Daging Malbari

Daging Malbari


(Untuk 1 kilo daging )

Bahan kisar
Kayu manis – 1 batang kecik
Bunga lawang – 3 kuntum
Bunga cengkih – 5 kuntum
Rempah biji ketumbar – 3 sb
Jintan putih – 1 sb
Jintan manis – 2 sb
Cabai kering – segenggam
Bawang merah – 5 ulas
Bawang putih – 5 ulas
Bawang besar – 2 biji

Serai – 5 btg – ambil isi putih sahaja
Halia – 2 inci

 


☝semua bahan kisar goreng tanpa minyak sehingga wangi- api perlahan.

Sangai satu persatu, kalau tidak nanti jintan putih rentung dulu(sbb paling hauls) bila masak akan rasa macam habuk kayu, saya pernah kena. Ini petua orang lama.
Kemudian kisar semua bahan ini.

Bahan2 :-
Daging – sekilo potong kecik
Kicap manis kipas udang – 1/2 botol
(Botol kecik)
Kerisik – 3 bungkus
Gula merah – seringgit ( masak dgn sedikit air tapis)

Cara2nya:-

-Goreng semua bahan kisar tanpa minyak sehingga wangi – api perlahan, kisar semua bahan ini.
-Kemudian masukkan bahan kisar bersama daging dan masukkan kicap, kacau sebati dan perapkan daging 1 – 2jam


-setelah diperap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali kemudian tumis daging yg perap tadi, masukkan sedikit air.
-masak sehingga daging lembut, tambahkan lagi air untuk lembutkan daging.
-bila daging lembut, masukkan kerisik, garam , gula & air gula.
-masak sehingga kuat pekat berpalut di daging.

Kredit : Saba Natasha