Berjalan, perhati dan bawa balik amalan yang baik

Di penghujung tahun ni ramai orang pergi melancong. Ini sudah menjadi budaya. Agak berbeza dengan 35 tahun yang lalu bila saya baru memasuki alam pekerjaan.

Berjalan ni satu perkara yang bagus. Kita keluar dari kepompong kita dan boleh melihat bagaimana masyarakat lain hidup. Apa yang mereka pentingkan dan apa yang mereka benci? Jika berbeza dengan kita, cuba fahamkan. Jangan ambil jalan mudah untuk menidakkan mengapa mereka lebih bagus dari kita. Jika kita rasa kita lebih hebat, fahamkan juga apa sebabnya. Jadikan itu satu panduan yang kukuh yang harus difahami oleh anak cucu kita.

Jika berjalan hanya sekadar untuk ambil foto, kongsi di Facebook dan tunggu berapa orang yang akan LIKE dan komen, tak ada salahnya jika itu membahagiakan. Namun lebih molek jika kita boleh mempelajari mengapa sesuatu masyarakat lebih berjaya dari segi ekonomi atau teknologi misalnya. Apakah pendekatan yang berbeza dengan kita dan mengapa kita tidak boleh buat seperti mereka. Adakah mereka mengajar anak cucu mereka supaya sentiasa berusaha dan bersaing atau diberi jaminan bahawa apa pun terjadi, tunggu sajalah bantuan yang akan datang bergolek?

Bila nak balik ke Malaysia, seharusnya sudah ada senarai 2, 3 perkara baru yang boleh kita amalkan supaya kehidupan kita menjadi lebih baik. Contohnya jika kita dapati tandas awam orang Jepun bersih, apakah yang boleh kita lakukan supaya tandas awam di kawasan perumahan kita seperti masjid juga bersih? Jika kebersihan tandas masjid melambangkan tahap kebersihan jemaahnya, tak kan kita lebih rendah berbanding dengan orang Jepun? Bukankah kebersihan itu di antara asas agama kita?

Saya doakan semoga perjalanan di akhir tahun ini akan membawa kebaikan kepada semua orang.

Sumber : Nik Hasyudeen

 

HATI YANG BAIK LEBIH MAHAL DARI TARAF PENDIDIKAN ATAU KETURUNAN.

Hati atau jantung kita merupakan salah satu organ yang penting di dalam badan atau jasad kerana ia akan menentukan sama ada baik atau buruknya akhlak seseorang itu sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam sebuah hadith:

Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).” [Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)]

1. Sesungguhnya al-qalb (hati) itu berasal daripada perkataan ‘taqallub’ yang bermaksud kerap bertukar (berbolak balik).

2. Hati diumpamakan seperti bulu di atas pokok yang berubah-ubah ketika ditiup angin.

3. Ia juga berbolak balik diumpamakan lebih cepat daripada air yang mendidih dalam periuk.

Rasulullah SAW sendiri sentiasa memohon kepada Allah SWT agar diteguhkan hati dalam melaksanakan ketaatan dan beragama kerana hidayah itu adalah milik Allah SWT.

Justeru, berdoalah agar Allah SWT meneguhkan hati dan tidak memalingkannya daripada rahmat dan hidayah-Nya.

Dalam riwayat at-Tirmizi: Adalah Rasulullah SAW dalam kebanyakan doa baginda adalah;

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Menjaga kesihatan hati amat penting untuk fungsi tubuh badan manusia secara keseluruhannya.

Pembersihan hati, apabila dilakukan dengan betul, dapat membantu mengatasi masalah batu hempedu, toksin, dan bahan kimia terkumpul.

Selain itu, membebaskan hati daripada organisma berbahaya akan membantu kita mengekalkan tubuh dan minda yang sihat.

Walaupun terdapat pelbagai variasi regimen pembersihan hati secara organik di luar sana, hampir semua mengambil manfaat dari satu komponen penting– iaitu MINYAK ZAITUN.

Berikan hati anda peluang untuk jadi lebih baik berbanding semalam.

Lakukanlah detox hati menggunakan minyak zaitun terbaik digelar “The Golden Oil”.

Sama sama kita amalkan gaya hidup Aafiyat.

Salam Jumaat Mubarokah

#olivehouse
#aafiyatlifestyle

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

29/11/2019

 

 

 

Sekadar Peringatan

Saya kongsi peristiwa ini untuk dijadikan renungan bersama..

