MENGIRIM DOA

MENGIRIM DOA

“Akak … boleh saya kirim doa? Dengar khabar akak mahu mengerjakan umrah.”

Pesanan diterima.

“Insya Allah, boleh dik.”

Si akak iyakan sahaja. Meskipun Allah al-Mujiib tidak memerlukan lokasi tertentu untuk memakbul doa hambaNya.

Sedangkan doa mustajab ada dalam dirinya. Dia seorang ibu, dia sering berpuasa. Disebelah malamnya dia berjaga.

Apapun … mudah-mudahan Allah memakbulkan doanya asbab orang yang dikirim doa tidak mengenalinya.

Duhai adikku ..

Belajarlah berdoa dari hati dengan sesungguh hati kepada Allah yang maha mendengar.

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (60)
surah Ghafir/al-Mukmin

Sungguh, janji Allah sentiasa benar!

Sumber: Raudzah Roslan

 

JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH

JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH

Apabila kita berubah untuk kebaikan, antara cabaran yang kita hadapi adalah sindiran dari orang di sekeliling kita.

Saya nak kongsi pengalaman agar kita faham cabaran ini. Semalam saya disindir oleh salah seorang orang kuat PPNJ yang saya bagi undi pada pemilihan lepas. Beliau lalu depan saya, bersalam tanpa senyum.

“Kau ni dah pakai kopiah, nak jadi macam ustaz pulak”. Saya tidak menjawab. Hanya senyum.

Oleh kerana nada beliau yang agak sinis, saya percaya ia adalah sindiran yang menggambarkan rasa tidak suka dengan penampilan baru saya. Patut pun, ustaz yang berceramah hanya pakai songkok hitam. Saya pula berkopiah putih.

Saya anggap ini satu cabaran. Biasalah bila kita mahu berubah ke arah yang lebih baik, pasti ada yang tidak gembira, padahal saya bukannya mengganggu sesiapa. Saya pun tak pernah minta apa-apa bantuan dari beliau.

Perubahan yang saya lakukan ini adalah untuk saya sendiri agar lebih ingat yang saya perlu berubah. Saya telah pun menunaikan haji. Umur saya masuk 50 tahun. Ramai kawan-kawan sudah pergi tak kembali. Saya nak apa tunggu lagi. Saya tak mahu bila saya sudah sakit atau terlalu tua, baru ingin memulakan perubahan. Pada saya itu sudah agak terlambat.

Saya pun tak kisah kalau ada yang tidak mahu berkawan dengan saya atau meninggalkan saya kerana perubahan yang saya buat. Pada saya, ia ibarat apabila kita berubah jadi lebah, ramai rakan langau yang meninggalkan kita sebab masih suka berkunjung ke tong sampah, sedangkan kita mula mengunjungi taman bunga. Kita tak rugi.

Saya mahu memperbaiki diri. Menyucikan hati. Banyakkan persediaan untuk kematian yang pasti.

Betul. Mahu berubah tidak perlu sampai pakai kopiah putih macam saya. Tapi kopiah putih ini penting untuk saya memulakan perubahan. Itu cara saya untuk istiqamah. Sekali lagi,itu cara saya.

Jiwa saya sekarang lebih tenang. Tidak lagi mengharapkan undi dan rezeki dari orang. Saya hanya mengharapkan Allah memberikan sahabat, kesihatan dan rezeki yang terbaik. Semoga saya kekal dalam hidayah NYA.

#pengalamankopiahputihdrzubaidi
Sumber: Dr. Zubaidi

Perbanyakkanlah istighfar,

1) ketika berada di dalam rumahmu
2) ketika di hadapan hidanganmu
3) ketika dalam perjalananmu
4) ketika kamu berada di pasar
5) ketika kamu berada di dalam majlis
6) dan di mana sahaja kamu berada.

Sesungguhnya dirimu tidak tahu, bilakah turunnya pengampunan daripada-Nya.

