Al-Quran sebut, engkau akan penat dalam perjalanan menuju Tuhanmu dengan kepenatan demi kepenatan.


ALLAH berfirman dalam Surah Al-Insyiqaq ayat ke 6,

يٰٓاَيُّهَا الْاِنْسَانُ اِنَّكَ كَادِحٌ اِلٰى رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلٰقِيْهِۚ

“Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).”


Semua kita ni ada penat masing-masing.

“Saya hanya penguatkuasa sahaja.”
Penat cara penguatkuasa.

“Saya orang biasa, suri rumah saja.”
Siapa kata suri rumah tak penat?

“Saya hanya seorang isteri saja.”
Siapa kata isteri tak penat?

Semua orang ada kepenatan masing-masing yang kadang-kadang orang tengok kita selesa dan bahagia bahkan orang nampak kita ni macam tak ada masalah. Tapi sebenarnya kitalah yang sedang penat tanpa kita tunjuk di hadapan orang lain. Kerana kita wanita ni adalah orang yang paling pandai berpura-pura. Kita nak orang tengok kita bahagia. Sebab itu di media sosial kita tak tunjuk muka serebeh tengah menangis. Kita tak tunjuk kita yang paling terluka. Kita tunjuk di media sosial semua yang baik-baik sahaja. Kita tangkap gambar pegang tangan suami, upload di media sosial nak tunjuk suami kitalah yang paling baik. Seolah-olah kitalah yang paling bahagia.

……

Hari ini komunikasi keluarga sudah hilang dimakan oleh handphone.

Dulu orang bimbang anak main handphone.

Sekarang?

Anak bimbang mak paling banyak main handphone.

“Ustazah, saya tak boleh tidur malam.”

“Kenapa? Insomnia ke?”

“Tak. Malam tadi dok tengok TikTok. Lepas satu-satu.”

TikTok ni dah makan masa rehat kita.
TikTok dah makan masa tidur kita.
TikTok dah makan masa solat kita.
Handphone dah makan rasa syukur kita kepada ALLAH SWT.

Kita tengok orang pergi berjalan, kita kata seronoknya. Kita tak pernah pergi lagi. Kita kata kita tak pernah pun dapat macam tu lagi. Kita tak sedar handphone telah menghilangkan rasa syukur.

Handphone hari ini dah makan banyak benda. Hilang komunikasi dalam keluarga.

Nak masuk tahun baru, antara yang patut kita buat salah satunya adalah pausekan seketika, kurangkan bermedia sosial dan kurangkan memegang handphone di tangan kita.

Yang makin smart, handphone.

Yang kejut kita bangun pagi, handphone.

Yang pertama kita lihat lepas bangun tidur, handphone.

Dok dalam majlis ilmu , pun kita tengok handphone.

Maka azam tahun baru kita, kurangkan sedikit.

Kita bukan nak ambil tahu hal orang tapi kadang-kadang kita disibukkan dengan kisah orang kerana handphone di tangan.

Berkata Jalaluddin Rumi,

“Jangan biarkan orang jahat menjahatkan kita.”

Kita ni bukan jahat pun, bukan nak mengata kat orang pun. Tapi bila dah dok tengok dalam media sosial, kita sakit hati. Kerana kita tengok orang dok komen mengata-ngata, kita pun sama naik mengata kat orang.

Jaga-jaga!

Tahun depan kita mulakan dengan azam kurangkan memegang handphone. Sebab bila masuk tahun baru bertambahnya umur kita, yang kita nak adalah ketenangan.

Tenang yang S-A-K-I-N-A-H.

…..

S = Serahkan apa yang kita tak mampu tanggung kepada ALLAH.

Serahkan yang macam mana?

Kita jaga ALLAH, ALLAH jaga kita.

Maknanya tahun baru , upgrade solat.

Siapa yang biasa solat lambat, mulakan solat di awal waktu.

Siapa yang tak baca Al-Quran, start tahun baru tolong jangan tunggu Ramadhan baru nak mula baca Al-Quran.

