, disakiti…maka kalian bersabarlah, dengan bersabar itu kalian akan merasa bahawa Allah SWT dekat dengan kalian. Jangan mengeluh kerana kalian sedang diberikan nikmat dan darjat yang tinggi untuk kesenangan dan kebahagian diakhirat.

3. Ketahuilah bahawa Nabi s.a.w lebih susah dari kita, lebih teruk diuji dari kita sedang baginda adalah kekasih Allah. Ini untuk memberikan muhasabah kepada kita bahawa bukanlah tanda sayang Allah kepada hambaNya itu dengan diberikan kekayaan dan kesenangan sedang orang kafir juga mendapat nikmat2 itu.

Sumber :

~MRJ

BETULKAH AMALKAN MINYAK ZAITUN TIDAK MENGGEMUKKAN

Bagi mereka yang sangat risau terhadap berat badan, pengambilan makanan yang berlemak haruslah diberikan perihatian. Terutama mereka yang mudah gemuk secara genetiknya dan tidak melakukan kerja-kerja yang berat.

Ada individu yang memang ‘mudah gemuk’ dan apabila dilihat gambar keluarga, kebanyakan adik beradik yang lain semuanya berbadan besar. Tetapi mereka sihat. Ini disebabkan faktor genetik atau keturunan yang mengganggu proses metabolisme, sehinggakan walaupun mereka makan hanya sedikit tetapi masih terdapat penambahan berat yang ketara.

Mereka yang tidak melakukan kerja-kerja berat juga menyimpan lemak apabila gula yang terhasil dari pengambilan karbohidrat akan disimpan sebagai lemak di dalam sel-sel lemak.

Jadi pengambilan makanan yang berkalori tinggi boleh menyebabkan pengumpulan lemak dalam tubuh.

Lemak adalah sumber tenaga yang banyak. Satu gram lemak menghasilkan 9kcal, berbanding dengan satu gram karbohidrat atau satu gram protein menghasilkan hanya 4 kcal.

Oleh itu untuk mengurangkan berat badan, kita harus melakukan aktiviti fizikal bagi menggalakkan pembakaran lemak. Paling kurang adalah aktiviti berjalan.

Jika kita mengambil lemak sihat, kita memperolehi kebaikan minyak itu yang bersifat antioksida kita juga memperolehi tenaga yang banyak. Jadi kita dapat elakkan pengambilan karbohidrat ringkas. Kita harus mengambil lemak sihat 25-30% dari jumlah kesleuruhan tenaga dalam makanan dalam sehari.
Jika kita mengambil karbohidrat ringkas kita hanya memperolehi tenaga dan ia mudah disimpan sebagai glycogen dan lemak jika tidak digunakan untuk pergerakan aktiviti.

Satu perkara yang kita perlu tahu bahawa minyak zaitun adalah minyak yang mempunyai rantai fatty acid atau triglyceride chain yang tidak terlalu panjang. Jadi ia dijadikan tenaga dengan cepat untuk digunakan dan tidak mudah disimpan sebagai lemak dalam tubuh.

Minyak zaitun mempunyai bilangan atom karbon sebanyak 13-20 dalam bentuk oleic, linolenic dan linoleic fatty acid. Ia masih memberikan tenaga yang segera kerana mudah dimetabolismekan. Ia termasuk dalam kategori Long Middle Chain Triglyceride. Sumber minyak ini dari tumbuh-tumbuhan.

Berbanding dengan minyak kelapa yang dikenali sebagai minyak yang Middle Chain Triglyceride (MCT) dalam bentuk lauric acid. Ia mempunyai bilangan rantai atom karbon sebanyak 6-12. Minyak jenis MCT ini memberikan juga tenaga dengan segera.

Minyak yang mempunyai rantai karbon yang melebihi dari 20 menghasilkan tenaga yang lebih lambat dan mudah disimpan sebagai lemak. Minyak begini disebut sebagai Very Long Triglyceride Chain. Sumber minyak jenis ini adalah dari haiwan.

Kebanyakan sel dalam tubuh menggunakan sama ada glukosa atau fatty acid sebagai tenaga. Terutama sel-sel jantung dan otot pula lebih menggunakan fatty acids sebagai tenaga. Sel-sel otak juga akan menggunakan fatty acid sebagai jaminan bekalan tenaga yang kedua jika mengalami kekurangan gula.