Sumber : Ustaz Ahmad Nasir

Adab Doa Ketika Ziarah Orang Sakit

#ADAB_DOA_KETIKA_ZIARAH_ORANG_SAKIT

1. Ketika bertemu dengan orang yang sakit maka katakanlah kepadanya

لاَ بَأْسَ طَهُوْرٌ إِنْ شَاءَ اللهُ
Laa ba’-sa thahuurun insyaa Allah

Ertinya:
Tidak mengapa, semoga sakitmu ini membersihkanmu dari dosa-dosa, insyaAllah. [HR. Al-Bukhari no. 5656]

Ucapan yang sedemikian itu akan memberikan aura positif kepadanya dan antara elemen kesembuhan yang baik itu adalah apabila pesakit tidak merasa stress tatkala merasa senang hati.

2. Mohon kepada pesakit untuk mendoakannya lalu memegang tubuhnya samada dikepalanya atau di tangannya seraya mendoakan dengan doa pada banner di bawah.

“Allahumma Rabban-Nas, Azd-hibil Ba’s, isyhfi wa antash-Syafi, la syifa’ a illa syifa’uk, syifa’an la yughadiru saqama”

3. Di bacakan beberapa kali dengan suara yang perlahan pada kadarnya, ikhlaskan hati, bergantung kepada Allah dengan sepenuh hati, baca dengan penghayatan dan pengharapan, berkeyakinan tinggi serta khusyuk.

INSYAA ALLAH, DENGAN KEKUATAN KEJIWAAN ITU IA MAMPU MENJADIKAN SESUATU YANG IMPOSSIBLE KEPADA POSSIBLE.

~ MRJ

Solat &Mata

SOLAT DAN MATA

Jika sakit kepala tu di bahagian depan, ubatnya ialah tidur.

Kalau kat atas kepala, ubatnya makan atau minum (air kosong).

dan kalau sakit kepala tu kat bahagian belakang kepala, tu tanda kita stress dan kena release stress tu baru okay.

Rawatan untuk meningkatkan power of our eyesss.

Ni penting utk org yg matanya lemah, dan juga org lain.

Otot mata menderita dari hari ke hari, sbb hari-hari berfungsi, kita bangun tidur, mata kita yg function dulu.

So, makin hari mata akan kurang power.

Jadi, untuk maintain power mata kita dan kekuatan mata, kita kena ikut sunnah dalam solat.

Iaitu, kekalkan mata terbuka ketika sujud, melihat titik tengah sejadah. Dan ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga.

Ni kerana, bila kita fokus pada titik tengah tu masa kita rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata kita untuk tingkatkan penglihatan dan bila kita bangun, otot tu relax.

Dan bila kita sujud pulak, otot mata menguncup sebab jarak antara penglihatan kita dan tempat sujud tu. Bila kita bangun, otot mata kita akan relax balik.

Solat dgn cara yg betul ni lah akan membuatkan otot dan saraf mata bersenam. Kita boleh praktik sebanyak 17 kali atau lebih kalau kita nak.

Nabi Muhammad (SAW) selalu pesan untuk buka mata ketika sujud dan kita selalu tak tahu kenapa.

Dan sekarang, bukti dari kajian saintis dah ada.

Mmg sangat bagus untuk meningkatkan kebolehan mata kita.

SubhanAllah utk hikmah di sebalik membuka mata time sujud ni. Benda ni selayaknya dibaca dan dikongsi pada semua orang.

Mesti baca dan kongsikan amalan baik untuk mengubati mata yang rabun & ubat sakit kepala untuk mereka yg solat.

Kredit : galeri hidayah

Cara Hadapi Ujian

#MRJ_CARA_HADAPI_UJIAN

Hakikatnya yg kita perlu hadam, ujian hidup ini akan sering ditimpakan pada sapa2 sahaja samada dia baik atau tidak. Justeru, bagi orang2 beriman itu dia akan sentiasa bersangka baik pada Allah dengan janji kafarah yang menghapuskan dosa pada setiap kesusahan/kebimbangan yang dilalui, asalkan dia hendaklah BERSABAR. Jangan layan perasaan hati kamu yang negative.