Mula daripada sekarang bulan Rejab untuk kita target Ramadhan kali ni dua kali kita khatam Al-Quran.

A = Akui diri kita lemah.

Mesti ada solat yang melelehkan airmata kita.

“Ya ALLAH, aku ni lemah wahai ALLAH.”

Akui diri lemah!

Bangun Tahajjud dan mengaku pada ALLAH yang diri kita lemah.

“Ya ALLAH, sepanjang tahun 2025 tak ada pun solat aku di awal waktu. Aku lemah, Ya ALLAH.”

“Ya ALLAH, di tahun 2025 ni aku tak dapat pun sedekah capai target yang aku inginkan. Aku lemah, Ya ALLAH.”

“Ya ALLAH, 2025 mulut aku jahat. Banyak sangat bercakap tentang orang. Aku lemah, Ya ALLAH.”

Akui kelemahan diri kita.

K = Kembali menjadi versi yang terbaik diri kita.

Ingat tak kita waktu dulu kecil-kecil, orang buat apa pun, kita tak rasa sakit hati pun. Mak pulas telinga kita, tapi kepada mak lah kita kembali peluk mak semula.

Tapi kenapa kita tak sabar sekarang?
Kenapa kita tak boleh nak terima?
Kenapa kita tak boleh nak redho?

Sebab terlalu banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan kita.

Maka ajaklah diri kita menjadi versi terbaik.

Orang nak kata apa pada kita, biarlah orang kata apa pun. Yang penting kita buat yang terbaik dan serahkan kepada ALLAH.

Menjadi versi terbaik pada diri kita, orang akan judge kita. Orang lain nak kata apa, biarkan mereka.

I = Ikhlas dalam memberi dan menerima.

“Ya ALLAH, aku ikhlas menerima apa yang KAU beri.”

Inilah redho.

Redho ni bermaksud dah tiada bantahan,

“Mengapa mesti aku?”

Mulut dah tak mempersoalkan. Itu tanda redho.

Kalau masih mempersoalkan dan masih protes lagi, itu tandanya masih belum redho dan masih belum ikhlas lagi pada kehidupan yang sedang kita tempuh.

Ikhlas memberi dan ikhlas menerima, ALLAH tak pernah tidur dari melihatnya.

Ikhlas pada apa yang ALLAH beri, ALLAH akan tambah pada apa yang kita syukuri.

N = Nikmati apa yang kita ada.

Tahun depan azam kita terima apa yang kita ada. Syukur apa yang kita ada.

“Alhamdulillah. ALLAH bagi kesihatan yang baik.”

“Alhamdulillah, aku ada anak.”

“Alhamdulillah, aku ada suami.”

A = Atur keutamaan diri.

Orang perempuan ni semua benda dia nak buat. Dia buat kadang-kadang yang bukan tanggungjawab dia .

Jadi mulai tahun depan, aturkan ikut keutamaan.

Mana satu untuk dunia, mana satu untuk Akhirat. Mana satu untuk keluarga, mana satu untuk kita bahagia.

Atur mengikut keutamaannya.

H = Hidupkan harapan dalam diri.

Beri diri ruang untuk rasa bahagia. Beri diri peluang untuk membuktikan diri kita masih boleh buat apa yang kita ingini. Hidupkan harapan dalam diri kerana akhirnya you are the best adviser to your life.


[Tazkirah dari Ustazah Nazirah Abu Bakar live dari PICC]

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّ

yusnizayaziz

9 Rejab 1447H
30 Disember 2025

Hari Introvert Sedunia ialah peluang untuk orang di seluruh dunia lebih memahami dan menghargai golongan introvert.

Hari Introvert Sedunia yang pertama diadakan pada tahun 2011. Ia bermula apabila ahli psikologi dan penulis, Felicitas Heyne, menerbitkan satu catatan blog yang menyeru agar diwujudkan satu hari khas untuk “kami yang lebih senyap”.
.

