DIMULIAKAN SAAT TUA KERANA HAK ALLAH DIJAGA SEMASA MUDA

Antara susah ialah waktu tua. Tua ni waktu susah kita, tanya-tanyalah orang tua macam mana susah dia. Nak bangun pun susah, semua benda jadi susah.

Tapi bila kita waktu muda tidak pernah sia-siakan hak Allah, Allah pelihara kita waktu tua sama ada dipelihara dengan memberikan kita sentiasa bersemangat, tak lemah semangat kita. Atau Allah Taala jadikan orang sekeliling kita ini yang menyokong (supportive), amat membantu,

Anak-anak soleh, solehah,
Dapat pasangan yang baik,
Dapat kawan-kawan yang baik.

Akhir kita tak disia-siakan di waktu tua.

Sebab itu kita tengok orang yang waktu tuanya disia-siakan, maka persaksikan dia dahulu waktu muda tak buat sesuatu yang menjaga hak Allah. Sebab itu kita lihat orang-orang soleh waktu tuanya dia dijaga oleh Allah dengan anak-anak yang baik, dia dijaga.

Bahkan dia dijaga dengan memberikan kerehatan yang lebih kepadanya. Sebab itu waktu kita muda sekarang, kuat.. jangan pernah sia-siakan hak Allah. Jaga hak Allah sungguh-sungguh. Pergi masjid biar rajin, baca al-Quran semua rajin sebab bila kita mula tua dan kita sakit, walau kita tak buat tapi Allah tulis pahala buat.

Masa muda buat semua tapi bila dah tua, tak boleh.
Allah tulis pahala, kerana tua termasuk makna sakit.

Tua ni sakit, sebab itu kata Nabi SAW, “Semua penyakit ada ubat, melainkan dua (2):

  1. Mati
  2. Tua

Tua takda ubat, takda ubat boleh memudakan kita walau orang buat sel itu ini konon untuk rasa lebih muda.

Sumber Facebook : TOKKU PASIR GUDANG

NIKMAT DARIPADA ALLAH, SECARA ADAB KITA BERTERIMA KASIH KEPADA MANUSIA

Bila kita berhadapan apa pun masalah dalam hidup, ingat: Mintak tolong dengan Allah.

Tapi makhluk ni, saya mintak tolong? Hati dengan Allah. Ini perbualan kita, “Boleh tak awak tolong saya..?”

Ia hanya perbualan ikhtiar, sebab-musabab, bukan hakikat. Hakikatnya saya bergantung penuh kepada Allah, saya mintak tolong dengan orang, tolong mudahkan urusan saya tapi saya tahu, yang izinkan saya, ALLAH.

Sebab itu dalam hati kita, dalam pengaduan dan pengakuan kita biarlah kita sentiasa berkata, “Ya Allah.. hanya kepadaMu aku mintak tolong.”

Dan doa, munajat kita, “Ya Allah tolonglah aku.. dalam urusanku.”

Sekecil-kecil urusan sehingga sebesar-besarnya – dalam urusan mendidik anak,
“Ya Allah tolonglah aku.. untuk mendidik anak-anak aku..”

Dalam urusan rumahtangga, “Ya Allah tolonglah aku bagi menjaga rumahtanggaku dengan baik.”

Urusan menjaga persahabatan, “Ya Allah bantulah aku.. dalam menjaga persahabatan..”

Semua urusan-urusan lain dalam kehidupan, dalam bab mencari rezeki, agar Allah mudahkan urusan rezeki. Dalam bab membina hubungan kita dengan orang-orang tertentu maka minta tolong dengan Allah.

Tuan-tuan, lidah yang sentiasa bertasbih memuji menunjukkan pergantungan pengharapan, meminta pertolongan kepada Allah, orang ini Allah mudahkan perjalanan hidup dia.

Dipertemukan dengan orang-orang yang akan menolongnya, dengan dia melihat pertolongan itu datang daripada Allah. Kita bila berterima kasih kepada orang-orang yang Allah hantar untuk kita,

“Terima kasih-lah tolong saya..”

“Tak.. yang tolong awak tu, Allah.”