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.

Namun anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu.

Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.

Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Dia menanyakan apa rahsia di sebalik semua itu?

Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkatan harta yang dia miliki ketika bercampur dengannya.

Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya’ir:

جمع الحرام على الحلال ليكثره
دخل الحرام على الحلال فبعثره

Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.

Yang haram pun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.

_____

Barangkali kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam kehidupan harian. Jangan terlalu berharap gaji besar bila pekerjaan kita hanya sederhana. Dan jangan berbangga mendapat gaji besar, padahal kerjabuat kita sangat lemah atau tidak seimbang dengan gaji yang diterima.

Bila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.

Harta yang tidak berkat akan mendatangkan permasalahan hidup yang membuat kita susah, sekalipun bertaburkan benda-benda mewah dan serba lengkap. Wang banyak di bank tapi setiap hari bergaduh dengan isteri. Anak-anak tidak mendatangkan kebahagiaan. Dengan teman dan jiran sekeliling tidak sehaluan.

Kendaraan selalu bermasalah. Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin melemah. Fikiran hanya dunia dan dunia. Harta dan harta. Penglihatan selalu kepada orang yang lebih dalam masalah dunia. Tidak pernah puas, sekalipun mulutnya melantunkan alhamdulillah tiap minit.

Kening selalu berkerut. Satu persatu penyakit datang menghampiri. Akhirnya gaji yang besar habis untuk cek up ke hospital dan periksa ke klinik. Tidak ada yang dapat dibahagikan untuk sedekah, infak dan amal-amal demi tabung masa depan di akhirat. Menjalin silaturrahim dengan sanak keluarga pun tidak. Semakin kelihatan mewah tapi sifat kedekutnya juga semakin menguasai.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk serius dalam bekerja, hingga rezeki kita menjadi berkat dunia dan akhirat !

Kredit FB : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

 

BILA ALLAH TIDAK MENGHENDAKI KITA LAGI

1. Allah akan sibukkan kita dgn urusan dunia….

2. Allah akan sibukkan kita dgn urusan anak-anak….

3. Allah akan sibukkan kita dgn urusan menjalankan perniagaan dan harta…

4. Allah akan sibukkan kita dgn urusan mengejar karier, pangkat dan jawatan….

Alangkah???????kerana kesemuanya itu ?????akan kita tinggalkan…

?????????kita mampu bertanya pada orang-orang yg telah pergi terlebih dulu menemui Allah Subhana Wa Ta’alla dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, Tentu mereka akan memilih untuk memperbanyak amal ibadah…

Sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung mati-matian untuk merebut dunia, yg sudah jelas-jelas tidak dapat dibawa mati…

Kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah, beramal dan beribadah kepada Allah…

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih dari kita, dari segi gaji, pangkat, harta, jawatan, rumah besar, kereta mewah…

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu agama orang lain lebih dari kita…

Kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan dari kita…

Kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam, solat tahajud dan bermunajat kpd Allah…

Kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain setiap hari solat subuh berjamaah di masjid dekat rumah kita…

Kita hanya cemburu apabila melihat orang lain ganti kenderaan mewah…

Kita cemburu apabila melihat orang lain boleh setiap tahun cuti ke luar negara…

Kita hanya cemburu apabila melihat orang lain bergelimang harta, takhta dan wanita….

Tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain khatam Al’Quran sebulan dua kali….

Kita jarang cemburu apabila melihat mualaf yg faham isi AlQur’an…

Penyesalan itu selalu terlambat, menunda taubat, menunggu usia tua…itupun kalau masih sempat…

Sumber : ~ ???: ????????????????????, ??????????????????????????????

Bangun Malam

BANGUN MALAM

Bila bermula 1/3 malam tersisa?

Ia berbeza-beza mengikut lokasi. Tempoh malam berlainan.

Di Malaysia, katalah Maghrib bermula 7 malam. Subuh masuk jam 4 pagi.

Lalu tempoh waktu malamnya 9 jam. 9 dibahagi 3 = 3 jam (tempoh 1/3 malam) .

Maka 1/3 waktu malam tersisa bermula jam 1 pagi (4 pagi masuk waktu subuh — 3 jam tempoh 1/3 malam) sehinggalah sejurus sebelum waktu subuh.

Bangun, solat dan berdoalah. Allah SWT bertanya… Ada sesiapa yang mahu bangun pada 1/3 hujung malam tersisa?