Golongan introvert ialah golongan yang sering disalahfaham. Kita hidup dalam dunia yang memuja ekstrovert, jadi introvert kerap nampak seperti sombong dan pelik.

Sedangkan tidak. Introvert cuma berfungsi dengan cara yang berbeza.

Secara mudah, introvert cenderung lebih selesa dengan rangsangan yang rendah, perbualan kecil-kecilan, dan perlukan masa bersendirian untuk “cas semula” selepas banyak bersosial.

Satu lagi salah faham besar: introvert bukan semestinya pemalu.

Pemalu biasanya takut dinilai. Introvert pula boleh sahaja bergaul, cuma dia cepat letih bila terlalu banyak rangsangan sosial.

Introvert bukan semestinya tak pandai bergaul.
Introvert boleh berbual, boleh bekerja dalam pasukan, boleh jadi pemimpin.

Cuma mereka cepat letih bila terlalu banyak rangsangan sosial. Mereka “cas semula” bila ada ruang tenang, bukan bila dipaksa sentiasa mesra dan sentiasa bercakap.
.

Mari ambil sedikit masa pada 2 Januari untuk fikirkan apa maknanya menjadi seorang introvert. Lebih memahami introvert akan membawa kepada dunia yang lebih baik ❤️

wSumber FB : Public Health Malaysia

2025 akan pergi dan tahun 2026 apakah tahun kematian kita?

Kawan,

Usia kita bukannya meningkat setiap tahun tapi adalah setiap hari. Tahunan adalah adat bagi kita untuk bermuhasabah diri dan untuk berazam yang mana sepatutnya kita lakukan setiap hari.

Apa apa pun nasihatlah diri andai kita lihat diri kita semakin keluar dari sasaran redha Allah.

Tiada siapa yang boleh paksa diri kita untuk berubah kepada kebaikan atau kepada kejahatan. Kita adalah pilihan kita dan usaha ikhtiar kita. Kita yang menanggungnya.

Jadi, buatlah pilihan. Jalan Allah atau jalan syaitan. Tiada jalan ketiga. Tiada jalan tengah. Takwa atau derhaka.

Jika pilih takwa, kita harus berjuang. Kembali kepada mula. Menuntut ilmu, memperbaiki amal. Bertaubat. Bersungguh dan meninggalkan syahwat. Berdakwah dan mengekang nafsu. Bersyukur diatas hidup yang telah ditakdirkan

Jika tidak sanggup, pilih jalan kedua. Buat sesuka hati dan bebas lepas. Terbanglah. Makanlah. Hiruplah sepuasnya dunia ini.

Waktu sangat suntuk buat kita. Apalagi bila waktu banyak kita gunakan pada dunia hidup, bisnes, hiburan, makanan, perhiasan yang menyuburkan nafsu juga isu isu politik yang tidak membuahkan amal dan kedekatan dengan Tuhan.

Tiap saat mengeraskan hati melayan kehendak nafsu yang tak pernah puas sedangkan dalam waktu yang sama kita terpaksa berurusan dengan saat kematian kita.

Fikirkan kawan ku. Sampai bila kita harus begini sehari hari. Setiap hari, hari yang sama dan rutin yang sama tanpa perubahan. Pahala tidak mengalir malah dosa yang melilit.

Ukirlah amal walau sedikit. Kerana waktu kita hampir berakhir.

Selamat tahun baru 2026

muharrikdaie

Ujian yang kita rasa kita tak mampu nak mendepaninya, tetapi ternyata hingga ke hari ini ALLAH masih bagi kita hidup.

Jadi benarlah La Yukallifullahu Nafsan Illa Wus’aha.

Walaupun kita didatangi dengan ujian yang kita kata kita tak mampu nak menanggungnya, hakikatnya kita masih hidup lagi hingga ke hari ini. Bermakna ALLAH berikan rezeki kepada orang yang masih hidup. Tinggal lagi kita yang masih merungut-rungut dan masih lagi rasa tak cukup.