Kesimpulannya minyak zaitun menghasilkan tenaga yang segera, dan kita juga mendapat manfaat dari sebatian antioksida di dalamnya. Satu sudu minyak zaitun membekalkan 150 kcal, cukup untuk tenaga sepanjang hari.

Saya selalu mengambil sesudu minyak zaitun OLIVIE setiap pagi dan malam. Rasa lebih sihat dan bertenaga.

#oliviedrzubaidi
Sumber : Dr Zubaidi Ahmad

MUTIARA KATA UNTUK MU

1) Hidup jauh lebih indah, aman dan menyenangkan bila saling menyayangi, namun kasih sayang tak akan datang dengan diminta, kasih sayang akan datang bila kita yang memberi.

2) Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang dikehendaki. Jangan cepat mengalah!

3) Usah dituruti reaksi emosi, lantaran implikasi tak serasi dengan apa yang diimaginasikan.

4) Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, hasilnya mereka sering bersaing dan berbalahan.

5) Perhatikanlah orang yang memberikan nasihat kepadamu. Seandainya dia memulai dari sisi yang merugikan ramai orang, janganlah menerima nasihatnya dan berhati-hatilah. Akan tetapi, jika dia memulainya dari sisi keadilan dan kebaikan ramai orang, terimalah nasihatnya itu.

6) Konflik biasanya terjadi kerana saya benar dan kamu salah, berilah kesempatan hati mengatakan kita benar dan diapun boleh jadi benar, Insya Allah akan mudah cari jalan penyelesaiannya.

Sumber : Datuk Wira Maznah Hamid

LANGKAH UNTUK HATI SELALU GEMBIRA

1. Buang rasa Benci
2. Buang rasa Risau
3. Hidup biar simple
4. Kurangkan mengharap
5. Banyakkan memberi
6. Jaga Kesihatan
7. Senyum selalu
8. Dekatkan diri dengan Allah

Boleh share di sini untuk membuat
hati selalu gembira ?

Sumber: Dr Azima

Allah akan beri sesuatu pada kita bila kita layak dan patut serta mampu menerimanya pada waktu yang terbaik. Ada ketika kita layak tapi tak patut terima. ada ketika kita patut terima tapi tak layak. Ada ketika ianya lambat lagi bukan sekarang. Timing yg tepat adalah rahsia Allah.

Sebab Allah sayang kita
Allah yg buat kita
Pastinya Allah tak mahu kita rosak

So let us just keep moving forward.
Never attached ourselves to anything.
If we too much attached to people we will lost them .If we too much attached to money we will become bankcrupt.

Stay focus and positif.
Jalan terusssss …

Sumber : Raja Shamri
#jomjadiorangbaikbaik
#rajashamri2022
#drmaszleemalik

#KEADAAN_ORANG_TUA_YANG_PERLU_DIKETAHUI

Bagi mereka-mereka yang tidak ada pengalaman menghadapi orang tua yang telah tua dan nyanyuk, berikut merupakan simptom2 kebiasaan yang akan berlaku pada diri mereka yang mana keadaan ini tidak ada kena mengena dengan gangguan jin.

Bermula keadaan nyanyuk bagi mereka yang telah tua adalah seawal usia 70an dan semakin mereka bertambah umur, keadaan sikap dan perangai mereka akan diluar jangkauan/batasan. Mereka tidak lagi menjadi diri mereka yang sebelum. Kita juga akan menghadapi situasi yang sama jika ditakdirkan sampai ke usia sedemikian.

Pada keadaan umur mengjangkau 70an ke atas, keadaan2 berikut akan berlaku kepada mereka:-

1) Dia (mak/ayah) sangat sensitive , sangat senang merajuk dan cepat marah.

2) Dia sangat takut apabila bersendirian dan sentiasa memerlukan seseorang disebelahnya.

3) Dia akan banyak bercerita tentang kisah silam.

4) Dia akan mengatakan sering melihat arwah ayah/maknya yg telah meninggal di dalam rumah atau memaklumkan bahawa ramai arwah dari kerabat2nya mendatanginya.

5) Dia akan menjerit secara tiba-tiba

6) Dia akan mintak sesuatu yang tidak logik, namun usahalah untuk penuhi permintaannya semampunya.

7) Dia akan bercakap sorang-sorang dan merasakan sesuatu yang memerhatikannya.

8) Sakit anggota tubuh yang berpindah2 bahagian.

9) Bagi yang perempuan, dia akan menjadi tabiat untuk sentiasa membelek2 beg tangan.

10) Mereka perlu dijaga dan diberi perhatian seperti anak kecil.