Lihat bagaimana orang ini mengingatkan kita kembali. Kita memanglah tahu ini daripada Allah.. tapi secara ADAB DENGAN MAKHLUK,

“Terima kasihlah tolong, bantu saya.”

“Tak ini semua daripada Allah.”

Ertinya sentiasa Allah ingin mengingatkan kita bahawa pertolongan sebenar datang daripada Allah Taala.

Sumber Facebook : Pertubuhan Pengajian Ilmu Islam – TOKKU PASIR GUDANG

Dah Cukup, Saya Tak Perlu Jelaskan Lagi 🖐️

Ada masanya kita cuba jelaskan, cuba terangkan, tapi apa yang kita kata tetap tak akan ubah apa-apa. Ada orang yang akan tetap memutar cerita, tetap menganggap kita bersalah, tak kira berapa kali kita cuba jelaskan diri kita. Penat, bukan?

Dulu, kita letak hati dan jiwa untuk buat mereka faham. Tapi hakikatnya, kalau mereka benar-benar mahu memahami, mereka takkan biarkan kita merayu. Fahami ini: Anda tak perlu terus menerangkan diri anda pada orang yang sudah buat keputusan untuk tidak mendengar.

Jika mereka mahu terus salahkan anda, biarkan.
Jika mereka mahu hidup dengan versi mereka sendiri, biarkan.
Jika mereka tak mahu dengar, lepaskan.

Kita tak perlu penat lagi. Penjelasan yang berulang tak akan bawa ketenangan — ia hanya buat kita letih. Masa untuk ambil balik kekuatan diri. Anda tak perlu berjuang untuk difahami oleh orang yang tak mahu mendengar.

Jangan takut untuk diam.
Jangan takut untuk lepaskan mereka yang tak menghargai anda.

Kadang-kadang, memilih untuk tak menjelaskan adalah langkah paling berani. Jika keheningan anda buat mereka tak selesa, biarkan. Anda berhak memilih ketenangan daripada bisingan yang hanya buat anda lebih terbeban.

Ini bukan tentang kalah atau menang. Ini tentang memilih diri anda sendiri.
Tak semua orang layak untuk dengar cerita anda, apatah lagi memahami hati anda.

Anda tak perlu lagi berperang dalam medan yang tak pernah adil. Pilihlah ketenangan, pilihlah diri anda.

Sumber Facebook : Public Health Malaysia

Kita kalau cantik pun, sementara.Kalau hensem pun, sementara.Kalau kaya pun, sementara.Kalau sedih pun, sementara.Kalau bahagia pun, sementara.Kalau sihat pun, sementara.Kalau sakit pun, sementara.Kalau senang pun, sementara.Kalau susah pun, sementara.

Sementara sahaja kita hidup. Selepas mati, habislah semua yang sementara ini.

Kalau kita rasa penat sangat sekarang, takpe rehatlah sekejap. Sabar kena kuat dan berterusan sehinggalah kita mati. Kerana penat ini sementara. Setelah kita mati, berehat dan bersenang lenanglah selamanya. Kita akan berpindah ke Akhirat.

Pahit di dunia adalah kemanisan di Akhirat.

Yang kita kena hati-hati adalah manis dunia yang membawa kepada kepahitan di Akhirat.

Jadi jangan terlalu leka dengan kesenangan dunia. Bimbang-bimbang gantinya adalah kepahitan di Akhirat.


Kita memang nak kaya di dunia. Tapi bilamana kaya di dunia, bila sampai di Akhirat memang pahit.

Sebab apa?

Disoal siasat lama dan kena menunggu lama.

Pahit sangat!


Nak memberi itu pahit!

Kita kerja siang , malam, pagi, petang. Dapat duit kemudian kena bagi dekat orang. Nak bagi duit tu , nak keluarkan daripada hati terasa pahit. Tapi manisnya di Akhirat.

Kalau kita simpan duit tu dengan kita, memang kita rasa manis, tapi pahit di Akhirat.

Itu kalau halal.

Tapi kalau hasil kekayaan itu daripada menipu orang ?

Teramat-amatlah pahit di Akhirat.