Kehidupan itu bermakna bersamanya ALLAH siapkan rezeki. Benar kita tak henti diuji tetapi syukur Alhamdulillah kerana ajal belum sampai, ALLAH masih hidupkan kita.

Jadi nikmat mana lagikah yang kita nak dustakan?

Jom kita flash back ke belakang dan tanyakan kepada diri sendiri,

Adakah kita jaga sungguh-sungguh dalam setiap amal, niat ikhlas kita persembahkan semata-mata kerana ALLAH?

Kita muhasabah diri tak, kenapa ALLAH bagi kita terduduk dan terjatuh di titik yang terendah?

Rupa-rupanya kita sebenarnya dalam proses sedang mencari dan bertemu dengan hikmah.

Masya-ALLAH.

Selama ini kita rasa dengan Al-Quran kita boleh healing.

Tapi mampukah kita menghilangkan resah dijiwa?

Bagaimana dengan aqidah kita?

Terkadang dalam kita nak berhealing dengan Al-Quran, tapi kita makin jauh dengan ALLAH SWT, dan kita makin hilang segala ketenangan.

Maka di manakah healingnya itu?

Kalau semua yang kita nak cari hanya kepada diri kita sahaja,

“Biarlah aku sorang saja jadi baik. Biarlah aku sorang saja healing dapat ketenangan dan dapat penyembuhan daripada Al-Quran.”

Tapi kita tak boleh orang buat salah sikit.
Kita tak boleh nak mengalah.

Akhirnya yang healing itu hanya kita.
Tetapi sebenarnya kita makin hilang.

Keluarga makin hilang.
Pekerjaan makin hilang.
Kawan-kawan makin hilang.

“Ya lah… Kau tu kan ahli Syurga. Aku ni ahli Neraka.”

Semua makin menjauh.

Hati-hati sahabat!

Orang yang healing sebenarnya dia takkan hilang kasih sayang.

Orang yang healing, dia takkan hilang jalan-jalan menuju ke Syurga ALLAH.


(Tazkirah dari Ustazah Muzayyanah)

Jom muhasabah.

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

yusnizayaziz

ustazahzai

bertahanlahkeranakitabertuhan

9 Rejab 1447H
30 Disember 2025

PERSIAPAN MENGHADAPI MATI MENGEJUT ( Tanda Akhir Zaman )

4 Amalan Harian Jaminan Syurga Dan Perlindungan ALLAH.

  1. Membaca SAYYIDUL ISTIGHFAR.

Waktu : Pagi dan petang ( dengan penuh keyakinan ).

Fadhilat : Jaminan menjadi ahli Syurga jika meninggal dunia sebelum waktu berikutnya.

  1. Doa Perlindungan Api Neraka.

Allahumma Ajirna Minannaar ( dibaca 7 kali )

Waktu : Selepas subuh dan Maghrib ( sebelum bercakap )

Fadhilat : Tertulis perlindungan daripada api Neraka.

  1. Ayat Kursi Selepas Solat Fardhu.

Waktu : Konsisten membaca selepas setiap solat fardhu.

Fadhilat : Tiada penghalang ke Syurga melainkan kematian.

  1. Membaca Doa Keredhoan.

Rodhitu Billahi Robba, Wabil Islami Dina, WabiMuhammadin Rasula.

Waktu : Pagi dan petang.

Fadhilat : Wajiblah baginya Syurga.

Saranan Utama : Lakukan keempat-empat amalan ini sekaligus selepas solat Subuh untuk perlindungan sepanjang hari.

[Ustaz Jafri Mahmoodi]


Semoga bermanfaat.
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

yusnizayaziz

9 Rejab 1447H
30 Disember 2025

“Di Tanah Haram, kematian pun mendidik hati.”

Ramai jemaah Umrah & Haji pernah terlihat beberapa jenazah disusun rapi di Masjidil Haram.

Ada yang berselimut putih, ada coklat, hitam, biru, malah kuning dan hijau berbumbung.

Sebahagian jemaah tertanya-tanya…
“Kenapa warnanya berbeza?”

