Baca Renung Serta Tanya Pada Diri..

Kali ni saya nak cerita satu kisah yang mungkin boleh jadi pengajaran kepada kita semua. Hari itu selepas seminggu bercuti dikampung, saya ingin pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway mungkin sibuk, saya menyusuri laluan lama. Jalan lama Teluk Intan ke Kuala Lumpur. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu.

Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki muncul dihadapan.“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya. “Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya,

“Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik? Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

“Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

“Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. “Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya. “Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!” kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.

“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. “Abang nak beli semua ke?” dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

“RM25 saja bang.” Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?

Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

MORAL:

Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah S.W.T. Semoga menjadi renungan bersama jadi pengajaran utk org2 yg malas bekerja, yg tak menghargai dan bersyukur dgn kesenangan yg dimiliki.

Sumber: Sahabat Mahkamah Syariah, 1/2/2019

Allah Bersama Kita

Sahabat-sahabat sekalian, kadang-kadang masalah hidup @ kesusahan itu, membutakan mata, memekakkan telinga, membuatkan kita ingin lari, lari jauh daripada masalah. Terasa ingin menyendiri.

Jangan terlalu cepat membutakan mata, lihat hikmah di sebaliknya. Jangan pantas pekakkan telinga, dengar dan yakin akan janji Allah. Jangan lari, hadapilah masalah itu, kerana Allah tidak pernah meninggalkan kita. Meskipun kita menyendiri, hakikatnya Allah tetap ada bersama kita.

HAKIKATNYA di sebalik kesusahan itu ada hikmah yang tersembunyi, meskipun kita masih tercari-cari hikmahnya. Yakinlah sungguh2 pada Allah SWT, percayalah bahawa susah itu tidak akan selamanya. Yang banyak diuji itu kebanyakkannya adalah orang yang baik-baik.

Justeru, janganlah kita takut , hikmah kesusahan itu akan kita temui jua, kerana sesungguhnya di setiap kesusahan, akan ada kesenangan. Allah turunkan ujian bukan untuk menghukum kita tetapi sebagai tanda Allah nak kita dekati DIA agar kita disayangiNya. Namun apabila Allah terus menerus membiarkan kita di dalam kealpaan maka itulah yg perlu kita binbangkan kerana ia adalah petanda yg Allah tidak mempedulikan kita.

Sumber : Muhamad Rizal, 30/1/2019

Tanya Dalam Diri Kita..

Dalam kita bekerja, kalau diberi tugasan tetapi tidak dilaksanakan dengan sebaiknya, atau mungkin tidak buat langsung, lama-kelamaan pasti satu hari akan dipecat dan dihalau dari pejabat.

Mari kita tanya dalam diri kita, hari ini berapa banyak telah kita tangguhkan kewajipan kita terhadap Allah? Berapa banyak kita kadang kala Solat dan kemudian tinggalkan Solat dengan tidak ada alasan. Mencari rezeki sampaikan tinggalkan Solat, kerana mereka ini terlupa yg maha Pemberi Rezki adalah Allah.

Teman-teman, Allah tidak pernah halau kita di dunia ini walaupun kita lalai terhadapnya, malah Allah sangat mengharap kita kembali kepadanya.

Sumber : Bahagian Dakwah, Jakim 20 Januari 2018

DIAM…

Satu perkara yang sangat simple tapi effectnya besar, iaitu DIAM dari banyak berkata. Pada akhir zaman ini manusia sangat suka berkomen, sangat suka mengkritik dgn kata2 yg kesat, sangat mudah fire orang lain hinggakan orang dia tak kenal pun dia hentam. Sedangkan menyakiti hati muslim itu adalah dosa besar, yang mana kesalahan itu terletak keampunan pada orang yg dianiaya@disakiti itu. Maka kerana itu berdiam itu memberi manfaat yang sangat besar tatkala ramai yg tidak sedar bahawa dengan kata2 itulah yg banyak menjerumuskan seseorang itu ke Neraka.

~ ISTIQOMAH ZIKIR PAGI

Sumber: Ustaz Muhamad Rizal

Tukar Tabiat

Tukar habit kalian dari memandu sambil mendengar lagu kepada berzikir, ucaplah sebanyak mungkin “Subhanallah Wabihamdihi, Subhanallah hil Adzim”. Inilah zikir yg sangat direkomen oleh Nabi s.a.w bagi mereka yang bersemangat utk menambah pahala amal bagi kesenangan akhirat akan datang.

Macam mana kita nak rasa pentingnya pahala utk akhirat? Cuba banyangkan seandai kalian diberhentikan kerja tanpa sebarang pampasan dan kalian tidak punyai apa2 qualification utk dapat kerja. Ketika itu kalian akan tertekan utk cari pekerjaan demi menampung sara hidup. Ini baharu dunia dan tetap boleh pendapat pekerjaan lain jika rajin mencari.

NAMUN, jika hilang kurang @ pahala diakhirat, kita nak cari amal kat mana lagi? Maka kerana itu, masa hidup ni lah kita kena usaha sungguh cari pahala dgn apa keadaan sekalipun samada berzikir walaupun sambil buat kerja, ucapkan salam serta berbuat baik sesama muslim.

Mudah2an kita beruntung dunia dan akhirat.

~ ISTOQOMAH ZIKIR PAGI

Sumber : Muhammad Rizal

Mintalah Pada Allah..

Apabila kita banyak meminta pada manusia . Manusia akan marah . Apabila kita banyak meminta pada Allah . Allah akan cinta .

” Betapa Maha Pengasih Allah “

Allah sangat suka kita meminta pada-Nya ..

Sumber: Bahagian Dakwah, Jakim

Kata-Kata Yang Baik

Kita ni, apabila kita sering mengeluarkan kata yang baik2, tidak menyakiti hati insan lain, tidak membalas apa yang dikata, kelak setelah kita meninggal, tatkakala mereka2 yang masih hidup ini mengenang kita, ibarat satu haruman yang akan menyegarkan dan menyenangkan mereka.

Namun sekiranya kita sering mengeluarkan kata2 yang tak baik, mengata sana sini, menyakiti hati insan lain, kelak setelah kita meninggal tatkala mereka2 yang masih hidup ini mengenang kita, ibarat tersambar oleh bau busuk yang akan merimaskan mereka.

Justeru, sentiasalah berkata baik, bersangka baik dan banyak berbuat kebaikan.

Sumber: Ustaz Muhammad Rizal