— Jika berdoa Aku makbulkan

— Jika bertaubat Aku ampunkan

— Jika meminta Aku bagi apa yang diminta

Sungguh…. ia amalan yang dirahsiakan ganjarannya.

Sumber : Prof Mohd Kamil

Muhasabah Diri

Muhasabah diri kalian agar usaha untuk kuat menjaga solat sunat witir sebagaimana kalian menjaga solat fardhu begitu juga dengan solat sunat fajar. MESTI BUAT 2 jenis solat sunat ini.

MESTI baca Quran setiap hari sekurang 1 muka kerana Quran adalah peguam bela kita di mahsyar kelak.

MESTI berpuasa at least 3 hari setiap bulan. Mudah2an kalian mendapat nikmat Ar Rayyan (pintu shortcut ke syurga)

MESTI bersedekah setiap bulan. (Ia memadamkan kemurkaan Allah)

MESTI, istiqomah zikir pagi dan petang

Buat termampu yg boleh Tahjud dan Dhuha

Perbanyakkan solat sunat rawatib.

MESTI, JAGA AKHLAK….

Perkara yg mesti kalian elak

Elak dari putus silaturahim.

Jangan tak bayar hutang

Jangan banyak bercakap perkara yg kosong.

Insyaa Allah kalian akan sejahtera masuk Syurga dan dikumpulkan di mahsyar sebagai tetamu vvip.

Sumber : Muhamad Rizal, 12/10/2018

Kita Hak Milik Allah

Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan isteri yang suka melawan..
Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan suami yang panas baran..
Bukan suka² Allah berikan kita anak yang degil dan nakal..
Bukan suka² Allah letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama..
Bukan suka² Allah beri kita anak ramai
Bukan suka² Allah langsung tidak beri anak pada kita
Bukan suka² ALLAH beri kita pelbagai sakit..
Bukan suka² Allah aturkan kisah silam kita…

Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa ‘tak banyak dosa” sangat. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa “saya ni baik je”. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripadaNYA.

Bukan saja² kita seorang je yang dapat hidayah.. Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain.

Hidup kita Allah yang atur. Isteri kita Allah yang punya. Suami kita juga milik Allah.. Anak² kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya. Kesihatan kita Allah yang punya.

Jadi, jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah. Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yang punya. DIA boleh bagi kita dan DIA boleh ambil balik daripada kita bila-bila masa saja. Namun usah lupa. Allah itu Maha Penyayang. DIA ambil sesuatu daripada kita sebab DIA nak bagi ‘sesuatu yang lebih besar’ untuk kita. Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu. Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan Allah, kita akan sentiasa redha.

Jadi, usah kecewa. Kita ada Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah. Kita yakin dengan Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah. Inshaa Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tetapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam! Inshaa Allah kekuatan itu kita akan perolehi.

Kita ada Allah! Dan Allah itu ada di mana-mana. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja., Jika di Mekah dan Madinah ada tempat² mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab.

Dan Allah telah menggariskan panduan, “Sabar dan Solat”!

Lakukanlah! Dan perlahan-lahan, akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang DIA ambil dari kita tapi berbeza-beza bentuk pemberiannya. Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu.. InsyaaAllah.

~Allah tak jadikan sesuatu itu saja² dan suka²~

Sumber :Kisah Zakat Malaysia,

12-10-2019 ( Sabtu), 6.30 am.

Hidup sebagai MUSLIM kita perlu sentiasa meletakkan Allah SWT di HATI. Maka kerana itu rutin kehidupan bagi setiap muslim itu ia akan sentiasa mendahului setiap perbuatannya dengan doa Agar hati akan dapat dihubungkan dengan Tuhan pada setiap masa. Justeru setiap kali makan, masuk tandas, nak tidur, bangun tidur, masuk rumah, keluar rumah, naik kenderaan kesemuanya ada doa2 yg diajarkan oleh Nabi s.a.w.

Tidak cukup dengan doa, zikir perlu juga diamalkan agar hati kita sentiasa disuburkan oleh iman yang murni. Tanpa solat, doa dan zikir maka kita tidak akan merasai ketenangan, kebahagian serta kelapangan di dalam kehidupan.

~ ISTIQOMAH ZIKIR PETANG, DAHULUKAN DGN SAYYIDUL ISTIGHFAR.

Sumber : MRJ 29/9/2019