Inilah ilmu kecil yang jarang diceritakan, tetapi besar kesannya pada hati.

🕊️ Di Masjidil Haram, warna kain penutup jenazah membawa makna:

▫️ Putih – Jenazah yang wafat dalam keadaan ihram
▫️ Coklat – Jenazah lelaki dewasa
▫️ Hitam – Jenazah perempuan dewasa
▫️ Hijau & berbumbung – Jenazah kanak-kanak
▫️ Biru – Jenazah yang diuruskan melalui pihak hospital
▫️ Kuning – Jenazah individu berstatus khas seperti pemimpin atau tokoh tertentu

Namun, hakikat paling penting bukan pada warnanya.

📌 Di hadapan Kaabah, semua jenazah disusun sama.
Tanpa nama.
Tanpa pangkat.
Tanpa gelaran dunia.

Yang membezakan hanyalah amalan dan cara bertemu Allah.

Kadang-kadang, jemaah berdiri menunggu giliran tawaf…
dan jenazah melintas di hadapan mata.
Itu bukan gangguan ibadah.

Itu peringatan lembut.

“Aku mungkin datang untuk tawaf hari ini…
tetapi boleh jadi aku yang ditawafkan suatu hari nanti.”

Ilmu-ilmu kecil seperti ini bukan sekadar pengetahuan.

Ia menyentuh jiwa, meluruskan niat, dan melembutkan hati sepanjang perjalanan Umrah & Haji.

✨ Umrah bukan hanya perjalanan fizikal.
Ia perjalanan ilmu, adab dan kesedaran akhirat.

Jika ingin Umrah yang lebih faham, lebih tenang dan lebih bermakna,
pilih perjalanan yang bukan sekadar membawa tubuh tetapi membimbing hati.

🕋 Semoga setiap langkah di Tanah Haram menjadi saksi yang baik… sebelum kita sendiri diselimuti kain yang sama.

Jom pergi umrah dan Haji bersama Glocal Travel. Link di ruangan komen.

Haji #UmrahJourney #makkah #madinah #glocaltravel #travel #umrah

Wahai sahabat,

Cuba berdiri sekejap di depan almari pakaian kita sekarang.

Penuh, bukan? Ada baju yang tergantung rapat, ada yang berlipat tinggi menggunung. Malah, mungkin ada baju yang masih ada ‘tag’ harga, tersorok di penjuru paling dalam, tidak disentuh bertahun-tahun.

Kita sering mengeluh: “Tak ada baju nak pakai!” sedangkan almari kita sarat muatannya.

Tahukah kita, setiap helai pakaian yang kita simpan, kumpul, dan biarkan berhabuk itu sedang menunggu gilirannya untuk menjadi ‘soalan’ di hadapan Allah SWT nanti?

  1. Harta Kita Akan “Ditahan” Di Mahsyar

Jangan ingat ‘harta’ yang dihisab itu cuma duit dalam bank. Baju kurung RM200 yang kita beli tapi pakai sekali, jubah mahal yang kita simpan sayang nak pakai, tudung beratus helai semuanya adalah harta.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang sahih:

“Tidak akan berganjak kedua kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga dia disoal tentang empat perkara… (salah satunya) tentang hartanya; dari mana dia peroleh dan ke mana dia belanjakan.”
(HR Tirmidzi)

Bayangkan di Padang Mahsyar nanti, orang lain lalu dengan pantas kerana hidupnya sederhana. Tiba giliran kita, kita tertahan lama. Kenapa? Kerana kita kena jawab satu persatu tentang 100 pasang kasut dan 300 helai baju yang kita tumpuk di dunia dulu.

“Kenapa kau beli tapi kau biarkan ia reput? Kenapa tidak disedekahkan kepada mereka yang telnjang dan kesejukan?”

Apa kita nak jawab?
.

  1. Bahaya Pakaian “Syuhrah” (Untuk Menunjuk-nunjuk)

Zaman sekarang adalah zaman OOTD (Outfit of the Day). Ramai yang beli baju bukan sebab perlu, tapi sebab nak tunjuk di social media bahawa kita “mampu” atau “stylo”.