“Bukan tak gembira, tapi kenapa ya hidup saya ni yang lebih banyaknya sedih. Bukan tak senang, tapi yang banyaknya susah.”

Itulah kehidupan dunia.

Kenapa saya kena banyak menangis?
Kerana itulah dunia.

Kenapa saya kena banyak bersusah-payah?
Kerana itulah dunia.

Kita tengok orang tu senang.

Ya ke dia senang?
Kita mana tahu?

Sebab hidup di dunia takkan mungkin sentiasa senang. Hidup di dunia takkan mungkin sentiasa sihat. Hidup di dunia takkan mungkin sentiasa bahagia.

Mungkin hari ni kita bahagia, esok belum tentu kita bahagia.

Apa makna bahagia?

Rasa cukup dengan apa yang ada.

Selagimana kita rasa tak pernah cukup, selagi itulah kita takkan pernah rasa bahagia.

Dan dunia ini tidak pernah cukup.

Manusia ni jika diberi segulung emas, dia nak 2 gunung emas. Kalau ada 2 gunung emas, dia nak 3 gunung emas. Itulah manusia.

Jika begitu perangai kita, kita takkan pernah rasa bahagia kerana bahagia itu salah satunya MERASA CUKUP.

Apa yang kurang pada diri kita adalah tidak merasa cukup.

Kekurangan kita adalah rasa tak cukup sentiasa. Itulah kekurangan kita dan menyebabkan kita tidak bahagia.


Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook: yusnizayaziz

5 Rabiul Awwal 1446H
9 September 2024

BUAT BAIK TAK DIHARGAI, NIATLAH KEBAIKAN KERANA ALLAH

Selalu berkata, “Dunia memang macam tu.”

Kita kata, “.. saya elok-elok buat kerja.. tiba-tiba dia batal projek..” Itulah dunia. Ujiannya, supaya setiap kali datang ujian dunia kita mesti ingat, inilah dunia.

Kita dah rancang buat majlis kawin anak, buat sekian persiapan tiba-tiba ribut. Itulah dunia. Kita rancang nak berniaga, takda permit kena rampas. Berniaga takda tauliah, itulah dunia memang macam tu.

Bersabar, mintaklah pahala daripada ujian tadi dan Allah akan gantikan lebih baik.

Kita dah habis jaga orang ni, tapi dia boleh lari daripada kita.

Kita jaga dia elok-elok, tatang bagai minyak penuh dibalas tuba tak balas jasa.

Kita bagi madu, dia bagi tuba. Kita hulur dia dengan segala kebaikan, dia tikam belakang.

Maka itulah dunia. Sabar.

Sebab itu kita belajar bila kita buat baik, jangan ungkit jangan disebut-sebut nanti kita kecewa.

Bila kita buat baik.. orang-orang yang kita buat baik, tak hargai..? Itulah dunia, supaya kita buat baik itu kerana Allah kerana Allah akan hargai walau sebesar zarah.

Sumber Facebook :TOKKU PASIR GUDANG

DOA ITU IBADAT, SIAPA MENGHINAKAN DIRI MAKA ALLAH AKAN ANGKAT

Sufi, mereka melakukan ibadat tanpa rasa terbeban diri mereka, ataupun rasa susah. Inilah keindahan dalam ibadat.

Adapun yang nak bersufi, mereka ini berusaha buat dengan susah-payah tapi untuk kehendak diri mereka. Ini orang yang pura-pura bersufi. Mereka menzahirkan zuhud mereka tapi sebenarnya mereka ada kehendak di dunia.

Mereka ada benda yang mereka nak.

Kita sebutkan daripada permulaan, Sufi mengelakkan diri mereka melihat sesuatu pada kelebihan untuk diri mereka.

Contoh: berzikir, kenapa amal zikir ni?

Dia kata, “Saya amal zikir ni, kalau kena tetak saya takda apa.”

Tujuan zikir. Ditetak orang, digigit ular takda apa. Ular yang mati.
Zikir itu harus tapi ia jelas untuk diri.

Orang yang berzikir kepada Allah dengan maksud merendahkan diri kepada Allah, mentaati Allah ia berbeza natijahnya.

Contoh: Kenapa tuan-tuan berdoa?