Ujian itu akan hadir pada bentuk yg berbeza pada setiap manusia samada kesakitan, suami@isteri yang bermasalah, anak2 yg melawan, kemiskinan, kekayaan dan sebagainya. Namun sebagai alternatif awal yang perlu dilakukan ketika ditimpakan ujian@musibah adalah PEHEBATKAN ISTIGHFAR kemudian diusuli dengan perbanyakkan solat dan doa. Jangan banyak mengadu pada orang kerana dia pun banyak masalah.

Semoga kita sentiasa mendidik hati agar sabar, redha dengan ketentuan dan rapat hubungan kita dengan Allah SWT.

Sumber :

~ MRJ

Hidup Lebih Sihat Dengan Secawan Kopi

HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN SECAWAN KOPI

Ramai di antara kita yang seolah-olah “tidak boleh hidup” jika tidak minum secawan kopi di waktu pagi.

Saya suka berkongsi satu kajian, menunjukkan bahawa meminum kopi dikaitkan dengan panjang umur dan kebarangkalian mendapat penyakit kronik termasuk kanser yang rendah.

Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan yang terkenal, Annals of Internal Medicine.

Kajian yang dilakukan di University of Southern California yang melibatkan 185,000 orang selama 16 tahun.

Saintis mendapati mereka yang minum satu cawan kopi
tanpa gula mempunyai kebarangkalian 12% untuk hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang tidak minum kopi dalam hidup mereka.

Mereka yang minun dua atau tiga cawan kopi mempunyai kebarangkalian untuk bebas dari penyakit kronik termasuk kanser sebanyak 18%.

Dalam kajian yang lain, saintis yang melibatkan setengah juta orang di srluruh Eropah mendapati meminum kopi dapat
merendahkan risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular dan penghadaman.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa dengan minum kopi tanpa gula setiap hari dapat merendahkan risiko mendapat penyakit
Parkinson’s dan Alzheimer’s dan dapat mengawal gula dengan lebih baik bagi pesakit diabetes.

Ia juga dikatakan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Jadi minumlah kopi tanpa gula untuk mendapat kebaikan kopi.

Namun ada orang yang sensitif terhadap kopi (yang mengandungi kafein).

Mereka mungkin akan mengalami rasa sakit kepala, degupan jantung yang laju,
dan rasa tidak selesa dalam perut.

Ambillah dalam kuantiti dan pada yang masa yang sesuai.

Semoga bermanfaat.

 

#HealthDrZubaidi

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

30/11/2019

 

7 Sunnah Hebat

Very nicely written ?
By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

? Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

? Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

? Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

? Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

? Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

? Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

? Keenam:
Jaga wudhu’ terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu’. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu’ senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

? Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

Ingatan Buat Diri..

Kita dicipta untuk IBADAH.

Bacalah Quran sekurang2 semuka sehari, usahalah bangun jam 5 pagi untuk bertahjud, wudhu’ dan zikirlah sebelum tidur.

Ingatlah KESEMUA di atas ini amatlah bermanfaat ketika kita dikafankan.

Sedarilah bahawa Allah SWT jadikan kita sempurna, kita boleh melihat, boleh mendengar dan boleh bercakap, maka laksanakanlah tanggungjawab kita sebagai hamba sebelum kita dipersoalkan.

Sumber :MRJ, 2/12/2018

Semoga kita sentiasa berazam untuk menjadikan hari2 yang mendatang lebih dari sebelumnya. Walaupun hakikatnya manusia sentiasa membuat kesilapan namun janganlah kita mengulangi kesilapan yang SAMA.

Jagalah hubungan baik sesama manusia, dan jangan ada bersangka2an. Sentiasalah perbaiki hubungan kita dengan Tuhan. Hiduplah dengan cara yang sederhana serta menjaga ucapan sebaiknya.

Jangan kita UP diri kita lebih2 serta apa2 yang kita miliki kerana apa2 yang kita miliki itu adalah sementara dan ia boleh jadi sebaliknya pada masa akan datang disebabkan kita akan diuji.

Justeru, jadikan diri kita tauladan yang baik pada orang lain dengan penampilan akhlak yang berquality serta menghormati sesama manusia. Kita hidup hanyalah sementara. Ingatlah..ia sementara….SEMENTARA.

~ MRJ : ISTIQOMAH ZIKIR PETANG, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR

Sumber: MRJ 2/12/2019