Hati-hati dengan niat ini. Rasulullah SAW memberi amaran keras:

“Siapa yang memakai pakaian syuhrah (untuk bermegah-megah/populariti) di dunia, nescaya Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian dibakar dalam api neraka.”

-(HR Abu Daud, No. 4029 & Ibn Majah – Dinilai Hasan oleh Al-Albani)

Jika kita beli baju semata-mata nak dapat ‘like’, nak orang puji jenama apa kita pakai, ingatlah: Pujian itu bertahan 24 jam di ‘story’, tapi azab riyak itu kekal di sana.
.

  1. Pakaian Lama Adalah Hak Orang Miskin Yang Kita “Tahan”

Kita simpan baju lama dengan alasan “sayang, memori banyak”, atau “nanti kurus boleh pakai balik”. Akhirnya baju itu dimakan anai anai.

Sedangkan Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata (mafhumnya): “Sesungguhnya rezeki orang-orang miskin itu ada pada harta orang-orang kaya yang berlebihan.”

Baju yang tidak kita pakai itu mungkin adalah doa seorang ibu miskin yang tak mampu beli baju raya untuk anaknya. Tapi kita ‘penjara’ baju itu dalam almari gelap kita. Kita menzalimi fungsi pakaian itu sendiri.


Apa Yang Perlu Kita Buat Sekarang?

Sebelum kita mati dan ahli waris pening nak uruskan timbunan baju kita, buatlah keputusan hari ini:

  1. Audit Almari: Buka almari. Pegang setiap baju. Tanya: “Bila kali terakhir aku pakai?” Jika lama tak pakai, lepaskanlah.
  2. Infaq Segera: Jangan bagi baju buruk yang dah koyak rabak. Bagilah baju kita yang masih cantik.
  3. Tukar Jadi Pahala: Jadikan baju itu “kenderaan” kita ke syurga.

“Mana-mana Muslim yang memberi pakaian kepada Muslim lain yang tidak memiliki pakaian, nescaya Allah akan memberinya pakaian dari hijau-hijauan Syurga.”
-(HR Tirmidzi, No. 2449)

Sahabat sekalian,

Biarlah almari kita nampak kosong sedikit di dunia, asalkan timbangan hisab kita ringan di akhirat. Jangan sampai kain-kain yang cantik ini menjadi bahan bakar yang melilit tubuh kita nanti.

Moga Allah ampunkan pembaziran kita yang lalu..

Sumber FB : Firdaus Ismail

PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK

  1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.
  2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut
  3. Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
  4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
  5. Selepas solat Isya’, amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan

“Ya ALLAH perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku”

  1. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi
  2. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan.
  3. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala.
  4. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud

Amalkan hari-hari….in sha ALLAH kelihatan ‘cantik’.

Cantik bagaimana?

Cantik ‘hati’, cantik jiwa, roh, wajah dan perasaan.

Alhamdulillah. ❤️

SUMBER FB : Kredit : Elida Tarihoran

Ampuhnya Doa Orang Alim

Sebagai penjawat awam, kita perlu belajar dan mahir memahami politik ofis.

Apabila seseorang naik dengan cepat, pasti akan ada yang dengki, tidak berpuas hati, dan berusaha menariknya ke bawah.

Begitulah perangai ketam Me.layu. Biar sama-sama tidak naik, asalkan semua kelihatan setara dan kononnya harmoni.

Mereka yang lama berkhidmat dalam perkhidmatan awam akan faham bahawa kenaikan pangkat selalunya lebih bergantung kepada siapa yang kita kenal, bukan semata-mata apa yang kita tahu.

Apabila sudah berjaya duduk di kerusi yang empuk, gunakanlah apa juga kabel yang ada supaya tidak ditarik keluar, kecuali untuk naik pangkat. Kerana kerusi yang selesa pasti ramai yang mengintai.