“Kerana saya ada hajat yang belum terkabul.”

Dengan seorang yang berkata, “Saya berdoa kerana ia ibadat. Hajat saya dapat, atau tak dapat saya tak peduli. Doa itu ibadat.”

Ini disebutkan oleh Saidina Umar Al-Khattab, “Aku tak pernah peduli apakah aku dapat dengan apa yang aku doa itu, tapi yang paling aku peduli aku bimbang Allah Taala tak ilhamkan lagi aku berdoa (pintu ibadat ditutup).”

Kita tak kisah kalau doa kita Allah bagi atau tak bagi, kita akan tetap berdoa.

Hatta kita ni dah umur 60, 70 tahun kita tetap doa lagi semoga dapat anak-anak yang soleh. Walaupun kita takda anak. Walaupun kita takda suami, kita tetap doa:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍۢ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

(Surah Al-Furqan, 74)

Walaupun kita takda isteri, tapi tetap amal doa ni. Walaupun seorang itu takda –
Takda suami
Takda isteri
Takda zuriat, takda anak

Dia tetap doa kerana ia IBADAT.

Tuan-tuan dapat atau tak dapat dengan apa yang tuan-tuan doa, kita bercakap hakikat kesufian, maka itu bukan kepedulian kita. Itu kepedulian orang awam. Orang awam bila doa tak dapat maka dia taknak doa lagi.

Dia berhenti berdoa.
Maka dia jauh daripada Allah, dan rahmatNya.

Sedangkan bilamana dia berdoa, walaupun pada benda yang dia minta tak datang lagi.., hatta kalau tak datang terus maka Allah gantikan dengan rahmat Allah yang lebih baik daripada apa yang dia minta.

Tuan-tuan, tidak pernah orang yang mengangkat tangan kepada Allah, yang tidak pernah menjatuhkan rasa putus asa melainkan Allah cukupkan keperluannya lebih baik daripada apa yang dia nak dalam hidup.

Apa yang kita nak dalam hidup?
Kita ada perancangan dalam hidup, siapa pasangan, anak, apa pekerjaan – kita ada perancangan.

Kita nak rumah dekat mana,
Kita nak rumah besar mana.

Kita nak berkawan dengan siapa.

Semua ini kita cuba merancang, dan semua rancangan itu kita ikat dengan doa:

“Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah saya berjaya temuduga, berilah saya berjaya sekolah. Berilah anak saya berjaya universiti.”

Kita kata demikian.

Akhirnya kita lihat sebahagian doa kita tak dapat. Maka datang sifat putus-asa. Datang satu sifat merendahkan doa yang merupakan satu benda yang mulia. Tidak ada yang paling mulia yang Allah berikan kepada hambaNya selain daripada doa.

Doa, yang paling Allah suka.
Hamba yang berdoa Allah suka.

Sehingga para Rasul yang Allah dah beri segala-galanya tetap kekal berdoa. Hatta diberikan keutuhan agama dan dijanjikan tidak akan mereka berpaling, tetap Nabi SAW berdoa:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMu.”

Walau Nabi telah dijamin takkan terbalik hatinya.

Bahkan Nabi SAW berdoa untuk Syurga walau Nabi SAW telah dijamin Syurga, tidak akan lari.

Nabi SAW mohon berlindung daripada Neraka, walau Rasulullah SAW dilindungi daripada Neraka, daripada awal lagi tapi Nabi SAW tetap berdoa, tetap sebut:

اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ

Rasulullah SAW melakukan doa, ibadat tertinggi.

Doa ada had, doa kalau hanya untuk meminta, ia rendah. Doa kalau untuk tujuan ibadat maka ia tinggi. Dan doa untuk menunjukkan kedekatan dengan Allah, maka ini jauh lebih tinggi.

Umpama, kalau tuan-tuan dapat mengadu secara terus (direct) dengan Wakil Rakyat.. rasa seronok?
Kita direct, tanpa orang tengah.

Tuan-tuan jumpa terus Perdana Menteri, cakap masalah.
Dia bagi atau tak, ini hal kemudian. Tapi seronok tak jumpa PM dan bercakap?

