I found interesting write up from Majalah Sains. It is originally written by Zamir Mohyedin, seorang Mahasiswa Fizik dari UiTM. It is on the invention of nuclear bomb during World War 11.
Berikut adalah sebahagian petikan dari Majalan Sains…
Pada Ogos 1945, bom atom digugurkan di bandar Hiroshima, Jepun. Letupannya sangat dahsyat yang dikatakan mengorbankan 70,000 nyawa sekaligus selepas bom itu meletup. Tetapi akibat radiasi, ia telah membunuh hampir 200,000 manusia dalam tempoh 5 tahun.
Penciptaan bom atom ini bermula daripada sebuah projek yang diberikan nama Projek Manhattan. Pada awal abad ke-20, ahli fizik beransur-ansur telah menemui struktur atom. Penemuan elektron, proton dan pergerakan mereka. Pada tahun 1932, James Chadwick telah menemui neutron yang menjadi tanda mengapa sesetengah elemen yang sama mempunyai berat yang berbeza.
Anda boleh membaca artikel penuhnya di sini http://www.majalahsains.com/projek-manhattan-di-sebalik-penciptaan-bom-nuklear-ketika-perang-dunia-ke-ii/