Allah Tempat Mengadu

Allah tempat kita mengadu
Sedih? Bermunajatlah kpd Allah.
Gembira? Berilah pujian pada Allah
Bermasalah? Mohonlah bantuan Allah
Berdosa? Menangislah depan Allah

Sumber : Dr Zubaidi Hj AhmD

Ada orang yang kita kenal tu

Ada orang yang kita kenal tu…

naik pangkat
Kena buang kerja
Boss bagi bonus
Boss tak bayar lagi gaji
Anak dia cemerlang
Anak dia kena buang sekolah
Kahwin lagi satu
Bercerai
Bertunang
Putus tunang
Merancang nak kawin
Tak jadi kawin
Kena tukar tempat kerja
Permohonan pertukaran ikut suami tak lulus
Suami kemalangan
Isteri meninggal
Dapat baby
Miss carriage
Tak dapat2 anak dah lama kawin
Lompat parti
Rasuah projek
Lipat projek bantuan orang miskin
Jatuh cinta
Putus cinta
Cinta terhalang
Beli kereta baru
Kereta kena tarik
Artis tu ada video lucah
Menteri tu gay
Bekas menteri lari cukai
Exco rogol
Bekas exco rasuah
Ketua pengarah scandal
Ketua kampung bini 4

Pengasas thirdforce tu kulit dia hitam gelap sebab bnyk buat dosa ?
Raja Shamri tu penceramah cabuk ?

Or whatever…

Whatever pun yang kita dengar
Yang kita tahu…
Yang kita tengok…

Doakan yang baik-baik
Tak perlu jadi penambah perisa dosa
Tak perlu jadi resah dan gelisah
Tak perlu menyibuk itu dan ini

Kerana kita sendiri tak tahu diri kita bakal di uji macam mana. Hidup ini segala2nya tentang kita bukan tentang orang. Jom pakat tambah pahala bukan ambil dosa orang dan hilang pahala sendiri.

Doakan yang baik-baik

Kalau tak boleh berkata baik maka diam sajalah. Itulah yang nabi kita pesan.

Wallahu’alam.

Sumber : Raja Shamri

TERUSLAH BERBUAT BAIK

Kekadang hati kita itu mudah terusik apabila kebaikan yang kita harapkan kesudahannya disalah erti.

Tambah melelahkan, benih kebaikan yang kita taburkan namun yang buruk juga dipandang orang.

Tetapi bersabar dahulu dan bertabahlah. Sesuatu apabila diletakkan atas penilaian manusia memangnya selalu begitu. Hati mudah menjadi resah gelisah.

Alihkan sahaja semuanya atas pertimbangan ALLAH. DIA yang Maha Mengetahui dan berhak menilai sebenar2nya. Yang Maha Tahu. Maka hati itu akan bahagia.

Terus sahaja berbuat baik sepertinya sebuah nasihat,

“Berbuat baiklah, tanpa perlu menunggu dan menanti balasannya untuk kita.

Hiduplah dengan sebaik-baiknya hidup. Berbahagialah dengan pilihan hidup yang kamu ambil.

Tidak perlu membanding2kan atau melakukan hal yang boleh melukai orang lain. Nikmati hidup dengan bahagia.

Jangan menyerah ketika ada orang yang dengan sengaja merosak hari kita. Kita berhak bahagia. Berhak untuk bersenang-senang, meskipun beberapa orang memang hadir untuk mengacaukan hidup kita.

Selamat hari ini, selamat berbahagia”

Pujuklah hati. Niatkan usahamu kerana ALLAH. Kau akan melihat betapa hebat keajaibannya.

Bahagia pasti ada.

In shaa ALLAH.

keajaiban Hati.

Sumber: Ahmad Firoz

Nasihat Yang Terbaik Dari Orang Paling Kaya Di China

Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China..
*Wilson Jack Ma*
*Pengasas Alibaba*

Jack Ma berkata:

“Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.

Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.

Bila smartphone guna 4G
(akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila wechat dan whatsapp
(mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan, mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh “siapa ambil bisnes siapa.” Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma, “Apakah Rahsia kejayaan kamu?” Dia berkata “Sangat mudah… Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati.”

Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu Semai dan Bagaimana Anda Guna *MASA* yang Ada.

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA.

Kalau kamu luangkan masa utk *belajar*, kamu mungkin beroleh *kebijaksanaan*.

Kalau kamu luangkan masa utk *membaca buku* untuk majukan diri, kamu akan beroleh *Peningkatan Diri*.