Dapat jumpa terus DYMM YDP Agong, jumpa terus Raja, cakap masalah tuan-tuan. Seronok? Biarpun dia tak peduli tapi kita dapat jumpa dia dan bercakap.

Dia dengar tu, kita jumpa dia tu satu kebesaran.

Kalau kita dah jumpa dan katakan kepada orang bahawa kita dah jumpa Tuanku, walau belum diambil apa-apa tindakan. Dah cerita masalah. Maka orang nak tahu siapa dia ini yang jumpa Tuanku?

Bagaimana orang yang mengadu kepada Allah?

“Saya dah doa kepada Allah.”

Sebab itu orang nak zalimi kita, kita katakan, “Saya doa pada Tuhan saya. Kezaliman awak, awak tidak akan terselamat.”

Sebab itu orang-orang ugut kita, dia yang mengambil hak kita waima mengambil hak secara hawa nafsu atau secara undang-undang, sedangkan itu hak kita. Dia ambil secara undang-undang.

Maka kita ingatkan dia dengan amaran, ingatkan dia dengan perintah Allah. Dengan mengatakan, “Saya dah mengadu kepada Allah. Kalau awak zalimi saya, awak takkan terlepas.”

Mereka bila kita cakap macam tu, mereka takut.
Kita semua hamba Allah.

Doa ini berada pada peringkat tertinggi, peringkat orang bawahan (bila berdoa) hanya nak (dimakbulkan). Bila tak dapat dia kata doa tak dapat lalu dia nak ke Mekah (berdoa di sana)? Dia nampak dia tak dapat. Dia pun pergi Mekah, cari tempat mustajab (doa). Akhir dia pergi jumpa Wali.

Akhir ada orang bertemu Wali-wali hanya untuk dia berdoa pada kehendak diri dia sementara.

Ada orang yang jumpa Wali, dikatakan dia nak cari jodoh kena jumpa Wali baru boleh. Sedangkan apa dia nak itu hanya kehendak hawa nafsu, sebenarnya bila kita angkat tangan, berdoa berharap kemuliaan yang Allah nak beri lebih daripada apa yang kita nak secara sebutan mulut.

Sebab itu para Nabi a.s mereka tidak melihat doa secara permintaan peribadi melainkan ia perhambaan kepada Allah. Doa ini perhambaan, kalau tuan-tuan angkat tangan sebagai hamba, tuan-tuan akan rasa kelazatan.

Tapi angkat tangan sebagai peminta semata-mata, tuan-tuan akan rasa rendahnya sebagaimana peminta sedekah dia mintak. Tanya orang mintak sedekah, kenapa dia masih mintak. Apa dia rasa bila mintak?

Dia rasa mulia?
Tak. Dia rasa hina.
Hina dia bukan menjadikan dia mulia tapi lebih hina.

Bila kita hinakan diri kita di hadapan Allah.. itu tanda Allah nak muliakan kita. Allah Taala bila melihat hambaNya yang menghina diri, Allah akan angkat. Tapi bila Allah melihat hambaNya mengangkat dirinya maka Allah akan jatuhkan.

Ia berdasarkan hadis, Rasulullah SAW menyatakan “Allah mewahyukan kepada aku supaya kamu merendahkan diri. Siapa yang merendahkan dirinya kerana Allah, Allah angkat dia.”

Ini nilai doa dalam kehidupan orang beriman.

Sumber Facebook : TOKKU PASIR GUDANG

AL-QURAN ADALAH PETUNJUK BAGI ORANG YANG BERTAQWA

Firman Allah SWT :

ذٰ لِكَ الۡڪِتٰبُ لَا رَيۡبَ ۛۚ ۖ فِيۡهِ ۛۚ هُدًى لِّلۡمُتَّقِيۡنَۙ‏

Maksudnya : Kitab Al-Quran ini, tidak ada keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

Pada ayat 2, surah Al-Baqarah ini, Allah SWT memberi satu penjelasan agar kita semua yakin bahawa hidayah itu adalah Al-Quran. Kita jangan ragu dengan Al-Quran dan ia adalah petunjuk yang menjadikan seseorang itu bertaqwa.