Begitulah situasi saya ketika itu. Saya sudah lama berada di satu jawatan yang sangat sesuai dengan jiwa dan kemahiran saya. Saya menjadi ketua kepada sebuah unit kecil, tetapi peranannya amat penting.

Sebelum itu, sepanjang perkhidmatan, saya telah dipindahkan ke lebih sepuluh pejabat dan berkhidmat di bawah hampir dua puluh ketua jabatan. Namun di jawatan tersebut, saya akhirnya menemui ketenangan bekerja.

Selama lima belas tahun, saya berjaya bertahan dan menepis pelbagai usaha untuk menarik saya keluar, hasil bantuan kabel yang besar.

“En Din dah lama sangat duduk situ. About time to move,” kata seorang pegawai perpindahan di Pejabat Pengurusan Jabatan.

Saya hanya tersenyum setiap kali terserempak dengannya di Ibu Pejabat, tanpa memberi sebarang reaksi.

Kabel besar masih melindungi saya.

Namun, selepas lima belas tahun, D-Day akhirnya tiba. Saya menerima surat pertukaran mengejut daripada Pengarah Pengurusan untuk berpindah ke Ibu Pejabat secara lateral.

Dalam surat tersebut, seperti biasa, saya diberikan masa seminggu untuk menyiapkan nota serah tugas dan mengemas pejabat.

Saya dimaklumkan bahawa seorang pegawai telah menggunakan kabel yang lebih tinggi untuk menarik saya keluar kerana beliau berminat dengan jawatan yang saya sandang.

Dalam perkhidmatan kerajaan, seseorang yang mempunyai kabel memang mampu melakukan hampir apa sahaja, kecuali apabila ada kabel yang lebih besar ‘memVETO’ keputusan tersebut.

Saya benar-benar tergamam kerana berasa amat selesa dan tenang bekerja di situ, jauh daripada kerenah pegawai Ibu Pejabat yang sering mengganggu tumpuan kerja.

Lebih memeritkan, surat pertukaran itu ditandatangani oleh bos nombor dua Jabatan.

Saya menemui beliau untuk membuat rayuan, namun rayuan itu ditolak mentah-mentah.

Mahu atau tidak, saya terpaksa akur untuk berpindah ke Ibu Pejabat.

Hati saya semakin tersentuh apabila pegawai yang bakal menggantikan saya menelefon dan meminta tips mengenai tugas serta jawatan yang bakal diambil alih.

Orang kata, mereka yang sedang lemas akan berpaut pada apa sahaja, walaupun sebatang jerami yang hanyut.

Begitulah keadaan saya ketika itu, apabila seorang staf memberi satu cadangan.

“Haji Din, apa kata Haji buat solat hajat. Lebih baik lagi kalau ditambah dengan solat hajat orang alim,” katanya.

“InsyaAllah saya memang buat solat hajat, tetapi adakah kamu kenal sesiapa orang alim yang boleh kita minta tolong,” balas saya.

“Ada seorang alim di kampung saya. Saya perasan ramai orang kampung datang meminta pertolongan beliau.”

Staf ini memang mempunyai rangkaian kenalan yang luas dan mengenali ramai orang alim.

“Baiklah, usahakan untuk berjumpa dengan orang alim itu. Minta beliau buat solat hajat dan doa agar saya tidak dipindahkan,” kata saya.

Dalam hati, saya tahu peluangnya sangat tipis. Saya hanya ada beberapa hari lagi, dan saya sedar saya sedang berharap kepada sesuatu yang hampir mustahil. Namun sebagai orang yang lemas, apa lagi pilihan yang ada.

Staf tersebut menghubungi rakannya dan mereka berjumpa dengan orang alim itu untuk menceritakan keadaan sebenar.

“Pakcik sendiri pernah buat solat hajat supaya anak pakcik dapat berpindah balik ke kampung, tetapi tidak dimakbulkan. Namun insyaAllah pakcik akan cuba bantu rakan tuan. Mana tahu masih ada rezekinya di situ,” kata orang alim tersebut.