Bersabar dan bertabahlah wahai anak syurga di dalam menghadapi situasi yang mencabar ini, kerana kesulitan yang kalian hadap itu terhidang satu peluang keampunan yang besar di sisi Tuhan. Jangan marahi mereka kerana mereka tidak lagi mampu untuk berfikir dan membuat keputusan tatkala apa yang berlaku itu mereka tidak lagi sedar. Kita juga akan menjadi spt mereka. Gunakan pedekatan sikologi utk tenangkan mereka. Rendahkan suaramu, tahan marahmu kerana kamu sedang menikmati pahala-pahala besar yang dihidangkan.

Sebuah hadith pada sanad yang baik, daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, bahawa satu hari Nabi SAW menaiki mimbar, ketika baginda menaiki anak tangga yang pertama, baginda menyebut: “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga yang kedua, baginda menyebut: “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga, baginda menyebut: “Amin”. Para sahabat bertanya: “Ya Rasullullah, kami mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali”.

Baginda menjawab: “Ketika aku menaiki anak tangga yang pertama, Jibril datang kepadaku dan berdoa:-

“Celakalah seseorang hamba yang bertemu dengan Ramadhan, tetapi keluar daripadanya dosanya tidak diampunkan.Lalu aku pun menyebut Amin.”

Kemudian Jibril berdoa: “Celakalah seseorang hamba yang memiliki ibu dan bapanya yang hidup(diusia tua) atau salah seorang daripada mereka masih hidup(di dalam keadaan tua), tetapi hal itu tidak memasukkan si anak ke dalam Syurga. Aku pun menyebut Amin.”

Kemudian Jibril berdoa lagi: “Celakalah seseorang hamba yang nama engkau (iaitu nama Rasullullah SAW) di sebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau. Aku pun menyebut Amin.” (Hadith hasan riwayat al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. hadith: 644).

Pada doa yang kedua itu, Allah telah beri rezeki pahala untuk sianak apabila diberikan orang tua yang masih hidup, namun sianak tidak ambil peluang untuk berbakti , sedang keadaan itu dapat mengampunkan dosa-dosa si anak lalu menyebabkan sianak itu tidak dapat masuk Syurga.

Sumber :
~MRJ

Tenang Di Penghujung Usia 30 an

Tenang di penghujung usia 30 an.

Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang ‘temper’ selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting.

Asyik melenting sahaja!

Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham.

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah ??. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Ipar duai.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari ?.

You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah kenderaan rosak.
Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene ‘repair’ sana sini.
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah

– ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’ ?.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!

Baik, ‘kan Allah
.
.
.
Yes. Life is simple. Do good and good will come to you.

Please share it to save more people out there.
Kita pun copy paste juga ?

Rasulullah ﷺ memiliki sifat suka menyimpan harapan yang baik.

Kalau matahari terbenam, setiap hari Nabi ﷺ berdoa:
“Ya Allah, siangmu telah pergi, malammu sudah mula tiba, berikanku keampunan dan kebaikan.” “Ya Allah, apa keadaanku yang ada di waktu pagi ini, berikan aku segala kebaikan.” Yakni munculnya pagi, Nabi ﷺ berdoa inginkan kebaikan. Datangnya malam, dengan terbenamnya matahari, Nabi ﷺ berdoa juga.

Yakni terbitnya dan terbenamnya matahari disikapi Nabi Muhammad ﷺ dengan doa kepada Allah dan harapan kebaikan سبحانه و تعالى

‎. اَللَّهُمَّ إِنَّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذاَ الْيُوْمِ، وَخَيْرَ ماَ فِيْهِ
، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذاَ الْيُوْمِ وَشَرِّ مَا فِيْهِ.

“Ya Allah aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini, dan kebaikan apa yang ada di dalamnya, dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan hari ini dan keburukan apa yang terdapat didalamnya.”

*Kalau malam, ganti dengan perkataan malam.

Yakni Subhanallah, kita ini diajar dalam agama berinteraksi dengan alam ini, hari-hari.

Mana boleh orang lupa pada Allah, kalau sikapnya bila terbit dan terbenamnya matahari – disikapi dengan doa, jadi, bila dia akan lupa Allah?

Inilah mukmin yang dikatakan dia selalu ingat kepada Allah kerana tidak melihat sesuatu dihadapannya, kecuali mengingatkan dia kepada Allah سبحانه و تعالى.

Sumber :
– disunting daripada pengajian bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid | MTDM 17012020