Untuk menjadikan Al-Quran itu hidayah yang terkesan pada jiwa, maka kita perlu memahami ayat-ayat yang ditermaktub di dalam Quran.

Justeru itu, adalah penting kita untuk belajar tadabbur Al-Quran kerana dengan memahami maksud Al-Quran itu ia akan membawa jiwa kita kepada ketaqwaan.

Saya cadangkan kepada friends dan followers agar follow page Ghulam Al Dakwah (GAD) untuk mengikuti perkongsian ilmu secara online oleh Al-Fadhil Ustaz Muein Abdul Rahaman. Sangat baik kupasan dan hujjah beliau di dalam menjelaskan secara lengkap isi kandung Al-Quran.

~MRJ

Sumber Facebook : MRJ

Karena keindahan itu dilahirkan sebagai bagian dari pribadimu maka janganlah menghiasinya dengan kebencian dan amarah yang tak dapat kau kendalikan,sebab mereka seperti benalu tumbuhan keburukan yang menghisap seluruh potensi positif yang ada padamu.

Kebencian….
😊hanya akan membawamu pada kemarahan,
😊hanya membuatmu melihat kesalahan orang lain
😊hanya menaikkan sifat egomu semakin tinggi
😊hanya menjadikanmu seorang yang pendendam
😊hanya mengikat pembenaran sebagai kebenaran dalam versimu

Tetapi ….

Cintalah yang bisa menghancurkan semua itu menjadi kepingan kasih, kepedulian,kepekaan, toleransi, kerendahan hati, ketulusan, kesabaran,ketegaran dan banyak kebaikan lain yang tercatat sebagai ritme kehidupan

Kebencian dan cinta hanya berbatas benang basah…sebagaimana orang yang kamu sayangi ia-pun juga bisa menyakitimu

Yang pasti tetap milikilah rasa cinta kasih itu sebagai alas dasar hatimu, niscaya rasa benci akan undur diri karena ia tak sanggup melawan dahsyatnya kekuatan cinta

Kunci menjalani hidup ada pada hatimu apakah akan kamu isi dengan kebencian …… atau penuhi hati dengan cinta, terlebih cintaNYA…genggam dan biarkan cintaNYA memenuhi ruang hatimu .

LeoneL.YT

Selamat Malam
Selamat Beristirahat

Sumber Facebook : Motivasi Hidup & Kebaikan

Buat rakan-rakan facebook, sekalian…

Yang pertama, INGATLAH bahawa hidup ini akan sentiasa dihadirkan oleh ALLAH SWT dengan masalah dan ujian yang silih beganti. Ujian tidak bersifat ‘one time.’

Bukanlah tujuan Allah SWT hadirkan pelbagai masalah itu untuk melihat kebijaksanaan kita di dalam menyelesaikan masalah tersebut ATAU betapa banyak masalah yang kita boleh selesaikan.

TETAPI Allah SWT ingin melihat KEMAMPUAN INSAN ITU UNTUK DIA REDHA & SABAR di dalam menghadapi ujian-ujian tersebut.

Yang kedua, setiap kali apabila kita merasa MARAH, kita disuruh oleh Nabi ﷺ agar TAHAN MARAH samada duduk/baring/berwudhu’.

NAMUN apabila kita bertindak sesuatu di dalam keadaan MARAH , ia sesekali tidak akan menyelesaikan masalah. Malah ia akan membinasakan diri kita dengan sesuatu yang mungkin akan mengakibatkan ia tidak mampu untuk dipulihkan kembali atau kehilangan insan-insan yang kita sayangi.

Ingatlah hidup hanyalah SEKETIKA, atas apa yang kita miliki itu adalah pinjaman yang SEMENTARA.

Sumber Facebook:

~MRJ

Tulus dalam Reda dan Ikhlas: Meniti Jalan Keinsafan

Di sebalik kelam malam yang mendung, di situlah hati diuji dengan pelbagai kepedihan. Setiap helaian hidup yang terhampar, dihiasi dengan onak dan duri yang adakalanya menggetar jiwa, namun di sinilah, di lembah keikhlasan yang paling dalam, terletak satu rahsia agung—ketenangan.