Kalau kamu habiskan masa utk *minum*, kamu mungkin menjadi seorang *pemabuk*.

Kalau kamu habiskan masa *mengomplen*, kamu akan menjadi seorang yang *suka menyalahkan*.

Kalau kamu luangkan masa untuk *mencantikkan diri* kamu, kamu mungkin menjadi seorang gadis yang *cantik*/lelaki yg *handsome*.

Kalau kamu luangkan masa untuk *kekal sihat*, kamu akan nikmati *kehidupan sihat yang baik*.

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang *suka marah-marah*, kamu mungkin menjadi orang yang *tidak disukai orang*.

Kalau kamu habiskan *masa dengan keluarga*, kamu akan mewujudkan *kasih sayang dan perhubungan yang aman dengan orang-orang yang kamu sayangi*.

*Beza* antara *Orang yang Berjaya* dan *Tidak* ialah *Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan MASA*.

Tak Perlu Buang Masa Mengadu Pada Manusia..

Tak perlu kita buang masa mengadu masalah pada manusia yang hakikatnya setiap manusia juga penuh dengan masalah peribadi masing-masing. Meluah hanya sekadar membuatkan kita lega tetapi ia tidak menyelesaikan masalah. Yang menurunkan masalah, yang mencabut masalah, yang memberi perasaan gembira, yang memberi perasaan sedih, yang menjadikan seseorang itu kaya @miskin, yang mengatur kehidupan manusia adalah Allah SWT, justeru mintalah kepada-Nya dengan jalan solat dan sabar. DOA adalah faktor penyelesaian masalah yang paling utama disertai dengan usaha. Ketika ada dikalangan sahabat Nabi s.a.w yg datang dan mengadu kepada baginda s.a.w ekoran dia memiliki bebanan hutang yang terlalu banyak, Nabi s.a.w tidaklah menyelesaikan hutang itu dengan cara mengumpul harta untuk bantu orang itu, tetapi Nabi s.a.w mengajarkan DOA dan akhirnya setelah beberapa lama bebanan hutang yg banyak itu berjaya diselesaikan. Justeru berat mana pun masalah kita, lanjutkan rayuan kita pada Tuhan melalui DOA & JANGAN PUTUS ASA , sebaliknya istiqomahlah serta SABAR.

Sumber : Ustaz Muhammad Rizal

Kerusi dan Gelagat Manusia

Kerusi dan gelagat manusia

Pernahkah kita berjumpa seseorang yang nampak biasa-biasa saja di majlis awam? Kemudian ada orang perkenalkan dia tu si anu atau si anu dengan jawatan itu dan ini. Apakah reaksi kita selepas mengetahui dia tu berkedudukan tinggi?

Bagaimana pula reaksi orang itu sendiri bila dia dapat kedudukan atau kerusi baru?

Ada beberapa sebab mengapa seseorang itu diberi kedudukan di dalam masyarakat. Di antaranya ialah berdasarkan kelayakan dan pencapaiannya selama ini. Ada juga kedudukan yang memerlukan seseorang itu popular, tak kira samada dia berilmu, berkemahiran dan mempunyai nilai yang tinggi. Di dalam keadaan yang lain, kedudukan dan kerusi itu diberikan sebab dia pandai mengampu orang yang ada kuasa untuk menentukan siapa yang layak duduk di kerusi berkenaan.

Bagi saya pandangan orang lain kepada pemilik kerusi itu tidak berapa penting. Yang lebih utama ialah bagaimana kerusi itu mempengaruhi orang yang mendudukinya.

Adakah dia bersyukur dan berasa dia memikul satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat? Adakah dia berasa dirinya lebih hebat dan pandai dari hari sebelum dia duduk di kerusi itu? Adakah perkara pertama yang dia buat ialah mencari jalan bagaimana mahu memanfaatkan diri dari kedudukan baru itu? Macam-macam ada.

Ketika saya dimaklumkan bahawa saya akan dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit pada tahun 2010, saya memaklumkannya kepada Tan Sri Abdul Samad Alias, orang yang banyak memberi nasihat kepada saya di dalam bidang profesional dan juga kehidupan.

Tan Sri Abdul Samad mengingatkan saya “Kamu kena tahu apa yang datang dengan kerusi yang diberikan dan apa yang akan pergi bila ianya ditarik dari kamu. Jika kamu boleh hidup dengan selesa tanpa kesemua perkara-perkara itu إنشاءاللهkamu akan selamat. Jangan biarkan perkara-perkara itu masuk ke dalam kepala kamu”.