Beliau adalah seorang imam di sebuah masjid di sebuah kampung kecil.

Sehari selepas pertemuan itu, tiada apa-apa yang luar biasa berlaku.

Hati saya semakin sayu memikirkan perpindahan yang hampir pasti.

Dua hari sebelum tarikh pertukaran, seorang lelaki yang tidak saya kenali datang ke pejabat untuk melawat rakannya, seorang jurutera di bawah pengawasan saya.

Kami diperkenalkan. Apabila beliau melihat kotak-kotak di pejabat, beliau bertanya. Saya memaklumkan bahawa itu hari-hari terakhir saya kerana bakal berpindah.

“Tuan, mahu tak saya tolong batalkan surat pertukaran tuan,” katanya tiba-tiba.

“Bagaimana tuan boleh buat begitu sedangkan tuan orang luar,” balas saya, agak terkejut.

“Saya kenal rapat bos nombor satu. Malam ini saya ada makan malam dengannya. Saya akan cuba minta beliau batalkan pertukaran tuan,” katanya yakin.

Ringkas cerita, keesokan harinya, pertukaran saya dibatalkan oleh bos nombor satu.

Sehingga hari ini, fikiran saya masih tertanya-tanya bagaimana solat hajat dan doa orang alim itu boleh membawa kepada pembatalan pertukaran saya, tanpa sebarang sebab yang jelas.

Mengapa dua hari sebelum tarikh pertukaran, muncul seorang insan misteri yang saya tidak kenal menawarkan bantuan?

Adakah semua ini sekadar kebetulan?

Wallahua’lam.

Ir. Hj. Zainuddin Bin Hj. Omar
FB: zainuddin omar

  • saya masih terngiang kisah cerita ini.

PANDUAN SOLAT SUNAT FAJAR BUAT FOLLOWER BARU. INI ADALAH AMALAN RINGAN, NAMUN PAHALANYA CUKUP-CUKUP BESAR. KUATKAN DIRIMU AGAR ISTIQOMAH.

APAKAH SOLAT SUNAT FAJAR?

Ia juga dipanggil sebagai solat sunat qabliah subuh atau solat sunat subuh.

Apa maksud fajar? Terbitnya cahaya yang berupa benang-benang putih dilangit menandakan masuknya waktu subuh.

SYARATNYA?
Mesti masuk waktu subuh (di dalam waktu subuh) dilakukan selepas azan.

CARANYA?
2 rakaat seperti solat subuh tanpa perlu membaca qunut.

a. Rakaat pertama (Al Fatihah & Al-Kafirun)
b. Rakaat kedua (Al Fatihah & Al-Ikhlas)

Selesai mengerjakan dua rakaat solat sunat fajar ini baharulah kita mengerjakan solat fardhu subuh.

Lafadz niat?
Sekadar melahirkan rasa di dalam hati tanpa perlu dilafadzkan, (sahaja aku solat sunat fajar kerana Allah)

Kalau lewat bangun jam 6.30 boleh lagikah utk lakukan solat sunat fajar? Ya boleh selagi waktu subuh masih ada dan sempat sebelum terbit matahari, maka buatlah solat sunat fajar.

Jika datang masjid lalu muazzin telah mengundangkan iqomah bagaimana (tak sempat buat lagi)? Solat sunat fajar ini boleh di qadha sebaik selepas mengerjakan solat fardhu subuh.

Kepentingan Solat Fajar?
Walaupun ia tidak wajibkan namun penekanan pada solat sunat fajar ini seolah-oleh sama penting seperti solat wajib (fardhu). Ia sangat ditekankan sehinggakan Nabi ﷺ melakukannya walaupun di dalam safar atau berada di medan jihad atau dalam keadaan uzur sekalipun.

Ganjaran?
Allah SWT nak beri sesuatu yang lebih baik nilainya dari dunia dan seluruh isinya. (HR Al- Bukhori)

Justeru, meninggalkan solat sunat fajar adalah satu kerugian yang tak terperi

~Sumber FB : MRJ

UTM Open Day