Semakin kita melapangkan dada dengan ikhlas kerana Allah, semakin tenanglah hati kita merasai denyut kehidupan. Keikhlasan bukanlah satu tugas yang mudah. Ia menuntut kita untuk menyerahkan segala yang tersimpan dalam hati, untuk melepaskan segala kesedihan dan kegembiraan kepada Dia yang Maha Mengerti. Proses ini kadang-kadang memerlukan kesabaran yang lebih dari sekadar menunggu, tetapi menyerap sepenuhnya hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian.

Firman Allah dalam surah Ar-Ra’d, ayat 28:  

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” 

Ayat ini mengajarkan kita bahawa, meskipun perjalanan kita dipenuhi dengan kesulitan, mengingati Allah dan mengikhlaskan segalanya kepada-Nya akan membawa ketenangan yang sejati dalam hati.

Seorang yang benar-benar ikhlas akan mendapati hidupnya lebih ringan, walaupun beban yang dipikulnya berat di mata manusia. Kerana dalam keikhlasan, dia tidak mengharap balasan dunia, tidak mendambakan pengiktirafan manusia, tetapi hanya mengharap reda daripada Allah. Itulah yang membedakan seorang yang ikhlas dengan yang tidak.

Jika diumpamakan, hati yang ikhlas itu bak sungai yang mengalir jernih di antara gunung-ganang. Airnya tenang dan damai, meskipun batu-batu besar cuba menghalang alirannya. Begitulah juga hati yang ikhlas, tidak mudah terpengaruh dengan dugaan duniawi. Dalam redanya air itu, tersimpan rahsia kebahagiaan yang tiada tandingan.

Sabar Itu Indah

Dalam meniti jalan keikhlasan, sabar adalah temannya yang setia. Sabar dalam menghadapi ujian, sabar dalam menunggu hikmah yang belum kelihatan, dan sabar dalam setiap langkah yang diambil. Ujian kehidupan tidak pernah datang tanpa sebab. Ia mematangkan jiwa, menguatkan azam, dan yang paling penting, mendekatkan kita kepada Pencipta.

Seperti yang disebutkan dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 153:  

“Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” 

Ayat ini mengajarkan kita bahawa kesabaran bukan sahaja dalam menahan diri, tetapi juga dalam berserah sepenuhnya kepada ketentuan Allah.

Akhirnya, proses ini—proses yang penuh dengan liku-liku hidup—adalah jalan menuju rahmat Allah. Yakinlah, setiap kesulitan yang kita tempuh dengan keikhlasan dan kesabaran, pasti akan dibantu oleh-Nya. Dan pada saat kita memandang ke belakang, kita akan melihat bahawa segala yang telah terjadi hanyalah sebagai satu persiapan untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih dekat kepada Allah.

Dalam perjalanan ini, jangan pernah lelah untuk ikhlas. Biarkan hati kita tenang dalam reda-Nya, kerana di situlah letaknya kebahagiaan yang sebenar. Ikhlaslah, sabarlah, kerana dengan izin-Nya, segala yang dilalui pasti ada makna dan tujuannya. 

Semoga setiap langkah yang diambil, setiap kata yang dilafazkan, dan setiap nafas yang dihela, semuanya menjadi saksi keikhlasan kita kepada-Nya.

___

HUSNUZON – Bersangka Baik

Oleh Ustazah Muzayyanah dan Alfiah Berkah

Setiap orang hadapi dugaan dan cabaran. Ada yang berjaya, ada yang kecundang. Yang berjaya terus mara, yang kalah sering menyalahkan takdir.

Sahabat, tiada siapa yang salah atau kalah. Semua dugaan adalah perjalanan menuju destinasi yang sama. Cepat atau lambat, dengan bersangka baik, pasti kita tiba dengan kejayaan.

Bersangka baik bukan pilihan, tetapi keputusan untuk lebih tenang kini dan maju ke depan. Tugas kita hanya taat, selebihnya serahkan pada Allah. Husnuzon!

Dapatkan buku ini disini: https://s.shopee.com.my/5fVG8yFllS

Sumber Telegram : Ceramah Ustaz dan Ustazah