Memanglah dengan kedudukan ada datang pelbagai perkara terutamanya pujian dan sanjungan. Ada orang akan memuji kita di depan tetapi sebaliknya di belakang. Sebab itu jangan cepat syok sendiri dan berasa kita betul-betul hebat. Lagi tinggi kedudukan, bersusun orang mahu cium tangan kita walaupun baunya bukan wangi pun.

Yang malang bagi saya ialah bila tukang baiki basikal yang diberikan kerusi yang empuk sedikit, dia sudah berasa mampu membaiki kapalterbang. Malah lebih pandai dari jurutera yang melakukannya setiap hari. Orang-orang sebegini akan sentiasa ada di dalam mana-mana era sekali pun.

Setiap jawatan adalah amanah dan setiap amanah akan dikira di hadapan Allah. Jadikanlah ia jembatan ke syurga, bukan laluan ekspres ke neraka.

Semoga Allah memberi kita semua taufiq dan hidayahNya.

Sumber : Nik Hasyudeen, 22/6/2019

Jagalah Allah, Nescaya Allah Akan Jaga Kamu

Dalam hidup ini bahagia kan bila manusia sentiasa ambil berat tentang diri kita. Saat kita lagi jatuh sakit dia merawat kita dengan sabar dan penuh kasih sayang. Pasti kita akan merasa bahagia kan? Tapi bagaimana pula kalau Allah yang membahagiakan kita? Pasti jauh lebih indah bukan?

Allah bahagiakan kita?

Bagaimana tu?

Allah bagitahu dalam Al-Quran,

Kalau kita meminta sesuatu kepada Allah dalam keadaan kita sungguh-sungguh berdoa kepada Allah, dan kita benar-benar yakin yang Allah akan mengabulkan segala permintaan kita. Allah pasti akan berikan apa yang kita minta.

Bila kita minta sesuatu daripada Allah dalam keadaan kita benar-benar perlukan pertolongan dari Allah. Percayalah Allah tak akan pernah kecewakan kita. Buktinya?

“Mintalah kepada-Ku, niscaya akan Aku kabulkan.” (Surah Al-Mu’min ayat 60).

Kita minta bahagia Allah pasti akan berikan. Kerana bahagia itu sendiri ada pada Allah, Allah itu adalah kebahagian kita walau manusia pinggirkan kita walau manusia pulaukan kita. Kalau kita ada Allah kita ada segalanya. Bukankah Allah ada memberitahu kepada kita dalam Surah Ar-Ra’d ayat yang ke 28?

“Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.”

Cuma teman,

Bilamana apa yang kita selalu minta dalam doa kita tapi masih juga belum Allah kabulkan sehingga ke hari ini jangan pernah berhenti berdoa kepada Allah, jangan pernah kita merasa nak putus asa. Rasa nak give up dah kerana boleh jadi saat kita bagai sudah tak mampu lagi nak menadah tangan meminta kepada Allah, saat itu Allah mahu kabulkan segala permintaan kita.

Tapi dalam hidup ini sejauh mana sudah kita meletakkan Allah dalam hati kita? Sejauh mana sudah kita benar-benar yakin pada Allah? Saat Allah berikan ujian kita yakin yang Allah jua pasti akan berikan jalan keluar?

Sejauh mana sudah pergantungan kita kepada Dia yang Maha Hebat? Saat kita lagi di timpa musibah pada siapa kita berlari? Pada Allah atau pada manusia? Sedar atau tidak dalam hidup ini kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah selama itulah Allah akan jaga kita.

Akhir kata saya hadiahkan kalian sebuah pesanan ikhlas dari kekasih Allah, pesan Nabi kepada Ibn Abbas.

“hfazillah yafazka, Ihfazillah tajidhu tijahhak.” Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu.

Silakan di share tulisan ini kepada semua andai bermanfaat. Tag adik beradik dan kawan-kawan kalian. Dan andai sudi jemputlah join channel telegram saya ini. Semoga bermanfaat http://telegram.me/themuhammadshafri

#TheMuhammadShafri

Facebook.com/TuhanAkuMahuPulang

 

Apabila lama kita tidak mendengar kuliah agama, tidak membaca Al-Quran dan melakukan kebaikan demi Allah, tahap keimanan kita akan menurun.

Iman manusia perlukan suntikan ilmu dan amalan dari masa ke semasa.

Oleh itu jangan biarkan diri terlalu lama hanyut dalam kesibukan dan keseronokan duniawi.

Sumber : Ustaz Ahmad Nasir